Hadi Awang Kian Tersepit?

Kedudukan Haji Hadi Awang sebagai Presiden Pas tidak lagi seselesa dahulu. Beliau kini bukan saja mula dipertikaikan oleh penyokong dan pengundi parti yang tidak memegang apa-jawatan, malahan elemen yang sama sudah mulai datang daripada peringkat yang berjawatan juga.

Semuanya gara-gara kegagalannya memimpin hala tuju parti itu dengan cara yang betul dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor.

Jika dalam beberapa mesyuarat AJK Pas Pusat sebelum ini, sudah ada yang berani bertegang leher dengannya mempertikaikan tindakan yang dilakukannya, terutama mempersoalkan kecenderungan untuk berbaik-baik dengan UMNO, malam tadi dalam satu forum anjuran PasMa, seorang lagi pemimpin Pas iaitu Mujahid Yusof Rawa memberi mesej yang sama mengenai Haji Hadi.

Beliau bukan saja menyanggah keinginan Pas untuk bekerjasama dengan UMNO sebagaimana yang diketahui umum merupakan cita-cita baru kumpulan yang pro Haji Hadi dalam Pas dengan mengatakan parti itu tidak ingin terkinja-kinja dengan parti pimpinan Najib Razak itu, malah juga menyatakan bahawa Presiden Pas itu tidak maksum dan boleh dikritik serta dipertikaikan keputusannya.

Walaupun Haji Hadi belum sampai disanjung hingga ke peringkat tidak boleh diusik, tetapi konsep wala iaitu patuh kepada pemimpin dalam Pas kadangkala menghampiri trend ke arah maksum juga di mana kedudukannya sebagai ulama sering disekalikan dengan jawatannya sebagai pemimpin sebuah parti politik sehingga mempertikaikan sebarang keputusannya dalam hal-hal berkaitan politik juga dianggap seolah-olah mengecam golongan pewaris Nabi.

Dalam banyak keadaan, bukan saja keputudan dan tindakan Haji Hadi yang tidak berani ditegur, diusik dan dipertikaikan, malah pihak yang cuba menegur pula seringkali dipersalahkan serta dibandingkan dengan ketinggian ilmu agama yang dimiliki oleh beliau.

Oleh sebab itu, hampir tiada kritikan dan serangan daripada dalam parti Pas sendiri terhadap kepimpinan Haji Hadi selama ini meskipun berlaku beberapa keadaan mengecewakan seperti kemelut yang pernah berlaku di Kedah sehingga akhirnya menyebabkan UMNO berjaya merampas kembali teraju kepimpinan di negeri itu.

Selain hanya baru-baru ini keberanian mempertikai dan mengkritik itu mula wujud, ia juga nampaknya mula menunjukkan arah aliran yang semakin berkembang. Hanya kerana kegagalan Haji Hadi menunjukkan kepimpinan yang meyakinkan serta seolah-olah makin condong kepada UMNO, sebuah NGO yang dinamakan PasMa turut ditubuhkan sejak 10 Ogos lalu.

Matlamat utama PasMa tidak lain ialah untuk terus memperkukuh kedudukan Pas dalam PR serta memastikan gabungan itu kekal sebagai pesaing yang berwibawa kepada BN dan menjadi alternatif kepada rakyat membuat pilihan setiap lima tahun sekali.

PasMa yang diketuai oleh bekas Exco Kedah, Pahrolrazi Mohd Zawawi adalah berniat murni bukan saja kepada semangat ahli-ahlinya di seluruh negara tetapi juga kepada sebahagian besar rakyat yang masih dahagakan perubahan. NGO itu hanya cuba mengembalikan Pas kepada perjuangannya yang sebenar serta kepada matlamat yang sudah sekian lama diperjuangkan oleh ahlinya di pelbagai peringkat.

