Pas Hantar Nama Hanya Suka-Suka Saja

Jika ada parti politik yang paling pelik dan memeningkan kepala orangramai ketika ini, jawapannya pastilah tidak lain selain Pas atau nama penuhnya Parti Islam Semalaysia. Hanya dengan satu isu iaitu pertukaran Menteri Besar Selangor, Pas terus jadi kalut, keliru, banyak buat U turn dan masuk beberapa simpang tetapi akhirnya berhenti di tengah-tengah jalan seolah-olah membiarkan kena langgar atau maki hamun dengan orang lain.

Bukan saja orang yang berada di dalam kenderaan Pas jadi pening kepala, bahkan mereka yang mengekor di belakang dan berada di sekeliling turut menepuk dahi dengan karenahnya.

Selain beberapa tindakan U turn dan tidak konsisten sebelum ini sudah dianggap cukup menghairankan bagi sebuah parti yang membawa label Islam, tindakan Pas melalui Presidennya Haji Hadi Awang mengemukakan tiga nama calon iaitu dua daripada PKR dan satu daripada Pas bagi jawatan Menteri Besar Selangor sekurang-kurangnya tentulah memperlihatkan Pas memasang angan-angan dan impian bagi jawatan tersebut.

Lebih-lebih lagi, sebelum itu melalui keputusan Haji Hadi juga yang mendakwa beliau mempunyai kuasa berbuat demikian, beliau telah bertindak menghantar tiga nama yang kesemuanya daripada Adun Pas untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Tambah terserlah keghairahan impian dan angan-angan Pas terhadap jawatan tertinggi di negeri Selangor itu apabila Haji Hadi juga secara terbuka memperlekeh Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak berkelayakan dan kurang berkemampuan mengisi jawatan tersebut.

Ketidaklayakan Dr Wan Azizah itu kemudian disahkan pula oleh Dr Harun Din melalui hebahan secara meluas ti TV3 dan akhbar-akhbar arus perdana yang mewakili Majlis Syura yang merupakan badan kedua tertinggi dalam Pas selepas muktamarnya.

Secara logiknya, apabila seseorang itu mengatakan pihak lain tidak layak, maksud tersiratnya tentulah pihaknya saja yang layak. Dengan itu, sesiapa saja yang normal dan waras fikirannya tentulah beranggapan Pas dan Haji Hadi berasakan Adun-Adun daripada parti itu lebih layak untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Namun, dalam mesyuarat jawatankuasa Pas hari ini, parti itu membuat keputusan sekali lagi bahawa mereka tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar itu kerana ia adalah milik PKR. Kalau sudah tahu, sedar dan insaf kerusi itu milik PKR, buat apa pula dicalonkan Adun Pas untuknya?

Buat apa Haji Hadi bertegas beliau mempunyai hak untuk memilih calon Menteri Besar dengan mengambil contoh Kelantan dan Terengganu sebelum ini? Bikin apa pula kononnya pencalonan itu mendapat pengesahan daripada Majlis Syura?

Adakah tindakan Pas mengemukakan nama itu hanya untuk suka-suka dan bergurau senda dengan Sultan saja?

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat hari ini pula, dua keputusan yang berbeza dikeluarkan. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan Pas akan menolak jawatan itu jika ditawarkan oleh Sultan manakala Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali tidak mahu membuat andaian awal yang mendahului keputusan istana jika Adun daripada parti itu dipilih tetapi mengulangi penegasan kerusi Menteri Besar adalah milik PKR.

Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub juga turut menegaskan bahawa walaupun parti itu ingin menduduki kerusi Menteri Besar Selangor, tetapi waktunya bukanlah ketika ini. Pas, katanya, mahukan kerusi di ketika yang lain dan melalui cara yang betul dan turut mengatakan ia adalah milik PKR ketika ini.

Jelas bahawa, semua kenyataan pimpinan Pas ini seolah-olah ingin memberitahu Sultan bahawa mereka tidak mahukan jawatan Menteri Besar itu dan berharap bukan Adun Pas yang dipilih, meskipun Haji Hadi telah menghantar nama Adun Pas untuk dipertimbangkan.

Ia tidak lebih umpama seseorang yang memohon kerja tetapi kemudian menjaja cerita bahawa tidak berniat pun untuk menerimanya jika ditawarkan nanti. Jika tidak mahu bekerja, janganlah buang masa memohonnya. Sudah tentu orang seperti ini, kalau tidak dikata mereng dan tak berapa betul, pastilah ada satu atau dua wayar di kepalanya telah putus.

