Setelah Mukhriz Didesak Letak Jawatan, Apakah Pula Tindakan Drastik Mahathir Selepas Ini?

Episod pertembungan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Najib Razak nampaknya semakin sukar ditemui jalan penyelesaian dan titik tengahnya. Najib ingin terus kekal dan tidak mahu mengalah manakala Tun Mahathir pula tetap mahukannya berundur.

Selepas Najib muncul di televisyen untuk menjawab semua kritikan dan serangan Tun Mahathir terhadapnya, bekas Perdana Menteri itu kemudiannya tampil lagi untuk mempertahankan hujah serangan dan kritikannya.
Nadanya bercakap mengenai 1MDB, Jho Low, Sirul, sokongan terhadap Najib, keyakinan BN dalam pilihanraya akan datang, jelas tidak berganjak sedikit pun daripada sebelumnya.
Bahkan jawapan-jawapan Tun Mahathir, terutama mengenai janji Jambatan Bengkok, lebih memalukan Najib kecuali jika Perdana Menteri dapat membuktikan tidak pernah membuat janji itu.
Begitu juga tuntutan Tun Mahathir agar dibentuk sebuah suruhanjaya yang benar-benar bebas bagi menyiasat segala salah laku dan kecurangan yang didakwanya berleluasa dalam 1MDB, ia sebenarnya adalah cabaran sekali lagi buat Najib.
Walaupun diserahkan kepada Ketua Audit Negara untuk melakukan pengauditan berkenaan 1MDB, sebagaimana kata  bekas Menteri Kewangan, Tun Daim semalam, ia masih menimbulkan konflik kepercayaan umum kerana jabatan itu terletak di bawah Kementerian Kewangan di mana Najib adalah juga menterinya.
Sebelum ini Lim Kit Siang dan Ibrahim Ali juga pernah menyuarakan perlunya sebuah Surunjaya Bebas atau Diraja dibentuk bagi menyiasat selepenuhnya urusan 1MDB.
Dalam serangannya, Tun Mahathir juga terus mempertikaikan siapakah sebenarnya Jho Low yang didakwanya begitu berkuasa berurusan dengan wang berskala besar bagi pihak 1MDB sedangkan dia bukan kakitangan kerajaan atau sebahagian daripada kerajaan.
Tindakan Tun Mahathir terus melontarkan pertanyaan mengenai Jho Low tidak lain ialah kerana Najib dalam temubualnya baru-baru ini masih enggan dan mengelak untuk menjawab mengenai peranan serta hubungannya  dengan ahli perniagaan Cina yang didapati gaya hidupnya penuh warna-warni bersama selebriti Hollywood itu.
Di ketika Tun Mahathir makin agresif melakukan serangan dan semakin ramai pemimpin UMNO tampil menyatakan sokongan kepada Najib, pertembungan itu kini memasuki episod baru apabila Mukhriz Mahathir pula digesa meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.
Adun Bukit Lada, Ahmad Lebai Sudin dilaporkan berkata, jika Mukhriz tidak berani menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib, maka beliau seharusnya meletakkan jawatannya.
Katanya, jawatan Menteri Besar yang disandang Mukhriz itu dilantik oleh Najib dengan sokongan Adun BN dan beliau seharusnya terhutang budi dengan Perdana Menteri.
Mukhriz juga, dakwa Ahmad Lebai Sudin, dalam mesyuarat UMNO Kedah hari ini memberitahu, beliau akan menunggu hasil siasatan audit mengenai 1MDB sebelum mahu menyatakan sokongannya kepada Najib.
Perkembangan ini memperlihatkan Mukhriz dalam keadaan serba salah. Tetapi, sebagaimana budaya biasa dalam UMNO, tidak mustahil lebih ramai yang akan tampil mendesaknya berundur berikutan kemelut antara Tun Mahathir dengan Najib ini dengan hasrat tersembunyi “mungkin ada untung” yang boleh diraih daripadanya.
Ia mungkin akhirnya menyebabkan sama ada Mukhriz akur untuk berundur sebagai Menteri Besar Kedah atau Tun Mahathir sendiri akan mengambil tindakan drastik yang di luar jangkaan sesiapa.
Mengenali watak Mukhriz, tidak mungkin beliau akan memberi sokongan terbuka kepada Najib tetapi dalam masa yang sama membelakangkan pendirian bapanya. Beliau lebih mungkin sealiran dengan bapanya dan sedia mengambil risiko kehilangan jawatannya.
Meletakkan jawatan untuk memberi sokongan kepada bapanya secara automatik akan melonjakkan lagi kekuatan Tun Mahathir untuk terus menekan Najib kerana ia akan menyebabkan Kedah kembali ke pangkuan PR dalam pilihanraya akan datang ini.
Jika semasa era Pak Lah dahulu, Tun Mahathir mengambil tindakan keluar UMNO untuk menambahkan tekanannya, tidak mustahil beliau akan bertindak serupa sekali  lagi atau mengambil tindakan lain yang di luar dugaan untuk terus menekan Najib.
Kali ini ia mungkin bermula dengan pengunduran Mukhriz dan kemudian disusuli dengan tindakan lain oleh Tun Mahathir sendiri.
Dengan kecenderungan Najib untuk terus berkeras dan bertahan pada jawatannya, Tun Mahathir tentunya tiada pilihan selain mengambil sesuatu tindakan yang akhirnya akan memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar goyang dan “senget sebelah”  sebelum pilihanraya akan datang.
Ini kerana jawapan yang Tun Mahathir kehendaki tetap satu dan tidak mungkin berubah – Najib mesti berundur!!  ( SH 12/04/2015 )
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm

24
Leave a Reply

avatar
1 Comment authors
Othman Ahmad Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Tak senang duduk sdra budin mengenangkan Iron Lady, Lateefa Koya tak sehaluan dgn geng Pizi dan yg sewaktu dgnnya.

Langkah Kajang pasti bakal jadi langkah sumbang.

Ha ha ha

jepe2d Com
Guest
jepe2d Com

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah… Read more »

IBU FATMA DI MALAYSIA
Guest
IBU FATMA DI MALAYSIA

Assalamu alaikum yang punya room melalui internet ini,saya ibu fatma di malaysia mengucapkan terima kasih banyak sama AKI karena AKI sudah banyak membantu saya dan saya kepengeng memberitahukan kepada teman-teman semua bahwa apakah anda memerlukan TUYUL supaya anda cepat kaya kalau anda membutuhkan monggo telepon KI KONCORO di number 0823,1332,9888 karena saya sudah membuktikannya,trima kasih ya KI atas bantuan tuyulnya saya sudah jadi kaya sekarang itu semua berkat bantuan AKI. Dan apakah anda butuh angka TOGEL KI KONCORO mulai dari angka 2D,3D,4D,5D,6D….? DENGAN ANGKA GHOIB ATAU ANGKA RITUAL YANG DI BANTU DENGAN MAHLUK HALUS DAN RAJA JIN TOGEL JADI ANGKA… Read more »

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

DIa buat dahhhh perangsi lama.

Menurun nenggelupur jad tok moh meramal no. Ekor bila dia kebuntusnm, tertekan & kesipuan.

He he he

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Kejora dah buat perangsai lamanya – buat ranalan no. Ekor bila dia kebuntusn & kesipuan.

