Jawapan Tak Memuaskan, Perlu Diadakan Forum Khas "Live" Antara Mahathir Dan Najib

Semua orang mempunyai harapan yang tinggi terhadap temubual Najib Razak melalui televisyen malam tadi yang sejak awal dikatakan akan menjawab segala kritikan terhadapnya, terutama daripada Tun Mahathir Mohamad.

Ramai mengimpikan dapat tidur lena selepas mendengar penjelasannya itu memandangkan Perdana Menteri sudah berdiam diri terlalu lama tanpa jawapan terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya.
Namun, semuanya hampa dan terus membuatkan lebih banyak tanda tanya bermain-main ramai orang.
Hanya beberapa saat selepas program itu bermula, sudah ramai yang mula kecewa apabila mendapati ianya bukanlah program secara langsung, sebaliknya adalah rakaman saja.
Ramai yang hilang “stim”  kerana rata-rata mengharapkan ianya program siaran langsung yang boleh menampakkan kewibawaan dan ketelusan Perdana Menteri dalam memberikan jawapannya.
Meniti satu demi satu penjelasan yang diberikan oleh Najib kemudiannya pula,  lebih ramai yang kecewa kerana Perdana Menteri sebenarnya tidak menjawab kritikan atau persoalan yang ditujukan terhadapnya, khususnya oleh Tun Mahathir.
Semalam Tun Mahathir melahirkan kehairanan kerana Najib tidak memberikan jawapan sedangkan hanya soalan mudah yang ditujukan kepadanya.
Antara soalan mudah itu ialah ke mana hilangnya wang 1MDB sehingga hutangnya mencanak-canak setinggi RM42 bilion hanya dalam tempoh enam tahun?
Berkenaan pembunuhan Altantuya pula, pertanyaan Tun Mahathir juga mudah iaitu siapa yang mengarahkan anggota polis berpangkat rendah itu melakukan pembunuhan?
Tetapi dalam temubual itu, Najib seolah-olah berselindung di sebalik audit yang sedang dijalankan terhadap 1MDB untuk memberikan jawapan secara berani dan berterus-terang berkenaan pelbagai isu melibatkan syarikat pelaburan strategik yang tidak strategik itu.
Jawapannya berkenaan wang yang disimpan di Pulau Cayman juga berbeza dengan pelbagai laporan sebelum ini. Sebelum ini tidak dinafikan wang itu disimpan di sana, tetapi malam tadi Najib mengatakan pulau itu hanya tempat pendaftaran saja.
Persoalan mengenai Jho Low dan kekayaan peribadi keluarganya juga tidak dijawab Najib walaupun penjelasan sebetulnya boleh diberi tanpa menunggu audit dijalankan.
Berkenaan isu Altantuya, Najib memberikan jawapan dengan mengulangi sumpah yang telah dilakukannya sebelum ini bahawa beliau tidak mengenali gadis Mongolia itu sedangkan bukan itu yang dipersoalkan oleh Tun Mahathir.
Isu Altantuya bukanlah tentang Najib kenal atau tidak, pernah berjumpa atau sebaliknya tetapi lebih untuk menuntut keadilan bagi kedua-kedua anggota polis, Sirul dan Azilah iaitu siapakah yang memberikan arahan kepada mereka.
Secara keseluruhannya, ramai yang kecewa dan tidak puas hati dengan jawapan Najib malam tadi. Beliau tidak menjawab keseluruhan isu yang dibangkit dan ditujukan terhadapnya. Bukan saja tiada yang lena tidurnya dengan jawapan Najib itu, bahkan ramai yang akan terus berjaga untuk membahaskannya lagi sama ada di kedai-kedai kopi, melalui media sosial dan sebagainya.
Dengan ini, adalah penting sebenarnya agar diadakan sebuah majlis forum secara langsung antara Tun Mahathir dengan Najib sebagai jalan penyelesaiannya. 
Program itu boleh diadakan sama ada di studio televisyen yang dipancarkan ke seluruh negara atau di Dewan Merdeka, PWTC dengan dihadiri oleh ahli dan pemimpin UMNO, tetapi dalam masa yang sama juga disiarkan secara langsung melalui televisyen.
Berdasarkan jawapan Najib malam tadi, kesimpulannya mudah saja. Jika rata-rata rakyat dan penonton tidak puas hati, sudah tentu Tun Mahathir lebih tidak puas hati dengan jawapan itu. Mempertemukan mereka di pentas yang sama tentu mampu merungkai banyak jawapan dan  menggembirakan sesiapa saja yang dahagakan jawapan. Mereka juga boleh bersoal jawab jika tidak puas hati dengan sesuatu jawapan dan rakyat boleh menilainya dari situ.
Lebih-lebih lagi yang mungkin menyebabkan Tun Mahathir tidak puas hati ialah apabila Najib mengaitkan pembinaan Jambatan Bengkok dan BR1M dengan semua isu yang berlaku sekarang.
Ini pasti mengundang serangan balas daripada bekas Perdana Menteri itu.
Hanya dengan menampilkan Tun Mahathir dan Najib secara langsung dan dapat ditonton oleh semua rakyat saja, merupakan jawapan sebenar kepada kemelut kedua-dua pemimpin ini. ( SH 10/04/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm

