Month: October 2014

Bukan Saja Muhyiddin Berbeza, Penyokongnya Juga Mulai Terbuka Kritik Najib

Berdepan sokongan yang makin merosot diterimanya akibat pemotongan subsidi bahan bakar petrol dan diesel, Perdana Menteri Najib Razak kini mulai menerima tekanan yang makin ketara daripada dalam UMNO sendiri. Berdasarkan kajian terbaru Merdeka Center, berbanding ketika peristiwa MH17 di mana sokongan rakyat kepada Najib melonjak pada paras 54 peratus, kajian terbaru selepas kenaikan harga minyak […]

Dulu Anwar Dikata Takut Dengan Shafee, Kenapa Sekarang Takut Juga Dengan Gopal Sri Ram?

Masuk hari kedua perbicaraan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, pertikaian terhadap kedudukan peguam Gopal Sri Ram tiba-tiba saja mulai kedengaran.  Isunya cumalah kerana Gopal Sri Ram yang menjadi peguam Anwar ini pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan keadaan itu dikatakan boleh mempengaruhi lima hakim yang mendengar rayuan Ketua Pembangkang itu […]

Harapan Anwar Bebas Cerah?

Kes rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan sudah pun masuk hari kedua sejak bermula semalam. Sehingga ini pihak pembela Anwar yang diketuai Sri Ram Gopal belum pun habis lagi mengemukakan hujah pembelaan, kemudian baru diikuti dengan hujah balas pihak pendakwa oleh Shafee Abdullah. Selepas itu, kedua-dua pihak akan menutup hujah penggulungan masing-masing sebelum lima hakim […]

Benarkah Semuanya Bergantung Pada Najib?

Bermula esok, 28 Oktober, bermulalah rayuan kes liwat kedua yang melibatkan Anwar Ibrahim selama dua hari di Mahkamah Persekutuan. Pada lewat petang 29 Oktober pula, dijangka akan diketahui keputusannya. Di mana-mana ketika ini orangramai membicarakan apakah nasib Anwar nanti. Apakah beliau akan dikekalkan bersalah sepertimana keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkannya hukuman lima tahun penjara atau akan […]

Pendirian Universiti Malaya Terus Dikecam

Pentadbiran Universiti Malaya Perlu Berhenti Jadi Pengampu Rejim Penguasa 1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membantah keras arahan yang dikeluarkan oleh pentadbiran Universiti Malaya yang mengancam untuk mengambil tindakan keras terhadap pelajar yang menghadiri program Pidato Anwar Ibrahim. Ini menyerlahkan betapa teruknya IPT dicengkam secara songsang oleh rejim Penguasa. 2. Universiti Malaya sebagai universiti tertua […]

Anwar Sekali Lagi Mahu Direputkan Dalam Penjara

Keinginan pihak pendakwa kes rayuan Anwar Ibrahim mahu menambah tempoh penjara keatasnya dengan alasan hukuman lima tahun yang dijatuhkan sebelum ini tidak memadai, tidak lain menunjukkan hasrat mahu “membunuh”  terus karier politik Ketua Pembangkang itu. Melalui dokumen pihak pendakwa yang disaksikan sendiri oleh sebuah portal berita, alasan memohon tambahan hukuman itu ialah kerana berpendapat penjara […]

Anwar Bebas Atau Dipenjara, Masa Depan Najib Tetap Kelabu Juga

Ramai yang tidak sabar menunggu keputusan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 28 dan 29 Oktober ini. Sementara ada kelompok tertentu yang mengharapkan agar beliau dipenjara, ramai pula yang berjuang, berusaha dan berdoa untuk pembebasannya. Anwar sendiri tidak duduk diam atau pasrah begitu saja. Selain berdoa, beliau juga ligat menemui penyokongnya di […]

