Kalau Rosmah Boleh Dakap Chong Wei, Apakah Najib Juga Boleh Peluk Nicol David?

Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang memeluk jaguh badminton negara, Lee Chong Wei dengan menyifatkan pelukan itu sebagai suatu penghargaan seorang ibu kepada anaknya yang berjaya meraih kemenangan dalam sukan.

Dalam tulisan di blognya, Syed Ali secara khusus menyelar  dan menyebut nama saya dengan menyifatkan tindakan Rosmah memeluk Lee Chong Wei tidak sama dengan perbuatan tiga gadis yang bercium dengan artis K-Pop Korea Selatan.
Katanya lagi, “bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton yang berjaya mengharumkan nama negara.”
Jika diamati tulisan saya semalam, bukan saja perbuatan berpeluk yang dilakukan Rosmah saja yang saya pertikaikan, bahkan juga bercium dengan artis. Dalam gambar yang saya sertakan pula, ia jelas Rosmah sedang bergesel pipi dengan artis Bollywood, Arjun Rampal.
Apabila Syed Ali mengatakan tidak salah perbuatan Rosmah itu, saya harap ianya tidak bemaksud beliau ingin menukar hukum bersentuhan antara lelaki dan wanita muhrim daripada haram kepada tidak haram.
Diharapkan juga Syed Ali tidak bermaksudkan bahawa oleh kerana Rosmah adalah isteri Perdana Menteri, maka beliau mempunyai keistimewaan tertentu dari segi hukum dan dibenarkan berpeluk dengan sesiapa saja.
Selain itu, kenapa hanya Rosmah berpeluk dengan Chong Wei saja diumpamakan pelukan ibu dengan anak, kenapa dengan Arjun Rampal juga tidak dikatakan geselan pipi antara ibu dengan anak? Begitu juga dengan Shahrukh Khan yang gambarnya turut tersebar di media sebelum ini?
Ternampak seolah-olah Syed Ali mempunyai agenda tertentu dalam membela isteri Perdana Menteri dan cuba menyembunyikan perbuatan salah Rosmah yang lain.
Sebagai seorang yang lebih dewasa dan berketurunan Nabi pula, Syed Ali juga seharusnya lebih arif hukum halal haram bersentuhan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim dan tidak menjadikannya “tidak mengapa” semata-mata kerana ia dilakukan oleh isteri Perdana Menteri.
Bersentuhan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim tetap haram, lebih-lebih lagi ketika dipeluk oleh Rosmah itu Chong Wei bukannya kanak-kanak lagi, tetapi sudah menjangkau usia 30an, suatu tahap usia yang seharusnya sudah akil baligh dan boleh membenihkan zuriat.
Tidak timbul tindakan Rosmah itu umpama ibu dengan anak kerana ianya bukan dilakukan terhadap Chong Wei saja tetapi juga kepada Arjun Rampal dan Shahrukh Khan sama.
Tetapi bila berhadapan dengan ahli sukan wanita atau artis wanita, tidak pernah pula terlihat keghairahan Rosmah untuk berpeluk dan bergesel pipi dengan mereka?
Dalam masa yang sama, menepis tindakan membesar-besarkan perbuatan Rosmah bergesel pipi dengan artis Hollywood sebagai tidak bertanggungjawab dan menghina institusi Perdana Menteri, sekali lagi menunjukkan Syed Ali tersasar dan seolah-olah sedang meraba-raba hujah pembelaannnya.
Persoalannya, siapakah yang menghina institusi Perdana Menteri, adakah ianya mereka yang  mengajak Rosmah menjauhi perbuatan yang ditegah agama atau mereka yang menggalak dan menyokong perbuatan salah Rosmah secara membuta tuli?
Kalau mengikut logik Syed Ali yang mengatakan tidak salah Rosmah memeluk Chong Wei atau dalam ertikata sebenar mendakap muka ahli sukan itu ke dadanya, atas alasan ia umpama pelukan ibu dengan anak, apakah dibolehkan juga Najib memeluk bintang-bintang sukan wanita yang mencapai kejayaan gemilang seperti Nicol David misalnya?
Bukankah gadis-gadis remaja itu umpama anak juga kepada Perdana Menteri?
Bagi saya,  tulisan Syed Ali hanya semata-mata untuk mempertahan dan membela Rosmah tanpa melihat keseluruhan fakta yang saya tulis. Selain berkaitan dengan perlakuan Rosmah, saya juga turut menyentuh perbuatan maksiat lain yang lebih terbuka seperti perlakuan artis di televisyen, maksiat di pusat-pusat hiburan dan sebagainya.
Apa yang saya bangkitkan ialah sikap Jawi atau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang seolah-olah hanya melihat perkara remeh tetapi mengabaikan maksiat lain yang lebih besar dan terbuka.
Ketegasan saya adalah jelas, jika ingin mengambil tindakan terhadap remaja yang berpeluk dengan artis K-Pop itu, ambillah juga tindakan terhadap semua maksiat lain, termasuk Rosmah yang turut melakukan perkara sama, malah buktinya bertebaran di sana sini.
Dalam hal ini, siapa pun akan melihat Jawi sebagai tidak tegas dan berpilih-pilih dalam tindakannya. Saya bukannya membela dan mempertahankan perbuatan gadis-gadis remaja itu, tetapi lagak Jawi dengan ungkapan mahu mengeluarkan waran tangkap menunjukkan ianya berlebih-lebihan dan hanya inginkan publisiti murahan saja.
Jika betul Jawi benar-benar berani, tidak pilih bulu dan “sudah bersunat”, ambillah tindakan secara sama rata? (SH 15/01/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:32 pm
Subscribe
Notify of
guest

