Mahathir Janji Akan Terus ‘Menekan’ Najib

Sudah agak lama sebenarnya bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak menegur kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak. Mungkin disebabkan banyak isu-isu lain yang timbul seperti kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17 dan pertukaran Menteri Besar Selangor menyebabkan Mahathir tidak bersuara mengenai Najib.

Lantaran itu, barangkali ramai yang beranggapan bahawa Mahathir kini sudah mulai akur dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Najib. Tambahan pula dalam beberapa majlis berbuka puasa sebelum ini dirakamkan pula kemesraan antara kedua mereka itu.

Tetapi dalam tulisan terbaru Mahathir dalam blognya yang bertajuk “Menegur”, bekas Perdana Menteri itu jelas memberi isyarat bahawa akan terus menegur dan mengkritik kepimpinan Najib yang disifatkannya masih tiada perubahan dari segi dasar dan pendekatan.

Sambil mengimbas tindakannya menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman dan kritikannya kepada Abdullah Badawi sebelum ini, Mahathir tetap berpendapat bahawa jika seseorang pemimpin itu tidak ditegur, mereka barangkali tidak sedar dengan kesilapan yang dilakukannya.

Beliau juga membawakan dua kisah zaman silam bagaimana pengampu dan datuk-datuk yang kerjanya hanya mengampu dan mengiyakan saja semua perkataan dan perbuatan raja, akhirnya telah membawa malu kepada raja setelah disedari semua yang dilakukan selama ini adalah salah.

Dua kisah yang ditulis oleh Mahathir dalam blognya seperti menyindir Najib dan mereka yang dekat dengannya lantaran Mahathir mengetahui bahawa ada orang-orang tertentu telah menyampaikan kepada Najib bahawa beliau telah memburuk-burukkan pemerintahan Perdana Menteri.

Tidak menyangkal hakikat itu, malah Mahathir juga menyebut beberapa teguran yang pernah dilakukannya sebelum ini terhadap Najib serta alasan berbuat demikian.

Di akhir tulisannya, Mahathir menegaskan sekali lagi, “jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur” dan “bukan saya tidak sayang pemimpin tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.”

Tulisan yang dimuatkan dalam blognya serentak dengan mulanya Najib kembali bertugas setelah bercuti mewah selama lebih dua minggu di beberapa negara Eropah di sebalik meminta rakyat bersederhana dan turut berduka dengan tragedi MH17 sambil membatalkan jamuan Hari Rayanya, barangkali adalah perkhabaran buruk bagi Najib pada hari ini.

Selain terus berhadapan dengan serangan pembangkang dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kepimpinannya, isyarat jelas daripada Mahathir bahawa beliau akan terus menegur dan mengkritik Najib, barangkali juga turut tidak disenangi oleh para penasihat dan datuk-datuk yang berada di sekeliling Najib sekarang ini.

Sejak tragedi MH17 terutamanya, Najib agak terpisah daripada banyak kritikan kerana rakyat rata-rata bersimpati dengan tragedi yang berlaku itu. Tambahan pula, Najib turut menunjukkan beliau turut “lebih berakal” dalam menangani sesuatu musibah berbanding MH370 sebelumnya.

Tetapi apabila kelibatnya menghilang lebih dua minggu di sebalik perbagai kemelut dalam negara dan kemudian didapati bercuti mewah di beberapa bandar Eropah bersama jutawan playboy Hollywood, Taek Jho Low dan bekas Perdana Menteri Qatar, reputasi sebenar Najib mulai tercalar dan diperkatakan. Lebih-lebih lagi dalam sebuah kunjungannya ke Sardinia, Itali, turut juga bersamanya ialah sekumpulan besar ahli perniagaan Cina.

Dengan isyarat jelas daripada Mahathir yang masih mempunyai pengaruh dalam UMNO dan masyarakat bahawa beliau akan terus menegur walaupun akhirnya tinggal keseorangan, Najib sebenarnya masih jauh dari selesa dalam memimpin negara ini.