Seperti Jokowi, UMNO Juga Harus Keluar Daripada Kepompong Bangsawan

Indonesia baru saja menerima  secara rasmi Joko Widodo atau Jokowi sebagai Presidennya yang ketujuh menggantikan Susilo Bambang Yudhiyono. Beliau mengangkat sumpah pada 22 Oktober lalu dan sekaligus mencatat sejarah sebagai presiden pertama yang datang daripada orang kebanyakan. Sebelum menjadi Gabenor Jakarta, Jokowi hanyalah seorang jurujual perabot. Kejayaannya melaksanakan banyak pembaharuan di kota Jakarta, kerap turun […]

Azmin Juga Diminta Terjah Pusat Judi Dan Maksiat Di Selangor

Sudah kira-kira sebulan Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.  Antara janjinya sebaik mengangkat sumpah, Azmin mahu menjadi pemimpin negeri yang lebih kerap turun padang bertemu rakyat daripada berada di pejabatnya yang berhawa dingin. Beliau juga mahu dilihat lebih kerap berpakaian biasa daripada bertali leher dan memakai kot. Untuk mencapai matlamat itu, pendekatan […]

Layakkah Lensa Menyindir Anwar dan PR?

Setelah dikecam banyak pihak ekoran tulisan sepucuk suratnya yang meminta Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim agar bersara dan berhenti memperalatkan rakyat, NGO Lensa Anak Muda Malaysia atau Lensa akhirnya membuat U turn dengan mengatakan ianya hanyalah sarkastik atau sindiran semata-mata. Menurut koordinatornya, Ekhsan Bukharee, kenyataan itu untuk menyedarkan PR mengenai persepsi golongan muda di luar PR […]

Kalau Anwar Yang Berusia Masih Bertenaga, Kenapa Anak Muda Lensa Letih Tak Bermaya?

Sebuah NGO anak muda pro PR yang dikenali Lensa tiba-tiba bersuara mahukan Anwar Ibrahim bersara daripada politik negara. Kononnya mereka sudah letih dan tidak akan bersolidariti di jalanraya lagi. Dalam erti kata, kalau Mahkamah Persekutuan mendapatinya kekal bersalah, berehat sajalah di penjara dan kemudian bersara. Kalau dibebaskan pula, lebih baiklah berehat saja atau berhijrah dan […]

Pas Bakal Pecat Pemimpin PasMa?

Beberapa Pas Negeri sudah pun mengeluarkan arahan kepada ahlinya agar tidak menyertai serta menjauhi PasMa, sebuah NGO yang diketuai oleh bekas Exco Kedah, Pahrolrazi Zawawi. Antaranya ialah Pas Pahang, Terengganu, Perak, Johor dan beberapa negeri lagi juga dijangka akan mengeluarkan arahan yang sama tidak lama lagi.  Walaupun PasMa sudah menyatakan bahawa peranannya ialah bertujuan untuk […]

Sah!! Tamrin Ucap Selamat Tinggal Pada Pas

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar akhirnya sah keluar daripada parti Pas yang disertainya sejak 2012 lalu, berkuatkuasa hari ini, 15 Oktober 2014. Pada awal pagi tadi, saya dihubungi oleh Tamrin yang mengajak saya bersarapan dengannya di Restoran Haslam, berhampiran Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Pada mulanya, saya menyangka beliau hanya ingin berbual-bual […]

Untuk Menang PRU 14, KJ Perlu Dinobatkan Terus Sebagai PM Ganti Najib

Dalam tulisannya, wartawan veteran A Kadir Jasin menulis, “Kalau ditakdirkan Mohd Najib terpaksa berundur sebelum pilihanraya umum akan datang, pasangan Muhyiddin Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi adalah alternatif yang logik. “Tetapi kalau Muhyiddin terus penat dan menderita sindrom timbalan perdana menteri, maka jawatan PM mungkin jatuh kepada Hishammuddin Hussein dan dalam situasi itu, Khairy Jamaluddin […]

Hukuman Sekadar Menjaga Air Muka Presiden, Buang Masa Saja Buat Rayuan

Dua Adun Pas Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, baru-baru ini akhirnya digantung keahlian mereka selama setahun berkuat-kuasa serta-merta. Bagaimanapun, kedua-dua mereka diberi tempoh selama 15 hari untuk merayu kepada Majlis Syura Ulama jika tidak bersetuju atau merasakan hukuman […]