Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

SAMAN RM1.1 BILION

Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa buku “Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat Dari Isi Hati Sabbaruddin Chik” tidak boleh dijual dan diedar kepada umum buat sementara waktu ini.

Ia berikutan Deepak telah memperolehi perintah ex-parte atau sebelah pihak daripada mahkamah yang melarang sebarang penjualan dan pengedaran buku tersebut.
Sejak dilancarkan oleh Tan Sri Sanusi Junid pada 4 Mac lalu, buku itu hanya sempat berada di pasaran selama beberapa hari saja kerana kami menerima perintah mahkamah itu pada petang 10 Mac lalu.
Selain memperolehi perintah ex-parte, Deepak juga memfailkan saman berjumlah RM1.1 bilion terhadap Tan Sri Sabbaruddin Chik dan saya sebagai penulis buku itu.
Kepada yang menghantar pesanan melalui email, whatsapp, mesej di Facebook dan sebagainya bertanyakan bagaimana mahu memperolehi buku itu, dimaklumkan bahawa tertakluk dengan arahan mahkamah itu, segala penjualan dan pengedaran telah dihentikan buat seketika.
Bagaimanapun, Tan Sri Sabbaruddin dan saya telah pun melantik peguam untuk mengenepikan perintah ex-parte yang melarang penjualan dan pengedaran itu dalam waktu terdekat ini.
Diharap kepada semua yang masih tercari-cari dan bertanya mengenai buku tersebut dapat bersabar buat seketika sehingga kami berjaya mengenepikan perintah mahkamah itu.
Peguam yang kami lantik juga akan berusaha melawan saman RM1.1 bilion yang dikemukakan oleh Deepak itu. (SH 15/03/2015)

Tan Sri Sanusi berucap ketika melancarkan buku tersebut…

Keratan berita mengenai saman yang dikemukakan oleh Deepak…

Reaksi Tan Sri Sabbaruddin kepada sebuah portal mengenai saman tersebut…

Usaha bukan saja dilakukan untuk mengenepikan perintah ex-parte mahkamah tetapi juga saman bernilai RM 1.1 bilion itu…
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x