Perhimpunan Agung UMNO Tidak Layak Puji Najib Jika Gagal Selamatkan Dua Rakyat Malaysia Di Selatan Filipina

Isu penculikan dua rakyat negara ini oleh pejuang pemisah selatan Filipina di Sabah kembali bergema apabila Ahli Parlimen Lumut, Imran Abdul Hamid menyarankan kerajaan agar segera menyelesaikan kes itu, termasuk menunaikan permintaan membayar wang tebusan berjumlah RM6 juta sebagaimana yang diminta.

Menurut beliau, memandangkan penculikan itu sudah berlarutan lebih lima bukan, apalah salahnya kerajaan membayar sebanyak RM6 juta untuk dua nyawa rakyatnya sendiri.
Lagi pula, tambah beliau, jika kerajaan boleh berbelanja berbilion ringgit untuk perkara-perkara lain, tentulah tiada masalah untuk nilai sekecil RM6 juta itu.
Dua mangsa yang diculik itu, ialah seorang penguasa kolam ikan, Chan Sai Chiun dan seorang anggota polis, Zakia Aliep. Dalam perkembangan terakhir, puak pemisah dilaporkan memberi tempoh sehingga 30 November ini untuk menunaikan permintaan mereka dan sekiranya gagal, kedua-duanya mahu dibunuh dengan cara dipenggal kepalanya.
Dalam reaksi segeranya, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi menolak untuk berunding dan membayar sebarang wang tebusan kerana tegasnya, kerajaan mempunyai dasar tidak melayan sebarang pembayaran wang tebusan, meskipun melibatkan anggota polis sendiri.
Jika sebelum ini Najib Razak dipuji dan disanjung kerana kecepatan dan kecekapannya berunding dengan ketua puak pemisah Ukraine, Aleksander Borodai sebaik MH17 ditembak jatuh dan hampir pasti kejayaan yang sama akan dijadikan lonjakan untuk meneruskan pujian yang lebih berpanjangan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 25 hingga 29 November ini, semua itu tidak bermakna sama-sekali jika dua tebusan yang masih hidup ini tidak berjaya diselamatkan.
Najib bahkan tidak layak sama-sekali untuk menerima pujian dalam perhimpunan kali ini kerana sanggup membiarkan dua rakyatnya sendiri, termasuk seorang anggota polis terseksa jiwa raga selama lebih lima bulan dalam kurungan puak pemisah yang boleh bila-bila masa bertindak lebih ganas, termasuk melakukan pembunuhan.
Kalau nyawa rakyatnya sendiri, termasuk anggota polis yang sedang terancam antara hidup dan mati, bahkan mungkin dipenggal kepalanya, begitu lambat mahu diselesaikan oleh kerajaan, apakah rakyat terbanyak lain masih boleh bergantung harap kepada kerajaan ini?
Penyelesaian segera, sebaik-baiknya sebelum Perhimpunan Agung UMNO haruslah diusahakan oleh Najib jika beliau ingin menunjukkan dirinya pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat.
Walaupun Ahmad Zahid mengatakan bukan dasar kerajaan membayar wang tebusan, bukankah Najib selalu meminta agar kita berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan sesuatu perkara? Kenapa selalu mengongkong diri dengan sesuatu dasar jika dengannya kejayaan tidak mampu diperolehi?
Bagaimana jika akhirnya nanti kedua-dua tebusan itu dibunuh kerana kelambatan dan keengganan kita menyegerakan rundingan serta menunaikan permintaan mereka?
Siapa mahu bertanggungjawab ketika itu? Najib? Zahid? Seluruh kabinet? Pihak polis? Atau kesalahan bakal dipindahkan kepada pihak lain dan kerajaan hanya lepas tangan?
Mungkin juga ada sedikit benarnya bukan dasar kerajaan membayar wang tebusan, tetapi haruslah diingat bahawa bagi puak pemisah di selatan Filipina, memperolehi wang tebusan adalah sebahagian sumber pendapatan mereka. Jarang mereka melepaskan tebusan dengan tangan kosong.
Dalam kes penculikan pada 2 April lalu yang melibatkan seorang pelancong wanita China, Gao Huayun dan pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, walaupun Najib Razak menulis di twitternya mengatakan ianya hasil kerjasama erat antara polis Malaysia dan Filipina serta tiada sebarang wang tebusan yang dibayar, sumber polis negara jiran itu nyata memberitahu sebaliknya.
Menurut sumber polis Filipina, sejumlah wang besar telah dibayar kepada kumpulan itu, malah berita mengenainya juga tersiar dalam akhbar Daily Express. Sejak berita itu tersiar, tiada pula penafian daripada Najib mahupun pihak polis.
Dalam ertikata lain, kewajaran membayar wang tebusan bukanlah sesuatu yang janggal dan tidak boleh diterima sama-sekali. Mungkin dalam kes itu, bukan kerajaan Malaysia yang membayar wang tebusan kerana keduanya bukanlah rakyat negara kita.
Tetapi penguasa kolam ikan dan anggota polis yang sedang dalam kurungan puak pemisah sekarang adalah rakyat Malaysia? Di mana tanggungjawab kita sebagai kerajaan?
Jika jumlah RM6 juta menjadi persoalan, apakah bezanya dengan tindakan kerajaan membayar  pampasan beratus-ratus juta sebelum ini kerana membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok dan Rel Berkembar di zaman Pak Lah dahulu?
Begitu juga, pampasan ratus-ratus juta juga sanggup kerajaan bayar untuk menyelesaikan pertikaian dengan usahawan Tajuddin Ramli. Apakah bezanya pampasan dengan wang tebusan? Bukankah kedua-duanya bertujuan menyelesaikan isu yang berlarutan?
Kenapa kepada kroni atau rakan baik kepada kerajaan, beratus-ratus juta sanggup dikorbankan tetapi untuk menyelamatkan nyawa rakyat biasa, pemimpin kita begitu berkira? Besar sangatkah nilai RM6 juta dengan harga dua nyawa manusia tak berdosa sedangkan penculikan demi penculikan yang berlaku di Sabah sebahagiannya adalah kerana kegagalan kerajaan sendiri meskipun setelah Esscom diwujudkan? (SH 13/11/2014)
Siaran akhbar Daily Express ini tidak pernah dinafikan sehingga ini..
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

