Apakah PKR dan DAP Derhaka Kepada Sultan?

Tindakan PKR dan DAP mengumumkan secara bersama keputusan parti itu yang bertegas hanya mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai bakal Menteri Besar Selangor secara umumnya menimbulkan dua tanggapan umum. Pertama, mengenai PKR dan DAP yang dianggap biadap serta derhaka kepada titah Sultan Selangor yang mahukan lebih dua nama dan yang kedua, ia menunjukkan Pas sudah mula ditinggalkan dalam gabungan PR dan apakah nasib parti itu seterusnya?

Mengenai persoalan pertama, apakah benar PKR dan DAP biadap dan derhaka?

Walaupun PKR dan DAP mewajarkan tindakan mereka mencalonkan hanya nama Dr Wan Azizah dengan mengepilkan salinan surat daripada istana mengenai proses perlantikan Khalid Ibrahim pada 2013 di mana ketika itu Sultan meminta dikemukakan empat nama tetapi tetap setuju dengan pemilihan Khalid walaupun hanya satu nama yang dipersembahkan.

Maka, berdasarkan konvensi itu serta hakikat bahawa Dr Wan Azizah sudah mempunyai sokongan majorit 30 Adun, maka PKR dan DAP mengekalkan hanya nama Presiden PKR itu saja, meskipun Sultan Selangor menitahkan agar setiap prti mengemukakan dua nama bagi pertimgangan baginda.

Dari segi politik adu-domba, tentu saja tindakan PKR dan DAP itu boleh ditafsirkan sebagai biadap dan derhaka kepada Sultan tetapi berdasarkan undang-undang dan perlembagaan, Sultan juga tertakluk untuk mempersetujui mana-mana nama yang dipersembahkan oleh kumpulan yang memperolehi sokongan majoriti.

Baik dalam pemilihan Perdana Menteri atau Menteri Besar di negeri-negeri lain pun, biasanya hanya satu nama saja yang dikemukakan. Tidak pernah dua nama sekaligus dibawa untuk pertimbangan Sultan atau Raja sebelum ini untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar.

Memang ada kes seperti di Perlis, Raja tidak bersetuju dengan Shahidan terus dipilih sebagai Menteri Besar dan di Terengganu pula, Sultan tidak setuju dengan Idrus Jusoh sebelum ini. Tetapi nama baru iaitu, Isa Sabu di Perlis dan Ahmad Said di Terengganu, hanya dikemukakan setelah sah adanya penolakan daripada istana. Shahidan dan Idris tersingkir hanyalah kerana UMNO pula tidak berani bertegas mempertahankan pendirian asalnya.

Bagaimanapun, UMNO pernah juga bertegas dalam dalam hal ini. Di Negeri Sembilan misalnya, Isa Samad pernah ditolak oleh Yang Dipertuan Negeri sebagai Menteri Besar tetapi ketika itu Tun Ghafar Baba segera menemui istana dan mempertahankan pencalonan Isa sambil mengingatkan bahawa dalam sistem Raja Berperlembagaan, nama yang dikemukakan oleh UMNO dan BN yang sudah memiliki majoriti tidak boleh ditolak sama-sekali.

Akhirnya Isa Samad berjaya menjadi Menteri Besar selama lebih 22 tahun di Negeri Sembilan.

Soal sama ada tindakan PKR dan DAP ini biadap atau derhaka kepada Sultan atau tidak, ia sebenarnya hanyalah persepsi saja. Teti mencalonkan hanya satu nama bukanlah asing dan diluar amalan sebelum ini. Oleh kerana nama Dr Wan Azizah sudah dikemukakan oleh pihak yang mempunyai sokongan majoriti, terserahlah kepada Sultan sama ada mahu menerima atau menolaknya.

Jika Sultan menolaknya, mereka boleh memilih untuk mencalonkan nama lain atau bertindak tegas sepertimana yang pernah dilakukan oleh Tun Ghafar itu.

