Pas Kini Semakin Mengecil

Kemelut pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor tidak pasti bila akan berakhir. Bagaimana ia akan berakhir juga masih sukar dijangka. Semuanya masih kabur dan tidak jelas. Sementara Khalid Ibrahim sedang diasak agar berundur dan kemungkinan akan dipecat daripada PKR, dalam masa yang sama beliau juga masih cuba bersilat untuk mempetahankan jawatannya.

Di ketika beliau sedang menangguhkan kehadirannya mengadap Lembaga Disiplin sehingga 15 Ogos depan, Khalid juga turut menghantar notis peringatan kepada lembaga itu agar tidak membincangkan kesnya dalam mesyuarat parti atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Daripada berbalas kenyataan, tuduh-menuduh, londeh-melondeh, pertikaian dalaman PKR kini sudah menaik setakuk lagi kepada peringkat mahkamah pula. Lantaran itu, jika kemelut ini menyebabkan PKR bergolak, berpecah dan semakin kehilangan sokongan rakyat, ia adalah sesuatu yang normal. Mereka yang buat, merekalah yang menanggungnya.

Tetapi amatlah malang, kemelut yang sepatutnya hanya melibatkan PKR saja telah turut sama menjerumuskan Pas ke lembah perpecahan. Hanya disebabkan tindakannya masuk campur mempertahankan kedudukan Khalid, Pas kini semakin ketara terbelah dua antara kumpulan ulama dengan profesional yang juga kerap digelar puak Erdogan atau Anwarinas.

Kumpulan ulama yang bermula dengan kenyataan Haji Hadi dan diikuti pendirian Majlis Syura Ulama, nyata terus mahu menyokong Khalid manakala kumpulan profesional lebih melihat pertukaran Menteri Besar Selangor adalah hak PKR dan terserah kepada parti itu berbuat demikian. Ditambah dengan kedudukan Khalid yang tidak lagi mendapat sokongan partinya sendiri dan isu penyelesaiaan hutangnya dengan Bank Islam yang diragui penyelesaiannya, kumpulan ini semakin kuat bersama sehati sejiwa dengan PKR.

Tidak saja Khalid Samad yang tegas meninta Khalid Ibrahim menjelaskan keraguan mengenai penyelesaiannya hutangnya itu supaya mudah difahami oleh lain-lain pimpinan Pas, bekas Menteri Besar Selangor yang kini menjadi ahli Pas, Muhammad Mohd Taib juga turut meminta Khalid tidak harus berlengah lagi daripada berundur kerana jawatan itu bukan harta pusakanya yang harus dipertahankan secara gila-gila.

Meskipun lain-lain pemimpin profesional dalam Pas banyak berdiam diri, mungkin serba-salah untuk memberikan kenyataan terbuka dan tidak mahu mengguris hati pimpinan ulama, tetapi adalah jelas melalui perbualan dengan beberapa kumpulan, mereka juga merasakan Khalid Ibrahim wajar berundur secara terhormat.

Lebih dari itu, akibat tidak cermat dalam menghalakan senapang oleh seorang AJK Pas Pusat, Nasharuddin Tantawi yang mengaitkan projek lebuhraya dasar laut di Pulau Pinang oleh kerajaan pimpinan DAP dalam usahanya mahu mempertahankan Khalid Ibrahim, telah mengundang kemarahan Lim Guan Eng dah kes ini juga bakal berkesudahan sehingga ke mahkamah.

Hakikatnya, hanya kerana mahu mempertahankan Khalid Ibrahim, Pas bukan saja mulai berpecah, malah hubungan dengan PKR dan DAP juga tidak lagi seharmoni dulu. Jika ini berlarutan, risiko untuk Pas kembali menjadi parti yang kembali mengecil serta hanya bertapak di negeri-negeri tertentu dan di kelompok Melayu saja adalah sangat besar.

