Keberanian Dua Adun Pas Selangor Harus Dipuji

Langkah Kajang semakin hampir menjadi kenyataan. Ia hanya bergantung kepada faktor masa saja lagi. Dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah membuktikan beliau ketika ini mempunyai sokongan 30 daripada 56 Adun, majoriti nyata sudah berpihak kepada Presiden PKR itu untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Selangor.

Kejayaan Dr Wan Azizah membuktikan beliau sudah mempunyai sokongan majoriti, termasuk melalui dua Adun Pas iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin, selain sokongan 15 Adun DAP serta 13 Adun PKR sedia ada, bukan saja menunjukkan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor ini sudah berada di penghujungnya, bahkan juga menjadikan keputusan mesyuarat Pas pada 17 Ogos nanti sudah tidak bermakna lagi.

Harapan Pas dengan menangguhkan mesyuaratnya sebanyak dua kali untuk menjadikan ia mempunyai kuasa tawar menawar, boleh menunjuk kuasa dan dilihat penting dalam mengakhiri krisis, sudah menjadi sia-sia saja ketika ini. Pas juga sudah tidak berupaya lagi menolak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Sama ada Pas terus menyokong Khalid atau akur dengan kesepakatan dalam PR yang telah terbentuk sejak sekian lama, semuanya sudah tidak bernilai lagi. Mesyuarat Pas pada 17 nanti, jika ia berpendirian menyokong pertukaran Khalid dan akur dengan kedudukannya sebagai rakan gabungan dalam PR, hanya sekadar “rubber stamp” kepada sokongan Shaari dan Hasnul kepada Dr Wan Azizah.

Kiranya pada 17 Ogos nanti, Pas terus menyokong Khalid, ia juga tidak mampu mempertahankan kedudukan kerajaan empat Exco yang sedang dipimpinnya.

Keberanian Shaari dan Hasnul menyatakan pendirian lebih awal daripada partinya sendiri, bukan saja seharusnya dipuji kerana menjadikan drama yang sudah lama berlarutan ini berakhir dengan “happy ending” sebagaimana yang diharapkan oleh banyak pihak, tetapi juga dapat membersihkan nama baik Pas daripada terus menjadi ejekan serta cemuhan ramai berikutan kelewatannya membuat keputusan itu.

Bayangkan, jika terpaksa menunggu sehingga 17 Ogos untuk Pas menyatakan pendiriannya, tentulah dalam masa yang sama juga menyebabkan parti itu terus dipertikaikan dan terdedah kepada bermacam-macam spekulasi. Ia akan menjadikan imej Pas begitu teruk di pandangan umum, selain mula berpecah antara kumpulan ulama dan profesional.

Tetapi dengan keberanian dua Adun ini, semuanya telah berakhir. Nama Pas telah dapat dibersihkan dan dapat menyekat Khalid Ibrahim daripada terus bertindak sesuka hatinya. Walaupun Khalid masih Menteri Besar ketika ini, tetapi semua keputusan dan tindakannya selepas ini sudah tidak berwibawa lagi. Kerajaan Khalid sudah menjadi kerajaan minoriti dan hanya orang yang berkulit tebal serta tiada perasaan malu saja sanggup terus bertahan dengan keadaan seperti ini.

Shaari dan Hasnul bukan saja tidak perlu keluar Pas berikutan tindakannya ini, bahkan Pas juga tidak seharusnya mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka. Mereka adalah penyelamat maruah Pas dan harus diiktiraf peranan serta keberaniannya.

Mereka berdua juga menyelamatkan PR untuk terus kekal dianggotai oleh tiga parti utama iaitu Pas, PKR dan DAP serta dapat memainkan peranan yang sewajarnya sebagai pembangkang yang berkesan dan terus menjadi alternatif dalam pilihanraya akan datang.

