Pembelian Jet Baru Tidak Kena Masa

Buat seketika, ramai yang terperanjat dengan pendedahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai pembelian jet baru kerajaan, Airbus Corporate Jetliner atau ACJ320 yang didakwa untuk kegunaan Perdana Menteri, Najib Razak.

Tersentaknya rakyat dengan pendedahan itu bukan saja kerana kerajaan dipercayai sudah mempunyai sekurang-kurangnya enam jet eksekutif untuk kegunaan Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja tetapi juga kerana isu jet yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, sudah sering menjadi perbualan umum.
Kali terakhir isu jet melibatkan Rosmah diperkatakan ialah bilamana jet kerajaan ACJ319 didapati terus berada di beberapa bandar di Amerika Syarikat sedangkan ketika itu Najib sudah kembali ke tanahair untuk meninjau keadan banjir di Kelantan dan negeri-negeri lain. Najib yang sedang bercuti dengan keluarganya di Hawaii terpaksa pulang ke Malaysia dengan pesawat komersial hingga ke Hong Kong sebelum dijemput oleh jet TUDM.
Sudah tentu ramai yang bertanya, apa perlunya ditambah sebuah lagi jet?
Lebih mengejutkan juga ialah kerana pembelian jet itu dilakukan ketika rakyat berhadapan dengan pelbagai isu yang mencengkam kehidupan mereka seperti 1MDB, kejatuhan ringgit, ekonomi yang suram, hutang negara menjangkau RM740 bilion, beban sara hidup yang kian meningkat serta cukai GST yang bakal dilaksanakan 1 April depan.
Dalam keadaan negara bergelumang dengan banyak isu yang gagal diselesaikan serta kedudukan ekonominya ditakrifkan tidak begitu baik, tentu saja pembelian sebuah jet baru kerajaan mengundang rasa tidak puas hati serta keresahan rakyat.
Memburukkan lagi keadaan, Jabatan Perdana Menteri atau JPM juga agak lewat memberi penjelasan mengenainya. Hanya pada lewat petang semalam barulah JPM tampil dengan penjelasan bahawa pembelian jet ACJ320 itu ialah untuk menggantikan Boeing Business Jet atau BBJ yang telah berusia 16 tahun.
Dimaklumkan juga  melalui penjelasan JPM itu bahawa perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan sejak dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan yang semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan. 
Walaupun penjelasan JPM itu boleh diterima, khususnya atas faktor kos penyelenggaraan dan risiko keselamatan,  masa dan ketika pembelian  jet ini tetap dianggap tidak kena dan langsung tidak sesuai.
Ketika rakyat resah melihat pendedahan demi pendedahan mengenai 1MDB dan sedang bersiap-siap mencongak tambahan perbelanjaan berikutan perlaksanaan cukai GST, tentu saja pendedahan mengenai pembelian jet baru kerajaan dengan mudah mengundang kemarahan.
Ia ibarat seorang suami yang tiba-tiba hendak menikah lagi sedangkan di ketika yang sama isterinya sedang berada di hospital untuk melahirkan anak.
Memang menjadi hak dan dibenarkan oleh syarak untuk seseorang lelaki menambah isterinya, tetapi menikah lagi ketika isteri sedia ada sedang berada di hospital untul bersalin, adalah perbuatan purba yang tidak boleh diterima oleh sesiapa jua pun.
Begitu jugalah dengan pembelian jet ACJ320 ini, berdasarkan beban kos penyelenggraan dan risiko keselamatan,  membeli yang baru untuk menggantikan yang lama memang boleh diterima, bahkan dianggap suatu keperluan.
Cuma, masa dan ketikanya saja tidak berapa kena. Kerajaan sepatutnya memilih waktu yang sesuai untuk membeli dan menukar jet baru itu. Walaupun perbincangan sudah dilakukan sejak dua tahun lepas, tiada masalah jika pembelian itu ditanggungkan, sesuai dengan slogan kerajaan sendiri iaitu “rakyat didahulukan”.
Dalam pada itu, selain kerajaan sudah mempunyai sekurang-kurangnya enam jet, diketahui juga bahawa Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja tidaklah sekerap Perdana Menteri mempunyai aturcara atau program di luar negara.
Pandangan umum ialah, kemudahan jet kerajaan itu lebih banyak digunakan oleh Perdana Menteri berbanding Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja.
Ditambah sudah banyak kali isu jet ini menjadi perbualan ramai berikutan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor juga ke sana ke mari menggunakan kemudahan tersebut, tanggapan umum juga ialah pembelian jet baru ACJ320 ini ada kaitan dengan kehendak Seri Perdana.
Inilah masalah Najib setiap kali isu jet ditimbulkan. (SH 17/03/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:32 pm
Subscribe
Notify of
guest

