Dulu Sikit-Sikit Tunggu Mesyuarat, Akhirnya Keputusan Dalam Gelap Juga Dipakai

Tembelang dan isi hati sebenar Pas dalam isu pencalonan Menteri Besar Selangor semakin terserlah. Jika dulu Pas kerap membuat U turn setiap kali bermesyuarat, kali ini Pas main langgar saja dengan mengemukakan calon-calon Menteri Besar sebagaimana yang diminta oleh Sultan Selangor tanpa sebarang mesyuarat.

Senarai calon yang dikemukakan tanpa mesyuarat itu pula sampai dua kali. Kali pertama, sebagaimana yang dilaporkan oleh banyak media, senarai tiga calon itu dikemukakan terus melalui pejabat Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengandungi nama tiga Adun Pas iaitu Iskandar Samad, Salehan Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Senarai kedua, juga dihantar melalui pejabat Haji Hadi ialah Dr Idris Ahmad dan Yaakob Sapari daripada PKR dan Iskandar Samad daripada Pas sendiri.

Kalau dulu sikit-sikit tunggu mesyuarat baru hendak buat keputusan. Dalam isu Menteri Besar ini saja sudah banyak kali Pas bermesyuarat, malah ketika Majlis Pimpinan PR memutuskan hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail dihantar kepada pihak istana sedangkan nama Azmin turut dicalonkan sama, seorang AJK Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki telah menyelar wakil Pas dalam Majlis Pimpinan PR itu sebagai “ayam daging” kerana bersetuju tanpa banyak soal dengan ketetapan itu sedangkan menurut beliau, mereka sepatutnya menangguhkan dahulu sehingga Pas bermesyuarat sekali lagi mengenainya.

Wakil Pas dalam Majlis Pimpinan PR yang diketuai oleh Mohamad Sabu itu turut disindir dengan ungkapan, “takkan itu pun tak boleh buat.” Berikutan itu, Pas bermesyuarat sekali lagi pada 25 Ogos dengan keputusan seolah-olah menolak pencalonan tunggal Dr Wan Azizah itu dengan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor memilih pengganti Khalid Ibrahim.

Nampak macam Pas begitu menitik-beratkan kepentingan bermesyuarat dan mahu mencapai keputusan kolektif dalam banyak perkara.

Namun, bermula dengan beberapa kali mesyuarat dalam isu Menteri Besar Selangor ini, Pas akhirnya membuat keputusan dalam gelap saja siapa yang mahu dicalonkannya untuk jawatan Menteri Besar Selangor ini, selain mengenepikan keputusan mesyuaratnya sendiri pada 17 Ogos yang memutuskan Dr Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai calon-calon untuk dipertimbangkan oleh istana.

Tau-tau senarai nama tanpa mesyuarat yang dihantar terus daripada pejabat Presiden Pas kepada pihak istana, malah yang lebih mengejutkaan sampai ada dua senarai pula.

Sebab itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan semua AJK Pas Pusat tidak mengetahui mengenai ada dua senarai yang dihantar dan siapa yang dicalonkan oleh Pas. Pas Selangor juga mengatakan ianya urusan Pas pusat. Senarai pertama yang mengandungi tiga nama Adun Pas difahamkan telah dihantar pada 2 September dan kemudian ditarik balik pada 3 September, lalu diganti dengan senarai yang mengandungi dua Adun PKR dan satu Adun Pas.

Walaupun Pas mengatakan senarai baru yang dihantar kepada istana itu mendapat kelulusan Majlis Syura, bahkan majlis itu juga dikatakan melarang mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin, tetapi bila Majlis Syura bermesyuarat pun tidak didengari khabar beritanya. Sebelum ini, tiap kali mesyuarat begitu dihebohkan, malah disebarkan rakaman suara dan videonya sekali.

Selain tindakan Pas ini menunjukkan ketidakmatangannya dalam berorganisasi serta menghakiskan lagi keyakinan umum terhadap perjuangannya, apa yang dilakukan Pas ini juga menunjukkan mereka turut mengidam terhadap kerusi Menteri Besar Selangor dan tidak menghiraukan lagi permuafakatan yang telah dimetrai bersama PKR dan DAP sebelum ini.

Melalui senarai pertama yang mengandungi nama tiga Adun Pas, jelas parti itu mengharapkkan Sultan akan memilih salah satu daripadanya setelah yakin calon tunggal iaitu Dr Wan Azizah yang dicalonkan oleh PKR dan DAP akan ditolak oleh pihak istana.