Dalam masa yang sama, Sultan juga secara konvensinya tidak boleh menerima nama lain yang bukan dicadangkan oleh pihak yang mempunyai majoriti kerana boleh ditafsirkan bertentangan dengan prinsip Raja Berperlembagaan yang diamalkan selama ini iaitu calon Menteri Besar mestilah dipilih melalui nama yang dikemukakan oleh pihak yang mempunyai majoriti.

Kiranya Sultan memilih Adun Pas pula sebagai Menteri Besar tetapi tidak mendapat persetujuan PKR dan DAP yang mempunyai majoriti, ia mungkin pula berhadapan dengan usul undi tidak percaya dalam DUN yang selewat-lewatnya akan diadakan November ini. Jika itu berlaku, pertukaran Menteri Besar terpaksa dilakukan sekali lagi.

Mengenai persoalan kedua pula, PKR dan DAP nampaknya sengaja meninggalkan Pas dalam membuat ketetapan mengenai isu ini untuk melihat apakah pendirian parti itu seterusnya. Jika Pas turut mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama bersama nama lain sebagai pilihan kedua, ia bermakna Pas juga telah bersetuju dengan pemilihan Presiden PKR itu sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Kiranya itu pencalonan yang akan dibuat oleh Pas, ia secara langsung memudahkan Sultan membuat pilihan kerana secara logiknya ketiga-tiga parti mahukan Dr Wan Azizah.

Tetapi jika Pas membuat ketetapan lain daripada itu, bukan saja Pas berisiko diketepikan dalam susunan Exco kerajaan negeri, bahkan juga mungkin ditendang daripada PR jika akhirnya Sultan akur dengan calon pilihan PKR dan DAP yang jelas memiliki sokongan majoriti itu.

Pas memang nampak tersepit dalam keadaan ini. Menolak mencalonkan Dr Wan Azizah amat mengundang bahaya kepada masa depan parti itu iaitu mungkin dikeluarkan daripada PR dan akan kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya akan datang. Husam Musa sudah mengingatkan sebelum ini bahawa tindakan yang boleh menyebabkan Pas terkeluar daripada gabungan bersama PKR dan DAP akan menyebabkan perjalanan parti itu berundur selama 30 tahun ke belakang.

Jika Pas akur pula mencalonkan Dr Wan Azizah, meskipun ianya memudahkan lagi penyelelesaian kemelut ini sedangkan sebelum ini berdolak-dalik dengan terakhir menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan, maka sekali lagilah Pas membuat U turn.

Sesuai dengan amalan demokrasi dan prinsip Raja Berperlembagaan, penyelesaian terbaik ialah dengan menghormati pilihan majoriti atau serahkan kembali mandat kepada rakyat membuat penentuan. Amatlah tidak kena ketika penyerahan mandat semula kepada rakyat tidak mahu dilakukan, suara majoriti juga tidak mahu dihormati. (SH 27/08/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

28
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymouslufangbat8 Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Raja-raja Melayu terikat pada perlembagaan negeri dan negara. Mereka bukannya kebal setelah pindaan2 yg dibuat oleh pemimpin Umno Baru, Dr Mahathir. Maka Sultan2 kena ikut apa yg tersurat dari yg tersirat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada undang, ada peraturan,ada adat, dan ada konvensi. Perbuatan tanpa rujuk semua ini bahaya untuk semua pihak. Jika Sultan nak pilih, tukar pelembagaan. Tak perli pilihan raya. Raja pilih saja, siapa dia sayang atau suka.

