Apa Kata Pas Calonkan Dr Wan Azizah, Balasannya PKR Pula Serah Pengkalan Kubor

Perbalahan Pas dengan PKR mengenai calon Menteri Besar Selangor masih lagi berlarutan. Sementara isu yang sama melibatkan PKR dengan DAP sudah pun selesai dengan kata putus kedua-dua parti hanya mencalonkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail saja, Pas masih lagi berpusing-pusing keputusannya.

Setiap kali bermesyuarat, hasilnya hanya membuahkan keputusan yang berbeza-beza.

Sehingga 3 September ini iaitu tarikh akhir yang diberikan oleh Istana Selangor, siapa calon yang bakal dinamakan oleh Pas seperti belum pasti dan masih kabur lagi.

Hari ini, di ketika Anwar Ibrahim sendiri meminta Pas mematuhi keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 17 Ogos lalu yang menyetujui hanya satu nama dikemukakan kepada Sultan Selangor, Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali bertegas mengatakan dua nama akan dikemukakan oleh parti itu untuk mengelakkan Sultan Selangor seperti dipaksa memilih hanya satu nama saja.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula segara membalas, kenapa baru sekarang Pas memikirkan soal memaksa ini sedangkan ketika bersetuju menghantar hanya nama Khalid Ibrahim saja kepada Sultan Selangor selepas pilihanraya umum 2013 lalu, Pas tidak pula memikirkan perkara yang sama.

Sementara Pas menyatakan ia masih mah kekal dalam PR, dalam masa yang sama, ia juga tetap tidak setuju hanya satu nama dikemukakan kepada Sultan Selangor dan tetap mahukan dua nama.

Siapakah dua nama itu? Apakah Dr Wan Azizah masih menjadi pilihan Pas? Dan jika Presiden PKR itu masih merupakan pilihan pertama, siapa calon kedua pilihan Pas juga masih lagi misteri. Apakah Azmin Ali yang sudah menolak pencalonan sebelum ini akan dikemukakan sekali lagi atau Pas akan menamakan Adun PKR yang lain sebagai pilihan kedua?

Selain dilihat seperti tidak sekata dengan PKR dan DAP dalam pencalonan Menteri Besar Selangor, Pas juga cuba menyiku PKR dalam isu penentuan calon pilihanraya kecil Pengkalan Kubor yang bakal diadakan tidak lama lagi dengan secara terbuka menyatakan hasrat mahu bertanding di kerusi itu.

Alasan Pas ialah jika calon parti mereka diletakkan di kerusi itu, harapan untuk menang jauh lebih cerah lagi, selain mengatakan kerusi Pengkalan Kubor itu sebenarnya hanya dipinjamkan saja kepada PKR sebelum ini.

PKR pula dalam masa yang sama tetap berkeras mahu bertanding di Pengkalan Kubor atas alasan mereka yang bertanding dalam pilihanraya lalu, walaupun menyedari kekalahan 1763 undi bukanlah sesuatu yang mudah untuk berhadapan dengan UMNO dalam sebuah pilihanraya kecil yang tentu saja sarat dengan pelbagai pemberian, serangan serta jentera pilihanraya pihak lawan.

Tinjauan rambang dengan beberapa pihak juga mengakui, walaupun dalam pilihanraya umum lalu, PKR yang bertanding di kerusi itu, tetapi dalam pilihahraya kecil ini harapan untuk menang lebih terbuka jika Pas yang meletakkan calon untuk berhadapan dengan UMNO berbanding dengan PKR.

Ada dakwaan lain mengatakan, ahli PKR yang berdaftar juga hanya ratusan orang saja jumlahnya di Pengkalan Kubor dan untuk menubuhkan jentera pilihanraya saja akan menimbulkan masalah jika tanpa bantuan atau sokongan daripada Pas yang mempunyai ahli dan penyokong lebih ramai.

Meskipun PKR yang bertanding di Pengkalan Kubor dalam pilihanraya lalu dan tindakan menyerahkan kepada Pas pula untuk meletakkan calon seperti PKR beralah dengan Pas, namun demi untuk mencapai kemenangan dan merampas kerusi tersebut daripada UMNO, ia dikira pertimbangan yang munasabah.

