Month: January 2015

Anwar Sah Tidak Lari Ke Mana-Mana

Jauh daripada jangkaan sesetengah pihak mengenai kemungkinan melarikan diri ke luar negara pada hari penghakiman kes liwatnya yang telah ditetapkan, Anwar Ibrahim telah pun mempunyai jadual jelajahnya ke seluruh negara mulai  awal Februari depan ini. Jadual programnya yang sudah tersebar luas itu secara tidak langsung mengesahkan bahawa Anwar tetap dengan sifat berani serta keyakinan tidak […]

Sindiran Maut Dalam Isu Rotan

Sejak ura-ura kerajaan mahu menjadikan tindakan merotan anak sebagai suatu kesalahan jenayah, pelbagai pro dan kontra diperdebatkan dalam masyarakat. Walaupun kemudian dijelaskan ada salah tafsir daripada maksud sebenarnya, perbualan mengenainya tidak terhenti begitu saja. Renungi foto-foto di bawah ini sebagai hiburan dan juga sindiran…(SH 28/01/2015) Anak mungkin berani ugut ibu-bapa… Kalau merotan suatu jenayah, mungkin […]

Jangan Risau, Anwar Tak Mungkin Lari Ke Luar Negara!!

Menjelang tarikh penghakiman  kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim pada 10 Februari depan, sudah mulai kedengaran cakap-cakap mengenai kemungkinan beliau turut melarikan diri ke luar negara sebagaimana yang dilakukan oleh Sirul Azhar Umar, pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang tiba-tiba menghilangkan diri ke Australia. Mereka yang berandaian demikian yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah pada 10 Februari nanti […]

"Que Sera Sera" – Untuk Anwar Atau Najib?

Mahkamah Persekutuan akhirnya menetapkan 10 Februari ini sebagai tarikh mengumumkan keputusan kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Mahkamah Tinggi sebelum ini membebaskannya atas tuduhan itu tetapi Mahkamah Rayuan kemudian menyabitkannya bersalah dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini adalah proses yang terakhir dalam undang-undang […]

Sirul, Pesalah Hukuman Mati Yang Berpeluang Jadi Hero

Biasanya apabila seseorang itu sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, lebih-lebih lagi atas kesalahan membunuh, ramai yang akan berkata, “itulah balasan yang sepatutnya diterima”. Jika pesalah itu dapat melarikan diri pula, dia lebih dikecam lagi kerana dianggap tidak menghormati undang-undang dan hanya “berani buat tapi tak berani tanggung” atas perbuatannya. Yang lain akan memperlekeh, “berani […]

Apakah Godaman Media Sosial Ini Kerana Najib Makin Kepanasan?

Minggu ini menimbulkan banyak suasana yang berbeza kepada para blogger dan pengamal media sosial di negara kita. Sementara sebahagian daripada mereka yang menjadi penyokong dan pendokong Najib sedang “dihadiahkan” dengan “program jalan-jalan” di kota London, sebahagian yang lain pula ditinggalkan dalam negara tanpa memperolehi apa-apa. Bagi yang menjadi pengkritik dan penegur Najib pula, ada yang […]

Jika Benar Mahu UMNO Berubah, Najib Mesti Berani Adakan Pemilihan Sebelum Pilihanraya

Antara intipati  ucapan Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2014 yang lalu ialah:- “Kita tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku. Kita perlu merekayasa perubahan. If change does not happen, we have to engineer the change.  Justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan […]

Setelah Terkait Dengan 'Raja Judi', Bersinar Lagikah Bintang Zahid?

Dua kali berturut-turut meraih undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden UMNO bagaikan tidak memberi banyak makna kepada masa depan Ahmad Zahid Hamidi sekarang ini. Hanya kerana suratnya kepada FBI berkaitan raja judi, Paul Phua, beliau kini diselubungi pelbagai persepsi yang mungkin merencatkan cita-cita politiknya. Selain kewajarannya menulis surat kepada FBI itu dipertikai, hubungannya dengan Paul […]

Lagi Najib Membisu, Lagi Ramai Yang Meluat

Walaupun sudah berhari-hari bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin diserang dan dimalukan oleh media arus perdana sehingga SPRM juga sudah terbuka untuk menyiasat kekayaannya, tetapi sampai hari ini Perdana Menteri, Najib Razak masih lagi berdiam diri mengenainya. Belum ada sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya mengenai perkara ini, meski semua orang tahu media arus perdana adalah […]

"Janganlah Takut, Takkan Desak Najib Berundur Boleh Masuk Penjara"

