Month: December 2014

Selamat Tinggal 2014, Tahun Yang Banyak Menumpahkan Airmata

Hanya beberapa jam saja lagi, tirai tahun 2014 akan berlabuh untuk digantikan dengan ketibaan tahun baru 2015 pula. Tahun 2014 adalah tahun penuh duka sengsara bagi rakyat negara kita, bahkan mungkin boleh dianggap sebagai tahun paling banyak menumpahkan airmata. Bermula dengan tragedi empangan kering  di Lembah Kelang dan beberapa negeri pada bulan Februari dan berlarutan […]

"Biarlah Rosmah Gunakan Jet, Pengorbanannya Amat Besar Kepada Negara"

Isu penggunaan jet rasmi kerajaan oleh Rosmah Mansor kembali menjadi perbualan ramai berikutan pesawat yang membawa Najib Razak dan keluarganya untuk bercuti di Hawaii itu dikatakan masih berada di Indianapolis, meskipun Perdana Menteri sudah kembali ke tanahair. Najib yang kembali ke tanahair secara tergesa-gesa dan memendekkan percutiannya kerana kritikan yang melaut terhadapnya disebabkan  beritanya bermain […]

Jika Najib Ingin Terus Bertahan, Separuh Daripada Menteri Sedia Ada Perlu Segera Dibuang

Tindakan Perdana Menteri, Najib Razak mengarahkah semua menteri kabinet yang sedang bercuti agar segera pulang bagi membantu operasi menyelamat mangsa banjir adalah suatu episod malang bagi negara kita. Sebagaimana kita ditimpa malang kerana musibah banjir, kehilangan pesawat MH370 dan MH17, memiliki menteri-menteri yang terpaksa diarahkan pulang bak “itik lupa pulang ke sarang” adalah juga suatu […]

Bala Demi Bala Menimpa, Macam Ada Tak Kena Dengan Negara Kita…

Belum pun reda musibah banjir di Pantai Timur yang terus menggila sehingga Perdana Menteri, Najib Razak pulang tergesa-gesa dan mengarahkan menteri-menteri kabinet yang sedang bercuti agar turut kembali segera, negara kini dikejutkan lagi dengan kehilangan sebuah pesawat Kumpulan Air Asia yang membawa 155 penumpang. Laporan terkini menyebut pesawat Air Asia Indonesia yang sedang dalam perjalanan […]

Tahniah Najib Kerana Mendengar Jeritan Pengkritik, Sekaligus Mengesahkan Suara Pengampu Adalah 'Bangang'

Perdana Menteri, Najib Razak yang dikritik keras dalam portal berita, blog dan media sosial bebas berikutan didapati bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama di Hawaii di ketika banjir paling buruk melanda negeri-negeri pantai timur, akhirnya memutuskan untuk segera kembali ke tanahair hari ini. Melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi, Najib membuat keputusan segera […]

Najib, Pelancong Paling Murung di Pulau Hawaii…

Ketika semua orang bergembira dan berwajah cerita ketika berada di Hawaii, Perdana Menteri, Najib Razak mungkin menjadi orang paling murung dan kacau jiwanya di pulau peranginan itu waktu ini. Pemergiannya bercuti yang agak rahsia itu hanya terdedah apabila The Washington Post menyiarkan berita beliau bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama. Berita itu yang disiarkan […]

Pemimpin Yang Lebih Utamakan Cuti Daripada Banjir Semoganya Dilaknat Allah Dan Kalah Pilihanraya

Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah. Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada […]

Hudud Dan Banjir, Ada Baiknya Pas Batalkan Sidang Khas DUN Kelantan Pada 29 Disember Ini

Semakin hampir menjelang tarikh 29 Disember di mana DUN Kelantan dijangka akan mengadakan sidang khas untuk membentangkan undang-undang hudud, Pas sendiri mula menampakkan kedudukannya yang tidak sekata dalam hal itu. Mengikut perancangannya,  selepas diluluskan di DUN Kelantan, Pas kemudian akan membawa usul persendirian pula di Parlimen pada Januari tahun depan bagi membolehkan undang-undang Islam itu dilaksanakan di […]

Kempen Sabtu Tanpa Beg Plastik Gagal?

Ketika ini ramai yang bertanya, ke manakah penyudahnya kempen tanpa beg plastik setiap hari Sabtu yang telah berjalan sejak beberapa tahun lalu? Apakah ia masih kekal sebagai kempen semata-mata tanpa sebarang titik akhirnya? Memanglah diakui bahawa kempen menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan beg plastik amatlah baik untuk kehidupan kita. Ini kerana beg plastik dikatakan memakan masa […]

Tun M, Janganlah Serang Najib Lagi!!