Apatah lagi kebetulan penentuan calon Pengkalan Kubor ini berlaku ketika isu Menteri Besar Selangor masih belum selesai, apa salahnya jika PKR dan Pas dapat mencapai persetujuan menang-menang dalam kedua-dua isu ini iaitu dengan PKR meminta Pas hanya mencalonkan satu nama saja iaitu Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid Ibrahim dan sebagai imbalannya, PKR menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada Pas untuk meletakkan calonnya.

Daripada membiarkan isu Menteri Besar Selangor ini terus berlarutan dan menimbulkan ketidak-tentuan, apa salahnya jika kedua parti itu segera mencapai kata sepakat mengenai situasi menang-menang ini. Akhirnya PKR dapat ketusi Menteri Besar Selangor dan Pas pula dapat kerusi Pengkalan Kubor.

Ini mungkin pilihan yang bukan saja boleh menyejukkan semula hati Pas dan PKR yang menaik suhunya ketika ini, tetapi juga untuk menjamin Pakatan Rakyat terus segar dan bernyawa untuk menghadapi pilihanraya akan datang. (SH 29/08/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

18
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Monkey ShooterAnonymousbat8tebing tinggikluangman Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Monkey Shooter
Guest
Monkey Shooter

Apa kata PKR mencadangkan pencalonan Nasaruddin Mat Isa untuk bertanding di DUN N01 Pangkalan Kubur pada PRK Negeri Kelantan tidak lama lagi?

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan ke klu dlm masa tertentu sultan x sain ia tetsp jd undang2

Anonymous
Guest
Anonymous

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari bertanya, Dr Aznil menjawab : Aziz Bari berkata : "Tindakan sultan Selangor meminta lebih banyak nama untuk calon menteri besar adalah tidak mengikut perlembagaan." Dr Aznil menjawab : "Perlembagaan/undang2 Tubuh Selangor juga tiada kuasa menghalang Sultan meminta lebih dari satu nama" Aziz Bari berkata lagi: "Mengikut sistem berparlimen, kerajaan bertanggungjawab kepada DUN dan bukannya kepada istana." Dr Aznil menjawab : "Benar .. kerajaan bertanggungjawab terhadap DUN. Tetapi Sultan bertanggungjawab terhadap kerajaan yg dilantik. Tiada kerajaan tanpa perkenan sultan. Hang bersidang la bawah pokok lama mana pun, jika sultan tak berkenan tetap tiada kerajaaan." ——- Aziz… Read more »

Monkey Shooter
Guest
Monkey Shooter

PKN/PKR ditubuhkan pada asasnya adalah untuk membela Anwar dan keluarga beliau yang dizalimi Mahathir dan UMNO. Jika kita gagal lahirkan keluarga yang berjuang untuk rakyat, mengapa harus dengki dan sakit hati dengan keluarga Anwar? Perlukah kita dengki juga dengan keluarga Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS yang Majlis Syura adalah penentu semua calon Pilihanraya dari PAS? Adakah Majlis Syura yang diPengerusikan oleh Tok Guru Nik Aziz telah setuju Nik Abduh bertanding di Pasir Mas dan kini menjadi MP Pasir Mas boleh kita anggap satu 'nepotisme' juga? Apakah anak Presiden PAS, Tok Guru Hj Hadi iaitu Ustaz Khalil yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ya.! betul serahkan MB Selangor pada Jijah di situ lubok duit, Pengkalan Kubor buang duit kerana terpaksa bertarung dengan jentera kerajaan pusat….menang menang kepala bapak hang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Elok serah je pada PAS, pada PKR memang hilang deposit.

DUN Kajang, satu-satunya yang terakhir PKR menang, selepas ni…semua bungkus…ulang SEMUA BUNGKUS.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 15:43, Jangan syok sendiri…..tak ubah macam orang gila talak.

bat8
Guest
bat8

Tuan

Bagi je kerusi pengkalan kubur kepada PAS. PAS lantik Nik Amar jadi p3ngarah pilihanraya tu. Kita t3ngok macamana 2 beradik kembar siam ni bersaing…ops bekerjasama. Itukan idaman Nik Amar dan g3ng UG depa.Kita t3ngok sape k3ncing sape…

Lagi pun PKR ada berapa orang je kat cabang Tumpat tu. Elok serah kepada PAS je.

