Masa Untuk Tun M, Ku Li, Pak Lah dan Musa Hitam Bersatu

Sekembalinya daripada luar negara semalam kerana menjalani rawatan mata di Jepun dan tidak menghadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan Najib Razak yang gilang-gemilang dan super mewah,  bekas Perdana Menteri,  Tun Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk meneruskan serangannya kepada Perdana Menteri yang sudah sekian lama ditarik balik sokongannya.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Tun Mahathir mengatakan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang selagi dipimpin oleh Najib kerana ketika ini semua kaum menolak kepimpinannya.
Tun Mahathir juga membangkitkan mengenai siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya, mengenai hutang 1MDB serta pembelian jet baru yang katanya “untuk kegunaan Datuk Seri dan Datin Seri.”
Serangan Tun Mahathir kali ini adalah yang paling keras berbanding sebeluknya dan menyeluruh menyentuh pelbagai aspek yang menjadi punca utama penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN yang dipimpin oleh Najib.
Sebelum ini, ketika menulis mengenai 1MDB, Tun Mahathir sudah pun menimbulkan beberapa persoalan mengenai kaitan syarikat itu dengan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz yang mampu menerbitkan filem di Hollywood dan membeli unit kondo mahal di New York.
Tulisan dan kritikan Tun Mahathir kali ini, jika difahami, tidak lain hanya dengan satu tujuan iaitu mahukan Najib berundur atau diundurkan dengan segera jika UMNO dan BN ingin terus mengekalkan kuasa dalam tangannya. 
Secara realitinya dan berdasarkan penolakan pelbagai segmen masyarakat yang makin nyata ketika ini, Najib sememangnya hampir tidak diyakini lagi mampu mencipta kemenangan buat UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.
Najib bukan saja sarat dengan masalah, isu dan kelemahan, bahkan juga mengekalkan segala masalah, isu dan kelemahan itu kekal bersarang melingkari kepimpinannya tanpa menampakkan usaha yang jitu untuk bergerak memperbaikinya.
Yang menariknya, serangan dan kritikan Tun Mahathir kali ini segera mendapat respon positif daripada Tengku Razaleigh Hamzah yang mahukan Najib segera tampil memberikan jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan itu.
Menurut beliau yang lebih popular dengan Ku Li, Tun Mahathir hanya menuntut penjelasan dan sudah sampai masanya Najib memberikan penjelasan agar kebenaran terserlah.
Pendirian senada antara Tun Mahathir dengan Ku Li ini secara umumnya adalah berita gembira kepada mereka yang sayangkan negara ini. Terlihat seolah-olah ada sinar baru untuk menyelamatkan negara ini daripada terus musnah dan binasa melalui pendirian senada Mahathir dan Ku Li ini.
Ketika ini, haruslah diakui bahawa negara kita diuruskan dengan teruk oleh Najib. Hutang negara meningkat, wang 1MDB hilang entah ke mana, ekonomi suram, ringgit jatuh, peluang perniagaan atau pekerjaan terhad, pembaziran serta pemborosan terus berleluasa, tadbir urus kerajaan di tahap paling lemah serta 1001 masalah lainnya.
Yang paling memeritkan ialah, hutang sudah pun sedia menunggu bagi anak dan cucu kita yang belum pun lahir ke dunia ini lagi.
Demi menyelamatkan masa depan negara ini, sebenarnya tidak saja Ku Li yang harus tampil memberi sokongan kepada Mahathir. Tun Abdullah Badawi, Tun Musa Hitam dan lain-lain harus juga berani bersuara dan bersama-sama berganding bahu dengannya.
Sebagaimana Tun Mahathir yang tiada kepentingan apa-apa lagi dalam kehidupannya kerana semua anak-anaknya sudah berjaya dan kaya raya, Tun Abdullah dan Tun Musa Hitam juga akan lebih dihormati dan dihargai jika mahu berganding bahu mulai sekarang.
Semua tokoh-tokoh yang pernah berjasa ini iaitu Tun Mahathir, Ku Li, Tun Abdullah dan Tun Musa Hitam harus melupakan sejarah silam dan tidak lagi terperangkap dengan penjara masa masing-masing. 
Sekarang adalah masa untuk “biduk lalu kiambang bertaut” serta “buang yang keruh dan ambil yang jernih” kerana masa depan negara dan generasi akan datang lebih penting dari segala-galanya. ( 02/04/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm

