Month: February 2015

Kesian…Tak Habis-Habis Najib Kena Tolak!!

Ketika majlis angkat sumpah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Najib Razak telah ditolak (disenggol) dengan kuat oleh isterinya, Rosmah Mansor sehingga insiden itu menjadi viral di media-media sosial. Rosmah dianggap tidak wajar berbuat demikian kepada suaminya yang juga Perdana Menteri, lebih-lebih lagi di acara penting yang melibatkan tetamu kenamaan […]

Tanda Tergolek Makin Dekat…

Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara dijangka akan berhimpun untuk menyatakan solidariti kepada Perdana Menteri, Najib Razak pada 8 Mac depan, iaitu sehari sebelum majlis pembukaan Parlimen oleh Yang Dipertuan Agong. Menurut Ketua Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee, seramai 170 daripada 191 Ketua Bahagian sudah menyatakan kesediaan untuk hadir dan ia bertujuan untuk membuktikan kepada pembangkang dan juga […]

Rosmah Mula Menyusahkan Semua Orang

Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor akan mengadakan majlis kenduri kahwin anak perempuan sulung mereka, Nooryana Najwa pada penghujung Mac depan. Beberapa majlis  sudah diatur iaitu untuk tetamu diraja, jemputan luar negara, pemimpin kerajaan, korporat, pemimpin dan ahli UMNO serta pengundi di Pekan. Tetapi kira-kira sebulan sebelum majlis itu berlangsung, perbualan ramai mengenai […]

Mempertikai Petisyen Rayuan Anwar Samalah Seperti Menolak Kehadiran Agong

Ramai benar yang tidak senang dan gelabah bila Anwar Ibrahim akhirnya memutuskan untuk mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong atas hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya. Kenapa marah dengan Anwar  yang berbuat demikian sedangkan ia adalah peruntukan yang dibenarkan dan menjadi sebahagian amalan dalam sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan? Dua Ahli MT […]

Kemuka Petisyen Rayuan Di Saat Akhir, Apa Muslihat Anwar?

Tindakan keluarga Anwar Ibrahim memohon pengampunan Diraja kepada Yang Dipertuan Agong pada saat-saat akhir hari ini bagi hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya, tidak syak lagi merupakan kejutan yang tidak disangka-sangka kepada semua orang. Sebelum ini beberapa pemimpin PKR, termasuk Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution juga menyatakan Anwar tidak bercadang untuk memohon pengampunan, sebaliknya […]

Selamat Menerima Menantu Buat Najib Dan Rosmah

Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor secara rasmi akan menerima menantu apabila majlis perkahwinan anak perempuannya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev akan diadakan pada 28 Mac depan di Kuala Lumpur  Convention Centre atau KLCC. Para tetamu yang terdiri daripada menteri, timbalan menteri, pemimpin GLC, tokoh korporat dan sebagainya sudah mula menerima “kotak jemputan” sejak seminggu […]

Pengampunan Azilah & Sirul Sedang Diusahakan?

Sekumpulan tokoh-tokoh berpengaruh dalam negara ketika ini sedang berusaha mengadap Sultan Selangor untuk memohon pengampunan bagi Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar yang telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh Altantuya Sharibuu. Mereka dikatakan berbuat demikian atas dasar tanggungjawab serta perikemanusiaan kerana berasakan Azilah dan Sirul tidak seharusnya dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan tersebut. Selain […]

2A Bakal Memendekkan Hayat Politik Najib

Kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak kini sedang diancam oleh dua isu besar iaitu Anwar Ibrahim dan juga Altantuya.  Kedua-dua isu ini yang sudah pun berakhir sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, tiba-tiba melibas dengan pukulan yang tidak disangka-sangka oleh Perdana Menteri. Pemenjaraan Anwar yang diharapkan membawa sinar lebih cerah kepada UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya […]

Ehhh…Baru Nak Beli Cili, Takkan Najib Dah Tahu Pedasnya Makanan

Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang ketika ini ialah bilakah Sirul Azhar Umar, salah seorang pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang kini berada dalam tahanan di Australia, mahu mendedahkan cerita sebenar mengenai pembunuhan itu. Sejak kelibatnya tidak muncul ketika hukuman dijatuhkan dan kemudian didapati sudah melarikan diri ke negara kangaroo itu untuk […]

Makcik Felda Pun Dah Faham….

UMNO kini seperti telah terperangkap dengan jeratnya sendiri. Setelah selama ini bermati-matian menafikan tiada konspirasi politik dalam kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan, kini segala-galanya bagaikan terdedah satu persatu. Jika sebelum ini, bermula dengan kunjungan Saiful ke rumah Najib Razak untuk mengadu diliwat sebelum membuat laporan polis dan perlantikan Shafee sebagai timbalan […]

Lawak Dol…Sesudah Anwar Dipenjara, KJ Nak Bawa Shafee Jelajah Seluruh Negara Pulak!!