Jika diimbas sejarah, walaupun Pas sudah lama ditubuhkan tetapi kekuatannya di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain tidaklah sekuat mana serta sentiasa betsaing dengan UMNO. Ketika UMNO tidak bergolak, Pas dalam beberapa kali pilihanraya gagal menawan Kelantan, Terengganu dan Kedah serta gagal pula bertapak di beberapa negeri yang mempunyai pengundi campuran.

Pas hanya berjaya menumbangkan BN di Kelantan pada 1990 dengan bantuan Semangat 46 melalui persefahaman Angkatan Perpaduan Ummah. Kemudian Pas berjaya menumbangkan BN di Terengganu dalam pilihanraya 1999 selepas Anwar dipecat pada 1998. Sebelum itu, walaupun UMNO Terengganu dipimpin oleh Wan Mokhtar yang dikira lemah dan tidak pandai berpolitik, tetapi Pas gagal menumbangkannya.

Di Kedah dan Perak, Pas berpeluang menjadi tunjang kerajaan negeri pada 2008 adalah kerana bantuan daripada PKR dan DAP melalui pertambahan mendadak sokongan pengundi bukan Melayu. Begitu juga berjayanya Pas bertapak dan menang banyak kerusi di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain adalah kerana sokongan pengundi bukan Melayu.

Di ketika Pas berhadapan dengan cabaran getir daripada UMNO untuk meraih sokongan pengundi Melayu berikutan UMNO mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk membeli undi atau seperti kata Perdana Menteri, “I help u, u help me”, sokongan mantap pengundi bukan Melayu yang mahukan perubahan telah memberi rezeki terpijak kepada Pas.

Sokongan pengundi bandar juga meningkat kepada Pas melalui wibawa dan ketrampilan yang ditunjukkan oleh golongan profesional dalam parti itu. Jika semata-mata bersandarkan pimpinan ulama dan kerap pula melabelkan golongan lain sebagai kafir, taghut, assabiyah serta tanpa kesedian pengundi bukan Melayu memberikan sokongan, Pas tidak mungkin menikmati kedudukan seperti hari ini.

Memahami bahawa komposisi pengundi Melayu hanyalah 65 peratus dan 35 peratus lagi bukan Melayu serta UMNO yang masih berkuasa di Pusat dan mempunyai sumber kewangan kukuh lebih dominan di banyak kawasan Melayu, Pas akan kembali ke zaman suramnya seperti sebelum ini jika hanya hanya bergerak sendirian atau tanpa sokongan parti-parti lain.

Kini, melalui kemelut yang hanya berpunca daripada kedegilan Khalid Ibrahim yang sebenarnya sudah kehilangan sokongan akar umbi di cabang Kuala Selangor serta gagal pula merebut jawatan Timbalan Presiden, Pas paling berisiko menerima kerugian paling banyak sekali.

Ia mulai berpecah, berbalah dengan PKR, bermasam muka dengan DAP dan dalam masa yang sama Haji Hadi yang dulunya disanjung serta digeruni, turut mulai diperlekeh oleh ahlinya sendiri. Kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dan pengundi bandar juga tidak mustahil akibat daripada kemelut ini.

Jika terpaksa keluar meninggalkan PR, nasib Pas tentulah lebih malang lagi.

Bukankah jika ia tidak masuk campur dalam kes Khalid sejak awal lagi, semua itu boleh dielakkan? (SH 09/08/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

33
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousdin jamalras abuMonkey Shooter Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

BYE BYE PAS.

din jamal
Guest
din jamal

Buat pas
CUKUP SAMPAI DISINI. AKU DAH CUKUP MELUAT.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anwar Dan geng memang gila kuasa, tak boleh bersabar. Berlakun warak sahaja, takada beza dengan lanun Umno.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ape punya mangkuk statement ko nie.. Cish buat buang ruang…
Shooo!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas gila sgt nak mb tu ape hal…
Nak sorok mana perangai tu…

Anonymous
Guest
Anonymous

Spesies din ayam ni…

Anonymous
Guest
Anonymous

Semua geng taksub anwar Ada otak pakai le sikit .Anwar semua betul.Orang lain bertinîdak at as kepintingan peribadi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ahli PAS kena wala. Kenapa pemimpin PAS tak minta khalid ibrahim wala dgn keputusan PKR..