23
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
IBU FATMA DI MALAYSIAAnonymousjepe2d ComEmerasri adnan Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
jepe2d Com
Guest
jepe2d Com

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah… Read more »

IBU FATMA DI MALAYSIA
Guest
IBU FATMA DI MALAYSIA

Assalamu alaikum yang punya room melalui internet ini,saya ibu fatma di malaysia mengucapkan terima kasih banyak sama AKI karena AKI sudah banyak membantu saya dan saya kepengeng memberitahukan kepada teman-teman semua bahwa apakah anda memerlukan TUYUL supaya anda cepat kaya kalau anda membutuhkan monggo telepon KI KONCORO di number 0823,1332,9888 karena saya sudah membuktikannya,trima kasih ya KI atas bantuan tuyulnya saya sudah jadi kaya sekarang itu semua berkat bantuan AKI. Dan apakah anda butuh angka TOGEL KI KONCORO mulai dari angka 2D,3D,4D,5D,6D….? DENGAN ANGKA GHOIB ATAU ANGKA RITUAL YANG DI BANTU DENGAN MAHLUK HALUS DAN RAJA JIN TOGEL JADI ANGKA… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Fair enough, Tun M dan Anwar Ibrahim bermaaf-maafan, tetapi apa yg boleh mereka lakukan? Seorang di Putrajaya tanpa apa-apa kedudukan dalam politik manakala seorang berada dalam penjara.

Tidak nampak langsung Tun M boleh berganding bahu dengan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan DS Najib. No way…

Again, don't expect Tun M boleh berganding bahu dengan Tun Musa, Tun Abdullah, dan Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan DS Najib. Jangan harapkan bulan jatuh ke riba. Nampak gaya sampai bilapun kucing takkan bertanduk.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kancil tak perlukan kawan untuk menewaskan saekor singa. Seorang sahaja yang bijak boleh tumbangkan PM yang berkuasa!

Emer
Guest
Emer

Di sebalik cerita-cerita dan bukti-bukti kehebatan dan kejayaan Dr Mahathir mentadbir negara terselit jua kisah-kisah kegagalannya. Dr Mahathir bukan maksum, beliau hanya manusia biasa. Jika Dr Mahathir boleh melentur sedikit, mengakui kesilapannya dan bersedia memperbetulkan kepincangan yang dimulakannya nescaya Malaysia boleh kembali ke era kegemilangannya sekitar awal 90an. Tidak siapa boleh menafikan gandingan Dr Mahathir Mohamad-Anwar Ibrahim adalah yang terbaik dalam sejarah. Bangsa Melayu dipandang tinggi dan berdaya bersaing dalam ekonomi. Masalah sosial juga berkurangnya. Ramai pemimpin politik dan pengikut mereka mulai mengasimilasi diri mereka ke dalam imej dan pewarakan Islamik Anwar Ibrahim. Malah ramai juga yang mula mendidik diri… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Islam anwar umpama topeng nafsu seksnya..

Anonymous
Guest
Anonymous

caiiittt Emer komen mcm konon2 dye 2 bgs & tau segala2nya…aku pun x ler bgs tp kurang2 boleh jgk berfikir yg logik dr ko…x kisah ler Tun zaman dye dlu nk kayakn kroni dye pun tp dye x kaco poket rakyat malah segala kemelesetan ekonomi d tangani cpt tp zaman Najib udah ler dye ank brank ngn Jho Low je kaya…rakyat plk makin ssh…pasal kronisme…nepotisme…kwn…sedare…x dpt projek itu salah…aku hidup d zaman Tun bkn sedare Tun bkn kroni Tun tp boleh dpt projek…Mungkin alasannya krane aku menyokong Tun…tp skrg aku d zaman Najib bkn sapa2 dgn Najib mengkritik Najib terbuka… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Permatang Pauh adalah maruah PKR..tanpa bantuan pas hilanglah maruah pkr di permatang pauh.

