Empat Pilihan Untuk Pas

Kedegilan Pas untuk meneruskan agenda hudud mereka akhirnya meletakkan parti itu di kedudukan paling sukar ketika ini. Jika sebelum ini tindakan Pas membentangkan pindaan enakmen di Dun Kelantan dan kemudian menghantar notis untuk usul persendirian di Parlimen tanpa memaklumkannya terlebih dahulu kepada PR, membuatkan PKR menyatakan tidak akan menyokong usul tersebut, kini giliran DAP pula menyatakan pendiriannya.

Dalam pendirian terbaru yang diputuskan malam tadi, DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Haji Hadi tetapi kekal bersama PR.
Ini bermakna, sementara PKR dan DAP kekal dalam PR, masa depan Pas dalam gabungan itu terpulang kepada parti itu menentukannya.
Jika Pas meneruskan juga mahu membentangkan usul persendirian di Parlimen, PKR dan DAP tidak akan memberikan sokongan terhadapnya. Pas hanya boleh berpuas hati dengan sokongan 21 Ahli Parlimennya sahaja.
Dalam masa yang sama, dua pemimpin kerajaan iaitu Nancy Shukri dan Nazri Aziz pula menegaskan, undang-undang hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.
Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang berkata, mustahil hudud dapat dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.
Selain itu, katanya, Ahli-Ahli Parlimen daripada Sarawak juga tidak akan menyokong sebarang usul mengenai hudud.
Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan pernah memegang portfolio undang-undang sebelum ini, dengan nada lebih keras dan terbuka berkata, hanya orang “bodoh”  yang akan terus bercakap mengenai hudud.
Ini kerana, katanya, sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa undang-undang berkaitan jenayah merupakan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya Mahkamah Syariah.
Untuk meminda Perlembagaan pula, tambah Nazri, ia memerlukan sokongan dua pertiga  Ahli Parlimen dan tidak ada sesiapa yang memiliki sokongan sebanyak itu ketika ini.
Nazri juga berkata, selain itu usul persendirian Pas hanya dapat dibentangkan di Parlimen setelah selesai semua aturan urusan kerajaan dan selagi ia tidak habis, usul tersebut tidak dapat dibawa.
Secara langsung, kenyataan Nazri ini membayangkan bahawa usul persendirian berkaitan hudud ini bukan saja tidak pasti dapat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini, tetapi juga tiada jaminan dalam sesi-sesi yang seterusnya. 
Bersandarkan semua situasi yang ada sekarang, usul persendirian hudud yang bakal dibawa oleh Haji Hadi ini selain tiada harapan untuk menang dan mendapat sokongan, malah mungkin juga tidak ruang langsung untuk dibentangkan di Parlimen.
Tetapi yang penting, apakah masa depan Pas dalam konteks ini?
Semuanya kini terserah kepada Pas. Jika mereka ingin terus kekal bersama PR, mengekalkan hubungannya dengan PKR dan DAP serta mahu terus berpotensi memenangi kerusi di kawasan bandar dan separa bandar di Selangor, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya, pilihan yang boleh dibuat ialah sama ada menarik balik usul persendirian itu atau menukar Haji Hadi sebagai Presiden Pas.
Keputusan DAP mahu terus kekal dalam PR tetapi memutuskan hubungan dengan Haji Hadi Hadi adalah isyarat yang jelas bahawa yang menjadi masalah bukannya Pas tetapi hanya Haji Hadi. Dengan ketiadaan sokongan serta kenyataan Nancy Shukri dan Nazri Aziz, usul persendirian itu sudah bemakna lagi.
Tetapi jika Pas ingin terus mengekalkan Haji Hadi, hubungannya dengan PKR dan DAP tentulah tidak seharmoni dulu. Sikap bermasam muka akan terus berpanjangan dan mungkin merebak kepada soal pembahagian kerusi dalam pilihanraya nanti. Pertindihan calon pilihanraya juga mungkin berlaku.
Mengekalkan Haji Hadi juga akan membuatkan Pas berisiko besar untuk mendapat undi dan sokongan bukan Melayu dan ini akan menjadikan Pas hanya mampu memang di kawasan pengundi Melayu di Kelantan, Terenggganu dan Kedah saja. Pengundi bukan Melayu barangkali ramai yang tawar hati dengan kepimpinan dan pemikiran Haji Hadi.
Pilihan lain jika Pas ingin kekal berketuakan Haji Hadi ialah keluar dari PR. Walaupun Nik Amar Abdullah mengatakan Pas tidak kisah sendirian berikutan isu hudud ini, sudah tentulah wajah Pas tidak seperti yang ada sekarang jika ia bersendirian.
Pas tidak saja akan mengalami kehilangan banyak kerusi, tetapi juga akan mengecewakan ramai kelompok profesional dan progresif dalam parti itu.
Pilihan terakhir yang boleh dibuat oleh Pas jika tidak mahu bersendirian ialah membawa Pas menyertai BN dengan tujuan menguatkan kedudukan Melayu dalam gabungan itu.  Tetapi pilihan ini belum tentu juga mendatangkan keselesaan kepada Pas kerana mereka bakal berebut kerusi pilihanraya pula dengan UMNO dalam pilihanraya nanti.
Dengan UMNO lebih dominan dan menang banyak kerusi di kawasan Melayu, jika bersama BN, Pas mungkin hanya diperuntukkan kerusi yang jauh lebih kecil saja.
Segala-galanya kini terserah kepada Pas menentukan hala tujunya antara tarik balik usul, keluar PR, tukar Haji Hadi atau menyertai BN. Pilihlah yang mana satu jalan berturap, jalan berliku atau jalan mati. ( SH 24/03/2015 )
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm
Subscribe
Notify of
guest

