Jika Benar Khalid Kasihkan Sultan Selangor, Inilah Masa Membuktikannya

Mesyuarat Pas hari ini telah membuat keputusan paling rasional dalam menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor. Meskipun pendiriannya sebelum ini dipertikaikan banyak pihak sehingga menimbulkan banyak kekalutan, Pas akhirnya sedar pentingnya untuk mengekalkan PR sebagai wadah alternatif kepada rakyat dalam membuat piilihan bagi mentadbir negara ini.

Pengundi yang telah memberikan sokongan 52 peratus undi popular kepada PR dalam pilihanraya umum lalu tentunya lega dengan perkhabaran Pas ingin terus kekal dalam PR kerana jika terbukti gabungan itu boleh menjanjikan lebih banyak kebaikan, sementara BN kekal tidak berubah sepertimana sekarang, mereka hanya perlukan sedikit iltizam dan kekuatan saja lagi untuk memastikan PR pula menjadi pengganti kepada BN.

Keputusan Pas untuk terus kekal bersama PR, menolak Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, menyetujui Dr Wan Azizah Wan Ismail beserta Azmin Ali sebagai pengganti yang harus ditonjolkan oleh PKR, tentunya dalam lingkungan memikirkan kehendak rakyat yang masih dahagakan perubahan.

Keputsan lain yang dicapai dalam mesyuarat Pas hari ini ialah parti itu tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor serta mengekalkan empat Exconya terus berada dalam kerajaan negeri.

Dengan keputusan Pas hari ini, Khalid Ibrahim sudah tidak mempunyai asas untuk bertahan lagi. Setelah Dr Wan Azizah sebelum ini membuktikan sokongan 30 Adun terhadapnya, Khalid masih cuba berdalih dengan menyatakan sokongan itu harus pula diterjemahkan dalam Dewan Undangan Negeri melalui usul undi tidak percaya terhadapnya, kini semuanya sudah nyata.

Apabila Pas sudah membuat keputusan secara rasmi menolak Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, undi menolaknya kini sudah meningkat kepada 43 Adun. Khalid yang menjadi wakil Bebas kini hanya disokong oleh 12 Adun UMNO saja.

Lebih menyedihkan Khalid, empat Exco yang masih kekal dalam pentadbirannya juga secara prinsipnya turut menyetujuinya pertukarannya. Beradanya mereka kekal sebagai Exco hanyalah semata-mata untuk memastikan kerajaan negeri tidak tumbang begitu saja sehingga peralihan dilakukan.

Walaupun Khalid dilaporan menerima keputusan Pas ini dan akan mengadap Sultan Selangor untuk meminta nasihat baginda berhubung kedudukannya, jalan terbaik yang harus diambil oleh Khalid ialah mengundurkan diri secara terhormat. Keputusan Pas ini tidak memberi pilihan lain selain harus mulai mengemas bilik pejabatnya serta segera menyediakan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Tidak perlu lagi Khalid meminta nasihat daripada Sultan mengenai kedudukannya, sebaliknya jika benar beliau seorang yang taat, patuh serta kasih kepada Sultan, inilah masanya untuk beliau tidak menyulitkan lagi keadaan. Dengan menghantar surat perletakan jawatan, secara tidak langsung beliau telah memudahkan Sultan membuat keputusan yang seterusnya.

Oleh kerana sudah menjadi sangat minoriti, tentulah perletakan jawatan beliau itu mudah diterima oleh Sultan Selangor. Lagi pun tiada asas untuk Sultan mahu terus mengekalkan Khalid yang hanya mempunyai sokongan 12 Adun berbanding yang sah menolaknya sebanyak 43 Adun. Sultan sudah boleh mencontohi apa yang berlaku di Perak pada 2009 dengan menerima pihak yang mempunyai majoriti menubuhkan kerajaan dan melantik Menteri Besar yang baru.

Selepas itu, biarlah Sultan menentukan siapakah pilihan baginda. Meskipun Azmin turut dicalonkan tetapi demi kepentingan parti dan akur dengan pilihan PKR yang hanya mencalonkan Dr Wan Azizah, beliau sedia mengundur diri. Sama ada Sultan menerima pilihan tunggal PR ini ataupun mahukan calon lain tetapi yang penting ruang untuk Khalid sudah pun tertutup.

Melalui keputusan Pas hari ini, Khalid juga dianggap tidak waras jika mahu mencadangkan pembubaran DUN bagi diadakan pilihanraya peringkat negeri. Jika beliau bertindak demikian, bermakna terbazirlah wang rakyat sebanyak RM50 juta untuk menguruskan pilihanraya dan Khalidlah yang harus dipersalahkan sepenuhnya atas pembaziran itu.