Begitulah gelagat Pas akhirnya, setelah membuat beberapa tindakan dan keputusan yang mengelirukan sehingga terpaksa melibatkan Majlis Syura untuk mengesahkan apa yang dilakukannya adalah betul dan sehingga TV3 juga memberi ruang di waktu perdana selama kira-kira 15 minit untuk mengadu-domba, rupa-rupanya apa yang dilakukan selama ini adalah gurau senda semata-mata.

Di sebalik turut mencalonkan nama dan mengatakan orang lain tidak berkelayakan, Pas juga sudah awal-awal lagi cuba memberitahu istana bahawa mereka juga tidak mahu jawatan Menteri Besar itu yang tentu maksudnya tiada Adun mereka yang layak sama untuk jawatan itu.

Aduhh, pening dan boleh sakit jantung dibuatnya.

Bukankah senang, kalau sudah tahu tidak mahu jawatan itu dan sedar tiada yang berkelayakan pula, janganlah sibuk-sibuk mahu memohon dan menghantar nama? Hantarlah ketiga-tiga nama itu daripada PKR saja, sekurang-kurangnya tidaklah Pas dianggap begitu pelik dalam tindakan dan keputusannya.(SH 07/09/2014)

Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

39
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymous1Crony Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Pergolakan yang berlaku dalam negeri Selangor sekarang adalah peperangan merebut ekonomi negeri. PAS menjadi gila sekarang ini kerana segala perancangan curang nya telah digagalkan dengan langkah kajang. Pemecatan Khalid Ibrahim dari PKR menyebabkan PAS hilang punca untuk bermain kayu tiga dan bermukah dengan UMNO Baru secara gelap kerana Khalid Ibrahim bukan lagi dalam penguasaan mereka. Pada pandangan saya PAS adalah parti mengamalkan sikap oportunisme dan hipokrit kerana mereka memperalatkan agama islam yang orang lain tidak ada apa yang mereka miliki. Tapi parti itu tidak mempunyai kemampuan berpolitik berasaskan setia kawan dalam kumpulan kerana mereka sangka bahawa adalah lebih bagus dari… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Melayu bodoh macam kau ni tak ramai pun. Jadi PKR jangan harap sangatlah nak dapat undi mereka. Selamat terus menjadi macai DAP.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekurang2nya dia dapat menyusun pemikirannya mengenai isu yang dibincang dengan baik dan tersusun. Menunjukkan dia memahami isu yang sedang berlaku. Ramai juga yang mencuba. Ia menunjukkan ada usaha untuk memahami isu dan memperluaskan minda. Melayu bodoh adalah kamu dan golongan seperti kamu semakin pupus. Itulah kitaran kemajuan. Yang menjadi macai DAP adalah orang seperti kamu tanpa disedari. Golongan seperti kamu yang semakin kecil di hala untuk berada dibawah satu payung beramai-ramai. Ibarat kita memandu lembu ternak supaya masuk hanya satu kandang. Dah masuk semua, tutup pintu besar. Senang nak sembelih. Itulah tamsilan terbaik buat melayu seperti kamu. Otak beku. Fikiran… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu sokong PAS …. tapi saya lihat apa saja kumpulan yang memperjuangkan atas nama "Islam" di seluruh dunia sekarang macam sudah lari dari mesej Quran. Nama apa saja ISIS ISLkah, Boko Haram, fahaman Taliban dll….semuanya tidak memberi nama baik Islam kepada orang bukan Islam Apa tidaknya, bunuh orang penggal kepala orang, culik budak perempuan…atas dasar Quran???? Mereka-mereka ini cakap saja banyak kononnya semua produk Amerika buatan orang kafir. Kalau macam tu, kenapa rangkaian puak-puak ini boleh guna Facebook (produk Amerika), Twitter (produk Amerika), Boeing (produk Amerika). Hah .. nak harapkan puak syeikh negara Arab, buat basikal pun tidak ada. Quran… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