24 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
25 March 2015 3:22 am

Salam, Pimpinan PAS ala lebai, sepatutnya berfikiran cara Quran dalam konteks yang moden dan lebih strategik lagi kontemporari. Nabi-nabi di turnkan Tuhan ke dunia ini hanyalah untuk menyampaikan mesej Tuhan, bukannya menghukum manusia sesuka hati. Manusia telah diberi akal fikiran yang waras dari dalam hati dan iman sendiri untuk menilai mesej Quran itu. Quran sangat menekankan keamanan, keadilan dan memberi setiap manusia ruang yang luas untuk mendekatkan diri kepada Tuhan dengan cara tersendiri. Quran tidak pernah cakap tentang mazhab itu ini. Quran hanya menekankan prinsip kemanusiaan sejati, bukan "condemn" orang lain sewenang-wenangnya. Kalau hukum Hudud ala PAS terjadi, adakah betul… Read more »

Anonymous
Anonymous
25 March 2015 9:03 am
Reply to  Anonymous

"Nabi-nabi di turnkan Tuhan ke dunia ini hanyalah untuk menyampaikan mesej Tuhan, bukannya menghukum manusia sesuka hati."

Potong tangan, 4 saksi tu bukan mesej dari Tuhan ke? Yang Nurul Izzah dok meraban 4 saksi tu apa hal?

Anonymous
Anonymous
24 March 2015 4:45 pm

Anonymous24 March 2015 at 20:25 . kenapa DAP saja yang diwar warka menentang hudud? MCA, Gerakan dan parti2 lain di Sabah dan Sarawak juga menentang hudud. Pemimpin MCA Chua Soi Lek pernah kata kalau hdudu dilaksanakan ramai yang menganggur, negara akan mundur kebelakang, mantan PM pernahn kata nak makan sop tangan pergi ke Kelantan dan macam2 kata nista ttg hudud dari pemimpin Melayu sendiri. macama mana plak Hj Hadi pernah kata Hudud Bukan Keutamaan. . asyik DAP je MCA dan Gerakan dll apa ce? Bukan menentang hudud ke? jgn bengong sangat. Lagi satu mana PERKASA, JATI JAKIM NGO yg kononnya… Read more »

Anonymous
Anonymous
31 March 2015 1:04 am
Reply to  Anonymous

betul!!! gua sokong 100%…bit.ly/1HJKQDx

Anonymous
Anonymous
31 March 2015 1:08 am
Reply to  Anonymous

betul!!! gua sokong 100%…bit.ly/1HJKQDx

Anonymous
Anonymous
24 March 2015 1:52 pm

Rupanya langit itu tidak berubah, tetap tinggi….ingatkan boleh capai dengan tangan.

Sekarang sudah jelas Hj Hadi tidak mendapat sokongan seperti yang dimimpikan.

Tuan admin cadangkan pilihan untuk Pas untuk bergabung dengan Umno. Lagilah terhina Pas. Sedangkan berada diluar pun dah diperbodohkan apa lagi bila masuk BN jadi macam kucing buli tikuslah.

Mana Hj Hadi nak letak muka? Kawan sendiri pun dah jelak . Ini pula nak mengemis ehsan musuh yang dah berpuluh tahun.

Inilah akibat bertindak ikut nafsu amarah, tidak jujur dan bodoh sombong

Anonymous
Anonymous
24 March 2015 3:16 pm
Reply to  Anonymous

Pas ni parti bahlol.sudah berapa kali kena kencing dengan umno, masih jadi bangang lagi.Lebai-lebai pas pun bukannya bagus sangat,semua perangai macam melayu umno juga.Tengok Hadi, bila sudah ada menantu, dunia juga dipilihnya.Akhirat tu cuma omong kosong.usahlah menipu orang ramai.sedarlah diri.

lagu tu laa
lagu tu laa
24 March 2015 1:44 pm

anon 1542 hang baca balik supaya hang paham apa yang tuan punya tulis tu.baca apa yang nazri dan nancy tu kata pa.bagitau hj hadi tu lain kali bawa berbincang dulu dengan rakan dalam pr.nik amar jangan 'GAH' sangat.yang kejar tak dapat yang lain habis tercicir.

Anonymous
Anonymous
24 March 2015 1:19 pm

KENAPA… DAP sahaja yg dicanang menentang hudud sedangkan MCA, GERAKAN dan beberapa KOMPENAN lain (Sabah & Sarawak) juga menentang hudud. DAP saja ka yg cina.. MCA dan GERAKAN bukan lagi cina ka sebab menjadi parti komponen BN….

Anonymous
Anonymous
24 March 2015 12:25 pm

Kenapa tak persoalkan setakat mana Demokratiknya DAP dalam kes Hudud ini ??? DAP ada agenda lain.. Tokey2 tak kasi jalan ke, sedangkan Hudud hanya utk org2 Islam.. nampak sgt DAP ini sebenarnya ANTI-ISLAM. Kalu tak percaya, cuba buat survey kalu org2 Cina masuk Islam, pasti akan di benci oleh Cina yg lain

Anonymous
Anonymous
24 March 2015 11:55 am

Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu)

biar dimatikan oleh Allah dalam memperjuangkan hukum hukum Allah dari dimatikan dalam kedaan menyanggah perintah Allah.

Anonymous
Anonymous
24 March 2015 3:12 pm
Reply to  Anonymous

woitt janganlah jadi bahlol.hudud Pas bukan hudud allah.hudud politiklah ooi.selesaikan "amanat haji hadi " dulu kalau nak cakap pasal hudud, tak nak digelarkan Hadi tu kaki kelentong islam.

Anonymous
Anonymous
25 March 2015 9:00 am
Reply to  Anonymous

Apa beza hudud PAS dengan hudud ALLAH????
Sembang kosong tak guna… bagi contoh la skit..