Melalui senarai kedua yang mengandungi nama dua Adun PKR dan satu Adunnya sendiri, Pas jelas menolak Dr Wan Azizah sambil berharap pertimbangan Sultan akan memihak kepadanya memandangkan calon Pas yang dikemukakan iaitu Iskandar adalah Exco Kerajaan Negeri manakala dua calon PKR iaitu Dr Idris dan Yaakob hanyalah Adun biasa yang tidak pernah ada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sebenarnya tidaklah salah Pas turut mengidam jawatan Menteri Besar dan berstrategi ke arahnya, namun berpijaklah di bumi nyata. Adun Pas hanya tinggal 13 orang saja lagi daripada 15 yang ada kerana Shaari Sungib dan Hasnul Badaruddin sudah pun menyatakan sokongan melalui akaun bersumpah kepada Dr Wan Azizah.

12 Adun UMNO pula mungkin hanya bersikap berkecuali kerana terguris hati dengan kenyataan seorang Adun Pas, Salehan Mukhyi sebelum yang mengatakan empat Exco bertindak kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri bersama Khalid Ibrahim adalah untuk mengelakkan rizab RM3 billion daripada dibalun oleh UMNO.

Ketika Khalid memecat Exco daripada PKR dan DAP juga, Exco daripada Pas ini mengugut akan meletakkan jawatan sekiranya wakil daripada UMNO dilantik sebagai Exco.

Ini menunjukkan Adun Pas Selangor tidak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO walaupun pimpinannya di pusat cenderung ke arah kerjasama itu. Dalam masa yang sama, UMNO Selangor juga difahamkan terguris hati dengan kenyataan Adun Pas itu. Sudah tentu Adun UMNO akan jual mahal jika Pas mengharapkan sokongan mereka pula.

Dengan hanya ada 13 Adun, bagaimana Pas mahu mentadbir negeri? Perlembagaan juga tidak melayakkan Adun Pas diangkat sebagai Menteri Besar kerana tiada sokongan majoriti daripada Adun. Tidak mungkin Sultan Selangor dan Penasihat Undang-undang Negeri tidak mengetahui perkara ini.

Dan kalau pun, mungkin kerana sudah ditetapkan sejak di Loh Mahfuz lagi, seorang Adun Pas dilantik juga oleh Sultan sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim, hayatnya juga mungkin tidak lama kerana terdedah kepada usul undi tidak percaya dalam DUN yang akan diadakan selewat-lewatnya November ini.

Dengan PKR dan DAP mempunyai majoriti 30 Adun, senang-senang Menteri Besar daripada Pas itu disingkirkan daripada kerusinya. Dapatlah jadi Menteri Besar dalam tempoh dua bulan saja.

Sebenarnya tindakan Pas mencalonkan Adunnya sendiri lebih menyulitkan keadaan dan meletakkan Sultan Selangor dalam keadaan yang lebih sukar. Kalau pun Pas tidak mahu kepada Dr Wan Azizah atau kecewa dengan Azmin yang pernah menolak pencalonan sebelum ini, bukankah lebih mudah jika semua nama yang dicalonkan itu daripada PKR saja?

Akhirnya biarlah Sultan memilih di kalangan Adun PKR yang diperkenankan oleh baginda sebagai Menteri Besar dan jika timbul apa-apa masalah pula, biarlah PKR menyelesaikannya.

Ianya lebih menepati persefahaman sebelum ini bahawa jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan Pas tidak menginginkannya sebagaimana yang diulangnya banyak kali secara terbuka. Sekaligus nama Pas yang menjunjung imej dan perjuangan Islam tidak tercemar dan terus dihormati. (SH 06/09/2014)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm
Subscribe
Notify of
guest
52 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
8 September 2014 10:03 am

Salah satu prinsip menjadi ketua dalam hal ehwal islam ialah "keupayaan berijtihad". Tidak semua perkara perlu dimesyuaratkan.

Untuk melayakkan seseorang pemimpin melakukan ijtihad, ilmunya kena tinggi. Saya amat berkeyakinan TGHHA adalah antara ulamak Malaysia yang mampu berbuat demikan sehingga keilmuannya diiktiraf diperngkat antara bangsa.

Jadi, janganlah ada sesiapa cuba mempertikai kerja buat dia. Seumpama Imam dalam solat berjemaah, ada ke makmum sebelum solat bagi arahan kepada imam baca ayat itu atau ini. Patuh saja pada arahannya. Bila imam bagi salam, maka bagi salamlah makmum. Kan aman dunia ini.