hahaha… kelakar sungguh kan…. dulu masa menjilati montot… semua kata PAS bagus. semua kata rakan yang baik. tapi bila PAS bersuara sedikit… semua kata PAS mengkhianati.. PAS ularmak lahh.. munafik lah… hmmm… dulu bila komen tentang amanat hj hadi, semua dalam pakatan kata baca dan faham maksud tersirat… sekarang… baca isi kandungan dan faham ayat shj…. kalakar sungguhhh… hahahaha…. dunia akhir zaman… oleh itu, sokong lah DAP. Malaysia for Malaysian… telus dan bertanggungjawab hidup DAP!!! jom masuk DAP jommmm…. anyway, PKR pun bagus juga. Tapi DAP lebih berwawasan kerana LKY adalah mentor yang bagus…. Hidup DAP!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Sultan murka kerana PKR dan DAP hanya hantar 1 calon yang mempunyai majority..dan telah arah 3 EXCO Pas berjumpa dia. PKR & DAP hanya mengikut Fasal 53(2)(a) Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Tak tahu atas Fasal berapa Sultan bertindak. Sultan cakap dia ada budibicara melantik MB dibawah Fasal 55(2)(b). Budibicara Sultan bermaksud dia tidak perlu mengikut nasihat sesiapa pun berbanding perkara2 lain dimana dia kena menerima nasihat dan perlu bertindaka atas nasihat sebagai Raja Perlemebagaan. Aku punya pendapat dlm isu perlantikan MB, Fasal 53(2)(a) dan 55(2)(a) mesti dibaca sekali. Kalau Sulltan ada kuasa utk melantik mana2 Adun buat apa ada… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Masalah ini tidak berlaku jika PKR tak pecat TSKI. Jadi, angkara siapa kemelut tak berkesudahan ini.

Dulu di Perak pun sama, dilaporkan budak PKR dapat sedekah daging mentah kena ngap dgn SPRM.

Kan pelik bin ajaib, TSKI MB dari PKR yang mempertahankan PAS. Lepas tu TSKI dipecat… tak habis2 PKR ni buat onar di Malaysia dgn kerjasama DAP.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anony17:49

Betul ke… Masalah ini tidak berlaku jika PKR tak pecat TSKI ? Kalau tak pecat Khalid, dia boleh jadi baruah maka projek kroni UMNO Baru akan berjalan lancar ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi bukan pemimpin. Apabila dicabar oleh kuasa besar dia lari terus. Tak leh caya! Bandingkan dengan Anwar, yang berhadapan cabaran demi cabaran. Hadi pengecut. Bukan hero!Ok lah, hero kampong!

Anonymous
Guest
Anonymous

LARANGAN BERBOHONG Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Biasakan kamu berkata benar kerana kebenaran itu menuntun kepada kebaikan dan kebaikan itu menuntun ke syurga, dan seseorang itu selalu berkata benar sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai sdiddiq dan awaslah kamu dari dusta kerana dusta itu menuntun kepada lacur (kejahatan) dan kejahatan itu menuntun kedalam neraka dan seseorang itu biasa berdusta sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai pendusta." Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "kamu anggap orang itu munafiq dengan tiga tanda iaitu: ~Jika berkata… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Semua tu kene pd anuwar…tp olhkrn dok taksub…nauzubillahi…

Anonymous
Guest
Anonymous

pemimpin2 umno mmg semua baik taraf wali dan malaikat. tak rasuah, tk rompak duit rakyat. umno umpama tuhan yg memberi rezeki pd org melayu. he he he

Anonymous
Guest
Anonymous

baca amanat hadi tu betul2. heee

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah baca,apa yg salah brooooo?

Anonymous
Guest
Anonymous

salahnya kalau org mcm ko masih lg sokong umno mmg haprakk!!!ahahahha

Anonymous
Guest
Anonymous

Ciri-ciri ulamak munafik: AMANAT HADI SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN. KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILLIYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD. BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN MENGHADAPI PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI, MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM. KITA TIDAK PERLU MASUK BUDDHA, KITA… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

untuk tatapan semua generasi baru yang telah ditipu oleh Hadi pil kuda.

