Jangan Susah Hati Lagi – Kalau Bukan Wan Azizah, Azminlah MB Selangor Yang Baru

Esok 3hb September adalah tarikh akhir bagi PKR, DAP dan Pas mengemukakan nama-nama calon bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim yang perletakan jawatannya ditangguhkan buat sementara waktu oleh Sultan Selangor pada minggu lalu.

Ketika Khalid menyerahkan surat perletakan jawatannnya, Sultan Selangor menangguhkan untuk menerimanya sehingga pengganti yang baru dilantik.

Sultan Selangor ketika itu telah meminta parti-parti gabungan dalam PR iaitu PKR, DAP dan Pas agar mengemukakan lebih daripada dua daripada setiap parti bagi memudahkan baginda membuat pilihan.

PKR dan DAP bagaimanapun bertegas untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar sebagaimana yang dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR. Pas pula, sebagaimana dipetik daripada kenyataan Setiausaha Agungnya, Mustaffa Ali bahawa parti itu akan menghantar dua nama sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos lalu.

Nama-mana tersebut ialah Dr Wan Azizah dan Azmin Ali. Ini bermakna Pas tidak akur dengan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR, sebaliknya mahu mematuhi keputusan mesyuaratnya sendiri.

Kiranya tiada perubahan menjelang tarikh tutupnya esok, bermakna akan ada dua nama yang menjadi pertimbangan Sultan Selangor untuk dipilih sebagai Menteri Besar. PKR dan DAP pula sudah pun menghantar nama Dr Wan Azizah kepada Istana Selangor lebih awal daripada tarikh tutup 3hb September itu.

Walaupun pendirian Pas ini tidak disenangi oleh PKR dan DAP yang turut mahukan parti itu mengemukakan satu nama saja, tetapi sekurang-kurangnya penyelesaian kepada kemelut ini sudah ada menuju jalan penyelesaiannya. PKR dan DAP terima sajalah pendirian Pas itu dengan lapang dada walaupun mungkin terasa sakit di hati kerana tidak mahu sehati sejiwa dan selenggang sehayun dengan mereka.

Dengan hanya dua nama yang ada dalam pertimbangan Sultan Selangor, kalau bukan Dr Wan Azizah, tentulah Azmin yang menjadi pilihan baginda. Tidak mungkin baginda memilih nama lain selain daripada itu atau nama yang tidak dikemukakan oleh mana-mana pihak.

Oleh kerana isu ini sudah berlarutan begitu lama, rasanya eloklah PKR dan PR berlapang dada saja siapa yang bakal dipilih oleh Sultan nanti.

Kalau Dr Wan Azizah yang dipilih, bersyukurlah. Kalau Azmin pula yang dipilih, bersyukurlah juga kerana calonnya masih daripada PKR.

Walaupun wujud pelbagai tafsiran mengenai kuasa Sultan serta sistem Raja Berperlembagaan sebelum ini serta Azmin juga sudah menolak pencalonan yang dibuat oleh Pas, sudah tentulah Azmin tidak mampu berbuat apa-apa jika akhirnya nama beliau yang dipilih oleh baginda.

Beliau kena akur dengan kehendak Sultan dan PR juga harus patuh dengannya. Tidak perlu memanjangkan lagi isu ini selepas pilihan dibuat oleh Sultan. Lagi pula rakyat Selangor juga mahu melupakan isu ini dan mahukan PR terus memandang ke hadapan sebagaimana mandat yang diberikan dalam pilihanraya umum lalu.

Apa yang rakyat mahukan ialah PR terus memberi khidmat yang terbaik dan menunaikan sebaik mungkin janji-janji yang dibuat dahulu. Itulah yang harus menjadi keutamaan PR sebaik saja Menteri Besar baru dilantik nanti. (SH 02/09/2014)

Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

20 Comments

Add a Comment
  1. Khabar angin jgn jadikan hujah. Dahlah belum pasti , tup tup mengutuk PAS pulak. Ini namanya DAJJAL.

    1. Khabar angin sudah menjadi khabar benar. Ular(mak) Pas telah mengecam tindkan 2 Adun Pas yang menyokong Wan Azizah dan mengagalkan kerjasama dng Umno.

      Woit..tak baca ke Malaysia Insider mengenai luahan kekecewaan dan blog2 yg ada pautan dng blog ni. Taak kan baca blog ni shj.

  2. Khabar angina menyatakan Pas tidak menghantar nama2 dari Adun PKR tetapi menghantar 3 nama Adun Pas.

    Kalau benar, maka 'ular'2(mak) dalam Pas langsung tidak mengambarkan sifat orang2 muslimin.

