Month: August 2014

Sokongan Bawa Rebah UMNO Kepada Khalid?

Buat sementara ini, dengan perkenan yang diperolehi oleh Khalid Ibrahim daripada Sultan Selangor, beliau nampaknya boleh terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Tetapi sampai bila beliau boleh kekal sukar dapat dipastikan kerana perkenan Sultan bukanlah sesuatu yang kekal dan tidak boleh berubah langsung. Melalui perkenan yang diperolehi Khalid, ia hanyalah berdasarkan keyakinan Sultan Selangor terhadap […]

Agaknya Pas Lebih Suka Jadi Pembangkang Daripada Kerajaan

Isu Menteri Besar Selangor terus membuatkan Pas jadi kalut dan keliru. Setelah Khalid dipecat dan menjadikan PKR dan DAP semakin bersatu mahu menyelesaikan isu itu dengan segera, Pas sebaliknya terpaksa menunggu sehingga 17 Ogos depan untuk membuat keputusan rasmi mengenainya. PKR jelas tidak berpecah dengan isu Khalid ini, kecuali ada sedikit rungutan dan rasa tidak […]

Sampai Ke Hujung Nyawakah Cinta Setia Pas Kepada Khalid Ibrahim?

PKR akhirnya membuat keputusan memecat Khalid Ibrahim sebagai ahli parti itu atas keengganannya mematuhi arahan agar berundur dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar Selangor. Dengan tidak lagi menjadi ahli PKR, beliau kini menjadi ADUN Bebas dan sudah hilang kelayakan moral untuk terus duduk di kerusi empuk […]

Pas Kini Semakin Mengecil

Kemelut pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor tidak pasti bila akan berakhir. Bagaimana ia akan berakhir juga masih sukar dijangka. Semuanya masih kabur dan tidak jelas. Sementara Khalid Ibrahim sedang diasak agar berundur dan kemungkinan akan dipecat daripada PKR, dalam masa yang sama beliau juga masih cuba bersilat untuk mempetahankan jawatannya. Di ketika beliau sedang menangguhkan […]

Pas Seharusnya Percepatkan Mesyuarat, Bukan Melewatkannya

Kemelut politik di Selangor sekarang pada asasnya berpunca daripada dua sebab iaitu pertama, kedegilan Khalid Ibrahim tidak mahu berundur apabila diarahkan oleh parti dan kedua, disebabkan sokongan terbuka Pas yang mahu beliau terus dikekalkan. Jika hanya Khalid yang berdegil tetapi tidak mendapat sokongan Pas, sudah lama ianya selesai. Begitu juga jika sekadar Pas yang menyokong […]

Nasharuddin Tantawi Yang Pemalu Tetapi Memalukan

Ahli Parlimen Temerloh, Nasharuddin Tantawi dilihat sebagai antara pemimpin Pas yang “pemalu” kerana tidak pernah bersuara di Parlimen memperjuangkan isu-isu rakyat atau mendedahkan apa-apa salah laku yang melibatkan UMNO dan BN. Malah di ketika rakan-rakannya, pemimpin muda daripada PKR dan DAP sentiasa bangkit dengan satu demi satu isu serta pendedahan demi pendedahan, suaranya menyokong juga […]

Lagi Cepat Khalid Dipecat, Lagi Baik Untuk PR

PKR kini dalam perjalanan untuk berkerat rotan dan berpatah arang dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang terus menujunjukkan kedegilannya serta tidak mahu berundur sebagaimana yang telah diarahkan berbuat demikian. Setelah mengharungi konflik yang agak panjang dan meretakkan hubungan dan hati banyak pihak, PKR akhirnya menghantar surat tunjuk sebab kepada Khalid yang perlu dijawab sebelum […]

Sebelum Jadi Kupang Tembaga, Undurlah Lid…

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kini nampaknya sedang diasak daripada segenap penjuru agar sedia melepaskan jawatannya bagi membolehkan penggantiannya dengan Dr Wah Azizah Wan Ismail menjadi kenyataan. Beliau yang sebelum ini agak berdegil tidak mahu meletakkan jawatan, lebih-lebih lagi setelah mendapat sokongan moral daripada Pas, semakin terperosok ke dinding akibat serangan terbuka daripada partinya sendiri. […]

Kalau Najib Boleh Jinakkan Ketua Pemberontak Ukraine, Malulah Anwar Tak Boleh Lembutkan Hati Hadi Awang

Dalam perkembangan terbaru untuk memuaskan hati semua pihak berhubung kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, PKR dikhabarkan sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah Wan Azizah yang sebelumnya sudah diputuskan untuk mengambil alih tempat Khalid Ibrahim itu. Menurut berita yang disiarkan dalam Malaysian Insider, seorang ADUN PKR telah dikenalpasti sebagai calon alternatif itu, namun […]