Anonymous
Guest
Anonymous

artikel yang baik dari shahbudin,,,, apa yang boleh saya percayai.. PAS masih lagi dipertahankan oleh ahlinya, penyokongnya dan juga penyokong sebahagian pakatan rakyat atas dasar Islam dan Ulamanya yang wujud dalam parti itu.. andaikan jika parti lain (sekular misalnya) yang membuat U-turn, menjadi kalut atau keliru maka sudah tentu sebahagian pihak-pihak yang disebutkan di atas tadi akan membuat hentaman kepada parti itu. Islam dan ulama di dalam parti itu menyelamatkan mereka… Bagi mereka (penyokong) parti Islam harus disokong dengan cara apa sekalipun atas kapasiti membawa kononnya bentuk Islam yang sebenar…

Anonymous
Guest
Anonymous

Walau pun saya bukan penggemar totok Anwar Ibrahim, namun saya dapat melihat keihklasan Anwar berjuang untuk rakyat marhaen (kalau bukan kerana rakyat, tidak mungkin Anwar tersingkir dari UMNO BN). Saya tnidak mudah tergoda atau terbuai dengan kopiah putih atau serban besar kerana saya lebih mementingkan "result". Memang benar tuduhan Mahathir dan ramai yang lain bahawa Anwar tamakkan kuasa kerana hanya dengan kuasa ditangan, perubahan boleh dilakukan. Bukanlah suatu yang pelik kalau Anwar berhajat begitu kerana beliau tahu, tanpa kuasa kita cuma mampu bercakap dan melaung saja. Ini yang ramai tidak fahami atau mahu memahami.Saya yakin ada sebab kukuh kenapa Anwar… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Yayayayaya…..anwar buat suma betul…org umno malaikat maut…..anwar malaikat baik….korang pikir balik tnpa langkah bodoh kajang ,msti skrg suma hidup dgn aman damai tkdak krisis mcmni

Anonymous
Guest
Anonymous

Ya. semua aman. Malaysia pun aman. Dalam aman damai lanun UMNO BN dah kaut berbillion melalui cara tak betul. Semua berlaku dalam aman. Dalam aman damai la jarum UMNO masuk melalui Khalid yg bermasalah hutang bank. Asal ada UMNO kat belakang, hutang bank besar mana pun boleh settle dalam sekelip mata. Siap SPSRM cepat2 buat perngistiharan tak ada kes. Boleh anda minta Haji Hadi yg kuat pertahankan Khalid tu memujuk Khalid dedahkan cara HALAL beliau langsaikan hutang bank beliau puluhan juta RM itu?. Kalau tak ada UMNO BN dibelakang, tak mungkin selesai hutang sebanyak itu dlm masa begitu cepat. Kalau… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Brapa kos pilihanraya semula dun kajang…fikir2 kan lah,asal anwar suma betol…hahahaha…Terlampau obses dgn anwar smpai anwar masuk jamban pun dikatakan langkah untuk menawan putrajaya hahahaha

Anonymous
Guest
Anonymous

Langkah kajang perlu sebab Anwar sudah nampak yang si khalid sudah menjadi barua umno yang perlu disingkirkan demi kepentingan rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Berbanding Anwar Ibrahim dengan Hj Hadi Awang…… Apa jasa dan peranan Hj Hadi Awang selama berpuluh tahun hidup di Malaya ini dalam membangunkan ekonomi dan modal insan? Hebat sangatkah perjuangan Hj Hadi Awang untuk rakyat Malaya ini? Kehebatan beliau hanya satu iaitu Mengkafirkan golongan yang tidak mahu mendengar hujah cetek dan pandangan dangkal beliau berhubung Islam Liberal. Mungkin bagi beliau orang yang pandai baca kitab sahaja layak utuk ke Syurga manakala Pakar Matematik, Petroleum, kejuteraan dan sebagainya bukan tergolong dalam istilah Ulama'? Sudahlah hanya golongan Rusila sahaja yang sanggup minum air tangan Ulama flip-flop ini yang lain boleh jalan dah……

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa hujah untuk counter balik hujah hadi awang?

Anonymous
Guest
Anonymous

Ello Anonymous8 September 2014 14:57,

Adakah kos pilihanraya di Kajang itu lbh mahal dari " mark up price " projek Langat II dan KIDEX yg ditandatangani Khalid itu?.