Anonymous
Anonymous
8 September 2014 12:12 pm
Reply to  Anonymous

Anon 18:03

Apa lah punya baghal pendapat dia ini? Adakah sama Imam dalam solat dengan pemimpin dalam politik? Adakah setiap kali solat Jumaat kamu angkat tangan memilih Imam mana pada minggu ini untuk mengetuai solat? Apabila Najib menjadi Imam solat adakah Sami Vellu dan Wee Kah Seong perlu mengikut jemaah mereka dengan bersujud dan sebagainya? Pendapat kamu hanya sesuai kalau kamu menjadi makmum kepada "kerajaan langit" Ayah Pin.

Anonymous
Anonymous
7 September 2014 12:32 pm

UMNO BN tiba tiba kuat menyokong Khalid. Paper hari ni, ruangan Senyum Kambing pun dah menyokong Hadi.hebat PAS hari ini. Mencipta sejarah. Dakyah UMNO BN memburukkan Anwar selama ini rupanya terkesan di hati ustaz dan ulama PAS. Tapi sedar atau tidak manusia bernama Anwar yg diinjak dan dihina puluhan tahun tanpa henti menggunakan segala jentera daulah yang ada di Malaysia ini, manusia inilah sebenarnya membuka mata ramai rakyat marhaen akan keburukanb dan bobroknya kerajaan pimpinan UMNO BN. Kalau tidak kerana Anwar mahu membela rakyat dengan meminda Undang Undang Rasuah yang melindungi pelaku tatkala memangku jawatan PM dulu, tidak mungkin Anwar… Read more »

Anonymous
Anonymous
7 September 2014 9:30 am

Yb iskandar layak mb. muktamad. tq.

Anonymous
Anonymous
7 September 2014 12:20 pm
Reply to  Anonymous

Kalau seseorang itu layak untuk menjawat jawatan dalam kumpulan Pengurusan dan Professional Perkhidmatan Awam, maka kelayakan itu melebehi untuk jadi MB.

Ali Rostam-Peg Belia kumpulan B dan ambik Ext Degree USM-layak itu jadi MB.
Ghafar Baba-langsong tiada kelayakan akademik; layak jadi KM Melaka, Menteri dan TPM; dan banyak lah lagi yang mempunyai kelayakan dan kebolehan rendah dari Wan Azizah.

Guan Eng cakap 'Azizah is more intelligent than most of us'. makna: 'more intelligent than Hadi, a one term MB and Haron Din.a non MB and a non MP.

Iskander- apa kelayakan akademik ahhh? Pengajian Islam?.

Anonymous
Anonymous
8 September 2014 12:15 pm
Reply to  Anonymous

Bini kamu lagi layak jadi MB (Melapik Bontot) di negara Pasir Bedenggung……Muktamad.

Anonymous
Anonymous
7 September 2014 9:24 am

Yang menghairankan kedua2 Hadi dan Haron Din bolih cakap Wan Azizah tak de kebolehan jadi MB. Adakah kebolehan jadi MB ini mesti orang pandai cakap. Tengok Khalid pun tak pandai cakap. Tapi cekap. Bolih selesai hutang RM70 juta tanpa bayaran. Baik suluh kebolehan sendiri. Hadi dan haron Din harapkan air lior shj..kebolihan bercakap. Kebolihan mentadbir…pooorekkkk…poooodahhh. Apa orang Trrengaanu dan penjawat awam cakap tentang kepimpinan Hadi semasa jadi MB Trengganu. Tiada nilai dan kualiti MB. kelentong tazkirah bolih lah…cakap shj tapi senidiri bikin tak serupa cakap. Si haron Din….berkali2 tanding…ditolak olih orang Perlis. Makna..orang Perlis tak pandang kebolihan Haron Din sebagai… Read more »

UlarMakPAS
UlarMakPAS
7 September 2014 4:55 am

TERKINI ! Wajah terbaru dan rupa sebenar Hadi Awang dan sebahagian besar UlarMak dalam PAS. MESTI TENGOK !. Dulu telinga aku panas bila UMNO cakap PAS Parti Ajaran Sesat. Tapi sekarang tuduhan UMNO tu seakan benar. Kalau dah ustaz dan ulamak dalam PAS lebih takutkan makhluk Allah sorang tu mengatasi takutkan Allah sendiri hingga sanggup tikam belakang sahabat baik sendiri, ajaran siapa yang ustaz dan ulamak PAS ikut ini? Setahu aku Islam tak ajar begitu. Kalaulah itu bukan ajaran Islam, ajaran siapa lagi kalau bukan ajaran sesat?. Ustaz dan ulamak PAS jelas bacul kerana lebih hormatkan makhluk Allah sorang tu… Read more »

