Month: April 2015

Cawangan Dan Bahagian UMNO Patut Berebut-Rebut Jemput Mahathir

Apabila bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meminta agar beliau diberi peluang untuk bertemu akar umbi UMNO untuk menjelaskan sebab-sebab beliau menyerang kepimpinan Najib Razak, ia seharusnya disambut sebagai peluang keemasan yang tidak boleh sama-sekali dilepaskan. Dalam tulisan di blognya hari ini, Tun Mahathir meminta agar beliau diberi peluang bertemu ahli akar umbi UMNO bagi […]

Najib Enggan Menyerah Kalah, Mahathir Pun Tak Mungkin Mengalah…

Hanya beberapa jam setelah Perdana Menteri, Najib Razak mengatakan beliau tidak akan menyerah kalah di sebalik pelbagai kritikan dan serangan terhadapnya, Tun Mahathir Mohamad juga memperlihatkan pendiriannya yang tidak mahu mengalah daripada terus menegur dan mengasak. Jika malam tadi Najib mengungkapkan madah Bugisnya, Tun Mahathir hari ini bukan saja mengulangi kritikan mengenai gaya hidup mewah […]

PM Ganti Najib – Pilihan Mahathir Atau Pilihan Parlimen?

Di ketika Tun Mahathir Mohamad makin meningkatkan serangan untuk mengasak pengunduran Najib Razak, siapa bakal mengisi kerusi Perdana Menteri nampaknya mula menjadi perbalahan. Bekas Perdana Menteri itu sudah beberapa kali menyebut bahawa pengganti Najib ialah Muhyiddin Yassin berdasarkan kedudukannya  sebagai orang nombor dua dalam parti sekarang ini. Kalau ikut adat UMNO, tentulah timbalan jadi pengganti, […]

Najib Kini Merasai Perlawanan Sebenar Dalam Kariernya

Sepanjang  perjalanan karier politiknya selama ini sehingga berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri pada 2009, Najib Razak sentiasa dibentangkan “karpet merah” untuk memudahkan laluannya. Dalam UMNO, beliau hanya pernah bertanding bagi jawatan yang memerlukan lebih dari seorang pemenang, tetapi tidak pernah merasai persaingan bagi jawatan yang menghendaki seorang pemenang. Jawatan Ketua Pemuda, Timbalan Presiden dan Presiden […]

Muhyiddin Tak Harus Berlengah Lagi – Sokong Mahathir Atau Bersama Najib?

Rasanya sudah lebih dari sekali Tun Mahathir Mohamad menyebut nama Muhyiddin Yassin sebagai calon paling layak menggantikan tempat Najib Razak sebagai Perdana Menteri bagi menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya akan datang. Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudddin juga menyebut nama Muhyiddin dan Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin yang rapat dengan kedua-dua tokoh tersebut turut […]

Foto Sekitar Program Bicara Negarawan Bersama Tun Mahathir di K Klub, Taman Melawati

Tun Mahathir ketika menyampaikan ucapannya… Tun Mahathir duduk di atas pentas dengan diapit oleh Ibrahim Ali dan Ridhuan Tee Abdullah… Antara yang hadir ialah bekas MB Selangor, Muhammad Mohd Taib dan Presiden Pemikir, Aziz Yassin… Turut hadir bekas menteri di JPM, Zaid Ibrahim dan Tamrin Tun Ghafar… Bekas Exco Perak, Hamidah Othman juga hadir… Ramai […]

Program Jelajah Mahathir Sudah Bermula, Apakah Najib Bakal Dibalun Lagi?

Setelah melakukan pelbagai serangan dan kritikan terhadap Najib Razak melalui media dan banyak tulisan di blognya, buat pertama kalinya Tun Mahathir Mohamad akan  “turun padang” menemui kelompok sasarnya. Beliau akan hadir dalam program Bicara Negarawan untuk memperkatakan isu-isu semasa pada Sabtu, 25 April ini jam 9.30 pagi di K Klub, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Ini adalah program pertamanya turun […]

Najib Makin Dibenci Kerana GST, Minum Teh Tarik Pun Kena Cukai 6 Peratus…

Tidak sampai sebulan selepas cukai GST dilaksanakan pada 1 April lalu, rungutan rakyat mengenainya boleh didengari di mana-mana saja ketika ini. Tidak saja rakyat biasa dan mereka yang tidak berparti, ahli UMNO dan penyokongnya pun tidak segan-segan mengeluh mengenai cukai baru ini. Yang memihak parti lawan tentulah boleh dijangka reaksi mereka. Rata-rata mengadu perbelanjaan mereka […]

Muhyiddin Sudah Mula Berkias-Kias

Kebelakangan ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin nampaknya sudah mula berkias-kias dalam ucapannya sedangkan sebelum ini beliau dikenali sebagai pemimpin yang selalu serius dalam penampilannnya. Ahad lalu, dalam suatu program anti perang yang dihadirinya bersama Tun Mahathir,  Muhyiddin Yassin secara terbuka dan sambil tersenyum berkata, “anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran”. Ungkapan itu segera ditafsir […]

Saya Ingin Memuji Zahid Hamidi…

Blog ini jarang memuji pemimpin. Ia lebih kerap mengambil pendekatan menegur, mengkritik dan kadangkala “membelasah” pemimpin. Tetapi kali ini saya ingin memuji Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang memperlihatkan ketegasan dan tidak bertolak ansur dalam insiden demo anti salib di Taman Medan, Petaling Jaya. Zahid mengatakan peserta demo itu tetap tertakluk kepada Akta Hasutan […]

Soalan Sama Kepada Muhyiddin, Tunggu Apa Lagi?