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa yg ckp mark up price? Cuba tgk apa dh jadi skrg…sultan pun dh masuk cmpur…perlu tahu sultan di malaysia lebih berdarah BN…jgn cuba mnjentik institusi raja…yg jd mangsa kredibiliti pr jgk…wpun wan azizah jd mb dlm penggal ni…ko pikir dgn nama busuk tk hormat raja, rasa bole bertahan next election….PR sepatut perlu lebih bersabar…apa yg melayu ada skrg hanya kuasa politik dan raja melayu…salah jentik padah….itu golongan muda mcm rafizi nazmi saifuddin nasution tl paham

Anonymous
Guest
Anonymous

Sultan yg patut tunduk pd rakyat. Duit makan, minum, pakai kaum kerabat dorang rakyat yg tolong bayarkan. Hidup Freeloader!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Sdr Shahbudin, Tindakan serba tidak kena presiden PAS ini yang membawa kepada U Turn sana sini sebenarnya terhasil dari sikap takut keterlaluan presiden PAS setelah terpaksa bersemuka dengan al sultan Selangor. Antara perasaan untuk menghormati dan mentaati dengan janji janji dan ikrar yang telah dibuat dengan parti sahabat PKR, presiden PAS ini tidak tahu mana satu yang patut didahului selain ditokok oleh kurangnya ilmu si presiden ini mengenai Undang Undang dan Perlembagaan di Malaysia. Ramai yang berpendapat PKR dan DAP kurang ajar dan menderhaka terhadap Sultan dalam isu MB Selangor ini. Malah tuduhan ini turut terpancar dikalangan penyokong dan pengikut… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya tulis komen ini supaya blog saya nampak hebat – shahbudin husin

Anonymous
Guest
Anonymous

mmg hebat pun..

Anonymous
Guest
Anonymous

ko pergi blog aspan alias lg teruk. tulis meleret2 mcm org tua nyanyuk sakit jiwa. komen2 terpilih. yg mana sokong dan jilat pungkoq dia baru siarkan. kesian pun ada. bila DAP tk calon dia bertanding pru dia punya meroyan sakit hati tk abis2. mmg patut DAP tk pilih perangai dan muka petualang. hahahahah

Anonymous
Guest
Anonymous

sangat hebat……

Anonymous
Guest
Anonymous

Nampaknya bukan sahaja di timur tengah ramai orang Islam yang sudah mereng membunuh sesama sendiri, nampaknya penyakit mereng sudah berjangkit keMalaysia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apsal rafizi tk berapa berbunyi skrg ni….mngkn ada strategi baru…langkah mayat hahahaha

Anonymous
Guest
Anonymous

Bagi shj MB pd pas…senang…biar senang selangor kena rampas smula……mesti ada punasihat keliling yg cucuk sana sini suruh itu ini….dah menantu pun dpt kerja dlm gomen selangor…..kota damansara pun dia letak jugak calon….cepat2 lah pas out dr PR…tapi mungkin jugak ini strategi pas…pening2…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan, sebenarnya parti PAS ni melalui Presidennya Haji Hadi masih kabur atau bangang.Isu ini kena lihat mengapa PAS melalui Nizar tumbang di Perak?Sebabnya Nizar sudah hilang majoriti.Cakaplah berbuih mulut pun kalau majoriti sudah tiada,selamat tinggal lah semua. Begitu juga yang berlaku di Selangor, Bila Wan Azizah sudah dapat majoriti,walaupun PAS masih belum bermesyuarat,tengok apa sudah jadi pada Khalid?Dah tak garang lagi pecat sana-pecat sini.sekarang pun dia dah jadi MB cap ayam, yang tiada nilai dari segi perlembangaan.Cerita mudahnya bila tiada majoriti semua cakap MB hanyalah cakap kosong tiada nilai,sebab hilang majoriti. Bila berlaku di Perak semua orang memaki hamun pada… Read more »

1Crony
Guest
1Crony

Anon 22:57

Pandangan dan pendapat kamu memang jelas dan kamu juga mungkin seorang yang membaca perlembagaan negara. Kebanyakkan dari generasi muda kini memberi pendapat berdasarkan kepada ikut-ikutan dari pandangan penulis (blog politik berbeza) tanpa melihat atau membaca sejarah silam berhubung sesuatu senario politik dan apakah implikasi sebaliknya atau apakah keputusan daripada senario tersebut. Tahniah kerana memberi pencerahan kepada golongan yang masih hilang dalam terang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti, merujuk kepada Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS yang menyatakan bahawa presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS. Ini bermakna kuasa presiden parti PAS sama tarafnya dengan raja berperlembagaan dalam menentukan siapa yang layak jadi menteri besar dinegeri mereka. Presiden PAS sudah diberi kekebalan…..boleh buat apa dia suka… boleh buat mesyuarat tapi keputusan presiden tentukan walau pun tidak ada dalam bilik mesyuarat kerana duduk dalam tandas. Nampak gayanya semua Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan jadi robot… Read more »