37 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
20 January 2015 2:13 am

assalammulaikum…..tuan blogger shahbudintuan blogger bole tulis rase ketidak puasan hati tuan sewenang-wenangnya……sebab ini blog tuan….tetapi nampaknya tuan ini mengajak masyarakat brsikap rasis sesama islam…………apa pandangan tuan blogger jika orang-orang kafir mengatakan islam itu memang pelampau dan pengganas….tentula kita tidak setuju krn x semua ilam brsikap begitu…..kerana kita mencontohi akhlak nabi muhammad saw…..contoh ikitan yang terbaik…….tetapi tuan blogger secara tidak langsung telah mengajak masyarakat islam mencaci Syed2… dan Mamak2 di Malaysia…….nampak sangat kite ni adalah rasis dgn kaum islam sdr….macamne orang kafir nak hormat dgn orang islam sendiri…..jangan terikut sikap orang kafir….bebas bersuara bebas mengutuk…..bebas berfikiran….kita seolah-olah menempah tiket ke neraka……Pelik… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 January 2015 6:01 am

Sokong 100% ulasan di atas….malu adalah benteng keimanan….
salah satu tanda kiamat ialah…..berlaku perzinaan di merata-rata tempat hatta di tepi-tepi jalan….disebabkan hilangnya perasaan malu dan maruah seseorang….

Anonymous
Anonymous
18 January 2015 4:42 am

Meletusnya gejala sosial seperti yang berlaku dalam K-POP atau selainnya yang melibatkan orang kenamaan atau rakyat biasa berpunca tak lain dan tak bukkan ialah sifat "TAK MALU". Hadis dari Ibnu "umar, katanya : Rasulullullah S.A.W bersabda " Malu termasuk bahagian iman". Perawi : Bukhori dan MuslimDarjat hadis : SahihMaksudnya : Iman mempunyai beberapa cabang. Salah satu dari cabang iman ialah MALU. Maka seseorang yang beriman wajib ia menjaga bahagian-bahagian dari imannya itu. Maka jika berlaku apa yang berlaku itu JELAS entah kemana dicampaknya imannya itu walaupun bertudung.Hukumnya: Wajib seseorang muslim memelihara rasa MALU.Rujukan : Hadis no. 1552, Kitab terjemahan Bulughul… Read more »