Anonymous
Anonymous
7 September 2014 6:47 am
Reply to  UlarMakPAS

Umno labelkan PAS..Parti Ajaran Sesat. Kalau non-Umno sekarang berfikiran bagitu, perbuatan dan percakapan Hadi lah puncanya. Mereka lebeh takut kepada Sultan dari Allah SWT. Biar menipu rakan seperjuangan asalkan perintah Sultan diikuti.

yang hairannya, dulu2 Sultan2 dan Agong semuanya takut dgn Mahathir Kutty. Apa Mahathir cakap semua Sultan dan Agong terpaksa ikut.

Sah sekarang…tahap Hadi lebeh teruk dari Mahathir walaupun rakyat panggil dia Mahafiraun dan dibenci..

Anonymous
Anonymous
7 September 2014 9:04 am
Reply to  UlarMakPAS

Sokong 500%. Kalau ceramah di masjid dan surau kampung kampung bukan main ustaz ustaz PAS menyeru agar manusia sentiasa takutkan Allah swt. Jangan sesekali takuti makhluk dan hambanya. Termenung orang kampung dengar nasihat dan ucapan hebat ustaz2 PAS ni. Sesekali Ustaz ini sebut pula tentang pemerintah dan al Sultan yang tidak mengikuti sunah Rasulullah malah siap mengutuk perbuatan pimpinan begitu. Itu depan orang kampung dan pak cik mak cik Felda. Cakap Ustaz berdegar degar sampai yang mendengar memuji kehebatan. Tapi hakikat sebenar, ianya tak ubah macam tin kosong dan meriam buluh. Hanya bunyi kuat di pendalaman. Tapi bila berhadapan dengan… Read more »

Anonymous
Anonymous
7 September 2014 2:47 am

Maaf…silap type. Tak sokong Khalid 30 Adun lahhhh.

Shakirin Al-Ikram
Shakirin Al-Ikram
6 September 2014 10:06 pm

Snap Election Boh, Saari sungi dan hasnul dah kata depa sokong MKBI diturunkan bukan sokong Azizah. Dah adew calon PAS mesti sokong Parti jd Zizah tinggal 28. TPM dah arah sokong PAS dgn KI sebagai MB 28 jg! Hung, Bubar juga. Tepat sekali pada November 2014

Anonymous
Anonymous
7 September 2014 2:44 am

Apa ni. Tak belajar mathematic ke? Tak sokong Khalid Adun bermakna Khalid tidak mempunyai majority dan beliau dan Exco terpaksa letak jawatan. Macamana Khalid bolih jadi MB lagi kerana Saari dan Sungi tak sokong. Jadi Khalid hanya ada 13Pas+12Umno+ Khalid+26. Kalau ia pun Saari dan Hasnul tidak sokong Wan Azizah masih lagi ada majority dengan 28.

Tak kan bab simple ni aku nak ajar.

Anonymous
Anonymous
7 September 2014 2:48 am

Maaf…silap type. Tak sokong Khalid 30 Adun lahhhh.

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 4:51 pm

Kepada pemimpin Parti PR..buat dialog mega kt Selangor..soalan terbuka kpd semua ahli pakatan.baik tghh,anwar dan lain2 byk persoalan yg perlu anda jawab..jgn hanya buat dialog kpd ahli sendiri je.

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 4:00 pm

Dulu kata itu Pas u turn.. sikalang PKR pun ada u turn juga ma.. haiya.. itu DAP bila kah pula mau kasi u turn pula..? hidup pun susah, mati pun susah.. kene pegang bendela.. ha ha ha..

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 2:23 pm

Demi masa depan PAS eloklah tuan Presideng berundur diri. Tindakan beliau banyak merosakann Pas. Saya sayangkan tn presideng, selagi tn presideng tak berundur lagi banyaklah penhinaan yang dilemparkan. Presideng boleh datang dan pergi, tapi parti PAS mesti kekal. Oleh itu mu tolonglah berundur ye Presideng…

Anonymous
Anonymous
7 September 2014 2:37 am
Reply to  Anonymous

Eloklah tu,,,sebab Hadi Awang cakap dia nak tidur tak dapat kerana banyak nyamuk. Dengan berundor, Hadi bolih tidur 24 jam..pasti nyamok tak kacau dia.