Anonymous
Guest
Anonymous

Derhaka adalah ungkapan yang direkacipta olih mamak2 bendahara masa zaman Sultan Melaka untuk memperbodohkan dan menakutkan orang melayu kepada Sultan yg zalim.. Sekarang 'derhaka' HANYA digunakan untuk melabel perbuatan(menentang) manusia dengan Penciptanya iiatu Allah SWT. Untuk makluman, didalam kes Perlis dan Trengganu, Umno tidak ada menunjukkan satu bentuk dokumen atau keterangan yang menunjukkan Shahidan atau Idrus Jusoh disokong olih majorit Adun. Olih yang demikian Sultan bolih mengguna budi bicaranya melantik seorang yang dipercayai mempunyai sokongan majority. PKR/DAP bertindak mengikut Perlembagaan iaitu menamakan seorang Adun yang telah memperolehi majority iaitu 30 Adun. Buat apa pergi hantar nama Adun yang tidak disokong… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Selalunya PAS lah yang bermati-matian menentang segala titah sultan sebagai contohnya apa yang berlaku di Perak selepasa PRU12. Ada di antara penyokong PAS yang sanggup baring atas jalan selepas solat Jumaat untuk menyekat laluan sultan Perak kerana baginda tidak setuju membubarkan DUN untuk diadakan PRN sebaliknya bersetuju melantik dari kalangan ADUN UMNO yang mempunyai majoriti sebagai MB yang baharu. Persoalannya kenapa Sultan Selangor berbuat demikian? Pertamanya mungkin baginda lebih mesra UMNO, keduanya Hadi Awe telah berjumpanya 4 Syawal (Munafik besar PAS), ketiganya ada sentimen politik dan projek yang bakal dianugerahkan kepada baginda sekiranya PAS + UMNO + Khalid menjadi kenyataan.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS Perak jadi lagu tu sebab Adun PKR dapat sedekah daging mentah hidup-hidup ( cerita ni yang dapat sedekah cakap sendiri hasil siasatan SPRM).. Yang DAP pulak dapat habuan lain. Hancur kerajaan PR Perak.

Sebab itu sejak azali saya cukup curiga dengan depa-depa ni. Di Kedah pun buat hal juga sampai sakit PAS Kedah nak pertahan kerajaan PR Kedah.

Haaaaaa ni..masih belum puas lagi. Di Selangor buat hal lagi. Buat satu kerja yang BN dah perintah 50 tahun pun tak buat keje macam ini.

