Daripada Isu Transgender, Lebih Berpahala Pemuda UMNO Bawa Usul Caj Arak Dalam Tiket MAS

Sebagaimana yang dilaporkan media, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, antara usul yang akan dibawa dan dibahas dalam Perhimpunan Agung pergerakan itu tahun ini ialah mengenai transgender.

Isu ini menjadi bualan baru-baru ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang syariah Negeri Sembilan yang menjatuhkan hukuman kepada lelaki yang berpakaian wanita di tempat awam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan itu turut mendapat kecaman daripada banyak pihak, daripada pemimpin politik, mufti, NGO serta orangramai yang menganggapnya mencabar serta bertentangan dengan hukum Tuhan.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, dalam mewajarkan keputusan membawa usul tersebut berkata, kebimbangan Pemuda sudah tidak dapat dibendung lagi, selain masyarakat mahu tahu pendirian Pemuda dalam isu tersebut.
Lagi pula, jika isu agama dan semasa tidak boleh dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO, apa yang boleh dibincangkan lagi? tegasnya yang terus mempertahankan isu transgender itu walaupun mendapat cemuhan banyak pihak.
Memang tidak dapat dinafikan Perhimpunan Agung UMNOlah tempat paling sesuai membincangkan isu-isu semasa, tetapi isu transgender yang berbangkit baru-baru ini bukanlah isu mendesak bagi Pemuda UMNO untuk menjadi juaranya. 
Tambahan pula, ia adalah perkara berkaitan mahkamah dan masih boleh dirayu ke peringkat yang lebih tinggi. Maka, biarlah ia diselesaikan melalui saluran yang sewajarnya.
Sementara kerajaan Negeri Sembilan sudah menyatakan pihaknya akan membuat rayuan mengenai kes itu, membincangkan sesuatu kes yang sedang dalam proses rayuan secara terbuka juga boleh dianggap menghina mahkamah.
Dalam pada itu, isu transgender juga bukanlah isu yang dekat dengan perjuangan Pemuda UMNO. Jauh lebih mustahak dibawa dan dibahas ialah usul mengenai hal-hal lain yang berkaitan secara langsung dengan keperluan dan kepentingan anak-anak muda seperti perumahan, peluang pekerjaan, kos sara hidup yang meningkat, pendidikan, kemudahan sukan dan sebagainya.
Hal-hal mengenai transgender ini biarlah Sisters In Islam saja yang menjuarai dan memperjuangkannya.
Dengan bertempik memberitahu umum akan usul transgender yang bakal dibawa dan dibahas dalam perhimpunan kali ini, Pemuda UMNO juga patut malu dengan Puteri UMNO yang mahu membahaskan secara detail isu pengangguran di kalangan belia dan anak-anak muda untuk diketengahkan kepada kerajaan.
Namun demikian, jika benar Pemuda UMNO ingin juga turut serta dalam membahaskan isu semasa yang berkaitan agama, adalah lebih wajar dan mendatangkan banyak pahala jika membincangkan isu tiket penerbangan MAS yang didalamnya termasuk caj hidangan  dan juga arak.
Sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Abd Aziz Kaprawi di Parlimen ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pas, Khalid Samad sama ada harga tiket kapalterbang MAS termasuk caj hidangan dan arak atau minuman keras itu dikenakan bayaran, jawapan yang diberi sungguh mengejutkan.
Jawapan Abd Aziz ialah, “memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk juga hidangan yang disediakan.”
Mengenai kekhuatiran Khalid Samad bahawa ini bermakna setiap orang yang membeli tiket MAS adalah bersubahat walaupun tidak meminum arak, Abd Aziz berkata lagi, MAS kini dalam proses penstrukturan semula dan akan membuat model perniagaan baru yang lebih rapi dan Islamik yang mungkin menukar semua sistem yang dipertikai itu.
Dengan pendedahan itu, bukan saja Ahli Parlimen, malah rakyat biasa juga mengharapkan MAS melarang terus hidangan arak di dalam pesawatnya yang diberikan secara percuma selama ini.
Sebagai kumpulan pendesak yang penuh idealisme, isu caj arak dalam tiket MAS inilah yang seharusnya diperjuangkan oleh Pemuda UMNO. Pergerakan itu bukan saja boleh mendesak kerajaan agar menghentikan hidangan arak dalam model baru penstrukturan MAS yang sedang dirangka, bahkan seharusnya meminta Perdana Menteri bertindak dengan serta-merta menghentikan amalan yang bertentangan dengan Islam itu.
Barulah ada ummphh perjuangan Pemuda UMNO tetapi jika isu transgender yang mahu diketengahkan, yang ada hanyalah…Auwwww!! (SH 18/11/2014)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:32 pm
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
18 November 2014 2:27 pm

apa pun isu. semua wajar dibincang. suatu perubahan dlm persoalan agama dibincang dlm perhimpunan. tiada istilah menghina mahkamah dlm keadaan ini. yg ada mahkamah menghina agama.

Anonymous
Anonymous
18 November 2014 12:06 pm

aloooo.. Khalid Semad tak fikiran masyarakat majmuk la lu mcm ni..
cara kau sound tu buat Hadi Aweng kat rumah dok ketawa saja kat kamu tu..kahkahkah

Anonymous
Anonymous
18 November 2014 11:30 am

Rafizi membuat roadshow untuk mewajarkan tski dipecat….smpai skrg tiada pendakwaan di mahkamah….di mana kewajarannya?isu transgender adalah isu agama…jadi wajar dibincang ataupun anak tuan trangender juga?

Anonymous
Anonymous
19 November 2014 4:05 am
Reply to  Anonymous

Wadooh…mana ada nak tukar MB mesti mengakibatkan pendakwaan. Mat Said, Mike Tyson, Abu Hasan pencuri…banyak lagi lahhhh..semua kena ganti tanpa pendakwaan.

MB dh tak sesuai pada pendapat parti yang memenangi kerusi terbanyak, pi tukarlah MB baru. Apa masalahnya.

Anonymous
Anonymous
18 November 2014 5:01 am

Ahli UMNO Baru sepatutnya lebih berfikiran terbuka dalam menangani isu ekonomi dan krisis kepercayaan bangsa melayu terhadap kewibawaan parti itu untuk terus mentadbir Malaysia. Bila membangkitkan isu remeh sebagai tajuk utama dijadikan perbincangan maka mood kebergantungan harapan bagi mengubah situasi kehidupan menjadi tipis dan memualkan. Najib telah menambah hutang negara setiap tahun atas berbagai alasan tanpa ada penyelesaian yang lebih berkesan kecuali mengenakan cukai kepada rakyat. Sepatutnya ahli parti bersungguh mendesak agar kerajaan BN mengubah sikap boros kepada sikap prihatin disamping memberi cadangan dan pandangan kepada Najib cara bagaimana mengurus negara agar dihormati oleh rakyat. Hak rakyat jangan dikongsikan dengan… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 November 2014 8:59 am
Reply to  Anonymous

luahan dari kesedaran yang murni…..harapan melayu baru(not umno baru? and not melayu barua)