Ini betul-betul lawak. Lebih lawak daripada program Maharaja Lawak. Setelah hadir dalam program dialog anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI yang dipunyai oleh Pemuda UMNO Malaysia, peguam yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat Anwar Ibrahim, Shafee Abdullah dilaporkan akan menjelajah ke seluruh negara pula. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika mengumumkan demikian berkata, […]

Tawaran TPM – Najib Perlu Segera Beri Penjelasan Sebab Muhyiddin Pun Nak Tahu Juga

Selepas Nurul Izzah membuka rahsia bahawa Perdana Menteri, Najib Razak pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas PRU 13 lalu, kini Rafizi Ramli yang merupakan pemimpin kanan PKR pula tampil mengesahkan kebenarannya. Beliau yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR berkata, beserta tawaran itu juga ialah empat jawatan menteri turut ditawarkan […]

Setelah Tunjuk Baiknya Dicurigai, Tetapkah UMNO Tidak Mahu Bertanding di Dun Chempaka?

Beberapa pemimpin UMNO seakan bersetuju parti itu tidak perlu meletakkan calon di Dun Chempaka yang terpaksa diadakan pilihanraya kecil berikutan kematian Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini. Alasan yang diberi ialah kerana banjir baru saja melanda negeri itu dan memerlukan UMNO dan Pas terus bekerjasama membantu rakyat dalam pelbagai program bantuan yang […]

Apa Yang Shafee Tak Puas Hati Lagi Sampai Nak Bersumpah Di Mekah Bagai…

Kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan tidak habis-habis menghadirkan cerita pelik dan ganjil buat kita semua.  Jika semasa perbicaraan dulu, sudah banyak cerita pelik dan ganjil ini didedahkan kepada umum, disiarkan dalam media dan menjadi perbualan ramai, kini ia berterusan lagi walaupun episod mahkamah telah pun berakhir dan Anwar sudah […]

UMNO Jangan Cepat Mimpi Kerjasama, Pas Tak Mungkin Khianati Nik Aziz

UMNO nampaknya terdesak benar mahu berbaik dan bekerjasama dengan Pas. Perginya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menghuni penjara untuk tempoh lima tahun dan meninggal dunianya Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat cuba dijadikan batu loncatan ke arah mencapai tujuan itu. UMNO ketika ini sedar kedudukannya sedang merudum. Pemenjaraan Anwar menjadikan semakin meluas golongan yang menyimpan […]

Mana Lebih Wajar, Anwar Kemuka Petisyen Rayuan Atau Kekal 5 Tahun Dalam Penjara?

Di sebalik kedudukan Anwar Ibrahim yang kini sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan untuk menghuni Penjara Sungai Buloh untuk tempoh lima tahun akan datang, ruang untuk beliau bebas lebih awal sebenarnya tidaklah tertutup sama-sekali. Satu-satunya jalan terakhir yang boleh dilakukan olehnya untuk memendekkan tempoh hukuman itu ialah dengan mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong. Setelah […]

Berita Gembira Untuk Perubahan

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk membawa kegembiraan kepada mereka yang mahukan perubahan. Hanya setelah dua hari Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menghuni penjara Sungai Buloh atas kesalahan liwat yang dihadapinya, beliau hari ini menyatakan pendirian yang jelas dapat difahami sebagai terus menolak kepimpinan Najib Razak. Mahathir berkata, jika menjadi Perdana Menteri ketika […]

Penjelasan PMO – Pengundi Ulu Di Pekan Bolehlah Dikelentong!!

Antara perkara yang menimbulkan rasa janggal dan sangat luar biasa pada hari Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februali lalu ialah kepantasan Pejabat Perdana Menteri atau PMO mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan itu. Kenyataan PMO itu dikeluarkan sepantas hanya kira-kira 15 minit setelah Hakim Mahkamah Persekutuan mengumumkan Anwar didapati bersalah tetapi ketika […]

Tiga Kes Di Era Najib Yang Menjadikan Api Lebih Membakar Dalam Sekam

Walaupun barangkali ada yang terlalu gembira dengan perginya Anwar Ibrahim ke penjara, termasuk ada yang berura-ura mahu bersedekah pisang di masjid pada Jumaat ini, realitinya hukuman itu lebih merugikan Najib Razak yang masih tersembam dalam persepsi buruk di mata rakyat ketika ini. Selain beberapa pihak luar seperti  AS, Australia dan Kesatuan Eropah, Pejabat Hak Asasi […]

Selepas Anwar ke Penjara, Adakah Kedudukan Najib Makin Selamat?

Setelah muktamad hukuman penjara lima tahun dijatuhkan keatas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan hari ini, kesedihan rakyat hampir dapat dirasai di mana-mana. Jika sebelum ini, ramai seperti tak kisah mengenainya, barangkali kerana yakin beliau akan dibebaskan, tetapi suasana perbualan amat berbeza sekali selepas hukuman itu dijatuhkan. Di sebuah cawangan bank yang dipunyai oleh […]