Month: November 2014

Najib Oh Najib, Dulu Haramjadah, Sekarang Bangang Pula!!

Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO semalam, meskipun Presiden UMNO, Najib Razak menyentuh banyak perkara seperti usaha menguatkan parti, rasuah, undi Cina, solidariti, serangannya kepada pembangkang dan banyak lagi, tetapi satu-satunya perkara yang terus menjadi bualan ramai ialah “bahasa kasar” yang diluahkannya kepada blogger pro UMNO. Dalam meluahkan rasa kurang senangnya dengan sesetengah blogger pro […]

Beranikah Najib Mendakwa Jurucakap Perhimpunan UMNO Dengan Akta Hasutan?

Beberapa cabaran kini menanti Najib Razak di sebalik keputusannya untuk terus mengekalkan Akta Hasutan 1948  di perasmian Perhimpunan Agung UMNO, Khamis lalu setelah dua tahun lalu berjanji mahu memansuhkannya. Kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat yang gembira dengan pengekalan Akta Hasutan tidak akan berhenti setakat ini saja. Mereka kini bakal menumpukan tekanan agar Najib mengembalikan […]

Pengekalan Akta Hasutan Demi Untuk Najib Selamatkan Diri

Secara umumnya hampir tiada yang menarik dalam ucapan perasmian Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Isi dan isu yang ditimbulkan kelihatan lesu dan tiada yang baru. Berbanding ucapan Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri sehari sebelumnya, ia jauh mengandungi isi yang menyedar dan menyegarkan seluruh ahli-ahli UMNO agar segera […]

Muhyiddin Minta Pemilihan UMNO 2016 Tidak Ditangguhkan Lagi, Beranikah Najib?

Ramai yang memuji ucapan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin semasa perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi. Ucapan beliau yang menyentuh banyak perkara dan masalah dalam parti disifatkan sebagai ucapan berterus-terang untuk memulihkan semula semangat dan kekuatan UMNO. Beliau bukan saja menyentuh mengenai keperluan berubah, tetapi juga membangkitkan isu-isu perebutan sesama sendiri […]

Meskipun Tak Jadi Ke Luar Negara, Kehadiran Mahathir Dalam PAU 2014 Masih Lagi 50-50

Menjelang dua hari lagi sebelum majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO atau PAU 2014 pada hari Khamis ini, kehadiran bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang sudah menarik balik sokongan dan banyak menegur kepimpinan Najib Razak, masih lagi belum pasti sebenarnya. Bagaimanapun, Mahathir sebenarnya sudah menetapkan pendirian untuk tidak menghadiri perhimpunan kali ini dengan berkunjung ke luar […]

Senyum Penuh Makna Ketua Pembangkang Selangor…

Ada beberapa perkara menarik dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2015 yang pertama kali dilakukan oleh Menteri Besar, Azmin Ali, hari ini. Dengan peruntukan sebanyak RM2.42 bilion berbanding hasil sebanyak RM1.97 bilion yang dijangka pada tahun depan, ia menyerlahkan hasrat kerajaan negeri untuk tidak berkira dalam berbelanja demi kepentingan rakyat. Walaupun dikira belanjawan defisit, tetapi ia […]

Jawatan Dalam UMNO Bukan Milik Abadi Satu Keturunan…Zahid Hamidi Sindir Siapa Ni?

Setiap kali menjelang Perhimpunan Agung UMNO, para pemimpin UMNO berebut-rebut menonjolkan diri supaya diri mereka dilihat sebagai hero. Macam-macam cara yang dilakukan, ada yang bercakap soal Melayu terancam, Islam bakal tergugat, berkaitan kepimpinan, masalah dalam parti, isu dalam kerajaan dan pelbagai lagi. Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula 25 hingga 29 November ini, perkara yang sama sedang […]

Selepas Subsidi Dihapuskan, Ke Mana Perginya Wang Yang Dijimatkan Itu?

Mulai 1 Disember ini, subsidi bagi petrol Ron95 dan diesel akan mula dihapuskan dan penetapan harga bahan bakar itu akan ditetapkan melalui kaedah pengapungan terkawal berdasarkan turun naik harganya di pasaran dunia. Melalui keputusan terbaru kabinet ini, harga kedua-dua bahan bakar itu akan disemak setiap bulan dan penetapan harga yang akan dibuat pada 1 Disember nanti adalah berdasarkan harga […]

Khalid Dan Faekah Paling Bertanggungjawab Dalam Pemberian Ganjaran RM2.6 Juta

Isu pampasan bernilai RM2.6 yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar atau MBI kepada lapan bekas kakitangan Khalid Ibrahim terus menjadi perbualan hangat setelah Azmin Ali mengakui wujud salah laku dalam pemberian itu. Menurut Azmin, salah laku itu bukan saja wujud dari segi jumlah pampasan yang diberi tetapi juga kerana prosesnya yang dilakukan secara serta-merta turut […]

Dilayan Lebih Buruk, Apa Kata Jika Mahathir Boikot Perhimpunan Agung UMNO Tahun Ini?

