Month: October 2014

Bajet 2015: Sabah/Sarawak Dapat Lebuhraya, Kenapa Kelantan Terus Diabaikan?

Berikut adalah kenyataan media oleh SAMM Kelantan mengenai Bajet 2015 yang diumumkan oleh Najib Razak yang baik untuk direnungkan bersama sebagai rakyat Malaysia. Mudah-mudahan membuka mata ke arah kebaikan bersama dalam pembentangan bajet yang akan datang. Bajet 2015 – Pengharapan Yang Kecundang Setiap tahun rakyat Kelantan termanggu di depan televisyen melihat Menteri Kewangan membentangkan belanjawan. […]

Mujurlah Ada BR1M….

Apakah yang menariknya Bajet 2015 yang bertemakan EKR atau Ekonomi Keperluan Rakyat yang dibentangkan oleh Najib Razak kali ini? Rata-rata orangramai bertanya di manakah istimewanya bajet kali keenam yang dibentangkan Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ini setelah rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen pada 2 Oktober lalu. Satu-satunya yang dianggap […]

Bajet 2015 Sudah Jadi Anti Klimaks

Esok, Jumaat pada kira-kira jam 4.00 petang, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Parlimen. Ini adalah pembentangan kali ke-6 yang dilakukannya sejak 2009. Tetapi berbanding tahun-tahun sebelumnya, pembentangan bajet kali ini dijangka paling tidak menarik sekali bagi majoriti rakyat negara ini. Bajet yang dibentangkan esok sudah dianggap anti […]

Sebagaimana Dulu Mahathir Menegur KJ, Ada Baiknya Rosmah Juga Ditegur Sama

Semua orang mengetahui bahawa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sudah hampir dua bulan menarik balik sokongannya kepada Najib Razak yang memimpin negara sejak 2009 lalu. Seiring dengan penarikan balik sokongan itu, Mahathir juga bertekad meneruskan tegurannya daripada semasa ke semasa mengenai apa-apa yang dirasakannya tidak betul yang dilakukan oleh Najib selaku Perdana Menteri. Beliau pernah […]

Tamrin Ghafar Keluar Pas?

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar dikhabarkan akan meninggalkan parti Pas yang disertainya lebih setahun lalu, tidak lama lagi. Desas-desus telah bertiup kencang sejak semalam mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya dua minggu daripada sekarang. Adalah dipercayai Tamrin berbuat demikian berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertentu dalam […]

Mahathir Kecewa Lagi, Najib Terima Tegurannya Tapi Tidak Tukar Apa-Apa

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sekali lagi meluahkan kekecewaannya terhadap kepimpinan Najib Razak yang sekadar menerima tegurannya tetapi tidak berbuat apa-apa untuk melakukan perubahan. Dalam tulisan terbarunya di blog chedet yang bertajuk “Kerajaan terima dengan terbuka teguran Tun M,” Mahathir seperti menyindir dengan mengatakan beliau gembira kerana kerajaan menerima dengan terbuka tegurannya. “Pendekatan diteruskan. Teguran […]

Nota Kepada Ahmad Maslan: Pada 2009 Najib Bukannya Turunkan Harga Minyak, Tapi Perkenal Ron 95

Dalam mempertahankan keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen lagi baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan menyatakan bahawa Najib Razak juga adalah satu-satunya Perdana Menteri yang berani menurunkan harga minyak sebanyak 90 sen pada tahun 2009. “Apabila berkaitan dengan penurunan adakah sesiapa tampil berterima kasih kerana beliau berbuat demikian? Ada tak? […]

Asyik-Asyik Rakyat Yang Diminta Berkorban…

Untuk kesekian kalinya, apabila saja kerajaan memutuskan mahu memotong subsidi, hujah yang selalu digunakan ialah ianya untuk kebaikan negara bagi jangka panjang. Oleh yang demikian, kata para pemimpin, rakyat haruslah berkorban demi masa depan negara. Kononnya, tak apalah susah sedikit sekarang, asalkan senang untuk jangka panjang. Lagi pula, kata pemimpin yang berada di singgahsana, subsidi […]

Ehh..Mahathir Pun Dah U Turn Ke?

Semua orang tahu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak lagi menyokong kepimpinan Najib Razak dan bertekad untuk terus memberi teguran terhadap apa-apa dasar serta polisi kerajaan yang merugikan rakyat demi rasa sayangnya kepada negara ini. Dalam hal ini, Mahathir telah menyatakan bahawa beliau sanggup jika akhirnya hanya tinggal keseorangan dalam memberi teguran kepada Najib yang […]

Anwar Harus Diberi Lebih Peranan Sebagai Penasihat Ekonomi

Kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang ditamatkan perkhidmatannya dan ditutup pejabatnya oleh Khalid Ibrahim minggu lalu, dipulihkan kembali oleh Menteri Besar, Azmin Ali yang berpendirian mahu terus mengekalkannya di jawatan tersebut. Azmin memberitahu, pemecatan Anwar tidak berbangkit sama-sekali kerana setelah meneliti minit mesyuarat Exco yang dipengerusikan Khalid, ia hanya menyatakan mengenai penutupan […]