21 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
18 March 2015 12:33 pm

Abg Jib peduli apa…bukan duit dia. Selagi boleh sapu…dia akan sapu..Korang boleh buat apa. Masa PRU akan dtg nanti..makcik..pakcik felda pun dah lupa hal ni.. Abg Jib hulur2 plak skit..semua cerita jadi cantik…

Anonymous
Anonymous
20 March 2015 3:21 pm
Reply to  Anonymous

Anak dara Felda pun sanggup hulur celah kangkang jugak utk Najib. Bukan Ziana Zain saja yg berani.

Anonymous
Anonymous
18 March 2015 1:21 am

Kereta yg buruk dah uzur, selalu cepat rosak. Terpaksa lah hantar ke bengkel tukar spare part. Harga maintenence mahal. Enjin lama kuat makan minyak. kalau kereta rosak tengah jalan tak apa parking je kat tepi jalan. Tapi kalau beli kereta baru tak ada masalah rosak. Duit pun jimat tak selalu hantar bengkel. Masih brand new. Enjin pun jenis yg ekonomi tak banyak makan minyak. Segala engsel & nat skru masih baik belum karat. Jual saja kereta- kereta yg uzur tu & duit dapat beli kereta yg baru.

Anonymous
Anonymous
18 March 2015 5:28 am
Reply to  Anonymous

Betul, jual saja kelima-lima kapal terbang yang sudah ada, beli yang lebih baru supaya tak cepat rosak dan spare part pun baru, dan maintenance tak mahal. Jadi kalau semua 5 kapal tebang baru, dia tak makan minyak, akan jimat duit negara. Skrg dah ada 6 kapal terbang, jual saja 5 yang lama tu…

Anonymous
Anonymous
17 March 2015 7:14 pm

Kenderaan seperti kereta, keretapi, bot laju, kapalterbang dan jet adalah antara yang tersenari turun harga apabila gst dilaksanakan.

Sesiapa yang berminat untuk membeli melalui tabung syarikat atau majikan, sila guna broker untuk komisyen yang lebih tinggi sebelum perlaksanaan gst.

azhar
azhar
17 March 2015 2:22 pm

Najib memang bijak…kalu beli jet after first April..pasti kena GST…bayangkan berapa juta RM dah najib jimatkan

azhar
azhar
17 March 2015 2:22 pm

Najib memang bijak…kalu beli jet after first April..pasti kena GST…bayangkan berapa juta RM dah najib jimatkan

IBU NUNUNG DI BRUNEI
IBU NUNUNG DI BRUNEI
17 March 2015 1:16 pm

INFOTUYULMESIR: tuyul ini sangat kecil ukurannya,kira-kira tingginya 5cm-6cm,tuyul ini dapat dilihat dengan mata terbuka Jika (NAMA) sudah Memberikan Minyak khusu bagi anda yang ingin Kontrak atau ingin Beli tuyul.orang lain tidak dapat melihatnya. Bagaimana merawatnya..?? Sangat mudah ,tuyul ini sangat canggih & tidak merepotkan, tuyul ini tidak suka netek pada ibu-ibu, tuyul kepunyaan mbah hanya perlu 1 buah kamar khusus tempat tuyul bermain & istirahat serta butuh KUNYIT DAN SUSU BIASA yang sering Diminum anak-anak, seperti SUSU CAP BENDERA, anda tidak usah takut atau repot, karena Kunyit banyak Dijual di pasar-pasar terdekat di kota anda, itupun hanya diberikan jika si… Read more »

Anonymous
Anonymous
17 March 2015 11:15 am

ramai lagi masih boleh duk makankedarah bila keadaan betul betul susah nanti tau la nak berubah

kluangman
kluangman
17 March 2015 9:43 am

52% pandai-pandailah kamu jaga…samada kekal, bertambah atau menjunam…papa liwat dah tak ada… pembangkang nampak makin selekeh, kandang babi lebih penting dari hudud.

48% ..takkan ada seorang pun akan melompat ke 52%…tak mungkin…cuma akan ada yang boikot dan tidak mengundi…bererti Najib akan kekurangan majoriti atau bagi kawasan kelabu – akan tewas.