Lagi pula jika diadakan pilihanraya negeri, bukan saja Khalid belum tentu menang di mana-mana kerusi yang ditandinginya, bahkan wadah parti yang mahu menerimanya pun belum pasti lagi. Walaupun UMNO menyokongnya ketika ini tetapi belum tentu UMNO bersedia membenarkannya bertanding menggunakan logo BN.

Jika Khalid mengadu kepada UMNO pun untuk meminta pandangan sama ada wajar dibubarkan DUN atau tidak, Najib yang dalam perjalanan pulang daripada bercuti di beberapa bandar di Eropah dengan sekumpulan ahli perniagaan Cina juga pastinya menolak idea diadakan pilihanraya ini kerana UMNO Selangor bukan saja tidak bersedia untuk bertempur semula setelah kalah teruk dalam pilihanraya lalu, bahkan pemimpin yang berwibawa pun boleh dikira tiada ketika ini.

Ramai yang berpendapat jika Noh Omar yang mengetuai BN dalam pilihanraya, belum bertanding pun sudah boleh dijangka kalahnya.

Untuk sementara ini, UMNO ternampak lebih senang membiarkan dulu Selangor ditadbir oleh PR sehingga pilihanraya akan datang dan ketika itu barulah semangatnya sudah dianggap semakin pulih dan calon-calon baru pula lebih mudah ditonjolkan.

Blog ini pernah menasihatkan Khalid agar berundur secara baik sebelum menjadi kupang tembaga kerana yakin sokongan Pas kepadanya hanyalah sementara dan tidak kekal. Walaupun Haji Hadi pernah mahu beliau dikekalkan tetapi antara Khalid seorang dengan kedudukan Pas dalam PR serta masa depannya yang lebih cerah jika terus bergabung bersama PKR dan DAP, sudah tentulah yang kedua itu menjadi pilihan Pas.

Namun kini dengan keputusan rasmi Pas menolaknya, Khalid sudah sah menjadi kupang tembaga. Beliau sudah tidak berharga lagi mulai hari ini. Jika ingin terus juga melawan, lebih dihina dan membusuk lagi namanya. Tetapi dengan segera mengemukakan surat perletakan jawatan, sekurang-kurangnya beliau dapat memelihara namanya daripada terus dikecam dan dihina. (SH 17/08/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

7
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymoustebing tinggiayba Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Ini bukan soal Khalid taat setia atau saying kepada sesiapa. Ini soal asas amalan 'parliamentary democracy'. Apabila PM?MB tidak lagi mendapat kepercayaan majority, dia perlu meletakkan jawatan dan sultan mengikut perlembagaan dan amalan parliamentary democracy melantik seorang Adun yang mendapat kepercayaan majority. 30 Adun telah menyokong Wan Azizah. Pas pula buat keputusan menyokong Wan Azizah atau Azmin. Azmin menarik diri. Jadi sudah 43 Adun menyokong Wan Azizah berbanding Khalid. Khalid patut meletakan jawatan dan menyerahkna jawatan MB kepada Wan Azizah. Selepas itu pemecatan Khalid patut ditarik balik dan dia diterima sebagai ahli PKR untuk memainkan peranan yg sesuai dengan kebolihannya.… Read more »

tebing tinggi
Guest
tebing tinggi

Sekarang beban terletak diatas bahu HRH Sultan Selangor.

Lim Kit siang menulis dalam blog nya ,"Kajang move is ready for Shah Alam" ,a good move by DAP and PKR who inspired the move.

Majlis tertingi PR telah menolak pencalonan Azmin , dengan kata lain memberi kata dua kapada Sultan Selangor .

Anonymous
Guest
Anonymous

Pkr yg cepat no melatah. kutuk2 pas lebih2… agak2 mb baru nanti tak boleh buat kerja utk rakyat nanti. jgn malu2 pulak letak jawatan k. buang karen jer.

Anonymous
Guest
Anonymous

Semua rakyat rasa lega dengan kemajuan yang di capai sepanjang hari ini.Syabas PR.Bersatu teguh bercerai Roboh.

Anonymous
Guest
Anonymous

Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…

Anonymous
Guest
Anonymous

Syukur alhamdulillah mari kita bekerja untuk rakyat.

ayba
Guest
ayba

Sifat manusia, susah melepaskan kuasa kerana kuasa adalah 'pintu' kepada habuan dunia….