Month: March 2015

Selamat Menyambut Tibanya GST

Menjelang esok, 1 April mana GST mula diperkenalkan di negara kita,  media sosial mula dipenuhi dengan pelbagai jenaka dan gurauan berkenaan cukai baru itu. Ia mungkin dapat menghiburkan mereka yang resah memikirkan kemungkinan apa barang dan perkhidmatan yang bakal meningkat harganya serta kerisauan lebih banyak wang bakal dibelanjakan mulai bulan ini.  Sehingga ini, di sebalik pelbagai dakwaan […]

Hudud Hanya Alat Memecahkan Lawan?

Sebetulnya masih tidak diketahui bilakah usul persendirian yang mahu dibawa oleh Presiden Pas, Haji Hadi Awang berkaitan pindaan Enakman Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau dalam bahasa mudahnya undang-undang hudud, mahu dibentangkan di Parlimen. Yang jelas, ia tidak mungkin sempat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang walaupun Haji Hadi sudah menghantar notis mengenainya. Tetapi […]

Hadi Awang Lebih Merugikan Pas?

Menjelang pemilihan Pas pada bulan Mei depan, persoalan yang paling menjadi perhatian sekarang ialah apakah Haji Hadi Awang sebagai Presiden akan dicabar dan adakah Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden akan digantikan? Keributan mengenai isu hudud antara Pas dengan rakan gabungannya, DAP sehingga parti itu hilang kepercayaan terhadap Haji Hadi telah merancakkan lagi desakan agar beliau […]

Sedikit Renungan Sementara Menunggu Reaksi Najib Dan Hadi Awang

Dalam isu hudud yang semakin berlarutan sekarang, apa yang paling ditunggu-tunggu ialah reaksi Perdana Menteri, Najib Razak dan Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengenainya. Najib, sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, akan mengeluarkan kenyataan yang merupakan pendirian rasmi BN dan kerajaan berhubung isu hudud selewat-lewatnya pada hari Selasa. Tetapi sehingga […]

Empat Pilihan Untuk Pas

Kedegilan Pas untuk meneruskan agenda hudud mereka akhirnya meletakkan parti itu di kedudukan paling sukar ketika ini. Jika sebelum ini tindakan Pas membentangkan pindaan enakmen di Dun Kelantan dan kemudian menghantar notis untuk usul persendirian di Parlimen tanpa memaklumkannya terlebih dahulu kepada PR, membuatkan PKR menyatakan tidak akan menyokong usul tersebut, kini giliran DAP pula […]

Mungkinkah Alwi Meraung Pula Selepas Ini?

Mengikut laporan sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Perdana Menteri, Najib Razak akan membuat pengumuman rasmi mengenai pendirian BN berhubung perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Katanya, pengumuman rasmi akan dibuat selewat-lewatnya Selasa ini. Bagaimanapun Tengku Adnan juga memberi bayangan, “saya tidak kata kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Tetapi […]

Tangguh Saja, Usul Persendirian Jadikan Pas Akhirnya Sendirian

Usul persendirian Pas mengenai hudud di Parlimen benar-benar menjadikan parti itu bersendirian akhirnya. Setelah DAP secara terbuka menyatakan tidak akan menyokongnya, PKR pula semalam turut menyatakan pendirian yang sama. Bagi PKR, tindakan mereka tidak menyokong usul itu ialah kerana berpendapat Pas membuat keputusan secara unilateral atau sebelah pihak tanpa memberitahu rakan-rakan dalam PR terlebih dahulu […]

Saranan Perubahan Nizar Jamaluddin Harus Disambut Baik

Pas adalah sebuah parti politik Islam dan bukannya badan dakwah sukarela. Sebagai parti politik, matlamat Pas tentunya ialah kuasa dan daripada kuasa itulah dijadikan landasan mencari keredaan Tuhan. Ia sama-sekali berbeza dengan badan dakwah sukarela yang hanya mencari keredaan Tuhan tetapi tidak bergantung kepada kuasa.  Penyertaan Pas dalam banyak pilihanraya sejak penubuhannya dan gerak kerja […]

Masa Untuk Rakyat Lebih Berani Suarakan Bantahan

Menjelang beberapa hari saja lagi apabila GST akan dilaksanakan pada 1 April depan, suara rungutan dan keluhan makin kedengaran di mana-mana mengenai tambahan wang yang mungkin diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Berdasarkan beberapa barangan dan perkhidmatan yang dijangka meningkat harganya sebaik GST dikuatkuasakan, tidak dapat tidak cukai baru itu akan menambahkan lagi beban sedia ada. Beberapa perkhidmatan seperti […]