Sejak bertindak menarik balik sokongannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak yang dianggap paling lemah dan menimbulkan banyak kerosakan kepada negara, Mahathir Mohamad tidak henti-henti memberi teguran serta kritikan. Tidak saja teguran itu dibuat secara terbuka melalui media atau tulisan di blognya, bekas Perdana Menteri itu juga kerap memberi pandangan dan kritikan melalui orang peseorangan […]

Daripada Isu Transgender, Lebih Berpahala Pemuda UMNO Bawa Usul Caj Arak Dalam Tiket MAS

Sebagaimana yang dilaporkan media, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, antara usul yang akan dibawa dan dibahas dalam Perhimpunan Agung pergerakan itu tahun ini ialah mengenai transgender. Isu ini menjadi bualan baru-baru ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang syariah Negeri Sembilan yang menjatuhkan hukuman kepada lelaki yang berpakaian wanita di tempat awam adalah bertentangan […]

Adalah Terpuji Jika Penerima Ganjaran RM2.6 Juta Memulangkan Wang Tersebut Secara Sukarela

Amatlah menyedihkan apabila mengetahui bahawa antara “sumbangan”  terakhir Khalid Ibrahim dan empat Exco daripada Pas dalam kerajaan negeri  Selangor ialah meluluskan pampasan kepada kakitangannya sendiri dan tidak sama-sekali berkaitan dengan rakyat terbanyak. Pampasan sejumlah RM2.6 juta itu dibayar kepada lapan kakitangan Khalid Ibrahim yang berundur berikutan pertukaran Menteri Besar Selangor. Setelah pembayaran pampasan itu diluluskan […]

Kalau Khalid Ibrahim Terkejut Dengan Pampasan RM2.5 Juta, Rakyat Selangor Lagilah Terkejut!!

Cabaran baru kini menanti Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Setelah berjaya dengan beberapa program terjah untuk menjadikan kepimpinannya lebih dekat dengan rakyat dan penyelesaian secara harmoni isu kitab Bible yang dirampas Jais, rakyat Selangor kini menanti ketegasan serta kebijaksanaannya menyelesaikan isu pampasan RM2.5 yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar Selangor atau MBI. Mengikut laporan pampasan […]

Najib Cakap Tak Serupa Bikin…

Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen UMNO Johor semalam, Perdana Menteri, Najib Razak meminta pimpinan senior dalam parti segera berubah dengan tidak lagi mengamalkan budaya cantas serta menyekat kemasukan golongan muda ke dalam UMNO. Katanya, mereka perlu segera berubah kerana amalan negatif mencantas dan menyekat golongan muda hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi UMNO. “Kita […]

Masa Untuk UMNO Bersikap Jujur – Masih Relevankah Najib Hadapi PRU 14 Nanti?

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sekali lagi menghalakan kritikannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak dengan menyifatkan pemberian BR1M adalah suatu bentuk rasuah dan mengelirukan dari segi menambah pendapatan per kapita rakyat. Menulis di blognya sebagai  suatu lagi kecaman terhadap Najib, beliau berkata, pendapatan rakyat seharusnya ditingkatkan dengan cara menambah peluang pekerjaan atau perniagaan serta dengan […]

Perhimpunan Agung UMNO Tidak Layak Puji Najib Jika Gagal Selamatkan Dua Rakyat Malaysia Di Selatan Filipina

Isu penculikan dua rakyat negara ini oleh pejuang pemisah selatan Filipina di Sabah kembali bergema apabila Ahli Parlimen Lumut, Imran Abdul Hamid menyarankan kerajaan agar segera menyelesaikan kes itu, termasuk menunaikan permintaan membayar wang tebusan berjumlah RM6 juta sebagaimana yang diminta. Menurut beliau, memandangkan penculikan itu sudah berlarutan lebih lima bukan, apalah salahnya kerajaan membayar […]

Ketika Najib Makin Diasak, Projek Bodek, Puji Dan Puja Turut Juga Bermula

Tidak dinafikan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak ketika ini sedang diasak kiri kanan dan atas bawah oleh pelbagai pihak  yang seolah-olah tidak boleh lagi menerima kepimpinannya. Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang sudah menarik balik sokongannya kepada Najib, telah beberapa kali mengkritik mengenai hutang 1MDB yang terlalu tinggi dan membebankan negara. Isu yang sama juga […]

Sikap Keras Hanya Menjauhkan Lagi Undi Golongan Muda Daripada Kerajaan

Berikutan tindakan pemimpin mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol menjemput Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyampaikan pidatonya  di universiti itu beberapa minggu lalu yang kemudian menimbulkan kontroversi dan ketegangan, beliau kini menerima satu demi satu tekanan dalam hidup dan pembelajarannya. Rakan-rakan yang sependirian dengannya juga turut menerima tindakan yang sama. Pidato Anwar yang menyebabkan berlakunya rempuhan pagar […]

Kalau Setakat Isu Denggi Yang Mampu Diketengahkan, Maknanya 10 Penggal Lagilah PR Goyang Kaki di Selangor

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar yang dikecam teruk oleh Perdana Menteri, Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad ekoran kegagalan menunjukkan prestasi dan kesungguhan yang meyakinkan untuk menawan semula negeri itu, tiba-tiba tampil dengan isu baru untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan PR. Barangkali tindakan segera bangkit dengan isu baru ini ialah kerana […]