Anonymous
Guest
Anonymous

PKR x paham apa itu wala.. tau sebut je.. majlis syura Pas mmbuat keputusan bhw pngunduran Khalid tidak syarie.. d kalangan org Pas ramai yg hairan dngan segala tuduhan trhadap beliau.. alasan yg dberikan pihak PKr adalah meragukn.. Pas bukan jenis yg mnyokong secara melulu..

Anonymous
Guest
Anonymous

Lawat tokey. Khianat parti sendiri tu syarie la ye…. harap serban je beso

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 23:21Kejap yea…. HahahahahahahahahahahaMaaf, samb citeApe die tak syarie? Camne nak syarie tu… Ramai org PAS hairan dgn tuduhan dan alasan PKR meragukan..Jap… Samb lagi.. Hahhahahahahhahahahaha Minta maaf tadi.Ape punya cite korang PAS nie… Nak hilang hairan, nak selesaikan keraguan, senang je… Wahai org PAS jadilah ahli PKR, selagi tak jadi ahli selagi tu hairan dan ragu. Ade satu lagi penawar, jangan sibuk boleh tak. Sekarang PKR pecat khalid, soal pokok.. PAS nak sokong khalid ke tak? Kalau sokong, sejak bile PR ade 4komponen, kire komponen baru PR adalah bebas? Camtu… Dan sokong buktikan PAS sebuah party yg tak boleh… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

org PKR kt atas ni komen mcm hilang pedoman..
jngan conderm Pas nk laksanakn hudud.. hudud tu kewajipan fardhu kifayah… dlm bab Pas membela Khalid jangan nk melalut kutuk Pas smpai mghina hukum Allah.. bawak mengucap.. jngan smpai akidah trgadai gara2 si Anwar yg suci anugerah terpilih tue.. wassalam..

Anonymous
Guest
Anonymous

PKr menang pun ada sokongan drpd pngundi Pas.. tengok mcamana kalau PKr tanpa bntuan sokongan Pas.. Pas ada bnyak pengalaman mghadapi kerenah manusia.. x kira mana2 parti sekali pun… pngundi muda trutamanya bukan jenis terima sahaja apa yg brlaku.. mereka akan mmpersoalkn itu & ini.. TGNA pn kata "PR dh KO.. tapi Pas tetap utuh".. Pas biasa dan akan brsedia brsendirian semula jika itu yg trbaik..

Anonymous
Guest
Anonymous

Hmmm..sedare, nak tanya skit… Selame ni brp kerusi PAS pernah menang kat Sgor tak kire Adun|MP sebelum ade Pakatan..?.. PAS mmg byk pengalaman baik dlm PRU dan juga bab kalah lagi kat sebelah pantai barat… Tolonglah jgn perasan sesangat and tolong jgn lupa matlamat Islamic.. Ingat, PAS tanpa 2 senario besar [APU dgn Pakatan/PR]… Jumlah hasil kerusi yg menang tak membawa ape2 pengaruh.. Jadi jelas PAS sendirian takleh membawa hasil – maka dgn itu untuk ape PAS wujud… Semata-mata utk sentimental value je ke.. Buat hape kalau asyik kalah je, tak boleh nak tawan putrajaya? Adakah dgn sikap ini,[jadilah tak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan Shahbuddin,Sebenarnya senario politik hari ini adalah banyak tidak difahami oleh orangramai.Adalah dangkal dan banggang jika mengatakan PKR tu akan hancur.Sebenarnya PKR ke,PAS ke, DAP ke itu hanyalah platform rakyat terbanyak yang meluatkan pada umno.Ketiga-tiga parti diatas akan terus hidup,cuma yang suka menghampiri dengan parti umno saja akan melihat pengaruh mereka dikalangan rakyat akan turun mendadak atau merudum.INi jelas akan terpalit pada parti PAS.PAS setakat kehari ini menujukkan prestasi yang semakin teruk.Dapat memerintah negeri hanya sepenggal.ITU menunjukkan PAS lemah dan tidak dipercayai dan diyakini rakyat untuk menerajui apa-apa kerajaan. Saya teringat perumpamaan Tuan yang PAS selepas ini akan jadi KUpang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas dah mengong. Buat malu islam. Serban tinggi dari singh tp otak x.
Mengkhianat teman dah jd mainan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor seorang menteri besar haruslah mempunyai sokongan majoriti ADUN Selangor, katanya.