Dalam masa yang sama, kenyataan Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor sebelum ini beliau masih mempunyai sokongan majoriti, dengan sendirinya sudah terbatal. Meskipun Khalid cuba bersilat lagi dengan mencabar agar pengakuan sokongan majoriti itu diterjemahkan dalam Dewan Undangan Negeri melalui usul tidak percaya terhadapnya, dari segi pandangan umum mengesahkan bahawa kelayakan moral untuk beliau terus bertahan sudah pun hancur berkecai.

Talian hayat kerajaan empat Exco yang dipimpin oleh Khalid hanya bergantung kepada faktor masa saja. Oleh kerana Sultan Selangor ketika ini berada di luar negara dan hanya akan kembali ke tanahair pada 23 Ogos, pilihan Khalid semakin terbatas sekarang ini.

Jika sebaik kembalinya Sultan Selangor daripada luar negara lalu Khalid mengadap baginda dan memohon diadakan sidang khas DUN, semuanya pasti terjawab ketika itu.

Jika 30 Adun terus kekal bersama Dr Wan Azizah, terpelantinglah Khalid. Itu belum dikira lagi jika Pas juga membuat keputusan pada 17 Ogos nanti turut menolak kepimpinan Khalid. Jika diadakan undian, Khalid yang kini Adun Bebas hanyalah mendapat 12 undi daripada Adun UMNO saja.

Tetapi difahamkan juga Khalid mempunyai tempoh sehingga November untuk menangguhkan sidang DUN. Kalau itu pilihannya, bolehlah beliau mengelakkan undi tidak percaya sehingga November serta bolehlah terus berdondang-sayang dengan jawatan Menteri Besarnya lebih lama lagi.

Jika Khalid bermaruah dan akur dengan kehilangan majoritinya, sekembalinya Sultan Selangor daripada luar negara ini pastilah beliau akan mengemukakan surat perletakan jawatannya. Ia akan membolehkan pentadbiran kerajaan negeri kembali kepada PR sebagaimana mandat rakyat dalam pilihanraya umum lalu.

Namun sekiranya Khalid tidak puas hati, beliau juga boleh memohon kepada Sultan Selangor untuk membubarkan DUN bagi diadakan suatu pilihanraya negeri. Kiranya diadakan pilihanraya negeri dan kerajaan, menurut SPR terpaksa membelanjakan RM50 juta bagi kos pilihanraya, beban kesalahan sehingga menyebabkan duit rakyat terbazir begitu saja adalah disebabkan kedegilan Khalid yang enggan akur dengan kehilangan kerusi empuknya.

Segala-galanya kini terserah kepada Khalid membuat keputusan. Kecuali jika dalam tempoh sehingga 23 Ogos ini atau selewat-lewatnya sehingga November depan, beliau dapat melakukan misi yang sangat sukar iaitu menterbalikkan semula sokongan majoriti Adun kepadanya daripada yang sudah diperolehi oleh Dr Wan Azizah, hayat politik Khalid sudah boleh dikira berakhir hari ini.

14 Ogos adalah titik penamat moral politiknya.

Tahniah dan sekalung pujian kepada Shaari dan Hasnul kerana bertindak berani mengakhirinya lebih awal daripada yang dijangkakan. (SH 14/08/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

43
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymouskluangmanbat8Wayne1Crony Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

macai pkr emosional.. sume orang salah, DSAI je betul.. kah kahkah.

Anonymous
Guest
Anonymous

DSAI telah difitnah sehebat-hebatnya dan dipenjarakan. Perjuangan DSAI adalah terlalu tinggi setanding dengan beberapa pemimpin dunia Islam yang dipenjarakan atas sebab fitnah. Persoalannya…Mengapa ahli PAS yang kurang membaca dan otak kemetot terlalu anti kepada Anwar? Mungkin mereka pernah terlihat dan ternampak bahawa Anwar sedang meliwat isteri atau adik/kakak perempuan mereka kot? Kalau itu sebabnya, aku pun akan jadi macai (tak ada otak) PAS sekarang juga…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Puak yang mempertahankan Khalid, adalah mereka yang TIDAK SUKAKAN kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin PKR dan juga pemimpin yang disebut sebagai perdana menteri dalam penantian. Dalam kata mudah mereka tidak mahu Anwar memimpin PKR dan juga menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat. Sebab musababnya ialah kerana mereka tidak boleh menerima Anwar kerana moralnya. Dalam kata terus terang, mereka mempercayai segala tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar yang dipersembahkan oleh Umno khasnya mengenai liwat. Orang yang waruk tidak dapat menerima Anwar? Tuduhan yang setengahnya fitnah mentah-mentah diacarakan Umno ditelan bulat-bulat oleh pemimpin Pas. Apabila pihak KDN menayangkan video sulit Anwar kepada mereka (sesetengahnya) mereka terus… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

