Hudud Hanya Alat Memecahkan Lawan?

Sebetulnya masih tidak diketahui bilakah usul persendirian yang mahu dibawa oleh Presiden Pas, Haji Hadi Awang berkaitan pindaan Enakman Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau dalam bahasa mudahnya undang-undang hudud, mahu dibentangkan di Parlimen.

Yang jelas, ia tidak mungkin sempat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang walaupun Haji Hadi sudah menghantar notis mengenainya.
Tetapi berdasarkan kenyataan dua pemimpin kerajaan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz, usul itu juga belum pasti dapat dibentangkan dalam sesi yang berikutannya.
Ini kerana Parlimen, kata mereka, akan mengutamakan terlebih dahulu aturan urusan berkaitan kerajaan sebelum usul persendirian. Hanya setelah selesai bab kerajaan, barulah usul persendirian diberikan laluan.
Tetapi urusan pembentangan berkenaan kerajaan pula adalah banyak dan sentiasa bertambah. Tidak mustahil pada sesi Parlimen berikutnya pun usul persendirian Haji Hadi ini masih tiada ruang untuk mencelah.
Jika begitu, ia mungkin hanya dapat dibentangkan dalam sesi berikutnya lagi, lagi dan lagi. Semuanya tidak pasti.
Bagaimanapun, pada ketika ini isu hudud ini sudah terlalu meluas diperkatakan dan mulai bertukar menjadi senjata untuk memusnahkan pihak lawan pula.
Hudud seolah-olah telah menjadi alat politik untuk kepentingan pilihanraya akan datang. UMNO yang melihat kesepakatan dalam PR perlu dimusnahkan agar BN terus dapat mempertahankan kuasanya, sedang berusaha ketika ini menjadikan hudud sebagai alat untuk melaga-lagakan antara Pas dengan DAP.
Ramai pemimpinnya menyokong Pas dan mengecam DAP kerana dianggap mencampuri urusan berkaitan Islam. Pas juga dipuji kerana cekal dan berani untuk menegakkan hukum Allah walaupun pendirian sebenar UMNO sama ada menyokong atau menolak usul persendirian Haji Hadi nanti belum lagi dapat dipastikan.
Sementara Najib Razak sedang melengah-lengahkan masa untuk menyatakan pendirian berhubung perkara ini, apa yang diharapkan oleh UMNO ialah hudud in berupaya memecah-belahkan PR dengan cara Pas keluar atau ditendang daripada gabungan itu.
Jika Pas keluar dan kemudian bertanding secara sendirian dalam pilihanraya nanti, ia tentulah rahmat besar bak bulan jatuh ke riba bagi UMNO.
Tetapi Pas juga menyedari hal ini.  Tidak semua pemimpin dalam Pas mahu berpecah daripada PR. Memang ada kelompok tertentu dalam Pas yang merasakan PR ini ibarat “motor buruk”  yang  selalu rosak, namun ramai juga yang percaya kerosakannya masih boleh diperbaiki lagi berbanding menjadikan BN sebagai “motor ganti”.
Sebab itu, Pas juga menuntut agar Najib segera menyatakan pendirian rasminya berkenaan hudud ini. Jika UMNO menyokong, parti itu berisiko untuk bermasalah dengan rakan-rakan komponen yang lain dalam BN manakala jika menolak pula bemakna sokongan selama ini termasuk menawarkan diri dalam Jawatankuasa Teknikal hanyalah retorik semata-mata. Ia juga menyebabkan UMNO hilang nilai Islamnya di mata pengundi Melayu.
Jika hudud memungkinkan Pas terus bermasalah dengan DAP, hudud juga sebenarnya menjadikan UMNO serba-salah antara menjaga hati rakan-rakan bukan Islamnya dalam BN atau mahu menunjukkan ia juga parti yang memperjuangkan Islam dan penegak hukum-hukum Tuhan.
Akhirnya, selain hudud untuk kepentingan  politik, ia juga adalah senjata politik untuk menyerang dan memusnahkan pihak lawan. Perkara yang lebih realistik sebelum hudud dilaksanakan seperti kekangan Perlembagaan, sokongan majoriti dalam Parlimen, persediaan dan sebagainya tidak lagi dihiraukan.
Hudud lebih diperkatakan dari sudut dan kepentingan politik semata-mata, terutama dalam mendepani hambatan pilihanraya umum akan datang.
Bila mahu dilaksanakan hudud? Entahlah… (SH 29/03/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm
Subscribe
Notify of
guest

16 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
30 March 2015 4:15 am

Dulu ‘PAS ganti Umno’, kini PAS jadi Umno PAS ganti Umno adalah cogan kata yang paling banyak digunakan menjelang pilihan raya umum 2013. Cogan kata itu lahir selepas kemenangan besar PAS pada pilihan raya 2008. Banyak veteran PAS tidak bersetuju dengan maksud mendalam cogan kata itu. Mereka berkata ia seperti doa. Apa sahaja yang buruk dilakukan Umno akan diikuti PAS sebagai ‘penggantinya’. contoh nya:1malangnya pada 2015, semua itu diputar balik ke belakang. PAS telah mencontohi Umno yang tidak mahu jawatan presiden dipertandingkan.2.PAS telah berubah 360 darjah, daripada parti yang mengamalkan demokrasi Islam kepada parti autokratik yang lebih teruk daripada Umno.3.PAS… Read more »

Anonymous
Anonymous
30 March 2015 3:03 am

Usul belum ke mana Pakatan Rakyat sudah berperang. Baik punya strategi.

