Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

Saya Dijemput Bertemu Razak Baginda

Berikutan rencana tulisan saya dalam portal Semut Harian atau The Ant Daily yang bertajuk “Sombongnya Razak Baginda…” yang disiarkan pada 1 Februari lalu, penganalisis politik yang pernah terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya itu telah memberikan respon segeranya melalui portal tersebut.

Dalam responnya itu, beliau menyatakan hasrat untuk bertemu dan berbincang mengenai beberapa dakwaan yang saya bangkitkan dalam tulisan tersebut.
Katanya, beliau ingin bertemu secara langsung dengan saya yang mendakwanya sebagai sombong berikutan temubualnya dalam The Malaysian Insider, supaya dapat mendengar sendiri cerita daripada pihaknya pula.
Saya menunggu balasan dan berharap beliau sedia berjumpa saya. Ini adalah peluang untuk beliau bertanya secara langsung dengan saya, tulis Razak Baginda dalam komennya di Facebook Semut Harian.
Secara peribadi, saya amat berbesar hati atas reaksi dan keinginan Razak Baginda untuk bertemu dengan saya. Ini iuga merupakan peluang bagi saya, sebagai penulis, untuk mendengar sendiri banyak perkara mengenai kontroversi pembunuhan Altantuya itu.
Saya akan menghubungi beliau dengan seberapa segera dan sekiranya hasil pertemuan itu dibenarkan untuk dipaparkan kepada umum, saya akan menulisnya di blog ini dan juga di portal Semut Harian di mana saya merupakan salah seorang penulis tamunya. 
Sudi-sudilah menunggu perkembangan seterusnya. (SH 03/02/201)

Ini adalah mesej yang dihantar oleh Razak Baginda melalui Semut Harian..

Satu lagi mesej yang juga dihantar oleh Razak Baginda…

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

20 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
20
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x