Ku Nan Masih Berfikiran Kuno

Tindakan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap 1MDB secara umumnya tidak dipersetujui oleh banyak pihak, sama ada daripada mereka yang menjadi ahli dan penyokong UMNO mahu pun rakyat biasa.

Ramai yang menyifatkan langkah yang diambil Ku Nan itu merupakan langkah ke belakang yang tidak sesuai lagi dengan keperluan zaman ketika ini.
Selari dengan dunia langit terbuka dan zaman internet yang kian mengganas dengan maklumat serba pantas, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan seharusnya lebih wajar bersikap terbuka dan membiarkan saja pihak polis menjalankan siasatannya.
Jika pun ingin memberi nasihat, Ku Nan lebih wajar menasihati Perdana Menteri, Najib Razak agar segera memberi respon menjelaskan kepada umum segala keraguan mengenai urusniaga, kewangan dan hutang 1MDB yang dipertikaikan itu.
Dengan menggesa Khairuddin yang juga Naib Ketua UMNO Batu Kawan menarik balik laporan polisnya, Ku Nan bukan saja mengesahkan UMNO tetap tidak mahu berubah, tetapi juga menunjukkan parti itu semakin tertutup sedangkan dunia dan pemikiran rakyat semakin terbuka.
Ku Nan yang sudah terlalu lama berada dalam pentadbiran UMNO ternyata masih mempunyai pemikiran kuno dan primitif dalam cara dan tindakannya sebagai pemimpin, terutama ketika berhadapan dengan mereka yang berfikiran kritikal dan tidak sebulu dengan kepimpinan parti.
Apakah beliau fikir semua manusia ketika ini boleh akur begitu saja sedangkan penjelasan yang diminta tidak diberikan? 
Adakah terlalu susah bagi Najib dan 1MDB menjelaskan semua keraguan mengenai badan pelaburan itu sehingga laporan polis minta ditarik balik?
Kenapa pula takut dengan laporan polis dan siasatan pihak berkuasa jika tiada apa yang mahu diselindungkan?
Dalam reaksi kurang senangnya mengenai tindakan yang diambil oleh Khairuddin itu, Ku Nan menggesa agar laporan polis itu ditarik balik kerana berpendapat ia bukanlah pendirian parti dan juga UMNO Pulau Pinang.
“Inilah masalah ahli UMNO yang tidak memahami perjuangan parti. Kita tidak boleh mendengar apa saja cerita daripada laman web, internet dan media sosial. Janganlah kita terpengaruh dengan persepsi tidak diingini yang datangnya daripada pembangkang. Beliau membuat laporan polis, saya pun tak faham,” tambah Ku Nan lagi.
Dalam masa yang sama beliau juga membayangkan kemungkinan UMNO mengambil tindakan disiplin terhadap Khairuddin berikutan laporan polis yang dibuatnya itu.
Sementara Khairuddin juga sudah bertegas tidak akan menarik balik laporan polisnya serta kekal mahukan polis melakukan siasatan dan ketegasan beliau dengan pendirian itu seharusnya dipuji, sebenarnya lebih ramai lagi yang tidak faham dengan aliran pemikiran serta cara bertindak Ku Nan yang merupakan rakan karib Najib itu.
Beliau seolah-olah tidak sedar bahawa dunia sudah banyak berubah dan sesuatu yang dulunya menjadi kebiasaan, mungkin tidak sesuai lagi di era ini.
Semua ketidakfahaman beliau mengenai tindakan yang diambil oleh Khairuddin serta banyak pihak yang lain mengenai 1MDB sebenarnya dapat diselesaikan dengan mudah jika ianya dapat dijawab dengan ketelusan, jujur serta ikhlas.
Dan jika ada yang meminta pihak pihak polis melakukan siasatan pula, biarkanlah ia dilakukan dengan baik tanpa sebarang gangguan.
Masalah sentiasa akan timbul apabila sesuatu perkara dijalankan secara tidak telus dan apabila ada yang bertanya serta mahukan penjelasan, jawapan yang sebenar tidak pula mahu diberikan. Semuanya mahu ditutup dan apabila ada yang membuat laporan polis atau sebagainya, bukan juga jawapan yang diberikan tetapi lebih mahukannya ditarik balik.
Mempunyai akaun Facebook dan Twitter serta mewarnakan rambutnya menjadi hitam rupa-rupanya tidak menjadikan Ku Nan seorang yang remaja jiwa dan pemikirannya seperti yang dikehendaki dunia kontemporari tika ini. Kekunoan nampaknya terlalu tebal berkarat dalam pemikirannya sehingga kehendak generasi alaf baru ini pun cuba diselesaikan seperti cara era 80-an dahulu. (SH 14/12/2014)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:32 pm