Oleh yang demikian, jika ahli-ahli Pas masih sayangkan perjuangan parti itu untuk menumbangkan UMNO dan BN, mereka seharusnya tidak teragak-agak untuk memberi sokongan kepada PasMa ini. Hanya dengan kukuhnya PasMa, benteng untuk mempertahahkan Pas daripada terkinja-kinja, berpeluk-pelukan dan bercium mulut dengan UMNO akan turut menjadi semakin kuat.

Selain kewujudan PasMa yang secara tidak langsung merupakan pertahanan kepada citra politik Haji Hadi mahu berbaik-baik dengan UMNO, sudah wujud juga keberanian iaitu daripada Lujnah Undang-undang dan hak asasi Pas Pusat atau Luham yang mempertikaikan tindakan Presiden Pas itu secara sendirian memutuskan calon Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Luham yang merupakan salah satu biro dalam Pas menyifatkan tindakan Haji Hadi itu sebagai melanggar perlembagaan parti kerana Presiden Pas itu didakwa tidak mempunyai kuaas pemutus yang dibenarkan dalam apa juga perkara tanpa bermesyuarat dengan AJK Pas Pusat terlebih dahulu.

Tidak dinafikan bahawa semua perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini adalah bunga-bunga penolakan yang semakin ketara terhadap kepimpinan Haji Hadi dalam Pas. Jika ditambah dengan suara-suara daripada luar lingkungan arus perdana kepimpinan parti itu, termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib yang baru menyertai Pas juga tidak teragak-agak mengkritik Haji Hadi, adalah jelas perubahan kepimpinan seolah-olah mulai mendesak menjelang pemilihan pada tahun hadapan.

Dengan semakin banyak kekecohan dan kecelaruan dalam Pas digambarkan datangnya daripada tangan Haji Hadi, nyawa politik beliau seolah-olah turut semakin pendek dan tersepit. Hanya perubahan yang dapat menyelamatkan parti itu. (SH 09/09/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

43
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousalberty magicMiss VeeMohd Zainiotoote Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Nik Abduh dok sokong Hadi lagi….Ini sorang lagi. Fasal tu Nik Aziz pun cakap merapu sekarang. Din Ayam penasihat Hadi, Nik Abduh penasihat Nik Aziz. Dua2 ustaz tua ni yang dulu disanjongi, dihormati dan disegani olih semua orang sekarang dicondemn cukupw. Nik Aziz sebelum isu MB Selangor juga sangat dihormati olih org2 bukan melayu. Laa ni pi baca komen Malaysiakini. Kena kutuk habis. Apa hikmah dari isu MB Sgor ni? Apa Allah SWT nak tunjuk kepada kita?. Yang aku dok perhati, Ustaz dan lebai2 Pas sudah hilang integrity dikalangan semua lapisan masyarakat.baik muslim and non-muslim. Adakah mereka selama ni menggangap… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

komen yg non muslim ko kesahkan…alahai..baca sampai ke bwh..tertanya jugak, mcm mana ko rasa jalan ko betul? guan eng kata betul ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Cerita benar yang aku rasa perlu dikongsikan di sini. Dulu aku adalah seorang penyokong tegar PAS kerana aku merasakan PAS adalah satu-satunya parti yang boleh diharapkan untuk menjadikan kehidupan rakyat Malaysia ini menjadi lebih baik berbanding berada di bawah pemerintahan BN. Namun sokongan aku kepada PAS bukanlah membuta-tuli. Aku hanya akan menyokong PAS selagi perjuangan mereka berada di landasan yang betul. Tak kisahlah parti mana pun, kalau mereka berjuang di atas landasan yang benar dan lurus, aku akan terus memberi sokongan padu. Hari ini sejak krisis MB Selangor berlarutan tanpa ada penyudahnya. aku telah membuat keputusan rasmi untuk tidak lagi… Read more »

Miss Vee
Guest
Miss Vee

Rahsia Teragung Lelaki Sejati Terbongkar !!