"Dari segi undang-undang tubuh, setelah Khalid Ibrahim dipecat keahliannya dalam parti PKR maka dia tidak ada majoriti lagi di DUN Selangor jadi jelas beliau tidak lagi memiliki majoriti dan sokongan di selangor.

Lepas dipecat maka undi tidak percaya menyusul…..

PKR dan DAP akan meletakkan calon mereka dikesemua kawasan DUN Selangor tanpa ada lagi kompromi dengan PAS.

Apa khabar PAS pro UMNO Baru…. sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya DUN Selangor….kalau tak cukup power bawa lah turun Nik Aziz ke Selangor…. pengundi Selangor akan wala' pada PAS… he..he..he..

Anonymous
Guest
Anonymous

Din ayam pun nak bertanding….kikikikiki..

Anonymous
Guest
Anonymous

Di bawah ni saya copy dan paste posting dari GoldBullet yabg patut dijawab oleh pimpinan PAS yang bijaksana bijaksini belaka: Suatu perkara yang saya paling tertarik tentang Khalid Ibrahim ialah kebijaksanaan, kemampuan dan skil beliau yang berupaya melangsaikan hutang beliau puluhan juta RM dengan Bank Islam dalam masa yang cukup cepat. Saya percaya kaedah yang digunakan beliau dalam melangsaikan hutang beliau itu sah dan halal disisi agama. Jika tidak masa kan Majlis Syura Ulama PAS, Presiden, Tuan Guru Nik Aziz, barisan para ulamak parti mau pun sebahagian besar pengikut PAS berdiri teguh di belakang Khalid Ibrahim. Untuk itu saya kira… Read more »

ras abu
Guest
ras abu

Jika PR berpecah;
1) PAS akan terus hidup dan mewarnai politik negara
2) DAP akan terus hidup sebagaimana dahulunya
3) PKR pasti akan hancur kerana kini terselah sikap dan perangai burk para pemimpinnya dan tambahan pula jika Anwar Ibrahim dipenjarakan nanti

Anonymous
Guest
Anonymous

Apakah anda pasti PKR akan hancur ? Kalau pada fikiran saudara PKR boleh hancur mereka tubuh parti baru….. itu bukan masaalah.

Walaupun Anwar Ibrahim dipenjarakan, juga bukan masaalah kerana itu hanyalah diantara individu yang datang dan pergi…

Cuma kita merasa pelik kenapa Khalid datang tapi tak mahu pergi? Bila kena pecat…bergaut dengan sultan pulak.

PAS pro UMNO Baru apa khabar ?

Anonymous
Guest
Anonymous

apa khabar PKR..? komen drpd FB pn hebat juga.. pengundi muda tu kot..?
http://2.bp.blogspot.com/-fRgP4_OxOiI/U-YWfvfjvdI/AAAAAAAAB1Q/WADmDEjEf2A/s1600/KHALID+DIPECAT+PKR7.png

