Pemimpin Yang Lebih Utamakan Cuti Daripada Banjir Semoganya Dilaknat Allah Dan Kalah Pilihanraya

Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah.

Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain.
Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti.
Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.
Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan kali ini.
Selain pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat  ke negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan.
Tiada kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Ahmad Maslan dan lain-lainnya. Jika bercakap berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita ini?
Yang nampak hanyalah beberapa kerat pemimpin seperti Shahidan Kassim, Shahrizat Jalil, Abdul Azeez Rahim, Mustapha Mohamad dan Ahmad Shabery Cheek saja. Pemimpin sayap Pemuda dan Puteri juga hampir tidak kelihatan sama.
Ke manakah pemimpin-pemimpin sihat dan segar-bugar ini menghilang? Muhyiddin sudah lebih seminggu tak kelihatan dan dipercayai sedang bercuti di luar negara ketika ini. Najib juga dipercayai baru berlepas bercuti ke luar negara dua hari lalu setelah meluangkan sedikit waktu melawat mangsa banjir di Pahang.
Majoriti pemimpin lain dipercayai turut bercuti di luar negara ketika ini. Ada yang bercuti sebelum banjir melanda dan ada pula yang berlepas setelah banjir itu menggila. Najib sendiri pergi bercuti setelah mengetahui banjir kian bertambah buruk dan ini merupakan percutian keduanya dalam tempoh tidak sampai lima bulan di mana pada Hari Raya Aidilfitri lalu beliau juga bercuti ke beberapa bandar di Eropah.
Soalnya, apakah perasaan pemimpin yang sedang bercuti ini sedangkan mereka mengetahui ada rakyat yang sedang sengsara dan sesetengahnya berjuang antara hidup dan mati menyelamatkan nyawa dan harta benda akibat banjir?
Apakah bercuti dan berehat di luar negara terlalu penting sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau kalau sedang bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada rakyat?
Sekadar meminta mangsa bersabar dan berdoa dengan keadaan banjir yang kian buruk sedangkan mereka berada di luar negara, mungkin riang gembira dan ketawa bermain salji, bukan saja tidak memadai tetapi jelas memperlihatkan perlakuan paling buruk sebagai pemimpin.
Inilah masanya mereka yang bergelar pemimpin perlu bersikap jujur dan mengutamakan rakyat. Berehat, bercuti, membeli-belah dan bemain salji di luar negara yang lebih penting atau nasib rakyat yang lebih utama?
Kepada pemimpin yang tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri dengan tidak sanggup menangguh atau memendekkan percutian mereka  di ketika rakyat sedang sengsara ini, eloklah kita juga mendoakan agar mereka itu dilaknat Allah, kalah dalam pilihanraya akan datang dan tidak lagi bergelar pemimpin. (SH 24/12/2014)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:32 pm

18
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousfirdaus rahmatmohd fairuz mohammadlufangzarra Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Org positif dgn pemerintah, org negatif dgn pembangkang, ini normal bro, kemana negara pun situasi adalah serupa beb, apa mau bikin ribut2, terima lah se adanye.

firdaus rahmat
Guest
firdaus rahmat

As a season politician money n wealth comes first. As a citizen like us whoever comes first

zarra
Guest
zarra

At this critical moment, politic aside pls! Dr Hatta, where f you? This is a challenge, isn't it?

Anonymous
Guest
Anonymous

Anwar dan Azizah bercuti di New Zealand. MP permatang pauh dan ADUN Kajang seronok berbasikal kat oversea tapi malu nak berbasikal melawat kawasan.

Pemimpin pembangkang tak ada kuasa maka tak perlu jengok . Mana Dr Hatta Ramli MP Kuala Kerai untuk selaraskan bantuan ke kawasan Kuala Kerai di saat Setiusaha MKN sibuk menggerakkan bantuan di Kem Pengkalan Chepa petang tadi ???

Anonymous
Guest
Anonymous

u reap what u sow. macai2 umno dan perkasa ada paham

Anonymous
Guest
Anonymous

YB kajang mana..YB kajang mana… oooo kat ostolia… huhuhu… terbaikkkk

Anonymous
Guest
Anonymous

ape punya mangkok lufang dgn anon 14:18
ape yg korang kepoh kat pemimpin pembangkang? bukanya ade kuasa, bukannya ade tanggungjawap pun… lainle org yg diberi amanah dan ade kuasa tapi leka tang tanggungjawap… tak buat, lari dari tugas.. yg jenis ni kita bising.. ader paham?
kalo anwar jadi PM, kite beri sambutan sama… bukannya bagi sokongan membabi buta, paham tak…
tapi memang betul ape kata najib kat penyokong BN nie.. memang ade yg betul2 bangang…

lufang
Guest
lufang

Itu pemimpin DAP PKR PAS pon Wa tatak nampak lea aa . Masa undi manyak ada maa aa .

Anonymous
Guest
Anonymous

Lanjiou lu la.itu melayu umnongok punya ada kuasa ada duit lu suloh olang lain bikin kelija.lu memang babi punya olang.

lufang
Guest
lufang

Hai yaa apa lu cekap leaa aa ,masa undi semu olang undi maa aa ,apa pasat keleja lain olang buat loor rr.

mohd fairuz mohammad
Guest
mohd fairuz mohammad

Yg tadbir kerajaan persekutuan skrg BN.. Yg ko sibukkn pemimpin pembangkang buat apa?? Bknnya diorg ada kuasa nk kerah bomba, polis, tentera dll agensi kerajaan utk turun membantu pun.. BODOHHHHH…!!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana pemimpin pembangkang???

Anonymous
Guest
Anonymous

pembongkang kat negeri yg banjir setiap tahun ialah amno.

Anonymous
Guest
Anonymous

1.Pergi London ,cuti YES, dan menziarah anak buah yang dapat biasiswa GLC, dan juga rasa imbohun dari ajen hartanah Power stasen,hotel hotel,Mayor of London.2.Pergi Amerika cuti YES, menziarah anak buah yang dapat errr sama aje, dan juga rasa imbuhan dari pejabat pelaburan Kazahan di LA SF,NY.3.Pergi Ostolia New ZEaland sebab cristmas kat sana musim panas,cuaca baik.Mesyarart MH 370.4.Pergi berjumpa kominis tongkang turun dengan bajet kerajaan negeri Ah Beng Tong Kang turun.Pergi Baitul Maqdis untuk ziarah kawasan zionis. 5.Pergi Surabaya, ramai owang Melayu,.janagn lupa surat kuning..6.Pergi HongKONg ,BEIjing untuk tamabah kautim untuk tahun 2015 — year of Festivals….Naz dan Ng Yen… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa perasaan ahli UMNO dulu bile puak2 giler nie solat hajat beramai2 atas padang dan berdoa UMNO KO, pecah perut dan mcm2???

Anonymous
Guest
Anonymous

macai pakatang rosak kalo tak sedar gi,tak tau le

Anonymous
Guest
Anonymous

awak sape labi nak cakap macam tu,berat mate memandang,berat lagi bahu memikul,buat lagi le solat hajat nak menjahanamkan orang.

Anonymous
Guest
Anonymous

PADAN MUKA ,,,,DAH RAKYAT MALAYSIA NAK SANGAT PEMIMPIN MACAM TU….JAHAT NYA PEMIMPIN KERANA JAHATNYA RAKYAT….