Unknown
Unknown
24 March 2015 10:59 am

Kedudukan Haji Hadi dan kuncu Ulama Beliau Amat Penting bagi UMNO.

Itulah sebabnya Najib tidak berani memberi apa apa ulasan tentang Hudud khusus untuk menjaga hati mereka. Princip Najib. "Gua Tolomg Lu..Lu Tolong Gua" sudah terbentangkan kepada Hadi dan penyokong beliau…

Monkey Shooter
Monkey Shooter
24 March 2015 9:48 am

Geng lebai dalam PAS tak pentingkan kemenangan. Sebagai sebuah parti politik berjenama Islam, mereka lebih pentingkan redha Allah dan hudud sahaja, yang lain seperti keadilan, kesaksamaan, ekonomi rakyat, perpaduan rakyat, kualiti hidup dan kebajikan rakyat sudah tidak penting langsung. Yang menjadi persoalan adakah Allah akan redha kepada hambanya yang jahil dan pendek akal? Adakah dijadikan penganut Islam untuk bersifat demikian? Semulia dan sehebat mukjizat baginda Rasulullah SAW pun baginda masih pergi berperang untuk mendapatkan 'kuasa' di kalangan manusia, apa gunanya kuasa? Tanpa kuasa apa gunanya parti politik? Bukan setakat mahu meneruskan agenda Hudud, baru buka mulut di Parlimen pun sudah… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 March 2015 2:58 pm
Reply to  Monkey Shooter

Opps!
Babi KENYANG
Ular KENYANG
Ayam KENYANG

Balak MELAYANG

Kuda kenyangg Opps! sbb pilkuda SEMUA mrk kenyang!

Anonymous
Anonymous
24 March 2015 3:09 pm
Reply to  Monkey Shooter

kau cakap macam orang mabuk ketum.Janganlah cakap macam orang bangang. Tak guna ada hudud kaulau perkara kezaliman tak diperjuangkan dulu.kalau kau nak reda allah elok kau pegi mampos dulu.

Anonymous
Anonymous
25 March 2015 8:57 am
Reply to  Monkey Shooter

"Semulia dan sehebat mukjizat baginda Rasulullah SAW pun baginda masih pergi berperang untuk mendapatkan 'kuasa' di kalangan manusia"

Nabi berperang untuk mempertahankan Islam, bukan untuk kuasa.

Anonymous
Anonymous
25 March 2015 12:01 pm
Reply to  Monkey Shooter

Maaf mencelah…tapi kan dia letak tanda 'kuasa'..jadi kamu faham ke apa yang dimaksudkannya itu..semoga kita sama sama melihatnya dengan akal yang sehat….buangkanlah perasaan syak kamu itu…sesungguhnya syak wasangka itu haram.

Anonymous
Anonymous
24 March 2015 9:18 am

The first thing that Hadi should do is to ask Najib whether or not he supports hudud. If so, he should order that some of the government's business in the Parliament be withdrawn to free up time for Hadi to table his private bill. Najib should also order all his UMNO MPs to vote in favour of Hadi's bill. If Hadi can do this, he will know whether or not he has been betrayed by UMNO.

farnash
farnash
24 March 2015 7:48 am

PAS perlu tukar presiden sedia ada digantikan dgn presiden baru yg boleh mencorak semula masa depan PAS di samping merapatkan hubungan dgn rakan2 dlm PR dan menyelesaikan kemelut di dlm PAS sendiri, setakat ini gagal ditangani oleh TGHH. Calon yg sesuai dan layak adalah Dato' Husam Musa dan Ustaz Ahmad Awang.

Anonymous
Anonymous
24 March 2015 7:42 am

PAS boleh amik keputusan untuk kekal dalam PR, putuskan kerjasama dengan DAP dan teruskan usul hudud.

IBU PUSPITA
IBU PUSPITA
29 March 2015 3:58 am
Reply to  Anonymous

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini… Read more »