setuju dengan tuan

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekiranya Wan Azizah jadi MB, Selangor dibawah cengkaman DAP. Melayu diSelangor akan rugi. Yang untung PEMIMPIN2 PKR, orang2 Cina dan Christianity.

Melayu dapat habuk. Antara yang kaya nanti orang Melayu kroni Anwar termasuk Rafizi Lembu, Azmin icecream, Nurul, dua ekor Adun PAS yang dan mereka2 yang sewaktu dengannya.

Bye-bye Melayu Selangor. Selangor Cina DAP punya. Tengok nanti jadi macam Penang.

Sekarang Allah turunkan bala pada Selangor. Allah bayar cash.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa yang ditulis itu adalah Persepsi bodoh.

PKR dan DAP adalah gabongan mencipta kuasa politik. Kedua-duanya mempunyai manifesto yang serupa. Mereka mesti berkerjasama memberi kebaikan pada rakyat dan parti masing-masing.

Di Penang melayu PAS bersekongkol dengan UMNO Baru itu sebab tak dapat sokongan.

Di Selangor PAS dapat sokongan tapi mempermainkan rakan gabongan Pakatan Rakyat. PKR DAP perlukan jawapan segera untuk hadapi permainan Adun bebas tapi PAS melengah-lengahkan masa.

Itulah perangai PAS tak sedar diri dan bongkak bila dia dihormati.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemimpin pas ni memang taik kucing. Sokong lah kak wan dulu. Kamudian kalau istana tolak, itu bab lain. Tunjoklah solidariti dulu bahawa semua ahli PR sokong kak wan….atau malu nak bagi tahu yg pas nak jawatan MB

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas memang parti bodoh!

Anonymous
Guest
Anonymous

Contoh jelas kemunafikan penulis dan penyokong-penyokong PR (baca: Anwar Ibrahim). Time Khalid Ibrahim tak dengar cakap parti, kau orang balun dia habis-habis. Bila dua ekor ADUN budak-budak JIM ni buat keputusan sendiri tanpa menghiraukan hakikat bahawa PAS belum membuat ketetapan, kau orang puji macam nak gila. Patutlah Pakatan Rakyat bercelaru…rupa-rupanya di dalamnya sarat dengan manusa-manusia yang tak mengenal erti dosa pahala. Samalah macam En Shahbuddin ni yang mencari makan dengan cara menjadi BATU API. Kesian anak bini dia…

Anonymous
Guest
Anonymous

eh apsal plak…2 Adun ni ikut nasihat tok guru nik aziz, tak mahu kerjasama dgn umno – tu aje. sebab PAS pusat lembab sgt nak buat ketetapan dah tak pasal dah kerjasama bentuk kerajaan khalid kat selangor. iyelah, khalid sbg mb skrg ni sebab adun umno dgn adun pas yg blm buat ketetapan. jadi depa buatle sesuatu utk kekalkan PR. lembab sgt puak2 ni nak buat meeting, payah sgt.. bile 2 adun ni declare, boleh plak buat meeting mlm tadi. yg celaru hanyalah puak2 tertentu dlm pas. ape ingat layan angau2 kerjasama dgn umno atas sifat agama & bangsa korang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Zuhdi punya hal yg tambahkan kekusutan

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam politik tidak boleh terlalu yakin….silap haribulan 30 votes boleh jatuh jadi 25 shj…TSKI NI orang yg bijak dan penuh strategi…team TSKI la ni tengah planning dan akan laksanakan plan b..c..d..e…smpi z….perbanyaklah solat hajat….zuhdi pun katanya minta DSAI bersara dr politik…

Anonymous
Guest
Anonymous

Zuhdi tu Dr. lembu.Manusia rasis bertopengkan islam.kenapa dia tak join umno.Sebab dia memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi.Dalam islam perkauman boleh belahlah!