This Is What Women Really Want !!

KLIK SINI

Mohd Zaini
Guest
Mohd Zaini

awesome..pencerahan yang bernas…syabas yg empunya blog..

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau ditakdirkan PAS bentuk UG dengan UMNO, agak-agak apakah jawatan menteri yang akan diberi kepada Hj Hadi. Hj Hadi kata Wan Azizah tak layak jadi MB Selangor, jadi secara langsung dia anggap dirinya lebih pandai, cerdik dan berkelayakan berbanding Wan Azizah. Jadi UMNO sepatutnya beri jawatan kanan kepada Hj Hadi dalam kabinet. UMNO pun berbincanglah dengan panjang lebar akan kelayakan Hj Hadi. Nak lanti Menteri Kewangan, dia tak tahu ekonomi, nak lantik Menteri Perdagangan Antarabangsa, lagi hancurlah, pelabur cakap lain dia cakap lain, bahasa Inggeris out, macama mana nak yakinkan pelabur. Nak lantik Menteri Pelajaran, nanti dia kata semua pelajar… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau anwar tu bijak sangat suruh dia cari jam.omega dia..kalau bodoh tak jumpa call polis kat bukit aman…polis boleh bagi jam dia dalam masa satu minit je.

Anonymous
Guest
Anonymous

Eh apa mengarut pulak ni. Kalau betul, buat apalah polis simpan jam tu lama-lama, nak jadi barang kes ke? Dulu kata ada bukti bawa pakar dari Korea nak pastikan video tulin, tapi habuk pun tarak. Asyik dok simpan jam (kalau betul la…) buat apa. Poilis jaga jam ke jaga keamanan?

Anonymous
Guest
Anonymous

eh…ko mmg jenis tak membaca ke? dh mmg pakar us sahkan ketulenan 99%. Banyak lagi ke yg macam ko ni dlm pkr?

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku lagi tak hormat anwar..dia masuk ja semua masalah..masuk umno masalah..dlm pakatan masalah..masuk hotel pun masalah..teruk sungguh

Anonymous
Guest
Anonymous

Klu masih berhingus x yah komen..buat malu umngok je..

Anonymous
Guest
Anonymous

setuju dimana dia msk akan bermasalah. hidup para ulama pas. buang kumpulan sekular dlm pas. mereka nak kuasa je bukan ikhlas.

Anonymous
Guest
Anonymous

setuju dimana dia msk akan bermasalah. hidup para ulama pas. buang kumpulan sekular dlm pas. mereka nak kuasa je bukan ikhlas.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sbb tu org dah x cya x hormat dgn HH.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa yg HH buat? Comolot dgn umno. Apa Anwar buat? Berusaha jatuh tumbangkan umno walau dulu dia duk dlm umno.

Abu!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 07:41

Betul sangat pendapat anon ini….Kah! Kah! Kah!…. Memang dia ni bebal tahap otak kepala batu bukit. Orang jenuh menulis bagi menyedarkan mereka yang kurang daya berfikir, tapi anon ni dah macam otak Firaun yang diawet dan dimumiakan.

Anonymous
Guest
Anonymous

terlebih mkn produk kedai rakyat 1M

Anonymous
Guest
Anonymous

Eloklah TGHH & lebai2 kopiah berundur drp PAS…biarlah profesional ambil.alih pulak..pastu mansuhkan MSU.. xperlu dh rujuk ulamak, rujuk dsai je terus..sbb dsai lebih tinggi ilmu agama & ilmu politiknya. Kalau MSU ada pun, bukan org nk taat pun..siap pertikai lg..baik.mansuh je terus. Lps ni dh x payah susah2 ikut usrah, tarbiyyah.. dlm PKR mana ada tarbiyyah..so, kita ikut PKR la kalau nk berjaya. Kan PKR tu parti yg hebat dlm PR, semua tindakan PKR menguntungkn PR..kita follow lah. Semua tindakan PAS (tghh n msu) merugikan PR. Tghh n geng kopiah PAS kan jual agama, geng PKR la yg sebetulnya jaga… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tmpt ungok dilongkang bkn disini ye..