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meneruskan lagi serangan dan rasa tidak setujunya dengan kepimpinan Najib Razak dengan sekali lagi mempertikaikan pemberian BR1M kepada rakyat. Jika sebelum ini beliau mengatakan BR1M suatu bentuk rasuah kepada rakyat, tetapi kali ini pemberian wang tunai secara “one-off” itu dianggapnya sebagai langkah yang silap untuk mengurangkan beban peningkatan kos sara […]

"Dari Aras Paling Rendah, Bangkit Dan Gegarlah Najib"

Walaupun Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin cuba memperlekeh pemimpin-pemimpin peringkat cawangan UMNO dengan menyifatkannya sebagai suara paling rendah dan tidak layak untuk sibuk-sibuk dalam peringkat yang lebih tinggi, sebenarnya suara bawahan inilah yang menjadi nadi kekuatan UMNO selama ini. UMNO peringkat cawangan inilah yang yang sepanjang sejarahnya bergerak memastikan UMNO terus hidup dan diterima rakyat […]

Jika Bukan Menantu, KJ Juga Bertaraf Rendah!!

Dalam usaha membodek dan mengampu Najib Razak yang semakin goyang dan dipertikaikan, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Syed Rosli Jamalulail yang menggesa agar Perdana Menteri meletakkan jawatan demi menyelamatkan masa depan UMNO hanyalah mewakili suara paling rendah dalam UMNO. Beliau turut mempertikaikan beberapa portal yang menyiarkan gesaan Syed Rosli itu sedangkan individu tersebut tidak […]

Cerita Datin Tapau Di Putrajaya

Sesekali berkunjung ke kementerian atau jabatan kerajaan di Putrajaya memang membuatkan telinga sarat dengan cerita-cerita menarik yang kadangkala menjadikan kita geleng kepala dan tersenyum sendirian. Ada pelbagai cerita gembira, sedih dan lucu yang melibatkan perangai atau kelakuan manusia yang boleh kita dengar jika rajin berbual dan berceloteh dengan mereka. Kadang-kadang pula, dengan rajin memasang telinga […]

Najib Kian Keseorangan…

Tidak seperti selalunya, Mesyuarat Agung Perkasa tahun ini lebih menjadikan UMNO, Najib Razak dan beberapa pemimpinnya sebagai sasaran berbanding mereka daripada pembangkang. Pemimpin UMNO tidak saja dilabel tidak tegas dan kurang teguh pendirian dalam memperjuangan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi iuga dianggap mudah menangis apabila menghadapi tekanan. Di tahap tertentu, ada juga pemimpin UMNO yang […]

Ku Nan Masih Berfikiran Kuno

Tindakan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap 1MDB secara umumnya tidak dipersetujui oleh banyak pihak, sama ada daripada mereka yang menjadi ahli dan penyokong UMNO mahu pun rakyat biasa. Ramai yang menyifatkan langkah yang diambil Ku Nan itu merupakan langkah ke belakang yang […]

Ke Mana Menghilangnya Para Pengampu Dan Pembodek Najib?

Bersekali dengan laporan polis yang dibuatnya mengenai 1MDB, Khairuddin Abu Hassan juga meminta pihak-pihak tertentu dalam UMNO agar berhenti menjadi pembodek kepada pemimpin. Mereka, sebaliknya menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu, seharusnya bersikap pro aktif serta mempersoalkan apa yang betul dan salah dan yang memberi manfaat kepada rakyat. Secara umumnya tindakan Khairuddin membuat […]

Ketika Pemimpin PR Disaman Mengenai 1MDB, Suami Umie Aida Dengan Beraninya Pula Buat Laporan Polis Kepada Najib

Meskipun seorang pemimpin DAP, Tony Pua telah disaman oleh Najib Razak berhubung isu 1MDB sebelum ini, keadaan itu bukan saja tidak menggentarkan barisan pemimpin pembangkang untuk terus bercakap mengenainya, bahkan kini sudah ada pemimpin UMNO juga yang senada dengannya. Seorang pemimpin UMNO iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan,  Pulau Pinang, Khairuddin Abu Hassan hari […]

Najib Ganti Tunku Sebagai PM Paling Gembira

Walaupun Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pernah mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri paling gembira, gelaran itu kini seharusnya sudah pun berpindah kepada Najib Razak. Jika Perdana Menteri pertama itu didapati memanggil rakan-rakannya bermain poker ketika api pergaduhan kaum sedang marak di Chow Kit dan Kampung Baru dalam peristiwa 13 Mei 1969, Najib pula tetap meneruskan […]