Anonymous
Guest
Anonymous

Lembu-lembu pun dia tu doktor. Kau? Tengok dengan cara komen, kalau ada degree pun mungkin beli…Bodoh azalinya nampak sangat.

Anonymous
Guest
Anonymous

kalau aku boleh beli sijil,maknanya Zuhdi juga boleh beli.Cara dia berpakat nak sokong Khalid,menunjukkan dia memang Dr. lembu cap kangkung,macam PM kangkung.PM tiada sijil.PM boneka!PM takut bini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku setuju. Kalau kau boleh beli sijil maknanya kau juga BOLEH DIBELI dengan mudah oleh Anwar Ibrahim. Hanya orang yang kebodohannya telah sampai tahap maksimum dan ditutup oleh Allah akan pintu hatinya sahaja sanggup berpemimpinkan manusia munafik macam dia. Tapi tak apalah, teruskan sokongan itu kerana lambat atau cepat, PR akhirnya akan berpecah dan PKR akan menjadi melukut sebelum perlahan-lahan terkubur….

Anonymous
Guest
Anonymous

Kau jangan nak tunjuk baguih la,setakat jadi barua umnongok,rugi ibu kau lahirkan kat dunia ni.Kau ingat kau boleh hukum orang lain dengan hujah kau.kau pun belum selamat didepan Tuhan kau.Jangan menghukum orang lain,kau bukan nabi!

kluangman
Guest
kluangman

UJI KUALITI ANDA?
Apabila Khalid tidak patuh arahan parti – keji
Apabila 2 ADUN PAS tidak patuh arahan parti – puji
Bagaimana pula kalau tiba-tiba…
2 ADUN UMNO sokong Khalid – keji/puji (?)
2 ADUN UMNO sokong Azizah – keji/puji (?)

Anonymous
Guest
Anonymous

alahai… mane ade,
itu 2 ADUN PAS mane ade tak patuh arahan parti… itu pendapat pribadilah… PAs belum buat arahan, belum 17hb lagi dah. Arahan parti akan kuar 17hb-ada paham?

Anonymous
Guest
Anonymous

Umno takkan sokong sesiapa.Umno hanya sokong Ringgit Malaysia.Sokongan Umno tiada nilai.Sokongan taik lembu ada lah!Jawapannya:

umno sokong Khalid-keji
Umno sokong Azizh-keji

Sokongan umno tiada nilai.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekeji-keji manusia adalah orang yang sanggup berketuakan BAPAK segala pembohong dan penipu….Anwar Ibrahim.

Kesian kau orang, bodoh yang dibawa dari dalam perut emak tu eloklah dibuang….

Anonymous
Guest
Anonymous

Mahathir pun pembohong juga.mamak mengaku melayu.Keling boleh jadi PM,melayu tak boleh jadi MB.Pi maposla.Najib pembohong kau suka.Isteri dia yang memerintah najib jadi barua,boleh pulak.kau memang lembu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kesian kau anon 09.10. Macam orang sakit otak jer… dulu sekolah sampai darjah berapa? Mesti tak lepas tingkatan tiga ni…

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya harap tahu banyak bukan Melayu mengundi PAS kerana kita percaya PAS adalah parti yang tidak main isu perkauman. Parti yang ingin menolong semua rakyat Malaysia. Oleh sebab kita percaya PAS (Melayu) dan tidak percaya MCA (Cina). Boleh tak kami percaya PAS lagi?