Anonymous
Anonymous
29 March 2015 3:46 pm

I think it is undeniable PAS wants to implement Hudud. How what cause a lot Chinese voters was certain PAS leaders stated that non-Muslim voters supported Hudud? This is what amazed me! As a season politician, I am certain they will understand what non-Muslim voters really feel. It is either the Ulama wing do not understand politics or they are using Hudud to win Malay voters and ignore non-Muslim voters. In addition, PAS politicians that represent mixed race areas need to understand they represent voters of all races and not one race only. Thus, if they do things that only… Read more »

Anonymous
Anonymous
29 March 2015 12:50 pm

Hahaha…lawak betul kerja tangkap jin…apa nak sibuk sama BN… Lantak la…PAS nak Hudud…buat la dulu di Kelantan… Kalau semua dah mantap…buat je di negeri lain..

Anonymous
Anonymous
29 March 2015 11:59 am

Islam pun tak suka dan tak menggalakan penganut atau umatnya menjadi bodoh, kurang berfikir dan otak kemetot. Ini semua salah bangsa Melayu yang majoriti di negara ini bilamana seorang pengecut, bapuk, korupsi, pembohong, munafik, penakut, dayus dan tiada pegangan agama seperti Najib Razak ini pun diangkat sebagai pemimpin atau perdana Menteri yang berkuasa. Kamu semua rasalah nikmat dari pilihan kamu semua, jangan salahkan orang lain. Ada golongan yang digelar ulama pun bodoh dan penakut untuk menyatakan kebenaran dan hanya tahu membetulkan serban sahaja dan menjaga periuk nasi anak-menantu dari berjuang membela kebenaran untuk rakyat. Sebenarnya kamu semua yang meruntuhkan Islam… Read more »

Anonymous
Anonymous
29 March 2015 12:40 pm
Reply to  Anonymous

Lebai Pas semua tak berguna.Takda apa jasa pada islam dan melayu.Takda kerja,hanyalah kerja tangkap jin.bangang punya manusia!

Anonymous
Anonymous
29 March 2015 1:54 pm
Reply to  Anonymous

Mat Bangang wayar putus….kah…kah …kah

Anonymous
Anonymous
29 March 2015 11:34 am

jangan termasuk dalam kelompok yang menjadikan hukum Allah taruhan
walaupun persendirian tapi besar maknanya
quran tidak ada keraguan padaNya jadi petunjuk hanya untuk orang orang yang bertaqwa
kalau tak betaqawa itu yang lawan sampai macam orang kurang siuman

Anonymous
Anonymous
29 March 2015 12:39 pm
Reply to  Anonymous

Mengapalah kau ni bangang sangat?Hudud ni semua nak tutup kelemahan Pas d Kelantan yang telah rembat banyak balak.Bila banjir datang salahkan Tuhan pula.Walhal otak kau tu yang bangang!

Anonymous
Anonymous
29 March 2015 1:52 pm
Reply to  Anonymous

Oii Mat Bangang udah udahlah buat dosa kering.

kluangman
kluangman
29 March 2015 9:06 am

Kesilapan dan tidak matang ada pada DAP sendiri yang melatah dan melenting walaupun tahu keupayaan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebenarnya terhad dan banyak rintangan.

Semua ini kerana Guan Eng sangat ego dan bodoh sombong, keras kepala nak tunjuk kuat. Jika bijak dan matang – tidak ada keperluan pun berkrisis dengan PAS kerana PAS sendiri perlu mempamerkan dirinya sebagaimana perlu di hadapan penyokongnya sendiri.

Seperti DAP, dia sendiri boleh berdrama dengan pengundi cina semata-mata untuk kekal disokong.

Sekurang-kurangnya belajarlah dengan MCA yang masih jinak dan sokong Najib walaupun marah dengan UMNO Kelantan.

Anonymous
Anonymous
29 March 2015 12:37 pm
Reply to  kluangman

Komen kau macam budak-budak.Weii dah 30 tahun Hudud ni dijaja kesana-kemari walhal last kali umno dah kencing Pas yang bangang tu.

Anonymous
Anonymous
29 March 2015 1:50 pm
Reply to  kluangman

Oleh kerana ko hanya pandai membangang aku panggil ko Mat Bangang..!!!!

Anonymous
Anonymous
29 March 2015 2:06 pm
Reply to  kluangman

Seandainya tindakan Guan Eng menetang hudud dianggap kebudakan, ego dan keras kepala. Akan tetapi bagaimana pula tingkah laku Hj Hadi yang bila bercakap dia menfitnah (kes pil kuda), bila berjanji dia memungkiri (kes MB Selangor) bila bertanding pilihanraya Hj Hadi menikam rakan sendiri (kes meletakkan calon Pas di Kota Damansara dll) bila ditegur beliau lupa etika politik Islam ( kes menghalau ahli Pas yang tidak sependapat dengan beliau)
Perlakuan ini agaknya perlakuan matang, bersifat dewasa dan lembut hati. Mantap sungguh pandangan pro UG. Harap- harap pandangan seperti inilah yang akan merealisasikan slogan Pas – Pas Untuk Semua.

PAK BUDIMAN DI MALANG
PAK BUDIMAN DI MALANG
4 August 2016 2:31 am
Reply to  kluangman

saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan… Read more »