Walaupun tidak diketahui sampai ke mana teguran Mahathir ini atau apa kesudahannya nanti, ditambah dengan PR yang kembali kukuh setelah menyelesaikan isu pertukaran Menteri Besar Selangor dengan jayanya, masa depan Najib sebenarnya masih lagi tidak menentu sambil serangan daripada luar dan dalam UMNO akan berterusan tanpa titik nokhtahnya. (SH 18/08/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

6
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousSaadun Sulaiman Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan Shahbudin, Walaupun saya tidak berkenan pada Mahathir, begitu juga pada Najib.Dua-dua lebih kurang sama dari parti yang rosak!Tetapi yang saya telah buat telahan pada Khalid Ibrahim,keputusannya menunjukkan yang ia adalah betul.Khalid sudah kena sembelih.Begitu juga halnya yang akan berlaku pada Najib.Secara ringkasnya kenyataan Mahathir yang mengatakan "Najib perosak kaum, ekonomi dan kewangan negara adalah sangat tepat,malah sepatutnya Mahathir tegur sebelum pada PRU 13 lagi.Tapi ia ditangguh bagi melihat gelagat najib yang bersifat terlampau.Najib ingat semua boleh dibeli dengan wang dan merasuah sana sini.Dari teguran Mahathir, disinilah lahir ilmu simiotik.Apa maknanya.Maknanya najib akan diterajang bila-bila masa saja.Paling lama Najib boleh… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Mungkin ada betul pendapat tuan . Tapi kita kena ingat al jibby ni ada kuasa besar dibelakang . Lihat saja gelagat al jibby bila obama datang ke malaysia baru2 ni. Al jibby macam tikus. Obama will make sure al jibby will remain pm. This is because obama is having al jibby by the balls. With excess baggage like bic mama , aljibby is helpless. Al kutty pun dua kali lima. Nampak sahaja anti amerika tapi di sebaliknya jilat bontot amerika dan yahudi. Itu le nasib melayu hari ini. Dipetkotak katik oleh pemimpin melayu senditi dan mamak merala. Kesian.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mahathir tulis dalam blog
"Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Dengan izin, saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini. "sayangkan pemimpin tegur-tegurkan".

Tapi zaman dia memerintah 22 tahun….. sesiapa yang berani tegur pemimpin, polis, SPRM akan kerja lebih masa geledah rumah orang yang menegur pemimpin. Berani lawan akan difitnah dan dipenjarakan.

Orang yang paling berani menegur pemimpin adalah Anwar Ibrahim…. bagaimana kamu layan dia sehingga sekarang ?

Alai Mahathir….. Kamu yang siapkan sistem dan formula seperti itu maka seperti itulah juga ia bergerak kenapa nak salah kan Najib..?

Anonymous
Guest
Anonymous

Tektik dia utk menarik perhatian najib. Bagi duit utk proton senyap la dia…kalau dia betul2 tak mau najib dah lama gone! Makin tua makin suka dimanja dan hendak perhatian lebih

Anonymous
Guest
Anonymous

Sah dah mamak kutty menggunakan kaedah yahudi dalam melanyak bajib. Ha ha ha

Saadun Sulaiman
Guest
Saadun Sulaiman

Bukan kah Mahathir sendiri yang beriya iya nak kan Najib menganti kan tempat Pak Lah. Orang suruhan nya Mahyuddin Yassin menjaja keburukan Pak Lah di sana sini. Teguran nya yang jelas di lakukan di Singapura.

Mengapa kini baru timbul dengan meneggur peranggai Najib yang tidak di sukai nya? dan mengapa tidak di pereksa siapa yang mengendalikan "REMOT" untuk menjadikan Najib sekian rupa?

Buat Mahathir elok lah toleh kebelakang dan lihat lah bahawa apa yang kamu semai dahulu itu lah yang kamu tuai sekarang.