Salam

Wayne
Guest
Wayne

Replacing MB not like changing village chief,says PAS over decision delay.Salahuddin also assured DAP and PKR that the party remained committed to fighting corruption, cronyism, and nepotism in the country. "So, please, don't question our commitment. We were there when you were sleeping." yeah right.while PKR,DAP of PR was sleeping every night,pas go out quietly to umngok to have sex for themself.like a husband who cheat on his married wife or a wife cheated on his married husband.no wonder pas cant retain terengganu,perak and kedah.now they want us to lost selangor too?get out get lost from pr pas.you wont get… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dua YB Pas yang berani telah membawa rakyat Selangor keluar dari kemelut, kalut dan kusut. TAHNIAH.

4 EXCO Pas yang menyakitkan mata dan hati penyokong PR Selangor apabila tergamak mereka bergambar berpegang tangan mesra dengan TSKI semalam akan kami ajar secukupnya pada PRU akan datang. Awas kamu berempat!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

aku memang tak berapa nak setuju klau Dr Wan Azizah jd MB….tp aku lagi meluat dgn puak UG ni…..Syabas YB Shaari & YB Hasnul

Anonymous
Guest
Anonymous

Nampaknya PAS tak belajar dari episod Kedah.Akibat Presidennya dunggu lambat bertindak,Azizan bungkus,sebab kena tunggu Presiden.Lebih baik letak jawatan sajalah.Saari dan Hasnol patut dipuji kerana berani dan ini memudahkan semula pentadbiran kerajaan negeri yang terganngu akibat tindakan bodoh si Khalid yang pendek akal. Presiden Pas juga tidak berbuat apa-apa bila Mat Said dah hilang majoriti di Terengganu pada 13hb Mei lalu juga mencalarkan PAS dimata rakyat sehingga musuh sempat rasuah merasuah mat Said.Akibatnya PAS terlepas pula nak rampas Terengganu. Jadi apa pun kita berharap tiada lagi pembelot macam Khalid yang sanggup tidur sekatil dengan musuh agar kepentingan peribadinya tercapai.PR tak perlu… Read more »

rospercha
Guest
rospercha

yb saari dan yb hasnul adalah contoh pemimpin yang terbaik..kematangan yb berdua telah menyelamatkan maruah pemimpin islam yang lain..

Wayne
Guest
Wayne

calm down no need for snap polls.khalid bastard think he still in total control wth ghost majority is like umngok who think they can rule this country until kiamat.GO GO MU.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahniah,dua insan mulia yang tak mahu bersekongkol dengan kemungkaran, dengan amanah yang di berikan oleh rakyat.Ini contoh pejuang islam yang sebenar.Bukan yang masih tunggu 17hb.untuk habuan dunia yang bersifat sementara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Komentar yg padat dan tepat.Itu sebab saya amat suka membaca komentar sdr.
Kudos to both YB Shaari dan YB Hasnul. You are the real gentlemen !!. Dont worry if PAS sacks you both of you can join PKR anytime. Yg penting niat berjuang hanya kerana Allah swt.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anwar mahu isterinya sbg MB kerana Allah swt..?? yg penting niat berjuang hanya kerana Allah swt..