20
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousShahbudin Husinlenovobunbinban Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

salah seekor keturunan monarki yg bangsat…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan Shah, never underestimate this false Teuku from Acheh. Ini semua wayang kulit. Kita tahu dia punya Big Boss ada Al kutty sejak dulu lagi. Second Big Boss dia adalah Towkey Judi Vincent Tan. Najib entah number berapa pun kita tak tahu. Yang kelakar nya Najib tak dapat baca akan scenario ini. Betul2 bebal !!!

lenovo
Guest
lenovo

lepaskan dua dua belah pihak berkomen…tapi kalo buleh…bagi la laluan untuk..komen yg ade kualiti je..tak kira pr atau bn..mari sama2 kita raikan perbezaan pendapat yg bermutu..peace..

Anonymous
Guest
Anonymous

Comment comment dalam blog ini dah mula melalut. Harap tuan SH dapat tapis supaya lebih bernas dan tidak keluar dari tajuk.

Anonymous
Guest
Anonymous

ya pastikan komen pro pembangkang shj yg dimasukkan dlm blog ini..

Anonymous
Guest
Anonymous

dap minta pr tentukan calon pm….hahahaha..calon pm pun tak ketahuan lg dok sibuk nak putrajaya…bukan setakat calon pm aku teringin nak tahu calon tpm sekali…hahaha…persoalan ni sebenarnya penyokong pembnagkang pun tak boleh nak buat spekulasi sbb mereka pun tak leh nak bg jawapan..pr tidur sebantal tapi mimpi lain lain. mereka tiada kabinet bayangan sebenarnya untuk dibentangkan kepada rakyat sebab itu mereka gagal yakinkan melayu..

Anonymous
Guest
Anonymous

Adnan tu dari dulu sampai sekarang…ingatkan duit shj.

Dulu Vincent Tan gunakan dia utk dpt lessen judi. Skrang, Najib lantik dia jadi Menteri. Kegunaan dia hanya utk bodek Najib shj.

Negara lingkut..1MDB lingkup bukan dlm radar dia. Janji dia selamat sebagai Menteri. …oh my country…macai dan budah suruhan Vincent Tan juga bleh jadi Menteri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 13:32,
org cerita lain kau cerita lain ni apahal?nampaknya kau pun sama kuno ngan ku nan bangang tu kot..

Anonymous
Guest
Anonymous

kuno tak per..ada gak pengikut..cawangan pun ada ahli..nak pilihanraya tak payah buat muka tak malu pinjam jentera parti kawan2..cawangan umno merata-rata..pkr apa ada? harap lebai bodoh pas ja dok tolong..tak der lebai pas ceramah pun tak der org..

Anonymous
Guest
Anonymous

ada pengikut tapi bangang buat apa?baik takda pengikut tapi work smart.Bukan work hard macam macai pas, ada presiden pun bangang macam umnongok.ada ilmu tapi jual agama.takda kerja tuduh orang lain jual pil kuda.kena saman baru mulut dah ternganga,last kali dok kena tipu dengan umnongok.Umno bangang,pas dua kali bangang.

Anonymous
Guest
Anonymous

pkr nampak hebat di alam maya tetapi realitinya peringkat akar umbi amatlah lemah..nak dikatakan work smart pkr belum teruji mampu bergerak sendiri dalam pilihanraya tanpa bantuan akar umbi pas dan dap..tunjuk hebat dan gah di media sosial tidak akan menaikkan bendera anda di tepi2 jalan dan memenuhkan ceramah pemimpin pkr..lihat ceramah brader anwar di kuantan tanpa sokongan pas dan dap. suram dan lesu. Bersih dan segala macam himpunan raksasa pembangkang tidak akan menjadi raksasa anpa ahli pas..ini realiti dan saya sebagai pemerhati bebas amat mengharapkan ada pilihanraya kecil di kerusi PKR pasca langkah kajang untuk melihat sejauh mana kekuatan akar… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

presiden pas memang mengarut..buat fatwa video itu besi..semata2 membela rakan politik..betul tak org pkr semua, presiden pas mengarut????

Anonymous
Guest
Anonymous

semalam ceramah pkr di pahang tiada sambutan..brp kali amanat terakhir daa..

Anonymous
Guest
Anonymous

amanat lubang jubo..

bunbinban
Guest
bunbinban

nampak sungguh bangang komen korang ni ye. Patut la Najib bengang sbb korang bangang.

Anonymous
Guest
Anonymous

anonymous 13:32 dan 14:56 komen biarlah kena dengn topik…ini mesti malas pi sekolah masa kecil. betullah kata presiden UMNO…bangang

Anonymous
Guest
Anonymous

dan anak didik umno pon terikut bangang..bengap…bebal….dan keturunan biol selama2nya….