Anonymous
Anonymous
17 January 2015 12:47 pm

memang xsokong alasan sy ali alhabsyee ni……hukum sudah jelas bhw bersentuhan lelaki dgn perempuan bukan mahram adalah haram jika tanpa ade darurah….contohnya menolong orang semasa kemalangan….mengangkat mangsa untuk menyelamatkan nyawa….Tetapi sesetengah pihak cuba nak keruhkan keadaan dgn menyentuh keturunan pula….itu pndapat peribadi sy ali alhabsyee…..bukan mewakili para syed…atau mamak…atau syeikh d msia…..tolongla hormat sikit pada masyarakat msia yg brbilang kaum ye….kita umat muhammad yg beragama islam adalah pelbagai kaum dunia….melayu d msia pun bukanla melayu asli krn tlh byk brlaku prkahwinan campur……sekali lagi alim ulama d msia mestilah bersuara dgn tegas samada tentang wanita islam brcium dgn artis kpop…atau sesiapa… Read more »

Anonymous
Anonymous
17 January 2015 3:13 am

Simple analysis, pendakyah UMNO bagi komen dgn taktik diversified khusus kpd Anwar Ibrahim dgn kes yg kita sedia maklum satu penipuan yg besar. Tak berani nak berdebat dgn menggunakan akal fikiran dlm context sebenar; syed cheras defend rosmah hingga tolak hukum halal haram! In conclusion. Syed cheras n pendakyah adalah sama sahaja. Golongan cari makan utk hidup dgn menjadikan diri mereka bangang, dan cuba membangangkan org lain. Kesian aku tgk.

Anonymous
Anonymous
17 January 2015 2:46 am

Contoh pemimpin yg munafik? Perbuatan yang salah dirasakan betul, disebut dibela (Rosmah peluk Chong Wei) kononnya ikhlas… Tp perbuatan yg dia nampak mmg salah (Rosmah bergesel pipi n peluk artis Bollywood) langsung tidak diulas. Ini contoh pemimpin yg suka mengampu… pemimpin yg suka mengampu akan memusnahkan rakyat.

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 6:27 pm

Saya ingin membaca komen2 dpd YB Jamil Khir dan TS Mufti Perak terhadap kenyataan yg telah dibuat ole Syed dr Cheras itu. Maklumlah, kedua-dua 'orang kuat' lebih hebat pengaruhnya.

Muhamad Sani Abu Bakar
Muhamad Sani Abu Bakar
16 January 2015 11:24 am

Tunggu!!! Apa kata ulasan ustaz muda kita fathul Bahri terhadap Syed Ali Habshee kita ini .

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 5:11 am

Mempertahankan rosmah memeluk adalah salah….mempertahankan anwar yg sah meliwat pun salah…tp spt biasa dh nama politik tkkan percaya punggung sendiri penuh najis…

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 6:32 am
Reply to  Anonymous

Puak2 Pembangkang memang Bacul..banyak buat serangan Peribadi benda yg kecil diperbesarkan..

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 7:21 am
Reply to  Anonymous

Aiii…Mahkamah belum putuskan lagi..kau dh cakap sah meliwat.

Ini mesti cakap berdasarkan pengalaman ni. Kalau tidak mana tahu Anwar sah meliwat. Kalau gitu..ikut tindakan siSiful. Repot polis.

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 8:14 am
Reply to  Anonymous

Kalau aku anwar apsal la nk ambil college dropout jd pembantu peribadi kecuali ada mksud tersirat….budak bodoh pun bole fikir….btw di mana skrg sukma darmawan 'adik angkat?' Anwar tu….jambu jugak muka…suspicious…tu pun budak pkr dok angkat buntut anwar tu

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 9:21 am
Reply to  Anonymous

Dia ni bukan pun keturunan nabi.dia ni keturunan mamak pedukang.lahir malam jumaat terus bubuh nama syed.ini semua syed auta atau paling afdalnya syed kelinggg.

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 4:00 am

Tuan Shah,
Ada fatwa baru dari Imam Besor Umno Cheras ker?
…..
Bercakaplah lagi selagi lidah tidak kelu….
Tong kosong yang kita tau hanya ada udara jer di dalamnya…
Kata-kata yang hanya menggambarkan betapa ceteknya ilmu yang di miliki beliau..
Lebih baik diam …

Hantu Kak Limah Balik Cheras.

