Bukan Saja Muhyiddin Berbeza, Penyokongnya Juga Mulai Terbuka Kritik Najib

Berdepan sokongan yang makin merosot diterimanya akibat pemotongan subsidi bahan bakar petrol dan diesel, Perdana Menteri Najib Razak kini mulai menerima tekanan yang makin ketara daripada dalam UMNO sendiri.

Berdasarkan kajian terbaru Merdeka Center, berbanding ketika peristiwa MH17 di mana sokongan rakyat kepada Najib melonjak pada paras 54 peratus, kajian terbaru selepas kenaikan harga minyak menunjukkan ia kini menurun kepada 48 peratus.
Bersama sokongan yang kian merapuh itu, jika sebelum ini hanya Mahathir yang banyak menyerangnya terutama berkaitan hutang 1MDB yang kemudian disambut oleh pembangkang dalam Parlimen, kini orang nombor duanya dalam kerajaan iaitu Muhyiddin Yassin dan kumpulannya seperti mulai mencari salah dan kelemahan Perdana Menteri itu.
Muhyidddin yang didokong kumpulan konservatif dalam UMNO terlihat gemar menjadikan isu Akta Hasutan untuk menonjolkan kelebihannya di sebalik kelemahan Najib yang makin banyak diperkatakan ramai.
Dalam beberapa penampilan, Muhyiddin secara tegas menyatakan mahu akta itu terus dikekalkan berikutan semakin banyaknya isu pertikaian mengenai perkauman, agama dan Raja menjadi mainan di tengah-tengah masyarakat sekarang ini.
Berbeza dengan Najib yang pernah berjanji untuk menghapuskan akta itu, Muhyiddin juga kini mulai mendapat pujian dan sanjungan yang makin meluas, bukan saja daripada UMNO tetapi juga daripada beberapa NGO pro Melayu, khususnya Perkasa.
Sokongan lebih kuat Muhyiddin terhadap pengekalan akta itu tentunya bakal menyusahkan Najib kerana menjadikannya berada di persimpangan antara kehilangan sokongan UMNO atau dianggap mungkir janji oleh rakyat.
Sementara Muhyiddin menjadikan isu pengekalan Akta Hasutan sebagai usaha mengukuhkan kedudukannya dan sekaligus menolak kemungkinan berundur sebagai Timbalan Perdana Menteri sepertimana yang dibualkan ramai sebelum ini, penyokongnya juga sudah mulai berani mempertikaikan dasar dan pendekatan Najib memimpin negara ini.
Di Parlimen Rabu lalu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Aziz Sheikh Fadzir secara terbuka mempertikaikan peranan Pemandu yang disifatkannya bertindan dengan tugas beberapa kementerian dan mahukan unit itu dimansuhkan terus sedangkan Pemandu adalah unit kebanggaan Najib sejak ia ditubuhkan.
Selama ini, orangramai dan pembangkang sudah banyak mempertikaikan peranan dan kewujudan Pemandu yang diketuai Idris Jala ini, bukan saja dari segi tugas dan fungsinya, malah juga kos perbelanjaan yang tinggi untuk menyaranya.
Soalnya, kenapa hanya setelah enam tahun baru pemimpin UMNO sendiri berani tampil menyanggah kewujudan Pemandu dan siapakah Aziz Sheikh Fadzir ini?
Aziz adalah adik kepada Kadir Sheikh Fadzir, bekas Menteri Penerangan yang telah keluar UMNO kerana tidak bersetuju dan banyak mengkritik kepimpinan Najib serta pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO sessi 2000-2004.
Aziz diketahui sebagai penyokong dan pendokong kuat Muhyiddin Yassin serta memainkan peranan penting memastikan kemenangan Timbalan Perdana Menteri itu dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2009.
Sebaik Muhyiddin memenangi jawatan itu dan menjadi orang nombor dua dalam kerajaan, Aziz telah meletakkan bekas pegawai khasnya semasa menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO iaitu Nardin Awang bertugas sebagai pegawai khas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Nardin kini sudah dinaikkan pangkat dan menjadi salah seorang setiausaha politik kepada Muhyiddin. Hakikatnya Aziz kini bukan saja menjadi penyokong kuat Muhyiddin tetapi juga berpengaruh dalam perjalanan politik Timbalan Perdana Menteri itu.
Apabila Aziz menegur dan menyanggah mengenai Pemandu, suatu pendekatan yang diambil Najib dan tidak pernah disentuh oleh mana-mana pemimpin UMNO sebelum ini dan berlaku pula di ketika sokongan terhadap Najib yang kian merosot, apakah ini menandakan perbezaan yang tidak dapat dielakkan lagi antara kedua-dua pemimpin utama negara itu?
Bersama Muhyiddin yang semakin kerap mempertahankan Akta Hasutan serta Mahathir yang bukan saja sudah menarik balik sokongan tetapi juga mengkritik satu demi satu dasar kerajaan,  sanggahan Aziz sebagai orang kuat Muhyiddin terhadap Pemandu seperti menunjukkan bakal lebih banyak lagi dasar-dasar Najib akan terus dipertikaikan lagi selepas ini
Menambahkan lagi kehangatan ialah apabila Tengku Razaleigh pula hari ini menghantar kenyataan kepada Ahli-Ahli Parlimen mencadangkan agar perlaksanaan cukai GST yang sepatutnya dilaksanakan pada April 2015 ditangguhkan bagi mengelakkan beban berterusan kepada rakyat. Sebelum ini juga bekas Menteri Kewangan itu sudah beberapa kali tampil membetulkan apa yang dianggapnya salah sedang dilakukan oleh kerajaan sekarang.
Mengharungi kemungkinan Anwar lebih mungkin akan dibebaskan dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan yang dijangka diketahui awal minggu depab, Najib dalam masa yang sama mulai menerima tekanan dan serangan daripada semakin banyak penjuru dalam parti dan kerajaan.
Mahathir, Muhyddin dan Ku Li yang semakin kritikal kebelakangan ini seperti hanya menunggu masa untuk bersatu bagi menjatuhkan Najib.
Dengan semua cabaran ini, berapa lama lagi Najib mampu mempertahankan kedudukannya mulai semakin diragui. ( SH 31/10/2014)
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

16 Comments

Add a Comment
  1. Baguslah kalau sudah bole mengkritik benda yg terang sudah salah….daripada mengharap pr yg dh tk berguna bg kacamata aku….langkah kajang benar2 menyedarkan aku bhw pr blom dpt memimpin malaysia….