14
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
IBU FATMA DI MALAYSIAjepe2d Comibu irma dari singapuraAnonymousmuring.com Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
jepe2d Com
Guest
jepe2d Com

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah… Read more »

IBU FATMA DI MALAYSIA
Guest
IBU FATMA DI MALAYSIA

Assalamu alaikum yang punya room melalui internet ini,saya ibu fatma di malaysia mengucapkan terima kasih banyak sama AKI karena AKI sudah banyak membantu saya dan saya kepengeng memberitahukan kepada teman-teman semua bahwa apakah anda memerlukan TUYUL supaya anda cepat kaya kalau anda membutuhkan monggo telepon KI KONCORO di number 0823,1332,9888 karena saya sudah membuktikannya,trima kasih ya KI atas bantuan tuyulnya saya sudah jadi kaya sekarang itu semua berkat bantuan AKI. Dan apakah anda butuh angka TOGEL KI KONCORO mulai dari angka 2D,3D,4D,5D,6D….? DENGAN ANGKA GHOIB ATAU ANGKA RITUAL YANG DI BANTU DENGAN MAHLUK HALUS DAN RAJA JIN TOGEL JADI ANGKA… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

UMNO kata Malaysia sebuah negara demokrasi. Demokrasi dari segi apa? Setakat pilihanraya. Stesen TV awam macamana? Sekarang UK nak buat pilihanraya. Saya lihat di Sky News, Perdana Menteri UK dan 6 wakil pembangkang berdebat LIVE dalam TV betul depan penonton. Apa alasan UMNO. Debat bukan budaya kita. Kalau buat demonstrasi dijalanan….menganggu kententeraman awam. Bolehkah pemimpin BN/UMNO kata demonsatrasi jalanan di USA, UK, German, Australia, Canada iut menganggu ketentermaan awam. Mungkin agaknya pemimpin UMNO mahu rakyat kita macam rakyat Korea Utara komunis, yang saban hari memuji gambar pemimpin di setiap tempat. Hari-hari akhbar di negeri maju, ada saja ruang kartun mengkritik… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

aku x kira.. aku nk jugak tunggu si tun che det ni kluar Umno ntuk kesekian kalinya.. nk tengok org tua merajuk camana.. si najib ni pulak mngamalkn dasar pekak badak negara.. org kutuk kritik haram dia nk heran.. dia buat dekk je.. last skali dr m yg kluar umno tadi masuk umno balik.. isi borang umno lagi ye.. best jugak tengok drama wayang kulit umno ni..

Anonymous
Guest
Anonymous

golongan suka tindas
1 malaysia d bodobodokan

muring.com
Guest
muring.com

Itu boleh check dgn nottingham university…

muring.com
Guest
muring.com

Itu boleh check dgn nottingham university…

Anonymous
Guest
Anonymous

Macamana Najib nak pimpin rakyat Malaysia! Dengar kata dia belajar untuk dapatkan ijazah pun tak lulus. Betul ke? Mohon pencerahan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila bapa dia meninggal dunia dia masih lagi menuntut di UK.

Maknanya, dia masih belum tamat universiti di UK bila dipilih oleh Tun Hussein Onn menggantikan bapanya sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Tak pasti pula bila masa dia sambung pelajaran untuk dapatkan ijazah. Rasanya tiada kot.

Bigger Su
Guest
Bigger Su

Tengok Najib dalam rakaman isu semasa di TV3, macam orang yang telah dijatuhkan hukuman bersalah oleh Hakim di Mahkamah Rayuan. Apalah nak jadi kamu ni Najib? Sekiranya kamu tidak jadi PM pun kamu dah kaya raya dan sekiranya kamu tidak ambil wanita yang menjanda 3 kali tu, dah tentu nasib kamu tak seburuk begini. Kalau kamu masih boleh bertahan sebagai pemimpin UMNO hingga ke PRU16 kelak mungkin segala yang kamu lakukan (kes Altantunya) akan boleh dibakul sampahkan. Tetapi amat malang sekali sekiranya UMNO tertiarap di PRU14 kelak, segala perbuatan buruk, korupsi dan menyalah gunakan kuasa semuanya akan terbongkar satu persatu… Read more »

asri adnan
Guest
asri adnan

DS Najid tak berani En Din, itu masalahnya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jawapan nya senang je…dia memang tak akan jawap.
Pasal ?….bini nya kata jangan jawap.

Anonymous
Guest
Anonymous

berani ke si najib ni..dengan anwar pun terkencing kencing..x penah bersahut…ni pulak dngn mahathir..nanti ada plak menteri macai nak buat tertutup je….menteri yg mengarut jer yg percaya si najib ni…altantuya x kenal..saiful kenal pulak…

ibu irma dari singapura
Guest
ibu irma dari singapura

saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURApengen pulang ke indo tapi gak ada ongkossempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susahgaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyakkebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkannomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutangmelalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa sayahubungi dan minta angka bocoran SINGAPURAangka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 100.jtbagi saudarah-saudara di indo mau di luar negriapabila punya masalah hutang sudah lama belum lunasjangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalahini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SEROdemikian kisah nyata dari saya tampah rekayasaatau… Read more »