1Crony
Guest
1Crony

Azizah pernah berjuang sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen ketika Anwar dipenjarakan. Tak ramai yang berkebolehan dan tabah seperti beliau apalagi tanpa suami disisi dan anak-anak yang masih kecil dan belum mengenal erti kehidupan berpolitik. Tambahan pula ketua kerajaan ketika itu Tun Mahathir (anon 21:23 masih berhingus ketika itu atau pun mungkin masih telanjang menhisap puting). Apa salahnya wanita tersebut sebagai MB? Sedangkan Rosmah yang tiada sebarang jawatan pun jauh lebih berkuasa dari isterinya Abang Jib? Bukankah yang sepatutnya kita percayai adalah isteri kita sekiranya sahabat-sahabat yang disekiling kita tak henti-henti mehu mengkhianati kita? Kalau melantik Azmin pun 2 x 5… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya sokong usul menggantikan khalid. Tapi statement penulis diatas saya ni perlu diralat. Wan azizah tak pernah jadi ketua pembangkang waktu anwar dipenjara. Anwar dipenjara setelah dipecat dari jawatan tpm dari tahun 1998 hingga 2004. Pada sesi persidangan parlimen tahun 1999 hingga 2003, Almarhum dato fadzil noor dipilih dikalangan anggota parlimen opposisi menjadi ketua pembangkang. Sebelum tamat sesi parlimen penggal itu, Almarhum kembali ke rahmatullah. Jawatan ketua pembangkang kemudianny dipangku oleh hadi awang. Pilihanraya ukuk 2003, bn menang besar . Imej paklah yg bersih dan baik yg baru sahaja menggantikan mahathir mendapat sokongan besar kerana janjinya mahu buat perubahan. Kerusi… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Cerdik ? Maruah hancur !

Anonymous
Guest
Anonymous

Sokong Khalid ADUN Bebas, mempermainkan rakan dalam gabongan maruah lebih mulia ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Maruah hancor? 4 Exco Pas tu lagi tak de maruah. Bagi jawatan MB tu…Khalid berkelakuan macam monyet dapat cincin. Tuan punya cincin nak balik sebab tak mahu bela 'monyet' yang menyusahkan , Khalid tak mahu bagi. 4 (ekor) Exco Pas tu bolih duduk dengan 'monyet' ni dan pegang tangan menyokong Khalid yang telah dipecat olih PKR dan tidak juga disokong olih DAP. Kedua2 parti ni adalah rakan2 Pas dalam PR. Apa punya jenis manusia?..

Ustaz Khairul
Guest
Ustaz Khairul

Nampaknya 2 adun pas lebih cerdik drp presiden

Anonymous
Guest
Anonymous

Nampaknya PKR/DAP dan 2 Adun Pas itu kurang yakin dengan keputusan mesyuarat Pas 17 Ogos ini yang dipengerusi olih Hadi yang menyokong Khalid. Itu sebab cepat2 istihar Wan Azizah telah mendapat sokongan majority. Aku percaya tindanikan 2 Adun itu disokong olih kebanyakan pemimpin Pas yang tidaki senang dengan sokongan Hadi terhadpa Khalid.

Hadi sokong Khalid sebelum mesyuarat..2 Adun sokong Wan Azizah sebelum mesyuarat. Seri lahhh. Kalau Pas nak siasat, kena siasat tiga2 sekali,

bat8
Guest
bat8

Cantik cadangan tuan…nak siasat, siasat ketiga-tiga sekali. Melainkan PAS dah mengamal sistem kasta macam MIC dan kat India. Presiden boleh buat ikut kepala dia je. Tak perlu ikut peraturan parti.

Ahli kena ikut peraturan. Lagi teruk, ahli wajib kena wala membabi buta kat pemimpin tak kira pemimpin ikut peraturan parti ke tidak. Pemimpin bertindak untuk kepentingan parti atai nak menjahanamkan parti.

Anonymous
Guest
Anonymous

betul tu siasat ketiga-tiga tapi ikut turutan, yg first buat statement pribadi tu dulu… pastu alang2, setiausaha yg asyik tangguh meeting sampai ke 17hb, amenda lah…

ade masa gelojoh tak tentu hala
ade masa plak lembab tak hingat

tahniah pada 2 adun yg cakap serupa bikin

Anonymous
Guest
Anonymous

tahniah utk 2 ADUN Pas kerana berani atas kebenaran dan juga tahniah pada seorang lagi exco PKR yg baru pulang dari kerja dioversea kerana pendiriannya bersama PR

yg 4 lagi exco PAS camne? tunggu 17hb jugak….

ape punya karutla korang buat nie. kerajaan khalid idup atas sokongan adun umno + pendirian pas yg tunggu 17hb. Tuan Guru Nik Aziz tolong bagi no# fax, nanti saya faxkan borang ahli BN (iyelah, bagi borang umno kena marah pulok!!!)