Hadi Awang suruh orang tak suka dengan dia keluar parti. Apa ni? Tertelan pil kuda ke? Hadi sudah bercakap macam ketua JKKK Umno. Ingat parti Pas bapak dia punya keee?

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 1:45 pm

Bila Hadi Awang mengatakan presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, timbalan, naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat presiden. Ini kenyataan yang pelik baru kita dengar. Kata Hadi, tindakan seumpama itu merupakan amalan pemimpin PAS terdahulu termasuk Datuk Fadzil Mohd Nor ketika mahu melantik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar Kelantan. Bertambah pelik bila kita menghayati kenyataan beliau. Apabila kita selidik dan nilai perlantikan menteri besar Kelantan sebenarnya tidak sama dengan perlantikan menteri besar di Selangor kerana PAS bukan parti dominan tapi bergabong dengan PKR… Read more »

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 2:07 pm
Reply to  Anonymous

ha3 cantik…siaple kutip derma utk byr saman calon pkr bukit besi…hadi ni betul2 presiden pil kuda…

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 12:39 pm

Dengar statement hadi kat Rusila…sah pendapat aku bahawa berbanding dengan Ustaz Fadhil noor, ' Hadi is merely a kampong politician'. He is not a politician of national stature; seperti Fadhil Noor.

Sebagai presiden Pas, beliau kini cakap merapu lahhhh!!! Ini sebab pengaruh Umno ke sebab pengaruh Din Ayam?

Fasal apa dia tak cakap semasa Mesyuarat J/Kuasa 17 Aug, ' Aku President, aku shj yang tentukan calun2 MB'. Dia tak berani cakap. Kalau tidak kena pelatuk dengan ahli2 lain. Kat Rusila, dia temberang habis orang2 kampong Pas.

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 1:06 pm
Reply to  Anonymous

asalkan jangan pelatuk aljuburi udah.

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 2:04 pm
Reply to  Anonymous

juboq hang boleh?

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 9:20 am

Alhamdulillah…akhirnya PAS akan keluar juga dari PR…LEGAAAAAAAA….presiden mmg pandai politik…din ayam jugak untung…

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 12:10 pm
Reply to  Anonymous

Siapa Din Ayam ni? Adu dulu memang respect dekat pemimpin Pas dan telah mengundi Pas sejak mula mengundi. Tetapi sejak nama Din Ayam ni popular akibat Pas taru calun diKota Damansara, Hj Hadi makin sewel Nampak.

Mengapa hj Hadi marah dekat PKR. Sebab saman pil kuda sebanyak RM2juta. Dia fikir Anwar dan PKR patut selesaikan kes saman tu krana dia President Pas dan pemimpin PR. PKR buat dekkkk shj. Jadi Hadi perkenakan mereka balik.

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 12:20 pm
Reply to  Anonymous

Hadi sekarang sudah belot akibat kena santau umnongok.Sebab tu dia takleh pikir secara rasional.Berita mengatakan Hadi masa terlantar sakit diluar negara telah dikunjungi pemimpin tertinggi umnogok.Dikatakan beliau telah disuntik dengan ubat yang boleh buat beliau boleh bertindak tanpa waras seperti skrg.Ini adalah maklumat perisik persendirian.Kalu tak mau caya takpa,tapi perubahan Hadi sekarang memang tak waras sejak insiden berikut.Bak kata umnongok cuba pengaruh Pas agar bekerjasama dengannya untuk mengubah perespadanan piliharaya bila berjaya dapat majoriti 2/3.Awas.

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 8:52 am

Langkah Kajang sendiri buat perangkap sendiri masuk perangkap dah menjadi yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran….jadi jangan salahkan orang lain. PKR tetap pecah, PAS pun pecah dan DAP tetap utuh dengan kecinaannya. UMNO ada sedikit untung untuk menangguk di air yang keroh.

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 12:13 pm
Reply to  Anonymous

komen bodoh barua umnongok.

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 7:45 am

Kesian budak budak umnu ni.. begini luas bumi allah ni… kerja fitnah juga yg depa buat sebagai nafkah.. ada kelulusan ke dak depa ni?

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 7:49 am
Reply to  Anonymous

Kamulah yang jadi budak budak umnu tu…..macam haramjadah !