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam krisis menteri besar Selangor, sebenarnya PAS lebih gelojo dari tindakan PKR untuk memecat Khalid Ibrahim dari jawatan yang dipegangnya. Sepatutnya PAS lebih sedar menyokong parti PKR adalah lebih baik kerana boleh menambahkan pengaruh PAS dalam Malaysia dari pada menyokong ahli PKR yang sudah hilang sokongan partinya. Dari apa yang kita lihat, pemimpin PAS begitu yakin dengan tindakan mereka membela Khalid Ibrahim tanpa mempedulikan nasihat dari rakan dalam Pakatan Rakyat. Malah mereka menyangkakan bahawa semua rakyat Selangor sedang menyokong tindakan mereka. PKR hari ini 9/8/2014 telah memecat Khalid Ibrahim kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datuk Seri… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

PKR juga sudah membesar dan akan semakin mmbesar.. mmbesar dngan masalah… jngan ingat dngan mmecat Tan Sri Khalid maka masalah akan selesai dngan mudah. itu bukan shortcut kemelut politik d Selangor.. yg pasti Pas akan brperang dingin dngan PKR.. kita lihat siapa yg kena.. siapa yg x tido lena..

Anonymous
Guest
Anonymous

kenapa semua nak gaduh-gaduh dan bising-bising…jangan memekaklah sdr semua…apa masalahnya kalau tski kena pecat dari pkr…itu hak mutlak pkr so pas ke, umno ke, dap ke diam2 sudah, lagipun bukannya pkr pecat khalid dari kerusi mb. tski boleh kekal jd mb kalau majoriti adun setuju walaupun dia x ada parti, apa masalahnya? tak payah nak kutuk dsai ke, tski ke, hj hadi ke…buat tambah dosa korang aje…semua terjadi adalah qada' dan qadar Allah, x ada masalah. kalau adun pkr dan dap x boleh jd exco, tski lantiklah exco dari pas dan umno (jika umno sudi)…takpun susah sgt bubarkan dun. piliharaya… Read more »

Monkey Shooter
Guest
Monkey Shooter

Nizar Jamaluddin adalah idola rakyat Perak hasil kerjasama DAP dan PKR yang setuju melantik MB dari kalangan minoriti……PAS ini selalu macam kacang lupakan kulit ( 2 ADUN celaka dari PKR yg belot adalah kerana PKR baru ditubuhkan dan main kaut sahaja indiviidu sampah untuk bertanding), selepas itu PKR dah mula teguh (maklumlah baru tubuh) tapi lain pula PAS yang dah lama tubuh….Bila kalah PRU mereka kata takdir tuhan kemenangan belum muncul (bukan nak perbaiki kelemahan dan muhasabah diri) . Ulama dalam PAS (kecuali TGNA dan sepertinya) ibarat dedalu yang hanya tahu menumpang populariti orang lain, bila parti dah naik mereka… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul tu. Sikit2 wala…sikit2 wala. Wala kepala bana dokong org lawan tokey…

Anonymous
Guest
Anonymous

Nizar idola? Orang gila saja mengidolakan orang gila…tak pernah Perak dapat MB bengong mcm tu….

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas dah jadi parti lembu…

Anonymous
Guest
Anonymous

Akhirnya PKR pun tak kemana jugak…jadi parti ayam ..semua kepimpinan PR perlu berlapang dada..buang kepala angin..kita perlu cari formula win win situation..bukan beri peluru percuma pada UMporNO..nasi belum jadi bubur.

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul sy setuju tp serban beso berat kepala dah bebal…

Anonymous
Guest
Anonymous

Pengundi bukan melayu mesti mengajar semula yb yb pas yg menang dgn bantuan mrk dulu…yg ok mesti diteruskan mcm khalid samad..yb hanipa….jgn bg can pd mrk yg ada pemikiran umno menang….

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita kasi kalah mereka yang bersifat kepuakkan berserban dalam PAS , yang Profesional kita sokong ….. PAS dah besar kepala dan tak tentu haluan lagi ….. lebih baik jangan sokong PAS lagi ! suka buat fitnah …… nama dan serban saja islamik , tingkah-laku hancusssss …… kasi malu Pakatan Rakyat .