Sah!! Tamrin Ucap Selamat Tinggal Pada Pas

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar akhirnya sah keluar daripada parti Pas yang disertainya sejak 2012 lalu, berkuatkuasa hari ini, 15 Oktober 2014.

Pada awal pagi tadi, saya dihubungi oleh Tamrin yang mengajak saya bersarapan dengannya di Restoran Haslam, berhampiran Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Pada mulanya, saya menyangka beliau hanya ingin berbual-bual kosong atau mungkin menjelaskan mengenai apa yang saya tulis sebelum ini tentang khabar angin yang tersebar luas mengenai dirinya akan meninggalkan Pas yang kemudian menjadi perbualan ramai.
Rupa-rupanya beliau meminta saya menjadi saksi berhubung keputusannya mahu meninggalkan Pas.  Katanya, beliau sudah berfikir panjang dan muktamad dengan keputusan ini.
Selepas selesai bersarapan, beliau lantas mengeluarkan surat yang sudah disiapkannya berhubung tindakan keluar Pas itu dan terus menandatanganinya di hadapan saya dan seorang lagi rakannya, Zamrin Bidin.
Surat itu ditandatangani pada jam 9.10 pagi dan kira-kira pukul 10 kemudiannya terus dihantar ke pejabat Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali melalui serahan tangan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dalam surat dua perenggan bertarikh 15 Oktober 2014  dengan tajuk “Menarik Diri Sebagai Ahli Pas” itu, Tamrin hanya menulis ringkas mengenai keputusannya itu dengan ayat, “Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mulai tarikh surat ini saya menarik diri daripada menganggotai parti Pas.
“Adalah diharapkan pihak Ybhg Datuk dapat mengemas-kinikan rekod keahlian saya berikutan keputusan ini. Sekian, terima kasih”.
Tiada sebarang alasan diberikan berhubung tindakannya meninggalkan Pas itu.
Dengan surat tersebut, maka sahlah sudah desas-desus yang bertiup kencang sebelum ini mengatakan Tamrin yang merupakan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba akan meninggalkan Pas yang disertainya menjelang PRU 13 lalu.
Blog ini dalam postingnya pada pada 7 Oktober 2014 telah menyiarkan mengenai desas-desus itu dengan tajuk “Tamrin Ghafar Keluar Pas?” yang dipercayai kerana tidak puas hati dengan tindak-tanduk pemimpin tertentu dalam Pas yang menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutama berkaitan isu pertukaran Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.
Meskipun bertindak meninggalkan Pas, tetapi difahamkan Tamrin tidak akan menyertai PKR mahu pun DAP bagi meneruskan perjuangannya. Beliau juga tidak mungkin kembali semula menyertai UMNO.
Adalah difahamkan, beliau masih meyakini perjuangan PR terutamanya dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang dan untuk menjadikan gabungan itu sebagai alternatif kepada BN. Tamrin dikatakan hanya meninggalkan Pas tetapi masih bersama dengan perjuangan PR.
Sehubungan itu, Tamrin dikatakan akan bergerak melalui sebuah NGO yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi bagi membantu perjuangan PR mengambil alih kepimpinan negara daripada BN. 
Selepas dilancarkan nanti, NGO tersebut akan bergerak aktif mendepani pelbagai isu yang berlaku dalam masyarakat, terutama yang berkaitan isu perkauman dan perpaduan. (SH 15/10/2014).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm
Subscribe
Notify of
guest

28 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
16 October 2014 2:33 am

Tindakan Tamrin keluar Pas adalah wajar kerana beliau tidak bersetuju dengan kelakuan dan gelagat pemimpin Pas yang tidak berintegriti dan tidak boleh dibuat ketua.

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 3:40 pm

Saya tak nampak PR kusut sebab PAS. DYMM Sultan Selangor pun puji PAS. Pada saya PAS bertindak bijak dengan mempertimbangkan semua aspek dengan menggunakan kaedah Fikah " Jika bertembung dua kemudaratan, maka lihat kepada yang lebih memudaratkan dengan memilih kemudaratan yang lebih ringan". Dalam kes ini, saya nampak mengekalkan TSKI adalah lebih aula daripada menjatuhkannya dan melantik yang lain. Sebab itu PAS syorkan TSKI dikekalkan walaupun TSKI tidaklah maksom. Buktinya MB baru sendiri memuji TSKI dalam beberapa isu. Oleh sebab kehendak PKR dan DAP tak sama dengan kehendak PAS, kan betul mudaratnya lebih besar dan apa lagi minyak terus naik… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 October 2014 12:24 am
Reply to  Anonymous

Dia nak join ngo la.apa la lu nak komen x baca habih, baca tajuk aje ker.itukah komen kaedah fikah pas?

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 3:19 pm

politik kata mengata apa korang dpt. boleh tak diubahkan musuh menjadi rakan? baru boleh kuat bro. 🙂

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 2:09 pm

umno..pas..pkr..dap..semua x nak..masuk sg buloh sama bang non ja la hujung bln ni

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 2:04 pm

dia nak keluar parti mana nak masuk parti mana perkara biasa bagi yang rapuh..apa ada hal..jangan tiru perangai Brahim al-Kataki udah.

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 11:55 am

Ramai yg tidak sukakan PAS kerana tidak tahan melihat telatah 'ulamak' yg pendek akal. Mereka tidak layak dipanggil ulamak. Pengetahuan ugama dan ilmu hikmah amat cetek.