8
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymous Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Kenaper Nak Kena Bayar Cina Nieh… Pie Mampus lagi bagus ler…

Anonymous
Guest
Anonymous

Sudah berbuih mulut mereka yang prihatin akan sikap "TAK INDAH" kan penderitaan rakyat oleh puaka UMNO/BN. Malang nya kebanyakan ME-layu Me-layu yang bebal masih menyokong puak puak haram-jadah ini. Lupa kan mereka apa balas nya se seorang itu menyokong pemerintah yang Zalim!!!

"PERMATA" yang tak bersinar tu sanggup pula pehak kerajaan mengeluarkan belanja. Mungkin kerana takut dengan si pengasas nya kot.

Anonymous
Guest
Anonymous

Byr gangnam Korea puluhan juta RM boleh dibuat senang senang saja, nak selamatkan nyawa 2 org rakyat sendiri pun berdolak dalih. Elok nampos saja menteri2 kerajaan UMNO BN ni. Mmg dasar kaki joli katak kerajaan UMNO BN ni. Klu bab byr pampasan kroni hatam jadah mmg cepat jer. Patutlah Audit Negara kesan berbilion bilion duit negara lesap tapi pelakunya tak pernah dapat dikesan. Sah UMNO BN ni bpk toyol terhebat. Duit lesap tak blh kesan sapa yg mentekedarah. Inilah punca sebenar knp menteri UMNO BN takutkan sangat Anwar Ibrahim berkuasa krn Anwarlah satu2nya toyol hunter yg dpt berkas segala moyang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukankah tugas kerajaan memberi perlindungan kepada rakyat dalam sempadan Malaysia sendiri? Jika kerajaan tidak berupaya menjaga warga sendiri dalam sempadan negara sendiri adakah kerajaan BN boleh terus perintah?

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau diberi peluang pada pihak yang berkecuali menyiasat….. pasti…. segala-galanya adalah kerana RASUAH.

Dalam rasuah ada komisyen….tanpa komisyen tiada pembodek…. tiada pembodek tiada barua.

Tanpa barua tiada orang tengah….. tanpa orang tengah tiada siapa yang menyelesaikan kes penculikan. Siapa yang nak kerja secara percuma ?

Kesimpulannya, nilai pembebasan mangsa culik mengikut formula UMNO Baru…. dari RM6 juta mesti dinaikkan sehingga RM12 juta…. baru boleh bebaskan mangsa.

Mengapa kaitkan UMNO Baru……? kerana mereka amat mahir tentang amalam rasuah sejak dari dulu, kini dan selamanya.

Anonymous
Guest
Anonymous

selawat pedana dah buat….apa kata solat hajat berlindung dari kezaliman….amacam

Anonymous
Guest
Anonymous

Rakyat sendiri pun UMNO BN boleh bunuh macam tu jer dalam Tragedi Memali..apakah kerajaan UMNO BN nak selamatkan hanya 2 rakyat sendiri yang bakal dibunuh puak pemisah?.

Jauh api dari panggang. Elok saja hantar Zahid dan Najib sebagai pengganti 2 orang yang diculik tu. Dah tentu duit RM6 juta tu boleh diselamatkan. Amacam?

Anonymous
Guest
Anonymous

Woit..mana boleh bayar duit tebusan RM6 juta tu. Rugi laa. Duit tu baik beli beg Birkin untuk Rosmah. Itu lebih afdal. Nyawa rakyat tak penting. Gaya hidup Rosmah lebih utama.

Kah kah kah…itulah slogan Rakyat di utamakan ! Biar rakyat mati asalkan badak boleh bergaya sakan.