Yang Tersurat Dan Tersirat Di Sebalik Ucapan Ku Li Di Parlimen

Secara umumnya ucapan Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen  semalam diterima baik oleh banyak pihak dan menggambarkan keprihatinannya kepada masalah yang sedang dihadapi rakyat ketika ini. Ucapannya yang antara lain mengingatkan mengenai sumpah Ahli Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat, gesaan mengisytiharkan harta bagi menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen kepada sebuah badan bebas dan saranan menangguhkan […]

Pembelian Jet Baru Tidak Kena Masa

Buat seketika, ramai yang terperanjat dengan pendedahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai pembelian jet baru kerajaan, Airbus Corporate Jetliner atau ACJ320 yang didakwa untuk kegunaan Perdana Menteri, Najib Razak. Tersentaknya rakyat dengan pendedahan itu bukan saja kerana kerajaan dipercayai sudah mempunyai sekurang-kurangnya enam jet eksekutif untuk kegunaan Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja […]

Rombongan Ke LIMA Langkawi Bersama "Bakal Perdana Menteri"

Kajian oleh Merdeka Center dengan kerjasama Malaysian Insider baru-baru ini yang mendapati Hishammuddin Hussein sebagai “Perdana Menteri masa depan” yang paling dikehendaki benar-benar membuatkan Naib Presiden UMNO nombor tiga itu berbunga-bunga hatinya. Walaupun beliau cuba menafikan kajian itu dapat merangsang keghairahannya, malah menganggapnya sebagai percubaan melaga-lagakannya dengan Perdana Menteri, hakikat yang ditunjukkannya adalah sebaliknya. Beliau […]

SAMAN RM1.1 BILION

Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa buku “Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat Dari Isi Hati Sabbaruddin Chik” tidak boleh dijual dan diedar kepada umum buat sementara waktu ini. Ia berikutan Deepak telah memperolehi perintah ex-parte atau sebelah pihak daripada mahkamah yang melarang sebarang penjualan dan pengedaran buku tersebut. Sejak dilancarkan oleh Tan Sri Sanusi […]

Apakah Najib, Seperti Selalu, Hanya Mampu Diam Dan Bisu Juga?

Jika dibandingkan dengan semua serangan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak selama ini, intipati yang terkandung dalam tulisan di blognya semalam bertajuk “1MDB” adalah yang paling tepat kepada sasarannya. Beliau tidak saja membangkitkan pelbagai perkara yang menjadi kecurigaan ramai mengenai syarikat milik kerajaan yang penuh kontroversi dan dibebani hutang itu, malah juga […]

Pertemuan Dengan Mahathir

Semalam, hari Khamis 12 Mac, jam 5.00 petang, saya berkesempatan bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di pejabatnya di tingkat 86,  Menara KLCC. Sebagai penulis, saya mengambil peluang itu untuk bertanya beberapa perkara dan mendengar sendiri penjelasan daripada Mahathir mengenai pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara ketika ini. Antaranya ialah mengenai kepimpinan Perdana Menteri, Najib […]

Masih Menunggu Jawapan Razak Baginda

Sebagaimana yang  saya tulis di blog ini tidak lama dulu mengenai penganalisis politik yang  pernah dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, Abdul Razak Baginda yang ingin bertemu dengan saya, ramai yang bertanya mengenai perkembangan selanjutnya tentang perkara itu. Saya ditanya mengenai perkara itu melalui SMS, Whatsapp, pesanan di Facebook atau pun ketika bertemu rakan-rakan atau mereka […]

Hati Hishammuddin Mungkin Sedang Berbunga-Bunga Tapi…

Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein mungkin sedang berbunga-bunga hatinya ketika ini berikutan kajian yang dibuat oleh Merdeka Center dengan kerjasama Malaysian Insider yang mendapatinya paling dikehendaki sebagai Perdana Menteri akan datang. Daripada kajian melalui 1008 responden itu, Hishammuddin meraih 19.8 peratus mengatasi pencabar-pencabarnya yang lain iaitu  Khairy Jamaluddin (8.6 peratus), Ahmad Zahid Hamidi (8.4 peratus), […]

Barangkali Mereka Ini Murid Yang Terlalu Pintar…

Masih ramai yang bercakap tentang Himpunan Solidariti menyokong Najib Razak berkaitan 1MDB yang dihadiri oleh seramai 153 Ketua UMNO Bahagian pada Ahad lalu. Selain ketidakhadiran beberapa Ketua Bahagian termasuk Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir serta ramai yang lain dan mengapa Perdana Menteri menggunakan pintu belakang yang terus menjadi bualan, hasil pertemuan itu yang mengatakan mereka berpuas […]