Setelah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin secara terbuka menyatakan sokongan kepada “perjuangan kebenaran” yang dilakukan oleh Tun Mahathir semalam, persoalan yang menjadi bualan ramai sekarang ialah “apa selepas itu? Cukupkah sekadar menyatakan sokongan dan berkata “you are not alone” saja? Berubahkah apa yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir jika sekadar sokongan dalam bentuk ungkapan saja? […]

Najib, Tunggu Apa Lagi!!

Perdana Menteri, Najib Razak kini sedang berada di Kazakhstan bagi menghadiri majlis bertandang perkahwinan anak perempuannya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Besikkbayev, seorang jejaka yang pandai bertinju dari negara tersebut. Tetapi di dalam negara, asakan untuk memaksanya berundur kian giat dilakukan. Tun Mahathir yang menjangkau usia 90 tahun kelihatan semakin agresif dan seolah-olah mendapat “suntikan tenaga […]

Antara Jambatan Bengkok Dan Hati Bengkok

Tindakan Perdana Menteri, Najib Razak mengungkit semula isu pembinaan Jambatan Bengkok bagi memperlekeh dan cuba memberi gambaran seolah-olah Tun Mahathir Mahathir ada sesuatu kepentingan lain di sebalik mengkritik dan menyerangnya, akhirnya menikam dirinya sendiri. Dalam temubual dengan TV3 baru-baru ini, Najib berkata, selain tidak bersetuju dengan BR1M, Tun Mahathir juga sebenarnya tidak puas hati kerana […]

Selepas Siti Nurhaliza Dan Rozita Che Wan, NGO Diterajui Abang Muhyiddin Juga Sokong Mahathir

Dalam pertembungan yang sedang berlaku antara Tun Mahathir dengan Najib Razak, ramai yang tertanya-tanya apakah pendirian Pemikir atau Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia mengenainya. Pertanyaan itu timbul kerana Pemikir dianggotai oleh beberapa tokoh berpengaruh daripada kalangan bekas Menteri, Ahli Parlimen, pegawai tinggi kerajaan serta tokoh penting dalam masyarakat. Antara mereka yang menganggotai Pemikir ialah Sabbaruddin […]

Tangkap Jho Low, Buka Semula Kes Altantuya…Habis Cerita!!

Disebalik Najib Razak menerima sokongan satu persatu, bermula dengan Ketua-Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri dan UMNO Negeri-negeri, hakikat yang makin nyata ialah apa yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dalam serangannya selama ini semakin diakui ada kebenarannya. Dua isu pokok yang dipersoalkan Tun Mahathir terhadap Najib ialah berkenaan 1MDB dan keadilan untuk Sirul. Berkaitan 1MDB, antara […]

Ehh…Najib Dah Menang Ke Lawan Mahathir Sampai Dijulang Ni?

Tidak cukup dengan menzahirkan sokongan penuh, menjerit slogan “Lawan Tetap Lawan” dan menyanyikan lagu “Inilah Barisan Kita”, Pemuda UMNO bertindak lebih ke depan dalam kemelut politik yang sedang berlaku sekarang dengan bertindak menjulang Perdana Menteri, Najib Razak. Aksi itu diperlihatkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pemuda UMNO seluruh negara di PWTC semalam bagi menjelaskan […]

Kenapa Rompin Mengundi Dulu Berbanding Permatang Pauh?

Berbanding di Rompin, pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dilihat amat penting dan bakal menentukan perjalanan seterusnya fasa politik negara, terutama yang melibatkan masa depan Najib. Pentingnya Permatang Pauh kepada Najib, UMNO dan BN sehingga SPR sendiri menentukan hari pengundiannya ialah pada 7 Mei iaitu dua hari selepas pengundian di Rompin pada  5 Mei. Keadaan ini terlihat pelik […]

Setelah Mukhriz Didesak Letak Jawatan, Apakah Pula Tindakan Drastik Mahathir Selepas Ini?

Episod pertembungan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Najib Razak nampaknya semakin sukar ditemui jalan penyelesaian dan titik tengahnya. Najib ingin terus kekal dan tidak mahu mengalah manakala Tun Mahathir pula tetap mahukannya berundur. Selepas Najib muncul di televisyen untuk menjawab semua kritikan dan serangan Tun Mahathir terhadapnya, bekas Perdana Menteri itu kemudiannya tampil […]

Ehem, Ehem…Pak Lah Pun Dah Muncul Sokong Najib!!

Semalam Najib Razak muncul di televisyen untuk menjawab pelbagai serangan dan kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya, terutama oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Antara topik yang disentuh Perdana Menteri semalam ialah berkenaan pembunuhan Altantuya di mana beliau menafikan mengenali atau pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu dan perkara itu, tambah Najib, turut disahkan hasil […]