PAS yang salah juga ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Kat Kedah siapa yang buat hal sebenarnya? Memang macai PAS tak kurang atau lebih dari macai UMNO, cumanya macai UMNO lebih tinggi kopiahnya dan macai PAS lebih panjang janggut dan jambangnya…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan Azariza Alawi – Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan mendedahkan, TGHHA KECEWA dgn Anwar Al-Jubori kerana:- Anwar Laknatullah UMUM Nak Tabalkan Timbalan Perdana Menteri Dua Orang:- 1. Orang Cina – DAP Babi2. Orang Melayu Inilah sebabnya 98% Orang Cina sokong Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim Nak lantik Baru Bian (Seorang kristian) untuk jadi Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat Menang Pilihanraya Negeri?? Pas tersungkur, kalah 6 kerusi kerana Orang Melayu dan Melanau Sarawak marah.. Nuar Al Juburi Laknatullah Nak Naikkan Cina Babi Chauvanist, Rasis Pelampau jadi Timbalan Perdana Menteri.. Woooi Penyokong PKR Lahanat, Kamu menjual Maruah Bangsa Melayu dan sanggup di LIWAT… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ello anon 17:23, Sebelum ini bertahun2 UMNO menguasai majoriti kerusi DUN dlm GE di Pulau Pinang, tolong hang sebutkan berapa kali UMNO BN lantik melayu Islam jadi Ketua Menteri?. Tolong hang habaq mai sat!. Pasai apa haram UMNO BN tak lantik KM melayu wlu pun UMNO ada kerusi majoriti DUN Pulau Pinang? Itu sejarah dan fakta! Tak payahlah hang nak pukul gendang karut kalau hang buta fakta dan hanya nampak angin yg orang ramai yg lain tak nampak pun. Tok sah lah hang dok sebar kisah angin yg hang sorang nampak tu. Tok sah lah dok menjaja nama Hj Hadi… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini sama sekali bukan soal derhaka atau tidak tapi ini berkait dgn sikap takutkan makhluk melebihi takutkan Allah. PKR dan DAP bertindak berdasarkan undang undang sedia ada yang telah diguna pakai selama ini hatta di negeri Perak pun tu hari. Kalau mengikut dan mematuhi undang undang yang telah diperakui dan diterima selama ini dianggap derhaka, baik humbankan sajav) undang undang itu ke dalam longkang dan tong najis. Untuk apa disimpan lagi? Ambik contoh seorang bapak yg mempunyai seorang anak. Si anak ini seorang yg patuh dan mentaati hukum dan undang undang syarie. Tiba tiba si ayah ini yang selama ini… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ayat panjang..siapa nak baca? Sendiri baca le…tunjuk pandai tak bertempat. 2. Persetankan dengan husam musa…dia sendiri tertinggal kapal.3. Semua pihak ikut undang2..tetapi apabila sultan minta dua nama..ikut je lah….Kalau zizah tak jadi MB kiamat ke dunia. Dalam PKR hanya anwar dan zizah saja ke hebat??????????4. Jika bagi satu nama, sultan tolak? Apa anwar nak kata? Dalam keadaan sekarang..nobody majaroti yet till DUN bersidang…5. Jika umno + pas + bebas + ada ADUN yg lompat= siapa majoriti? Segala kemungkinan boleh berlaku.Untuk menyatakan pas rugi jika keluar pakatan, ia satu analisa yg terlalu awal sedangkan selama ini pkr dan dap banyak bergantung… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 18:01, Agaknya krn ramai askar dlm PAS lah yg menyebabkan puluhan tahun PAS tak pernah dpt puluhan kerusi dalam parlimen?. Bila dah combine dgn askar PKR dan DAP yg sikit tu baru PAS dpt byk kerusi. Adakah kerana askar PAS selama ini cuma guna lastik dan lembing utk berperang dgn UMNO BN yg menyebabkan PAS susah nak menang? Dan adakah hanya setelah askar PKR dan DAP yg sikit itu ajar askar PAS cara guna senjata moden baru PAS lebih kuat?. Sekadar ramai askar tapi tak berkualiti dan kurang cerdik, ditambah pula dengan general yang mathematik taugeh, makin teruklah tentera… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ckp panjang…tp ajk tlg hudud…dok rok boh. Rela dok sblh pagar dgn dap. Hbs srmua org tk betul. Maksum sungguh.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dok sibuk bsb hudud PAS ni. Jangan dok mimpi nak buat hudud kst Malaysia ni kalau perlembagaan tak dipinda. Nak pinda perlembagaan hanya blh buat klu UMNO BN tumbang dan PR berkuasa. Sbb tu fokus tumbangkan BN dulu. Yg jadi bodoh teperangkap dgn BN konon nak kan hudud tu kenapa?. Di sinilah bengongnya PAS sebab bertindak tak pijak dibumi nyata. Ini Malaysia lah bkn Arab Saudi atau UAE. Polarisasi kaum perlu ambil kira dan strategi perlu adjust sesuai dgn keperluan. Fikir pakai otak bkn dgn kepala lutut. Jgn biar sentimen atasi akal waras. Ramai yg cerdik dlm PAS tapi pandangan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya setuju. Bang mat tu semua tau mcm mana gigih dia. Keluar masuk lokap dah jadi lumrah buat dia krn perjuangan. Sbb tu BN takutkan sangat ayam sabung PAS ini. Jasa bang mat pada PAS dlm menarik kepercayaan bukan melayu terhadap PAS tdk siapa blh nafikan. Sbb tu BN matian2an arahkan meriam ke batabg tubuh manusia bernama mat sabu ni. Malangnya puak serban besar buta mata dan buta hati hanya krn mat sabu tak berserban besar dan bkn lulusan timur tengah sampai sanggup jadi duri dlm daging di Pendang dlm piluhanraya lepas. Tak cukup dgn tu, puak2 ni jadi pula… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Derhaka atau tak derhaka, aku tak tau. Tapi KURANG AJAR tu memang dah sah-sah. Susah sangat ke nak bagi dua nama? Nak memperalatkan undang-undang semata-mata kerana nak menunjukkan besar kepala?

Anonymous
Guest
Anonymous

Mak lu… natang x kurang ajo….baring atas jln halang sultan x kurang ajo…munafik

Anonymous
Guest
Anonymous

Tk bulih nk beza antara tindakan ahli biasa dgn tindakan ketum….hok baring tu ahli biasa…normalla fanatik mcm baling kerusi ngen penumbuk dlm pkr….hok ning bapok2 sendiri nebeng ngen sultan….ngok mung ning. Tu la bershi kata korg sgt…ada ilmu faraid gamoknya leh kenal org munafik ke dok? Kuat amalan baham pitis mung ning. Tinggi maqam. Igt ke dosa etek duk sedap mulut sgt.

Anonymous
Guest
Anonymous

Angkuh, sombong dan nak tunjuk lagak tak bertempat! Apa masalahnya kalau hantar 2 nama? Kenapa beriya-iya sangat nak jadikan isterinya sebagai MB? Apa yg terSIRAT? Ini baru nak memerintah sebuah negeri, kalau dpt memerintah negara bagaimana agaknya kesombongannya, blh jadi macam Yahudi.

Anonymous
Guest
Anonymous

tiada salahnya juga PR hendak menetapkan satu nama… baca habis dulu hujah pak din ni… bercakap tak ikut akal.. aduh..

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku nk jijah jgk…aku nk jijah jgk…aku nk jijah jgk…x kire…xkire…x ikut aku tanda sokong umno…x ikut aku kuar pkr…x ikut aku kuar pas…x ikut aku kuar pr…x ikut aku bubar dun…..lu pikir la sindiri

Anonymous
Guest
Anonymous

Kuat sangat ke PKR tu…x lama lagi anwar masuk penjara.
Lepas tu Rafizi. Apa lagi yang ada pada PKR. Azizah akan merintih tiap malam mengenangkan lakinya meringkuk dalam penjara. Kalau jadi MB lagi huruhara Selangor. Tanah bagi saja pada DAP/PKR.

bat8
Guest
bat8

Anon 16:10

Kuat tak kuat Anwar, PAS menang di Terengganu kerana faktor Anwar. Lepas tu Tuang Presideng hangpa dek terlampau hebat menjadi MB, sepenggal bungkuih sampai la ni walaupun dalam PRU 13 lalu UMNO Terengganu dalam keadaan lemah pun Tuang Presideng hangpa dan geng hebat ganu pun xleh makan.

Dok persoal orang lain. Tengok kat tuang presideng hanpa la lagi baik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Citer dulu xyah ckp…semua org terpegun dgn anuwar…igt dia berubah nk jd islamik…la ni….urghhhh….hudud berbelit2…fitnah org dgn bukti yg blum dibukti…. skrg dgn konsensus nasional…alhamdulillah la….tuhan tunjuk sikit2. Nampak gah la kt alam maya dgn balaci2 berbayar…tp kt luar…kongress pun kosong dan kacau bilau…tebal muka je thn malu. Setakat husam tu…nik aziz pun dh reject. Nk kata kt pas trg….sedar diri sikit….pkr pun menang dgn ehsan jentera pas.
Tau la nk tahaluf dgn umno mrlalui kn…patutla nurul mintak mahap dlm court je dan balaci2 umno x serang pun…nk ckp psl integriti lg?

Anonymous
Guest
Anonymous

Pak budin,ngkau ni x de keja lain ke? asyik nk provok orang aje..mengalahkan yahudi!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Klu x reti basa ddk diam2…tu keje dia…spe nak sebok

Anonymous
Guest
Anonymous

apa bodoh punya statement… dia hanya berhujah berdasarkan undang2 perlembagaan.. setahu aku yahudi je tak ikut undang2 atau perlembagaan antarabangsa..

lufang
Guest
lufang

Saudala Shahbudin,

Lu fikirlah sendili loo oo !.