Anonymous
Anonymous
20 March 2015 3:18 pm
Reply to  kluangman

Ko ni reti politik mesia tak? BN even dpt 6% undi pun, SPR dah reserved 120 kerusi dah menang. Takkan tumbang punyer BN.

Saadun Sulaiman
Saadun Sulaiman
17 March 2015 6:34 am

Wahai rakyaat 1MALAYSIA semua jangan lupa bahawa beberapa hari lagi Ah Jib Gor dan Bik Mama akan "BERbatuNISAN" dengan satu keluarga "PEROMPAK" dari Khazakstan. Ini bukan aku memandai mandai tapi aku petik dari laporan C.I.A.Usai majlis di MALAY-sia, majlis yang serupa akan di ada kan di sana. Dek kerana menjangkakan sesuatu yang di luar jangkaan maka Jet Baru sebagai tambahan perlu di beli walau pun ramai orang MELAYU yang papa kedana. Tanpa Jet Baru segala khazanah yang berada di seri perdana, Seri Menanti dan Pekan mungkir sukar untuk di punggah dengan sekali angkut. Wahai rakyaat Malaysia yang 47% itu usah… Read more »

Anonymous
Anonymous
17 March 2015 6:29 am

Bila lagi nak perabiskan duit rakyat, sat lagi bolehlah ronda2 dan melaram dgn jet baru hantar menantu kekazakstan atau negara adik beradik syaitan. Hancur negara ada pemimpin yg dayus & penakut kpd bini……………….lingkup.

Penyokong bn seronok kena cukai GST…………………

Anonymous
Anonymous
17 March 2015 6:19 am

jet baru hadiah perkahwinan anak dia la..

Anonymous
Anonymous
17 March 2015 4:59 am

Ya Allah GST akan dikenakan kepada kami, pemimpin kami boros ya Allah sesungguhnya kami dizalimi, bantulah kami ya Allah

Anonymous
Anonymous
20 March 2015 3:15 pm
Reply to  Anonymous

Nak bantu haper..turun berdemo pun malas..hanya tau berdoa berkepalabutuh saja..Tuhan pun tak kebulur nak tolong..menggeluporlah korang beramai2..

Anonymous
Anonymous
17 March 2015 4:32 am

NAJIB-ROSMAH=HARAMJADAH..!!!

Anonymous
Anonymous
17 March 2015 4:30 am

1 jet sudah uzur 16 tahun, maintenance mahal, yang 4 jet lagi tu tak boleh pakai ke? Kenapa perlu guna beratus juta duit rakyat utk beli jet baru? Lepas tu kutip satu lagi cukai dari seluruh rakyat iaitu GST. Baru saja senang-senang bagi RM950 juta kpd 1MDB, tapi nak bagi biasiswa kpd pelajar universiti bukan main susah. Bagi pinjaman PTPTN, keluar U, kerja tak ada. Yang dapat kerja gaji RM1,800 sebulan, hutang PTPTN RM30,000 tergantung di leher. Beli motorsikal ansuran, byr sewa rumah, petrol, tol, parking, makan minum, licin poket hujung bulan. Nak belanja kawin ambik loan Bank Rakyat RM10,000… Read more »

IBU NUNUNG DI BRUNEI
IBU NUNUNG DI BRUNEI
17 March 2015 1:27 pm
Reply to  Anonymous

INFOTUYULMESIR: tuyul ini sangat kecil ukurannya,kira-kira tingginya 5cm-6cm,tuyul ini dapat dilihat dengan mata terbuka Jika (NAMA) sudah Memberikan Minyak khusu bagi anda yang ingin Kontrak atau ingin Beli tuyul.orang lain tidak dapat melihatnya. Bagaimana merawatnya..?? Sangat mudah ,tuyul ini sangat canggih & tidak merepotkan, tuyul ini tidak suka netek pada ibu-ibu, tuyul kepunyaan mbah hanya perlu 1 buah kamar khusus tempat tuyul bermain & istirahat serta butuh KUNYIT DAN SUSU BIASA yang sering Diminum anak-anak, seperti SUSU CAP BENDERA, anda tidak usah takut atau repot, karena Kunyit banyak Dijual di pasar-pasar terdekat di kota anda, itupun hanya diberikan jika si… Read more »

KATIMAN SURABAYA
KATIMAN SURABAYA
19 March 2015 11:54 pm
Reply to  Anonymous

Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu… Read more »

bpk muliadi
bpk muliadi
5 June 2015 6:01 pm
Reply to  Anonymous

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل… Read more »