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 9:25 am

Seorang tukang kempen parti yang berpengaruh sudah lari….

kluangman
kluangman
15 October 2014 8:23 am

Pecacai PKR..orang macam Tamrin pun diangkat jadi berita utama.

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 9:15 am
Reply to  kluangman

Pencacai umngok keluar dr lubang taik digelar kluangman…yshooo

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 6:56 am

Orang yg boleh berfikir panjang, baik buruk akibat suka-suka hati khianat perjanjian tidak akan senang hati duduk dlm Pas skrg.

Macam mana nak buat perkiraan dengan orang yg tak boleh dipercayai? Hari ni cakap lain, esok cakap lain? Depan lain, belakang lain, setiausaha tulis surat lain, presiden hantar surat lain, walaupun satu parti dan bergelar ulamak pulak? Tak ada pulak rasa malu bersendiwara dan menipu, lagi kutuk dan marah org ada, memporak porandakan nilai-nilai agama. Daripada Tamrin sakit jiwa duduk di dalam, lebih baik dia keluar.

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 8:22 am
Reply to  Anonymous

Bukan Tamrin sahaja saya percaya ramai lagi golongan professional & bijak pandai sudah tidak senang duduk dengan sikap geng UG. Penat nak menjawab dengan bukan Islam tentang syarat & hukuman berjanji dalam Islam

tok janggut
tok janggut
15 October 2014 11:58 am
Reply to  Anonymous

Aku setuju dengan pandangan kamu..Islam diperalatkan untuk tarik sokongan org Melayu..akhlak pemimpin tak serupa macam akhlak Islam, depan public keluar dari mulut quran hadis je,hukum quran hadis yg depaa ucapkan untuk org lain, tapi bukan utk diri depa sendiri…….suruh wakil rakyat PKR bekerjaa jaga amanah yg rakyat telah beri, tapi dia tak datang pembentangann dan bahas budget d parlimen ….segan nak ddk sebelah Anwar n Kit Siang kut..

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 2:15 pm
Reply to  Anonymous

Chandra, Ezam kotak, Mat Arip, Roslan Kassim sekadar sebut 2-3 nama dari beribu orang keluar PKR hampa tak sebok pun…bodo punya budin.

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 6:06 am

ada effect ke.aku rasa pengundi pun tak ingat dah nama dia..jd dia ni bukan faktor untuk mana mana parti untuk menarik undi..

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 7:40 am
Reply to  Anonymous

Tak dak effect langsung…biasa la org mcm dia ni..dulu dh banyak kebaih masa dlm umno,la ni dh tua nk mampuih baru la teringat nk taubat kot..

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 11:53 am
Reply to  Anonymous

Tak de effect langsung…tapi kalau Hj Hadi keluar ada effect…undi kepada Pas dikalangan non-Pas malays dan non-malays akan kekal atau meningkat.

Kalau Hadi tak keluar…effectnya Pas akan merudum….

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 2:29 pm
Reply to  Anonymous

Tiada siapa kenal Tamrin cuma orang tahu dia anak Ghaffar Baba. Masa muda tidak mau cari identiti sendiri untuk berjaya ketika dah senja baru buat buat sibuk.

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 10:35 pm
Reply to  Anonymous

Ala mcm abduh jugak la…klu x nik aziz alamat jd pencacai tegar jugsk la kan…

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 5:51 am

merajuk sikit2 buat ngo..garang awal lepas tu hilang terus..mati panggil lebai pas ngan umno gak semayang..

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 7:36 am
Reply to  Anonymous

betul!betul!betul!

1Crony
1Crony
15 October 2014 7:52 am
Reply to  Anonymous

Lepas solat jenazah tak pernah pula tolak upah. Maklumlah di negara ini yang pandai jadi imam solat, siak masjid dan menguruskan jenazah hanya orang PAS sahaja, luar pada PAS tak pandai langsung pasal Islam. Itulah metaliti ahli PAS yang ditanamkan oleh puak-puak UG bagi mendepani masyarakat majmuk di negara ini.

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 2:47 pm
Reply to  Anonymous

Letih jugak layan bebudak pkr…28hb. oct…nak buat kempen Rakyat Hakim Negara untuk si Anwar dan mau penyertaan orang orang pas…tetapi siang malam asyik duk menyerang camnani…huhuhu.

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 5:42 am

kecoh macam la ahli parlimen ke apa..menang pilihanraya pun tak pernah..budin parti apa? x nak kluar skali..

Anonymous
Anonymous
15 October 2014 5:26 am

Seronoklah geng UG sebab org yg bijak pandai keluar dari PAS dan yg tinggal hanya yg bodoh2 serta taksub membuta tuli macam ahli/penyokong umno. Patulah PAS ganti umno sebab perangai geng UG PAS serupa dgn pemimpin umno………………….

lufang
lufang
15 October 2014 10:18 am
Reply to  Anonymous

Siapa itu Tamrin ? , Wa tatak kenal lea aa .

Anon 13:26 ,

Lu cekap , lia manyak pandei , Wa manyak helan nea aa !.

Anonymous
Anonymous
16 October 2014 12:16 am
Reply to  Anonymous

Lu tatak kenal aa.lu butut2 macam itu hassang malik.na putinang kui pu tuikui.

Anonymous
Anonymous
16 October 2014 3:42 am
Reply to  Anonymous

Lufang…lu selalu sebuk kongkek amoi sama kelija kutip utang kasi along itu pasai lu talak kenai tamrin….lu menggang punya olang…..manyak molo kincin talak basuh…