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 7:42 am

Betul..saya sokong. Jangan baca komen dia org. Biar sejuk aja komen tu. Jangan layan atau beri perhatian

mereka ni sebenarnya dibayar utk menabur fitnah.. sian depa cari nafkah dgn menabur fitnah

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 7:38 am

Anon 15.34.. saya pun ada dengar benda yg sama… saya langsung x baca pun komen dia org… suka buat fitnah la geng siber umnu ni

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 7:34 am

Pembaca budiman.. menurut maklumat dalaman dari bilik gerakan siber umnu.. tentera siber umnu telah diarahkan untuk meninggalkan komen komen berunsur fitnah dalam blog pro pakatan

jadi hati hati lah ye membaca komen komen mereka

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 6:11 am

Baik buat parti baru. Parti Melayu PAS. Ringkasnya Parti MelePAS.

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 5:00 am

jangan suka buat berita fitnah
Azab neraka sangatlah pedih

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 6:07 am
Reply to  Anonymous

betul melayu tokong DAP spesis PKR memang kuat fitnah sebab dia tak ada label islam jadi boleh menyondol siang malam.

Penang Low
Penang Low
6 September 2014 7:04 am
Reply to  Anonymous

(Anon 14:07) Kamu ini beranak ikut lubang jubur kot? Sebab itulah segala kebenaran kamu tak boleh terima dan asyik nak hentam sahaja. Barangkali inilah sebab Islam tidak menggalakan mensetubuhi isteri melalui dubur maka lahir lah anak seperti "anon gampang" ini ikut lubang jubur. Suruh ayah kamu main ikut saluran yang betul nanti ye….Kesian mak kamu menanggung derita…

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 4:48 am

Alahai… PKR buat u-Turn..
Hantar 3 calon..zizah, zamin, derih…
Tak ikut deklarasi..tak ikut konsensus, tak meeting dengan lebai pas, tak kawtim dengan dapig…

PAS tak leh uturn sebab parti tu berlabel ugama..
PKR dan DAP boleh uturn sebab parti tu berlabel syaitan?

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 12:11 pm
Reply to  Anonymous

Gelaran syaitan dah diambil oleh umnongok.Syaitan dikenali.

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 3:05 am

good bye pas, no more vote from my family as long as hadi is the president

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 2:37 am

PAS for All and ALL for PAS la bro….sapu semua

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 1:11 am

selagi hadi jadi presideng, aku akan tolak pas

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 12:45 am

Pada yang percaya antara hadi, anwar, lim kit siang atau najib..lebih baik percaya pada hadi…

Kalau hadi pun ditolak…tentulah tiga lain itu lebih teruk.

Anonymous
Anonymous
5 September 2014 11:47 pm

Kalau majoriti bgsa sndiri pun x nak caya anwar ibrahim…mesti ada yg tak kena..

Anonymous
Anonymous
5 September 2014 10:56 pm

Bolih percaya ke lebai2 dan ulamak Pas bagi tazkirah disurau dan masjid suruh orang berlaku jujur, menghormati orang lain dan tidak terlibat dlm perbuatan menipu? Ini semua kelakuan2 yang disuruh dalam Islam.

Anonymous
Anonymous
5 September 2014 6:29 pm

Lebih baik percaya pada yahudi dari percaya pada hadi…

Anonymous
Anonymous
5 September 2014 5:18 pm

Kesian anwar…dia tu jujur, lurus bendul.
Pemimpin Agung dipersenda Hadi dan Khalid…

Anonymous
Anonymous
5 September 2014 9:29 pm
Reply to  Anonymous

Allah sedang turunkan bala satu demi satu demi satu ke atas Anwar Ibrahim. Ada parti, tunggang terbalik; ada bini raja macam tak berkenan aje nak bagi MB, ada kawan tak boleh dipercayai…dah tu nak kena masuk jel la pulak…

Alahai…padan muka dia!

Anonymous
Anonymous
5 September 2014 9:51 pm
Reply to  Anonymous

komen manusia paling banggang dalam dunia.Oooii.. sedarlah diri sikit,kau tu bukan Tuhan nak menghakimkan orang lain.Kau pun bukan manusia sempurna.Komen pun macam syaitan dikenali.

Anonymous
Anonymous
6 September 2014 6:02 am
Reply to  Anonymous

kepala ketum memang keras lurus bendul kalau tidak mana boleh terjah.

Anonymous
Anonymous
5 September 2014 4:59 pm

Tak leh caya!

lufang
lufang
6 September 2014 3:55 am
Reply to  Anonymous

Apa sat tak leh caya ,itu gelap punya runding lagi syok lea aa . Olang putih cekap itu bead room talk lagi power maa aa , tapi itu Aluar atak lunding lain macam punya ,itu pasat tatak jadi .