    1. Anon 10:05

      "langkah kajang benar2 menyedarkan aku bhw pr blom dpt memimpin malaysia…."

      Itu pandangan sdra. T3tapi dalam PRU 13 lalu, 52% tidak berpendapat begitu.

      Sdra tergolong didalam kelompok 48%. Itu tidak menjadi masaalah. Tetapi orang seperti sdra, kalau UBN dapat 10% dalam mana2 PRU pun, sdra masih percaya macam tu jugak!

    2. Sblm memberi pendapat sila pastikan masa dan waktu….langkah busuk kajang diadakan slps pru tiga belas…dan sy adalah pengundi 52 peratus…

    3. Anon 18:26….

      Kamu sebenarnya adalah orang-orang yang ketinggalan bas yang menuju ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor….he..he..he..

    4. Oh rupanya azmin bersetuju dgn kidex…masih menunggu apa penyelewangan tski yg membenarkan langkah kajang…apa yg penting liwat mmg berlaku dan samada dlm keadaan terpaksa atau tidak shj….

  2. apa kata kita melabur dlm……….BSN

  3. Politik malaysia ni I tengok macam dah gila, kiri,kanan,atas,bawah,depan,belakang macam dah gila ia macam dah gila ia macam dah gila gila gila gila gila giiiillllaaaaaaaaaaaaaa………hahahahahaha hahahahahaha hahahahahahahahahahahahahahhhh

    1. relax anon 23;17…ambo setuju ngan mu……kita nj golongan dizalimi.doa kepada ALLAH…….iyaa kanak budu waiyaa kanak ngastaeen

  4. Wa tatak sukak UMNO ,tapi Wa selute UMNO punya olang ,lia klitik lia punya pemimpin kalay tatak betut lea aa.

    Wa tengok manyak lain parti sokong lia punya pemimpin macam babi buta loo rr ,tatak betut pon sokong maa aa.

  5. Kalau anwar di tempat Najib…dua minit selesai.
    Anwar letak jawatan..digantikan dengan Azizah sebagai PM..
    Azizah lantik Anwar sebagai Menteri Mentor dan Penasihat Ekonomi…selesai.
    Tak sampai dua minit.

  6. Bagi ambo yang paling layak menggantikan najib tak laen tak bukan hanya Anwar sahajo, waktu sebaki-baiknya untuk dilantik jadi perdana menteri ialah pada hari pertamo dio masuk penjara sg buluh nanti iaitu dalam beberapa hari sahajo lagi, ambo pasti rakyat pasti malaysio suko dan bahagio nanti kerano pertama kalinya kito ado perdana menteri yang duduk kat dalom penjaro
    sekian itulah pandangan ambo ,,, terima kasehhh,,,

  7. Kalau dinilai keadaan sekarang, senjata Najib adalah SPRM, Polis dan rasuah. Mana mungkin Muhyiddin boleh menentang Najib yang dilindungi oleh majoriti ahli majlis tertinggi UMNO Baru.

    Biar bagaimana pencak dan silat Muhyiddin mahu gayakan namun tindakannya pasti gagal. Penyokong Muhyiddin tidak ramai dan tidak ramai pula yang setia tanpa bayaran.

    Tambahan pula keadaan diri Muhyiddin sendiri sudah menuju kepenghujungnya sama juga dengan Najib yang banyak penyakit. Dia sudah tua. Fikiran orang tuan tidak sesegar fikiran orang muda. Fikiran tua akan guna isu liwat Anwar Ibrahim sebagai mengekalkan kuasa perintah.

    Cuma kedudukan Najib boleh digugat. jika Muhyiddin mahu berkrompromi dengan puak lain dalam UMNO Baru, yang bakal menggantikan tempatnya.

    Tapi siapa yang layak ganti Najib…. Hishamuddin, Zahid atau Shafiee atau siapa…..sedangkan majoriti ahli UMNO Baru berotakkan Hasan Malek dan Ahmad Maslan……bodoh sombong ?

    1. Pemimpin UMNO Baru berfikir bahawa kuasa mereka kekal selagi mereka menguasai polis dan mahkamah….sesiapa yang dibencinya akan ditangkap, dibicarakan dalam mahkamah dan dihantar ke penjara. Itu saja cara yang mereka nampak untuk terus berkuasa.

      Itu sebabnya mereka tidak peduli sama ada pelapis atau tidak. Kelayakan, kebolehan, ketrampilan bukan keutamaan. Pemimpin yang mereka tonjolkan itu sama ada bijak atau bangang juga bukan pekara penting….. asalkan pengampu, pembodek dan patuh pada arahan… UMNO boleh…..

      Walaupun pemimpin UMNO Baru itu dilihat bangang, tapi yang lebih bangang lagi adalah pengundi yang beri undi pada calon Barisan Nasional he..he…he..

  8. Buang yg bodoh… Ambil yang bijak…

  9. Buang yg keruh…ambil yang jernih..

  10. Buang saja Najib,buat menyemak Malaysia saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.