Walaupun semakin ramai pemimpin UMNO menyedari bahawa Najib Razak lebih berpotensi menjerumuskan parti kepada kekalahan dalam pilihanraya umum akan datang, tetapi tidak ada sesiapa yang berani bersuara secara terbuka mengenainya. Mereka lebih senang memilih untuk berdiam diri sambil menikmati laba daripada jawatan dalam kerajaan atau GLC yang masih disandang atau  kemewahan daripada habuan projek atas […]

Serangan Kepada Daim Lebih Merugikan Najib

Media arus perdana dan pemimpin UMNO terlihat semakin rancak melancarkan serangan terhadap bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin berhubung kekayaannya yang dianggap luar biasa. Pemilik media sosial pro Najib pula menyambut serangan itu dengan tujuan menyebar-luasnya, manakala setengah yang lain menokok tambah dengan pelbagai rekaan fakta supaya lebih menarik untuk dibaca. Jika sebelum ini serangan terhadap […]

Ingatan Untuk Najib – Pemimpin UMNO Kian Bersungut Tentang Rosmah

Jika ditanya ahli UMNO dan pemimpinnya di pelbagai peringkat sekarang ini tentang apakah yang membimbangkan mereka dalam menghadapi PRU 14 akan datang, jawapan yang paling banyak didengari tidak lain ialah karenah-karenah berkaitan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Bagi mereka inilah antara beban terbesar yang bakal menyukarkan lagi peluang  UMNO menambah sokongan serta untuk menang dalam […]

Hilangnya Sirul Membuatkan 'Hantu Altantuya' Kembali Bernyawa

Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia yang paling banyak “benda” hilang tanpa dapat dikesan. Bukan sekadar kenderaan, kanak-kanak dan barang-barang bernilai lain yang hilangnya sudah menjadi perkara biasa, negara kita juga mencipta sejarah kerana jet perang tiba-tiba hilang enjinnya. Dalam laporan audit beberapa tahun lalu, diberitakan beberapa pucuk pistol dan gari polis dikesan hilang daripada […]

Kalau Rosmah Boleh Dakap Chong Wei, Apakah Najib Juga Boleh Peluk Nicol David?

Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang memeluk jaguh badminton negara, Lee Chong Wei dengan menyifatkan pelukan itu sebagai suatu penghargaan seorang ibu kepada anaknya yang berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Dalam tulisan di blognya, Syed Ali secara khusus menyelar  dan […]

Jawi Yang Kena "Masuk Jawi"

Dalam satu tindakan yang dianggap sangat efisien, proaktif dan sangat pantas, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau Jawi dilaporkan akan mengeluarkan waran tangkap kepada tiga gadis bertudung yang video mereka berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop Korea Selatan tersebar luas, baru-baru ini. Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada […]

Seperti Kes Mejar Zaidi, Siapa Yang Arah Bunuh Altantuya Mungkin Hanya Terjawab Di Mahkamah Allah Nanti

Walaupun berlainan agama dengan Altantuya Sharibu, keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang sekaligus menyebabkan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bakal menerima hukuman gantung sampai mati, ia sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada sesiapa jua yang cintakan keadilan sesama manusia. Namun, jika diselusuri renteten kes itu sejak kejadiannya pada 2006, keputusan mahkamah ini hanya membawa […]

PR Wajar Timbang Mejar Zaidi Calon PRU 14

Dalam mengharungi hari-hari yang mencengkam kehidupannya sehinggalah keputusan diumumkan semalam, Mejar Zaidi Ahmad telah memperincikan kepada umum mengenai wataknya yang berani, jujur, ikhlas, amanah serta mempunya tawakal yang tinggi kepada Allah. Dalam dunia yang semakin mencabar di mana kebendaan, wang ringgit dan pangkat sering menjadi kebanggaan, keperibadiaan seperti Mejar Zaidi adalah “intan terpilih” yang barangkali […]

Kegilaan Remaja Terhadap K-Pop Adalah Salah Kerajaan Juga

Sepanjang hari ini media sosial dipenuhi dengan kecaman pelbagai pihak mengenai perbuatan beberapa remaja  perempuan bertudung yang bercium dan berpeluk dengan artis K-Pop Korea Selatan,  Kumpulan K1A4. Ia berikutan tersebarnya video yang menunjukkan gadis-gadis bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis tersebut, sambil mendapat sorakan penonton. Walaupun kelihatan malu-malu tetapi […]

Ketegasan Jokowi Yang Najib Perlu Belajar Daripadanya

Sebaik dipilih menjadi Presiden Indonesia, langkah Joko Widodo  atau Jokowi yang paling menarik perhatian negara kita ialah tentang amarannya untuk menenggelamkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang didapati menceroboh perairan negara itu. Jokowi ketika itu dilaporkan berkata, pendekatan menenggelamkan itu didapati paling berkesan untuk mencegah pencerobohan nelayan asing daripada terus berlaku dan juga untuk menjaga kepentingan nelayannya […]