    Betul2 Pas sudah ikut cakap Utusan Umno dan Umno.

  3. Salam, tak faham mainan Ape berlangsung, Masa PRU13 nama Azmin ditolak. Kini WA ditolak sebab Tuanku tak nak MB `remote control;
    Saya faham tindakan PKR (dengan meminta lagi nama lain sudah terbukti) mengapa PAS juga bagi nama-nama yangmengunjur kepada Sifar MB dari PAS?

  4. Anon 13.55 tu ada pengalaman yang pahit kot..diliwat olih Anwar. Sebab tu dia tahu. Kalau dia tak de pengalaman, tak kan dia berani menuduh. Sengaja nak tuduh orang dilaknat olih Allah SWT. Kalau tak percaya baca Surah 'Humazah'- tuhan cakap:

    " celaka kau para pengumpat dan para pencela"..

  5. Anon 13:55

    Aku mewakili Anwar mohon ampun kepada kamu kerana semasa kamu tiada di rumah, Anuar telah menceroboh rumah kamu dan telah meliwat adik perempuan kamu yang berusia 6 tahun dan selepas itu apabila melihat wajah ibu kamu yang agak cun juga walaupun kerepot, maka dengan penuh nafsu pula Anwar meliwat ibu kamu hingga masuk hospital kerana tak mampu berak selama 14 hari……(cerita benar dari aku kalau kamu tak percaya kamu ini kafir lahanat)

    1. Kamu bukan mewakil sesiapa tapi kamu pencacai dari lubang taik…kah…kah…kah..

  6. Selepas dah kutuk kaw2 bini najib…tetiba sampai masa nk lantik bini sendiri pulak…hanya yg taksu(1%) boleh menerima…tetapi 99% yg tak taksub terpinga2 sambil berbicara dlm hati…boleh pulak.

    1. Saya sebagai pembaca blog ini tidak menyalahkan fahaman saudara anon 09:15 kerana kebebalan, kebangangan, kebodohan yang tidak boleh diajar kecuali diberi rasuah untuk jadi pandai.

      Bini Najib adalah bini yang mengiring Najib baca skrip dalam parlimen. Bini Najib hanya guna kesempatan memboros segala peruntukan negara untuk Najib.

      Bini Najib bukan presiden parti UMNO Baru. Bini Najib bukan wakil rakyat. Tapi Najib biarkan dia berperangai seperti menteri. Najib bagi peruntukan projek permata sehingga RM100juta.

      Nampak atau tidak nepotisme yang diamalkan oleh Najib ?

      Wan Azizah secara sahnya menjadi isteri Anwar dicalonkan jadi menteri besar selangor bukan berasaskan nepotisme tapi berasaskan merit. Wan Azizah telah memenuhi segala syarat yang diperlukan bagi memohon jawatan menteri besar.

      Dalam hal ini Anwar tidak ada kuasa melantik isterinya sebagai menteri kecuali beliau sebagai ahli parti PKR mencadangkan presiden partinya mengisi kekosongan jawatan tersebut.

      Cadangan nya itu perlu mendapat sokongan majoriti ADUN dan diperkenan oleh raja berperlembagaan.

      Hanya orang yang lemah, bodoh, dan orang yang hilang kepentingan saja mengatakan Wan Azizah tidak layak dan Anwar mengamalkan
      nepotisme peringat tinggi.

      Bagi saya, biar pun Wan Azizah itu isteri Anwar Ibrahim namun saya tetap memberi sokongan beliau jadi menteri besar kerana beliau adalah nenek, isteri, ibu, kakak, dan wanita yang mempunyai kelayakan jadi ketua pemimpin dalam kerajaan negeri selangor.

      Kita tahu lebih ramai wanita seperti Wan Azizah tampil menjadi pemimpin dalam negara Malaysia.

    2. masalahnya azizah itu isteri seorang peliwat..bukan sekali, dua kali liwat pulak tu ……ish ish ish…

    3. Anon 13:55

      Siapa lebih hina diantara peliwat dengan pemakan rasuah ?

  7. Azizah bukan pilihan tepat, kerana dia tidak mampu influnce org lain sprti anwar.. Disebbkn tiada pilihan maka azmin lebih baik walaupun rakyt sebenarnya menolak dia… Hmm apa yg jd ni dh xubah mcm umno… Aku penyokonng pr yg kecewa…

    1. Ini masalah kita yang kurang faham akan prinsip pemerintahan negeri. Sebenarnya Exco Kerajaan Negeri lah yang dipengerusikan olih MB yang memerintah negeri dan buat semua keputusan, Bukan MB yang memerintah dan buat semua keputusan seperti yang dilakukan olih Khalid sekarang. Perbuatan Khalid membuat keputusan tanpa perbincangan dan kelulusan kerajaan Negeri adalah bersalahan dengan perlembagaan.