Emer
Guest
Emer

Kedua. Menghalalkan kakitangan kerajaan terlibat dengan perniagaan melalui ahli keluarga terdekat. Inilah yang menyebabkan berlaku keraksasaan kronisme dan proksisme dalam kerajaan hari ini. Menteri, pemimpin politik, pegawai tinggi kerajaan malah ahli biasa parti politik menagih dan menuntut bahagian dalam projek-projek kerajaan seolah projek tersebut adalah hak mereka. Bila terikat dengan pembudayaan politik-perniagaan-keluarga maka sistem tender terbuka menjadi sejarah di Malaysia. Ekonomi negara tertumpu hanya kepada mereka ini. Dan mereka hanya 1% dari saiz 60% Bumiputera Malaysia. Tidak hairanlah selepas hampir 60 tahun merdeka dan selepas pelbagai dasar dan rancangan ekonomi diperkenalkan Bumiputera masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina dan India.… Read more »

Emer
Guest
Emer

Anak-anak muda boleh terus melihat Dr Mahathir sebagai hero. Namun bagi golongan dewasa yang pernah melalui zaman pentadbirannya adalah sukar untuk melihat logik penafiannya serta memaafkan kesilapannya yang lalu. Dalam banyak-banyak, tiga perkara berikut adalah kesilapan terbesar beliau yang menjadi dosa kepada seluruh rakyat Malaysia hingga ke hari ini. Pertama. Menghalalkan amalan memberi dan menerima 'hadiah' dikalangan penjawat awam dan ahli politik. Kerana kecendurungan beliau membenarkan amalan ini kerajaan Malaysia hari ini diiktiraf sebagai antara kerajaan paling korup di dunia. Rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa sudah tidak terbendung. Pihak penguasa berkenaan dirantai lantas tindakan serta merta tidak dapat diambil ke… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan, Semua manusia ada kebaikan dan keburukan. Nabi berpesan kita tengok kebaikan manusia dulu sebelum tengok keburukan. Zaman tunku, Tun Razak, Hussein Oon saya masih ingat lagi di Jabatan-jabatan kerajaan, pusat-pusat pengajian, kontraktor-kontraktor, bank-bank, dan banyak lagi dimonopoli oleh bangsa asing. Semenjak Dr. Mahathir menjadi perdana menteri, kebanyakan atau boleh dikatakan 90 peratus muka orang melayu. Jangan kita salah anggap, kritik mahathir kepada najib adalah untuk mengeak BN kalah, itupun terpulang kepada najib untuk menjawab tidak ada kekeliruan kepada rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon,

Tak payah layan la budak Emer ni. Macai belaan PMO agaknya ni. Isunya sekarang BUKAN apa yang Mahathir buat; zaman dia dah lepas…kalau dia salah, kenapa tak ambil tindakan. Yang jadi PM sekarang siapa? Kalau Mahathir buat salah, nak BENARKAN Najib buat salah jugakah?

Nak mengampu pun patut-patutlah. Perkara paling pokok ialah; tolong jawab soalan-soalan Mahathir, yang saya rasa turut dikongsi oleh RAMAI lagi rakyat negara ini.

Akmar and the geng sepatutnya latih budak-budak macam Emer ni jawab soalan…Tak tau jawab? Hahaha, logik. Siapa yang kenal budak-budak ni, tahu sangat takat mana level otak dia orang….