Vieraduka Shairozi
Vieraduka Shairozi
16 January 2015 3:43 am

layan PES2015 lagi best dari lyn Syed Celup ni

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 3:37 am

Aku rasa ada sebab yang kukuh kenapa Altantuya diletupkan sampai hancur. Ada pihak barangkali cuba menutup bukti. Mengikut statement Sirul, Altantatuya merayu dia jangan dibunuh kerana sedang mengandung. Mungkin inilah alasannya dia diletupkan agar tubuhnya hancur supaya DNA yang boleh mengaitkan seseorang tidak boleh dibuktikan. Hanya yang mengarahkan kedua malaoon pembunuh itu berbuat demikian lebih tahu kenapa arahan sebegitu diberi. Adalah menjadi tanggungjawab pihak polis dan mahkamah menjelaskan motif pembunuhan ini dan membongkar siapa dalang dibelakangnya. Aku doakan mereka yang terbabit akhirnya akan mendapat hukuman setimpal baik di dunia mahu pun akhirat. Peliknya kenapa Nazim adik Najib beria ia benar… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 2:59 am

apakah betul syed keturunan Nabi Muhammad saw? atau hanya sejarah yg direka. kalau setakat keturunan apa keistemewaannya sedangkan iman tidak boleh diwarisi. Iman kena cari sendiri. bapak saudara Nabi sendiripun sesat……

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 7:17 am
Reply to  Anonymous

Dia ni keturunanArab Bedouwi. tu sebab bodoh sikit. Nama Syed tu bapak dia tarok. Macam Adnan Mansor…buh nama Tengku nak glamour sikit. Nak hilangkan keturungan india dia.

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 1:53 am

Sehina-hina najib dan rosmah mereka tidak mempertontonkan kemaluan mereka kepada khalayak ramai.

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 3:58 am
Reply to  Anonymous

Anon 09:53. Ko ni citer apa plak mamat oii… Biul betul

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 7:14 am
Reply to  Anonymous

Apa kau merepek ni Labu oiiiii…hari Jumaat ni.

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 7:24 am
Reply to  Anonymous

Buang tebiat la ni mamat ni. Orang comment dia pun nak comment. Tu jadi camni

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 9:15 am
Reply to  Anonymous

Betul la tu point dia..artikel-artikel dlm blog ni kan pro pembangkang..menyindir dan mengutuk supaya najib dan rosmah nampak hina di mata rakyat. Mmg tercapai hasrat pembangkang kerana najib dan keluarganya mmg nmpak hina di kalangan sebahagian rakyat..tp sehina hina mereka pun tidaklah sampai kemaluan dipertonton serata dunia. Dah nama pun alat sulit pertontonkan ia kpd yg berhak sahaja supaya ia sesuai dgn statusnya yg sulit.

Anonymous
Anonymous
15 January 2015 7:55 pm

Klau Najib peluk Nicole David, bakal kena C4lah Nicole. Sapa yg rugi nanti? Malaysia jugak yg rugi kehilangan jaguh squash No.1 Dunia. Tak caya tanya FLOM puaka….

Anonymous
Anonymous
15 January 2015 5:21 pm

Tuan Shah, kita nasihatkan Arab Sayed Seluar Cheras ni 'shut up' jika tak tahu hukum hakam Islam. Betul kata Tuan, mamat sayed seluar ni ada agenda tersendiri mepertahankan Rosmah Puaka ni. Salam

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 12:56 pm
Reply to  Anonymous

Itulah quote drpd penjilat tegar chap keris.. kah kah..
comment image

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 1:05 pm
Reply to  Anonymous

comment image?oh=b5b17cd0cf7c4d6f504d292281fbd554&oe=55371956&__gda__=1433257065_2427727dd7a78ee1cf08265ce404011f