      Yang mustahak, MB perlu tahu tugas dan tanggongjawab bahawa dia bersama Exconya lah yang memerintah negeri. Mereka bertanggungjawab kepada DUN. Adun pula bertanggongjawab kepada rakyat yang memilih mereka.

      MB tidak bolih betindak dan membuat keputusan tanpa kelulusan dan persetujuan Exco. Beliau hanya bertindak sebagai jurucakap dan wakil Exco.

    2. Satu fitnah lg oleh pentaksub pkr yg terpercaya dgn propaganda2 mereka sendiri…..semua dh maklum tski membuat keputusan slps setiap isu dibawa ke mesyuarat exco..exco pas, dap maupun pkr xder yg sanggah…hanya biro propaganda pkr yg pandai2 buka cerita fitnah utk menjatuhkan tski…cuma dia jenis teliti…setiap projek mesti ada buyback dan research yh betul2 sblm dilaksanakan…biasala corporate mindset…tu yg exco2 x thn sbb depa2 ni background politik..rasa2 je dh ckp sebagai alasan utk mintak duit.

    3. Khalid ada corporate mindset atau corporate fraud. Pi jual Tanah 1,700ekar kpd Tropicana dgn harga RM1.3 billion tapi bayar deposit hanya RM50 juta dan selebihnya dlm masa 20th. Ini corporate fraud lahhh bukan corporate mindset.

      Lepas tu Tropicana bolih jual Tanah tersebetu kpd Eco world yg mana Rashid ada kepentingan. Rashid ni yang pi settle utk Khalid hutang RM70 BIMB.

      Ini buy back and research yang menipu. Kalau pi lelong Tanah tersebut, Sgor bolih dapat RM2 billion serta merta. Pentaksub Khalid masih cakap dia ada corporate mindset?

    4. Mungkin anda tak pandang jauh, salagi baki 800ribu belum berbayar Tanah itu tidak dibolehkan dibangun. dan dengan menjual kepada Ecowolrd membolehkan pusingan modal dari 2,400 biji rumah mampu-milik JV antara Eco-W dan PKNS (kekal vendor dan pemberi sewa).
      Mungkin anda jenais cukup RM1.3 billion ynag statik. Nasib baik juga baru RM50 juta tidak sedap AI-WZ4MB nak bedal and sental!
      Kini semua perancangan jahat Terrrbantut, 2 2 kantoi, AI WA – sifar hasil, satu masuk SB satu ADUN bolah la tampung sara diri. Dia simpoi kipas le bila paneh telinga!
      Tuanku dah Surat SU mintak lebih 2nama lagi, datang POS segera cermin gelap lagi!
      Mak Khalid gguru yang bijak, ingatkan anak `Jaga-jaga dengan duit orang, jangan silap belanja!'
      Ade mak lain macam dia? Takut usik duit Rakyat, bagi PKR RM10juta duit sendiri biayai Parti bankrap, korup, kadok dan kantoi! Dah tengok data SimpanTetap Anwar diIsrael?
      Padan dilaknati Allah, beri Israel wang bedil Ummat Islam Palestin.

  8. Sepatutnya PKR dan DAP sepakat menghantar nama ke dua selain Wan Azizah. Cadangan nama yang amat sesuai ialah Dato Hassan Ali (Hassan Jati @ Hassan Akidah), barulah kena irama dan lagu…….

  9. Kedua2 nama tidak menjadi pilihan ramai, maybe dr idris lebih sesuai(adun ijok)

    1. Nak lantik jadi MB, bukan orang ramai yang pilih. Orang ramai hanya pilih Adun mereka melalui pilehan raya. Dan Adun orang ramai, pula pilih MB yang mengetuai Exco. MB pula memilih ahli2 Exco,

      Sultan pula sebagai Raja berPerlembagaan dan berdasarkan prinsip democracy berparlimen, memperkenankan pemilihan orang ramai ini.

      Kalau semua tahu undang2 kan senang nak menguruskan Negeri.

  10. re ,Jangan susah hati lagi , kalau bukan WA ,Azmin lah MB selangor yang baru.

    Pandangan umum ,ramai yang susah hati kalau WA yang menjadi MB , tapi kalau Azmin ??? .
    Rakyat Selangor tidak menjangkakan kerajaan yang mereka pilih ,sebagini akhirnya , mereka harus redha .
    Bak kaata perpatah Melayu , 'terlajk perahu bolih diundur , telajak kata badan binasa , bagitu juga kalau terlajak pangkah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.