He he he

lukman hussain
Guest
lukman hussain

Mahathir hot sngt kat najib….sebab kak mah…rajin sangat berniaga…tim2 mahathir tk de can nak niaga….sikit kat mah sikit kak mah….najib tk tau kak mah ni pandai niaga mcm laki kat sahrizat tuu

Anonymous
Guest
Anonymous

saya mohon saudara ulas sedikit tentang azwanddin hamzah, sejak kebelakangan ini mamat hingus tak kering ini telah meloncat tak tentu arah, beliau menjadi kelam kabut bersilat kiri dan kanan. saya fikir beliau mengharapkan untuk mendapat sedikit imbuhan dari persembahan sarkas yg beliau pamerkan. amat lucu sekali bila melihat beliau sanggup cari makan dengan cara begitu… inilah badut politik melayu kahkahkahkah

Anonymous
Guest
Anonymous

Senang2 Mukhriz lepas jawatan dan tubuh parti baru….baru dapat tgk perlawanan yang sebenar

Bongkar Abis
Guest
Bongkar Abis

Episod makin menarik. Kenapa agaknya Tun M tak putus2 desak projek Jambatan Bengkok diteruskan? Era Pak Lah juga sama. Ada apa apa ker?. Apakan kalau projek jambatan bengkok tu diteruskan, nada serangan Mahathir akan kendur?. Sirul tu patut sambut cabaran dan kata kata M Kayveas tu. Dedah dan telanjangkan semuanya. Kalau dulu dalam Malaysia mungkin takut2 nak dedah dan ramai orang boleh faham. Tapi kalau dah kat luar sana pun masih nak berteka teki..orang ramai makin curiga dengan Sirul ni. Yang untung akhirnya PM Najib dan kerajaan sedia ada kerana sikap dolak dalih Sirul. Apa yang pasti dan terang terang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini komando bapuk…….Hanya berani tembak dan letup wanita yang pragnent 5 bulan (anak Jib-Gor) dan hanya berani tembak orang yang tangannya telah diikat. Dia masih tak mahu cerita yg Jib Gor arahkan beliau kerana takut-takut ada peluang hukuman gantung tu boleh dibatal semula atas arahan dan kuasa Jib Gor? Atau boleh tukar identiti dengan mengantung orang lain dan musnahkan rekod beliau dan ihtihar beliau sudah mati? Pernahkah ada individu yg berkuasa di Malaya ini lakukan sebegitu? Memang boleh…..Bicara DSAI pun yang terang-terang tak bersalah boleh dikaitkan dengan kesalahan, apa lagi kes melibatkan terang-terang Jib Gor? Jadinya Malaysia Boleh…….

Unknown
Guest
Unknown

Mulai dari hari ini Mukhriz kena pakai Baju T dengan Kata Kata " I Love PM". Baru Najib Puas Hati.

Kalam Putih
Guest
Kalam Putih

Bagi Dato Najib setakat ini belum ada desakan yang kuat daripada dalam UMNO sendiri untuk beliau berundur. Memang benar desakan ataupun tekanan yang diberikan oleh Tun Mahathir terhadap Dato Najib sangat kuat kesannya, namun ianya tidak akan memberikan apa-apa makna jika tiada seorang pun pemimpin yang berpengaruh dalam UMNO yang berani tampil untuk mendesak agar Dato Najib melepaskan jawatan. Setakat ini, masih belum ada pemimpin tertinggi UMNO yang berani melakukan hal tersebut. Dan perlu difahami juga bahawa, walaupun ada pemimpin UMNO yang berani tampil untuk menentang Najib, ianya bukan tugas mudah kerana ada banyak pihak yang berkepentingan dengan Dato Najib… Read more »