Anonymous
Guest
Anonymous

Cadangan yg murni.syabas tuan!

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya setuju. Insyaa Allah. Penyelesaian menang-menang selalunya lebih menyenangkan

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya percaya segala ujian yang PR tempuhi akan melahirkan PR yang lebih mantap dan cadangan ini adalah satu peluang yang bukan setakat mengembalikan keyakinan rakyat kepada PR tetapi juga untuk menambahkan keyakinan itu.
DYMM Sultan mahu melihat sejauh mana kesepakatan PR memilih calon MB yang baru dan sekiranya hanya satu nama sahaja bermakna kesepakatan itu kuat.

kluangman
Guest
kluangman

Yang paling bagus PAS calonkan wan azizah sahaja, tunjuk pada Sultan bahawa PAS pun sama bangang dan biol macam PKR…dan ini memberi pilihan untuk Sultan terus kekalkan Khalid.

Oleh kerana PKR memang kemaruk kerusi, elok sangat kubur pun serah pada PKR…yang tinggal pada PAS ialah spenda Mustapha..itu milik abadi PAS.

Anonymous
Guest
Anonymous

kluangman, kamu mahu mengajar ulamak PAS berpolitik ikut cara kamu ke. Kes menteri besar hampir selesai. Tidak ada pilihanraya. Sesiapa yang jadi menteri besar bukan masaalah besar kerana agenda utama PAS merampas kuasa dari tangan PKR sudah digagalkan oleh ahlinya sendiri……Hadi Awang sudah tergolek DOG he…he…he..

Sepatutnya kamu lebih peka dengan perkembangan terbaru politik UMNO Baru…. Mahathir lawan Najib.

Kamu tidak nampakkah angkatan perang Mahathir sedang bersiap sedia untuk menyerang pembodek dan pecacai Najib diseluruh negara ?

Kalau pencacai seperti kamu tidak pertahankan Najib…. sudah pasti kak Ros tak dapat shoping lagi kat Dubai…

tebing tinggi
Guest
tebing tinggi

Masaalahnya kenapa hanya Azizah sahaja ,kalau PR Selangor hendakan perubahan selera kapada MB wanita. Zuridah Kamarudin kan ada . takgitu ?.

bat8
Guest
bat8

Kedudukan WAWI tu setaraf ke dengan Zuraida didalam hiraki kepimpinan PKR. Jangan diikut dendam kesumat yang durjana tu….otak jadi otak udang kang.

Rosmah tu apa pangkat dalam UMNO sehingga boleh mengetuai PERMATA. PERMATA tu dah jadi macam agensi kerajaan siap boleh dapat bajet tahunan yang dibentang di parlimen. Yang ni kita kira macamana t3bing tinggi?

Anonymous
Guest
Anonymous

Rosmah mengetuai PERMATA – ada ke orang kecoh sampai nak derhaka Sultan.

Wan Azizah nak jadi MB – siapa yang kecoh, puak sendiri yang bertelingkah.

Ada UMNO kesah !!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Tolong jelaskan apa bentuk derhaka kepada sultan dalam kes MB Selangor ni.

Cuba bangkitkan peristiwa puak UMNO dok buat demo siap dengan slogan memanggil Sultan Terengganu menatang( binatang) kerana Sultan Terengganu menolak Idris Jusoh sebagai MB dan melantik Ahmad Said sebagai MB Terengganu selepas PRU 2004 dulu.

Ini bukan derhaka terang-terang. Buat sepanduk panggil Sultan Terengganu menatang( binatang). Ini la kalau kata bodoh….marah. Kalau kata akal kat tapak kaki….meroyan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa erti derhaka kepada ibu bapa?
Adakah ada dalam undang-undang dan perlembagaan disebut apa yang dimaksudkan dengan derhaka kepada ibu bapa?

Jadi janganlah tanya saolan bodoh untuk dapat jawapan yang bodoh.