otoote
Guest
otoote

mersjuk nampak hehe. Bukan semua ulamak boleh memimpin ….bukan semua ustaz zuhud dunia….dalam msu tu ramai gak ustaz2 yg gila dunia. manusia biasa yg bukan rasul. Jadi jgn le dok merajuk ….wala memkhinzir buta tu bahaya. balik le pada Islam asal

Anonymous
Guest
Anonymous

Anonymous10 September 2014 06:18

Yang dok tergolek tertungging atas jalan dekat Istana dalam kes MB Nizar disingkir dulu tu sapa?. Bukan ke PAS yang pertahankan Nizar, MB dari PAS? Macam tu ka pertahahankan Raja?

Lawak la hang. Kokok jer lebih tapi bontot sendiri diselaputi Najis pun tak perasan. Kah kah kah

alberty magic
Guest
alberty magic

bukan semua lebai lebai kena keluar dari parti PAS tetapi lebai lebai yang melakukan jenayah serban putih aje. yang online dengan Allah swt tu ok la

Anonymous
Guest
Anonymous

Pecacai dok tibai dok kutuk Hadi… Pemimpin kepada pecacai dok pujuk Hadi jangan keluar Pakatan..

Hoiiii…apa sudah jadi…

Anonymous
Guest
Anonymous

Hang ni lembab akai laa. Yang depa komplen tu Hadi, maknanya depa tak mahu lagi Hadi kemudi parti PAS. Dalam PAS majoriti nak PAS kekal dalam PR tapi Hadi dan segelintir ahlu saja nak PAS bergerak sendiri atau join UMNO BN. Bukan PAS yang patut ditendang keluar tapi Hadi yang memandai bertindak sendiri. Depa mau Hadi diganti pimpinan lain kerana PAS banyak menanggung kerugian disebabkan kelemahan Hadi. Itu saja.

Yang hang dok pikiaq lain tu buat apa?

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemimpin2 PR cuma mahu Pas terus bersama dlm Pakatan bukannya Hadi dan Geng UG (Umno Group). Hadi n da geng boleh blahh dan masuk Umno lg bagus. Ulama agung Pas akan dimuliakan oleh parti tong taik.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS ni ditubuh oleh golongan ulama' bukan korang yg sekular. Jadi pulang blk pada ulama la..yg korang ni dh sekular buat apa dalam tu…jenis korang ni la yg tikam belakang macam abu luk luk pada saidina umar tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

setuju pas berasaskan islam, tolak hudud , baik pas keluar dlm kancah sekrg. pas sendirian pun nlh berkuasa. sokong pas tanpa group erdogan dan group ais cream

Anonymous
Guest
Anonymous

Ustaz Hadi Awang sepatutnya harus diundurkan sejak lama dulu kerana kelemahan pimpinan dan tindak tanduknya telah banyak merugikan PAS dan PR amnya. Jatuhnya kerajaan PAS di Kedah dan Terengganu selepas hanya sepenggal menguasai negeri berkenaan adalah berkait dari stail pimpinannya yang amat kurang responsif terhadap situasi semasa. Kelambatan Hadi bertindak dan membuat keputusan benar benar merugikan PR. Kekurangan Hadi selaku pemimpin parti politik sahsiah menjadi lebih ketara dalam isu MB di Selangor. PAS memerlukan seorang pemimpin lain yang lebih dinamik, pantas bertindak serta berfikiran lebih terbuka. Kekalahan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dalam GE lepas di Pendang juga ada kaitan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

penjelasan cukup bagus. sokong 100%

Anonymous
Guest
Anonymous

tak setuju.

Anonymous
Guest
Anonymous

Geng perpaduang dah lama bertapak jadi trojans dalam PAS…macam kura-kura kepala keluar masok..tunggu masa dan arahan.
Kalau dulu bisek dalam gelap dalam kelambu tapi sekarang terpaksa dizahirkan sebab ketua dah xberapa sihat,.silap haribulan timbalan naik..
Lagipun tembok besar perpaduang dah terlampau uzur..ustaz kopiah yang ganti-ganti pun lebih melayu dari Islam..jual agama..

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS tak inginkan kuasa, PAS ditubuhkan hanya untuk menegakkan Islam di negara ini ……….(itulah kata-kata yang sering tersembul dari mulut lebai-lebai kampong dan penyokong otak kemetot di dalam PAS). Kalau tanpa kuasa apa yang boleh PAS lakukan? Lebih baik menjadi pertubuhan seperti Al-Arqam (suatu masa dahulu – seperti yang Adik perempuan Dr Harun Din pun sertai). Sesungguhnya sokongan kepada PAS melonjak naik apabila Mantan Presiden PAS, Ust Fadzil Noor (bekas Pensyarah ITM) mengambil langkah bijak dengan menerima masuk ramai dari kalangan profesional yang berfahaman liberal ke dalam PAS. Maka golongan inilah sebenarnya yang mampu menarik ramai sokongan serta pengikut baru… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah 6 lbh tu bg x jemáah ke…

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju 100% dgn pendapat anda, jika PAS & geng UG ketagih sgt nak berpeluk dgn umno, golongan profesional & muda akan tetap bersama PR kerana mereka tetap tolak umno/bn.
Saya yakin PRU14 umno/bn akan tumbang jika mereka tidak mampu buat pindaan sempadan pilihanraya dan ubah corak pengundi kpd majoriti melayu.

Apakah dgn sokongan 60~70% pengundi kpd PR, umno/bn masih mahu menang PRU14?

Anonymous
Guest
Anonymous

Yakin benar org nak sokong ..macam bagus anwar ngan pkr..firaun jahat pun tak telanjang depan orang..bodoh punya ketum

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau dh yakin sgt tu, ibarat riak dengan qadar…jenis mcm ni dh lama ada…tiap2 tahun cerita keliling pasal yakin dia.. bila sampai masa idola dia jugak jadi banduan sungai buloh.

Anonymous
Guest
Anonymous

kunyit dan ais cream perintah, tggu saat bala allah. mcm di singapura padan muka. apa dah jadi. sendiri kena ingatlah. ulama tak gila kuasa sb mereka ikhlas, group pro kunyit lain pulak agenda. jgn risau para ulama pas yg ikhlas , kebenaran hak di belah mu. hamba sokong barisan ulama yg berjuang tanpa agenda duniawi. pls lihat org mu yg pilih kedunian dan kuasa , berhati hati lah sb jiwa mereka bercampor aduk. hidup ulama.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku dr dulu lg prhatikan si hadi ni..rse mcm spy umno cam nasrudin mat isa..hadi ni dh xlme..maybe sok lusa jlnlh dia mnghadp Allah SWT..

Anonymous
Guest
Anonymous

entah entah engkau yg mati dulu..mati dlm sangka buruk sesama islam..

Anonymous
Guest
Anonymous

Ko x tau berapa byk pulak doa ko sekeluarga jln dulu…elok balik nama islam kalau ko dah xder..

Anonymous
Guest
Anonymous

setuju sokong badi tp doa jln dulu dia akan jln dulu sama dgn ku yit dan ais cream. laknat punya org nak kutuk tn gjru. hormatlah sikit.

Anonymous
Guest
Anonymous

sokong para ulama, laknat pada erdogan dan group kunyit dan ais cream. siapa doa tn guru, tggu saat nazak mu .

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapalah punasihat keliling presideng tu ya…mesti handal2 belaka…tinggi ilmu agama….zuhud…warak….kfc ayam satu mamak….