berasiam
Guest
berasiam

Mengenali Tun Dr. Mahathir, dia tidak akan campurkan urusan dan kepentingan politik anaknya dalam konflik yang berlaku sekarang. Orang lain yang berbuat begitu untuk memancingnya tetapi akan kecewa. Mukhriz juga begitu. Masing-masing independent. Jangan samakan keluarga Tun Dr. Mahathir dengan PM2 selepasnya, menantu, isteri, anak tiri semua dirangkum ke dalam koridor kuasa. Mukhriz lafaz sumpah di hadapan Sultan/Istana Kedah. Takkan yang itu pun Ahmad Lebai tak faham. Kalau semua yang tak sokong najib tak percaya Tuhan dan perlu letak jawatan, tu bukan taraf pengilat kasut tapi patut kejna pijak dengan kasut jer.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bagus kalau Mukhriz letak jawatan…kalau boleh sebelum letak jawatan…pergi jumpa istana…minta di bubarkan kerajaan negeri sedia ada…biar ada pilihanraya negeri…kita tgk BN menang ka…atau PR ka…sbb skrg rakyat tengah marah pasal GST yg sgt membebankan…depa ugut Mukhriz…so Mukhriz ugut balik…buat saja pilihanraya negeri…kuasa utk minta perkenan pembubaran DUN di tangan MB…atas perkenan istana…hehe

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju. Masa konflik MB Selangor puak Regim bukan main menggila menghasut Khalid Ibrahim dan mengguna Istana untuk cuba menggulingkan kerajaan majoriti 60% Selangor dengan pilihan pembubaran DUN. Malangnya rancangan mereka tidak berhasil. Hari ini, Allah membuka jalan kepada Regim untuk melihat kesan strategi nakal mereka. What goes around comes around. Doa orang terinaya amat dekat di sisi Allah. Perancangan Allah jua Maha Sempurna

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju n sokong 100%

Anonymous
Guest
Anonymous

setuju…nti blh tambah duit org yg jual goreng pisang, cucoq ubi, air tebu…homestay, hotel dll lagi…

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku hairan tengok umno baru ni berlagak kuat,tapi tak sedar diri.Sebenarnya umno baru sudah kalah di Kedah kerana rakyat sudah sedar semua pemimpin umno baru adalah penyamun.Kedah akan jatuh di PRU14 sebab berpunca dari pemimpin lama mereka yang tak sedar diri lagi bongkak dan penengan gst adalah peluru yang akan meranapkan umno baru.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 23:46…kalau nak komen sokong siapapun tidak mengapa tetapi biarlah berisi.
Komen macam budak tadika, memalukan kaum sendiri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sesungguhnya Allah jua sebaik2 perancang. Doa rakyat yg tertindas & di aniaya pasti akan di makbulkan Allah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Alhamdullilah. saya setuju dgn kata2 anda, Allah jua sebaik2 perancang. Semoga usaha TUN M berhsil dgn pertolongan Allah untuk menurunkan pemimpin zalim. Di harap penganti si zalim adalah yang lebih baik & merasa jeritan batin rakyat marhaen.

Saadun Sulaiman
Guest
Saadun Sulaiman

Terbukti kini bahawa budaya "UGUT-MENGUGUT" telah lama tertanam di dalam UMNO. Ia nya terbukti apabila ADUN Bukit Cabai, Ahmad Lebai Sudin mengugut agar Mukriz melepaskan jawatan nya kalau tidak menyokong PM yang bermasa'alah ini. Jangan lupa bahawa budaya ugut-mengugut ini kerab di laku kan bila masa tiba musim PRU atau PRK. Yang kerap di ugut merupakan bangsa ME-layu yang kebanyakan nya sudah lama di cucuk hidung dan mereka pula menyukai kaedaan itu. Kesian bangsa ku yang tak mau berubah.Sebagai seorang "LEBAI" sepatut nya dia masak dengan Al-Qur'an dan Hadis dan tau apa hukum nya berada di pehak yang zalim. Untuk… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Terubat juga rasa di hati, berdepan hari dgn gst, melihat penyamun bergaduh sesama sendiri, terbuka juga pekung sendiri, itulah dia karma diberi, sesama manusia saling menzalimi, Anwar berehat tersenyum sendiri, tak senang juga bubuh aku disini, mari lihat kesudahan cerita ini, walaupun perit dgn gst…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Mereka bermain politik selama ini, sekarang politik permainkan mereka pula. Yg Mahathir hot sangat bukanlah sebab apa, jika tiba masa anaknya jadi PM kelak kantung negara dah kosong kena sapu dik Ros.