Month: September 2014

Apa Kesudahannya Kritikan Bertali-Arus Mahathir Terhadap Najib?

Sejak akhir-akhir ini kemunculan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di pelbagai program lebih kerap berbanding biasa. Hampir setiap hari atau sekurang-kurangnya selang dua atau tiga hari, ada saja program yang dihadirinya yang tentunya turut menjadi tumpuan media. Berbanding beberapa bulan sebelum ini di mana beliau kerap dimasukkan ke IJN untuk mendapatkan rawata, penampilan Mahathir kebelakangan […]

Memecat Shaari Dan Hasnul Akan Menjadikan Pas Makin Terpinggir

Dua Adun Pas Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin dilaporkan akan dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti esok ekoran tindakan mereka yang didakwa mendahului parti dengan memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor. Sehingga ini apa yang bermain di fikiran orangramai ialah apakah hukuman yang bakal diterima oleh kedua-dua […]

Benarkah Langkah Kajang Telah Gagal?

Apabila Azmin Ali akhirnya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, ramai yang mengatakan Langkah Kajang telah gagal. Setelah usaha menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid disekat melalui keputusan Mahkamah Rayuan yang bersidang secara tergesa-gesa, kemudian percubaan meletakkan Dr Wan Azizah Wan Ismail juga gagal dan penyudahnya Azmin yang mendapat perkenan Istana, Langkah Kajang dianggap […]

Kesian Pas..Sudah Jatuh Ditimpa Tangga Pula

Belum pun kering airmata Pas kerana kesedihan tidak dapat menawan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang keputusannya diketahui semalam, parti itu menerima nasib malang lagi hari ini apabila kerusi Exconya di Selangor pula dikurangkan daripada empat kepada tiga. Dalam pilihanraya Pengkalan Kubor, Pas bukan saja gagal dalam percubaannya mahu merampas kawasan DUN itu daripada UMNO, malah […]

Wajarkah Pas Terus Diberi 4 Kerusi Exco?

Setelah berakhirnya isu perlantikan Menteri Besar Selangor dengan Azmin Ali akhirnya mengangkat sumpah jawatannya semalam, perkara yang ditunggu-tunggu selepas ini tentunya ialah berkenaan perlantikan Exco Kerajaan Negeri pula. Azmin sendiri, sebaik dilantik memberitahu, majlis mengangkat sumpah jawatan Exco akan diadakan pada Jumaat ini kerana Sultan Selangor sendiri mahu ia disegerakan bagi memastikan pentadbiran dan agenda […]

Paslah Yang Sebenarnya Pecat Anwar!!

Sebelum mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor semalam, Khalid Ibrahim masih sempat lagi membuat keputusan yang menggambarkan dendam di penghujung kariernya sebagai ketua kerajaan negeri iaitu menamatkan tugas Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi. Menurut pengumuman yang dibuat oleh Faekah Husin, CEO MBI, mesyuarat Exco terakhir yang dipengerusikan Khalid juga membuat keputusan menutup pejabat berkenaan dengan […]

Walaupun Kemelut Berakhir, Pas Tetap Rugi

Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali akhirnya sah menjadi Menteri Besar yang baru bagi negeri Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Beliau telah pun menerima surat perlantikannya dari Istana Selangor petang tadi dan akan mengangkat sumpah jam 10.30 pagi esok. Perlantikan Azmin juga akhirnya diterima sebulat suara oleh PKR yang bermesyuarat petang […]

Setelah Dua Adunnya Ditemubual Sultan, Pas Makin Stim Dibuatnya

Sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Istana Selangor dan menunggu ketibaan detik 10 pagi, 23 September di mana majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang baru bakal berlangsung, PKR dan Pas terus kelam-kabut dan kalut dibuatnya. PKR kelam-kabut dan kalut kerana calon pilihannya iaitu Dr Wan Azizah dikhabarkan bukan pilihan Sultan walaupun telah mempersembahkan bukti […]

Muhyiddin Sudah Mula Senada Dengan Mahathir

Gerakan menekan kepimpinan Najib Razak nampaknya makin hari makin ketara. Setelah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menarik balik sokongannya dan diikuti dengan luahan kebimbangannya bahawa BN akan tewas dalam pilihanraya umum akan datang, kini Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pula meluahkan kebimbangan yang hampir sama. Dalam pertemuan dengan sekumpulan NGO di pejabatnya beberapa hari lalu, […]

Siapa Angkat Sumpah Selasa ini – Azizah, Azmin Atau Adun Pas?

Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sudah hampir sampai ke penghujungnya. Sebagaimana yang dilaporkan oleh media hari ini, Istana Selangor akan mengadakan majlis angkat sumpah jawatan ketua kerajaan negeri itu pada pagi Selasa, 23 September jam 10 pagi. Kad jemputan kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin politik, orang kenamaan dan sebagainya sudah pun mula diedarkan. Serentak itu, teka-teki […]

Mahathir, Pak Lah Bertembung Semula?

Ketika menyerahkan tampuk kuasanya kepada Najib Razak pada 2009, apabila ditanya perancangannya selepas bersara, Abdullah Badawi atau Pak Lah sambil ketawa ada menyebut, “yang pasti saya tidak akan membuka blog.” Jawapannya pada waktu itu jelas menyindir Mahathir Mohamad yang aktif menulis di blog untuk memberi pandangan mengkritik mengenai politik negara dan isu semasa sebaik bersara. […]

Dua Presiden Bernasib Sama

Presiden UMNO, Najib Razak dan Presiden Pas, Haji Hadi Awang sedang meniti detik-detik yang mencemaskan ketika ini. Kedua-duanya ingin diundurkan kerana dianggap tidak relevan lagi meneruskan perjuangan masa depan. Jika sikap liberal dan toleransi Najib seperti dalam isu ISA, Ordinan Darurat dan Akta Hasutan menjadi antara punca penolakannya, sikap tiada pendirian Haji Hadi pula menjadi […]

Walaupun Perletakan Jawatan Sudah Diterima Sultan, Haji Hadi Masih Mahu Khalid Sebagai MB Selangor

Presiden Pas, Haji Hadi Awang terus bertindak membingungkan rakan-rakan dalam PR berhubung kemelut Menteri Besar Selangor apabila menyatakan mahu Khalid Ibrahim terus dikekallan di jawatan itu sebagai jalan keluar terbaik bagi isu yang sudah lama berlarutan ini. Kenyataan yang dilafazkanya kepada pemimpin muda PR yang mengunjunginya itu turut menyebut bahawa Haji Hadi bersedia untuk memantau […]

Lagi Kerap Mahathir Nafi, Lagi Bahaya Kedudukan Najib

Sejak Mahathir Mohamad mengumumkan beliau menarik balik sokongannya terhadap Najib Razak, sehingga ini sudah dua kali beliau menyebut mengenai perletakan jawatan Perdana Menteri tetapi kemudian menafikan tindakannya mempunyai maksud sedemikian. Kali pertama, sehari selepas menulis di blognya mengenai pendirian terbarunya itu, Mahathir mengulas bahawa tindakannya itu bukanlah bertujuan memaksa Najib meletakkan jawatan, tetapi hanya sebagai […]

Talkin Untuk Najib

Di sebalik kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor yang masih berlarutan sehingga kini, ramai yang merasakan bahawa Perdana Menteri, Najib Razak agak sedikit terselamat daripada sebarang kritikan, kecaman dan serangan. Untuk beberapa ketika, memang terlihat Najib agak kurang menjadi sasaran kerana tumpuan kritikan lebih terarah kepada Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang, PKR dan Pas. Anwar dijadikan […]

Hadi Awang Kian Tersepit?

Kedudukan Haji Hadi Awang sebagai Presiden Pas tidak lagi seselesa dahulu. Beliau kini bukan saja mula dipertikaikan oleh penyokong dan pengundi parti yang tidak memegang apa-jawatan, malahan elemen yang sama sudah mulai datang daripada peringkat yang berjawatan juga. Semuanya gara-gara kegagalannya memimpin hala tuju parti itu dengan cara yang betul dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar […]