Kalau Pandu Kereta, Mesti Tahu Ke Mana Nak Dituju Dan Jangan Selalu U Turn

Keputusan mengenai kemelut kerusi Menteri Besar Selangor dijangka akan diketahui dalam sehari dua ini. Sultan Selangor ketika ini dipercayai sedang mendapatkan pelbagai nasihat tentang keputusan terbaik yang bakal dilakukan oleh baginda sebelum dijangka menemui Khalid Ibrahim dan juga Dr Wan Azizah pada hari esok.

Khalid Ibrahim hari ini sudah pun mengesahkan beliau akan mengadap Sultan Selangor pada hari esok iaitu Selasa manakala Anwar Ibrahim pula membayangkan Dr Wan Azizah akan dipanggil mengadap selepas pertemuan Sultan Selangor dengan Menteri Besar itu.

Sama ada Sultan Selangor akan menerima perletakan jawatan Khalid, bersetuju dengan pembubaran DUN yang dijangka banyak pihak akan disyorkan oleh Menteri Besar, menerima Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru, mahukan PR mengemukakan calon lain atau apa saja, semuanya dijangka akan diketahui dalam sehari dua ini.

Tetapi ketika semua orang begitu teruja dan dan tertunggu-tunggu apakah yang bakal terjadi di Selangor ini, Pas hari ini sekali lagi membuat pusingan U dalam isu Menteri Besar ini.

Dalam mesyuaratnya hari ini, Pas memutuskan untuk menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor dalam membuat keputusan, selain memaklumkan 13 Adunnya tidak akan menandatangani akaun bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru.

Jika diimbas daripada awal, Pas sebenarnya sudah beberapa kali membuat pusingan U.

Pada mulanya Pas mahu Khalid terus dikekalkan sebagai Menteri Besar dengan hujah tiada sebarang pengkhianatan kepada rakyat yang telah dilakukannya selama mentadbir Selangor sejak lebih enam tahun yang lalu. Rakan gabungannya, PKR dan DAP yang telah bersetuju dengan pertukaran Khalid mulai pening dengan pendirian Pas itu.

Apatah lagi, Pas juga kemudiannya menangguh-nangguhkan tarikh mesyuarat daripada 10 Ogos kepada 13 Ogos, selepas itu kepada 17 Ogos pula.

Ketika itu berbagai jangkaan muncul. Ada yang meramalkan Pas akan terus kekal dengan pendiriannya menyokong Khalid dan memungkinkan terbentuknya kerajaan perpaduan antara UMNO, Pas dan Khalid di Selangor. Yang lain pula menjangkakan Pas akan akur dengan semangat kebersamaan bersama PKR dan DAP dalam PR yang selama ini banyak memberi manfaat kepada parti itu.

Msyuarat Pas pada 17 Ogos itu akhirnya memutuskan untuk menolak Khalid dan menerima Dr Wan Azizah sebagai penggantinya bersama pilihan calon kedua iaitu Azmin Ali. Pas juga menyatakan ikrar untuk terus komited bersama PR melawan UMNO dan BN serta menyediakan pilihan kerajaan alternatif yang meyakinkan untuk rakyat.

Pendirian Pas itu pada umumnya diterima baik oleh semua pihak, walaupun mungkin agak mengecewakan bagi UMNO yang mengharapkan bibit-bibit perpecahan akan terus merekah dalam PR.

Apabila Azmin Ali kemudiannya menolak pencalonan kerana akur dengan keputusan partinya yang hanya mencalonkan Dr Wan Azizah, mesyuarat Majlis Pimpinan PR akhirnya akur untuk menerima dan mencalonkan Dr Wan Azizah sahaja sebagai calon tunggal bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Sosek-sosek kekecewaan sesetengah pihak dalam Pas jelas kedengaran selepas itu sehingga ada yang menggelarkan wakil Pas yang hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR itu sebagai “ayam daging” dan bukan lagi “ayam sabung” yang berani mempertahankan keputusan parti sendiri.

Walaupun Pas telah bersetuju menolak Khalid dan berikrar mahu kekal dalam PR, parti itu kemudiannya berdolak-dalik berhubung keperluan memberi sokongan secara hitam putih melalui akaun bersumpah kepada Dr Wan Azizah yang telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan PR pada petang 17 Ogos lalu dan memaklumkan perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat pada 25 Ogos.

Pas dalam mesyuaratnya hari ini, 25 Ogos akhirnya memutuskan tidak akan menandatangani akaun bersumpah itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor membuat keputusan.

Walaupun Dr Wan Azizah sudah mempunyai sokongan majoriti 30 Adun, keputusan Pas hari ini jika difahami seperti memberi maksud bahawa meskipun tetap menolak Khalid Ibrahim tetapi juga tidak menerima Dr Wan Azizah. Pas seperti tetap mahukan nama Azmin dalam pertimbangan Sultan sebagaimana yang dikehendaki sebelum ini atau barangkali juga Pas mengharapkan Adunnya pula dipilih menjadi Menteri Besar.

Daripada menyokong Khalid, kemudian menolaknya bermakna Pas sudah membuat sekali pusingan U sebelum ini. Menerima Dr Wan Azizah sebagai calon pilihan bersama Azmin Ali tetapi berdolak-dalik untuk menandatangani akuan bersumpah semata-mata kerana tiada nama Azmin dicalonkan sedangkan Azmin sendiri secara sukarela menolaknya, bolehlah pula dianggap sebagai perbuatan mencari-cari simpang untuk membuat pusingan U.

Apabila hari ini Pas membuat pendirian menyerahkan sepenuhnya kepada Sultan Selangor membuat keputusan sambil tidak mahu menandatangani akaun bersumpah, sahlah Pas membuat pusingan U sekali lagi.

Bukankah lebih mudah jika sejak awal lagi Pas berpendirian menyerahkan saja pengganti Khalid ini kepada kebijaksanaan Sultan Selangor tanpa perlu sekejap menyokong Khalid, sekejap yang lain menolaknya, sekejap tidak mahu Dr Wan Azizah, sekejap setuju Dr Wan Azizah dan akhirnya menyerahkan pula kepada pertimbangan Sultan Selangor.

Persefahaman dan pendirian dalam perjuangan seharusnya seperti kita membawa kereta. Apabila kita mula menghidupkan enjin kereta, kita mesti tahu ke mana tujuannya. Setelah tahu tujuannya, teruskanlah perjalanan itu sehingga sampai ke matlamat yang mahu dituju.

Tidak perlu menoleh-menoleh mencari simpang dan membuat banyak pusingan U sedangkan tempat yang hendak dituju tidak berapa jauh di depan mata. Jika kerap menoleh-noleh memandang simpang dan membuat pusingan U, bukan saja membuatkan penumpang tidak senang, malah juga melambatkan perjalanan.

Kiranya Pas sudah memutuskan untuk terus kekal bersama PR dan menjadi alternatif kepada UMNO dan BN terutamanya dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang, matlamat ke arah itu hendaklah kukuh dan muktamad. Tidak perlu ragu-ragu. Bagaimana Pas menyatakan ingin terus bersama PR tetapi enggan mematuhi keputusan mesyuarat PR sendiri.

Kekerapan membuat pusingan U bukan saja melambatkan perjalanan, malah juga berisiko terlibat dalam kemalangan yang akhirnya memungkinkan langsung tidak sampai ke destinasi yang mahu dituju. (SH 25/08/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

17
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymouslufang Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Aku dah kata puak serban besar ni takutkan sutang lbh dari takutkan Allah. Kalau serban besar berdoa " aku berserah pada mu ya Allah " tapi dalam isu MB Selangor serban besar pun berserah juga " aku berserah pada mu ya Sultang ". Memang puak ni bengong aka bodoh. Tak tau mengira dan tak faham erti demokrasi. Harapkan ilmu tauhid dan feqah saja hafal kat kepala. Kalau diterima fahaman puak serban besar ni, elok tak payahlah buat GE..serah saja semya kat Sutang. Depan Sutang pijak semut tak mampos, sopan menfalahkan anak dara sunti tapi dibelakang Sutang, depa ni lebih hebat… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Mat Sabu and Co. need to leave PAS behind and form a new party, and this new party needs to replace PAS in Pakatan. ASAP.

It is for both short and long terms.

It is also for the sake of Islam in Malaysia and Malaysia itself.

Let Hadi and Co. and PAS as a whole to get what it deserves…

Anonymous
Guest
Anonymous

Sorry ahhhh….semasa saya buat komen maklumat tak cukup. Pas tidak bolih disalahkan. Yang menjadi punca karut marut..dan caca murba ni ialah Hadi Awang.

Punyalah bengong. 30 orang dah nyatakan sokongan kepada Wan Azizah,,dia seorang yang mahu kan Azmin. Siapa Hadi Awang…dipolitik Selangor untuk menentukan siapa patut jadi MB Selangor? PR dah buat consensus bahawa Wan Azizah dicalonkan jadi MB, terima shj lahh.

Hadi Awang patut jaga trengganu dan ambil tahu dalam hal pentadbiran kerajaan Trengganu. Brapa banyak duit royalty telah disonglap dan disalahgunakan. Biarlah Adun Selangor menentukan siapa patut jadi MB mereka,.

Anonymous
Guest
Anonymous

Percaya atau tidak puak puak serban besar ini lebih takut kepada elit penguasa berbanding kepada Tuhan. Cakap mereka tak serupa bikin. Elit penguasa tahu sangat perihal pemimpin jenis ini dan lebih rela terima PAS berbanding PKR dan DAP. Bila elit penguasa buat silap puak serban besar tidak ada cukup keberanian menegur. Kalau si serban besar menjadi MB, elit penguasa tidak mungkin susah hati kerana serban besar sopan mereka cukup tinggi sehingga tidak berani membantah hanya kerana yang lakukan itu adalah elit penguasa. Perasaan hormat sangat keterlaluan dan melampau dan ridak ada kekuatan untuk menyanggah atau membantah sesuatu yang tidak betul.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Baru sekarang saya faham mengapa pati melayu tendang pati islam keluar dari gabungannya satu masa dulu. Rupa rupanya pati islam ini separuh saja islamnya, yang selebihnya dipenuhi karat kental. Tak munkin cat antirust power terkini boleh mencuci karat ini. Lepastu jaja sana jaja sini konon pati melayu tak mengenang budi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang tak sokong PKR semua tak betul, kote Anuar terang-terang sah bengkok tak ada pulak dia orang nak kesah.

Anonymous
Guest
Anonymous

U turn untuk selamatkan diri adalah lebih baik dari lurus bendul akhirnya diri merana dari sang gelojoh yang sibuk dengan agenda peribadi…orang berpedoman dengan ugama jauh pandangannya……..

Anonymous
Guest
Anonymous

apa2 hal yg menjadi mangsa Lee Chin Cheh…

Anonymous
Guest
Anonymous

Ingatkan najib sahaja yang Flip Flop tetapi PAS pun Flip Flop juga

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS dah terlebih minum air ketum ni..jalan pun dah gelong, sekejap buat U turn sana, pastu buat U turn sini, kemudian balik ke U turn sana..tak ada pendirian yg jelas..buang nama Islam dari nama parti, buat malu je org Islam satu dunia…

Anonymous
Guest
Anonymous

Syok aku tengok blogger ni..jilat abis…yer la pkr je la betul..org lain semua bodoh…tgk la pengkalan kubur nnti..masuk kubur la pkr…suruh s/u dia tanding situ..

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak perlu menuduh parti lain berfahaman sekular sedangkan parti PAS lebih teruk dari itu. Untuk melihat sejauh mana sekularnya parti PAS maka lihatlah komentar Nik Amar, Mohd Zuhdi dan menantu Tuan Presideng Din Ayam. Para pengundi yang beragama Islam tak perlu membezakan yang mana Islam dan sekular di negara ini kerana dari sifat dan pendirian para pemimpin mereka maka semuanya adalah parti berfahaman sekular dan sekarang ini PAS adalah di barisan paling hadapan (boss sekular).

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemimpin serban besar PAS tak pijak di bumi nyata, berpolitik seolah olah Malaysia ni Arab Saudi, Kuwait atau negeri Kelantan. Jenis pemimpin mathematik taugeh semasa SPM ni memang dangkal berstrategis. Tu lah antara sebab PAS pi mai pi mai dok tang tu juga wlu usia partI setanding UMNO. Klu bkn krn gabungan dlm PR hasil idea dan usaha kuat Anwar Ibrahim, sampau mampus pun PAS rak mungkin dapat bilangan kerusi baik DUN mahu pun parlimen sbyk sekarang. Puak serban besar dah naik perasan dan hidung tinggi dan ini antara sebab byk U Turn yg PAS buat. Pada saya selagi pimpinan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Buang masa je layan pas ni…pas parti perasan dia kuat. Join je BN ..tak menyusahkan orang lain.

lufang
Guest
lufang

Malam lain cekap , siang lain cekap lea aa , mana mau pegang loo oo ?.

Olang Bulayu cekap , siang cekap mesti mau pandang , malam cekap mesti mau dengar , hai ya Wa manyak pening sekalang semua cekap olang lain punya salah maa aa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Otak tatak butut punya mahhhh. Selupa budak kindergarten mahhhhh!!!!

lufang
Guest
lufang

Anon 18:58

Sikalang lu tengok itu kindergalan punya pikir lagi manyak baik loo oo.
Lu tengok itu Selangor punya hat , kindergalan punya bulak ,kalau lia olang bolih undi tentu tatak jadi hat itu macam maa aa.
Manyak susah loo sana kacau sini kacau mana senag cali makan itu macam ?.