Emer
Guest
Emer

Baca dulu sampai habis sebelum serang. Itu cuma sebahagian dari pandangan saya. Komen saudara lebih kebudak-budakkan dari budak tak berilmu. Tuan Shah bercakap tentang Mahathir maka saya tidak berminat bercakap tentang Najib. Saya sudah banyak memberi komen tentang kelemahan dan kegagalan Najib. Jangan jadi seperti lebai parti ulama. Jangan malukan diri sendiri.

Emer
Guest
Emer

Tuan Shah Saya tidak nampak silver lining dari perbalahan terbuka Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak. Dr Mahathir hentam Najib semenjak PRU13 tetapi mereka tetap meraikan satu sama lain di majlis-majlis rasmi. Sandiwara barangkali. Sudah sifat Dr Mahathir jarang bersetuju dengan mana-mana Timbalan dan pengantinya. Dari Musa Hitam, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi hingga ke Najib Razak. Kesemua mereka ini tidak pernah sempurna di mata beliau kerana gagal ikut telunjuk dan kemahuannya. Itulah Dr Mahathir Mohamad. Tidaklah salah jika kehendak dan kemahuannya itu terbaik buat seluruh rakyat Malaysia. Sepertimana marahnya beliau bila projek landasan elektrik berkembar utara selatan dibatalkan… Read more »

asri adnan
Guest
asri adnan

TS Muhyiddin perlu memimpin kempen mengundurkan DS Najid, Tun sahaja tak mampu sebab tiada kepala untuk diberikan sokongan. Inilah masa yang terbaik untuk Umno memilih pemimpin baru yang lebih baik daripada DS najid yang banyak isu2 kontravesi dan Pembangkang pun tengah berpecah ni.

Hasnal Tamjehi
Guest
Hasnal Tamjehi

seperti biasa, PAS kekal menjadi parti yang tidak memandu isu2 nasional dan menumpang gemilang tokoh lain seperti Anwar, Tun M dan Kuli. Sgt mengecewakan. Ini petunjuk jelas PAS tidak layak menggantikan kerajaan yg ada sekarang dan sesuai kekal menjadi parti yg terpinggir dan terasing serta harus bersendirian sperti yg di saran nik amar

Hasnal Tamjehi
Guest
Hasnal Tamjehi

seperti biasa, PAS kekal menjadi parti yang tidak memandu isu2 nasional dan menumpang gemilang tokoh lain seperti Anwar, Tun M dan Kuli. Sgt mengecewakan. Ini petunjuk jelas PAS tidak layak menggantikan kerajaan yg ada sekarang dan sesuai kekal menjadi parti yg terpinggir dan terasing serta harus bersendirian sperti yg di saran nik amar

Anonymous
Guest
Anonymous

Tun M is a man of integrity…to join up with the 3 stooges than you mentioned would be an insult to his intelligence!

Anonymous
Guest
Anonymous

It is your put down of respected people that is insulting to readers.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan, apa kata semua wakil bn letak jawatan dan serah pada wakil pr.Lagi pun bn bukan sepatutnya perintah negara ini dengan hanya 48% undi.yang lain tu hanya manipluasi. Elok yang disabah tu lompat masuk pr bagi bn kojol.lagipun itulah yang sepatutnya terjadi pada !6 Sept. Cuma yang tak mau itu hanyalah haji hadi pil kuda.Sekarang tengok negara sudah hadapi masalah besar.semua tahu yang bn ni kaki kencing.Buktinya rakyat dah kena kencing dengan gst.Aku seronok tengok melayu kat malaysia ni bangang dan mudah ditipu.padan muka.

Anonymous
Guest
Anonymous

The aim is not just to get Najib to resign but also to make him and his cronies return all the country's money that they stole. There is no point for him to resign and then he gets to keep all the ill-gotten gains. Our children and grandchildren should not be made to pay for his deeds.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yeah and not to forget Mahathir and his cronies too..

Anonymous
Guest
Anonymous

sama jugak perangainya selagi bn