Anonymous
Anonymous
15 January 2015 4:37 pm

Tuan Shahbudin, Usah peduli dengan komen Arab jahiliah Syed Ali di Cheras tu, Kalau tak kerana sikap jahil orang Arab, tak lah para Nabi diutuskan di bumi Arab. Bezanya Arab sorang ni sesat sampai ke Cheras, nak cari makan. Bila lagi nak dapat mileage dari bini PM kalau bukan ini masanya Arab Cheras ni adalah antara Arab yang kaut membela bini PM. Tapi sayangnya membela membabi buta dan ada makna tuu. Jenis Arab ni memang suka yang montok montok dan bonjol bonjol. Agaknya tu la antara sebab perangai Arab Cheras ni pelik sikit, kuat membela bini PM walau pun dia… Read more »

azad mys
azad mys
15 January 2015 5:04 pm
Reply to  Anonymous

bernas tuan

Anonymous
Anonymous
15 January 2015 8:06 pm
Reply to  Anonymous

Dulu2 Arab kat Malaysia ni banyak berniaga kain, minyak atar dll. Setiap kali tawar menawar, peniaga arab akan berkata "1 sen HARAM ana tak ambik untung"..org2 kita percaya si Arab ni tak amik untung. Sebenarnya si Arab ni maksudkan 1 sen memang haram dia org amik untung, tapi amik untung berpuluh, beratus ringgit. Jadi akad dia org pun halal lah walau siArab ni cekik darah. Halal, haram memang mainan org Arab utk hidup.

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 12:00 am
Reply to  Anonymous

Setuju Anon 00:37 dan 04:06. Kebodohan Melayu zaman penjajah membuatkan mereka ini tampak hebat walaupon rata-rata mereka kurang ilmu agama berbanding guru agama tempatan. Mereka ini hanya pandai berdagang selain selalu berjubah menutup aurat yang membuatkan Melayu terpersona. Lihat sekarang berapa ramai mereka di Malaysia yang benar-benar warak dan memperjuangkan agama? Kerana darjat dan kepentingan diri mereka sanggup subahah. Sama sahaja dengan keturunan mereka di semenanjung Arab. Emas hitam telah lama melemahkan jati Islam mereka. Yang tinggal mereka kembali menjadi jahil

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 12:48 am
Reply to  Anonymous

Orang kurang cerdik pun boleh dapat agak kenapa arab Syed Ali ni sayang sangat kat Rosmah hinggakan sanggup membela perbuatan haram lagi berdosa yang telah dilakukan bini PM si Rosmah. Ni antara contoh terbaik kenapa ramai lelaki dihumban ke neraka dek kerana wanita. Timbul pertanyaan kat benak….Syed Ali ni agama apa? mazhab apa sampai begitu mati matian pertahankan perkara maksiat yang dibuat bini PM?. Elok JAKIM siasat juga malaon Arab sorang ni!. Jangan hanya siasat budak2 berhingus saja. Yang berbulu lebat ni patut juga disiasat dan ditanya, dari sumber hukum kitab apa yang dia ambil sehingga sanggup cuba halalkan perbuatan… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 2:44 am
Reply to  Anonymous

Betul, statement yang lebih teruk dari mendatangkan ancaman kepada negara ialah mengancam akidah umat Islam.

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 3:05 am
Reply to  Anonymous

Contohilah pemimpin pembangkang…tidak pernah melakukan zina..kahkahkah

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 3:53 am
Reply to  Anonymous

SERTA PEMIMPIN PENGUASA VAVI NEGARA TIDAK PERNAH MELAKUKAN DOSA SPT JAI AH JIB GOR BIOL, E COLI BIG MOOMA, PAK KOMEDI AH AHSAN MALOK, DAN SEBAGAINYA MEREKA SEMUA MAKSUM KAN X GITU ANON BIOL 11.05? OLEH KERANA DEMIKIAN, AKU MMG DARI DULU BENCI INI SYED PUNYA KETURUNAN…BANGSAT BANYAK TU!!!

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 3:55 am
Reply to  Anonymous

Ko ni citer apa plak mamat oii… Biul betul.

Anonymous
Anonymous
16 January 2015 8:49 am
Reply to  Anonymous

ini namanya crita Ungke Monkey Nation Organization