Pas Seharusnya Percepatkan Mesyuarat, Bukan Melewatkannya

Kemelut politik di Selangor sekarang pada asasnya berpunca daripada dua sebab iaitu pertama, kedegilan Khalid Ibrahim tidak mahu berundur apabila diarahkan oleh parti dan kedua, disebabkan sokongan terbuka Pas yang mahu beliau terus dikekalkan.

Jika hanya Khalid yang berdegil tetapi tidak mendapat sokongan Pas, sudah lama ianya selesai. Begitu juga jika sekadar Pas yang menyokong tetapi Khalid akur dengan kehendak partinya, ia tidak akan menjadi kalut sehingga sekarang ini.

Disebabkan adanya kedua-dua sebab itulah dan ianya pula seolah-olah saling bahu-membahu serta senada dan seirama, walaupun berlainan parti, kekalutan ini terus berlarutan.

Ketika Presiden Pas, Haji Hadi Awang membuat kenyataan memberi sokongan kepada Khalid, parti itu sebenarnya sudah menetapkan tarikh mesyuaratnya pada 10 Ogos untuk membuat pendirian rasmi mengenainya. Sebab itu, kenyataan Haji Hadi yang mendahului mesyuarat dan bersifat peribadi itu adalah punca segala-galanya.

Kiranya Haji Hadi lebih berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan tanpa bermesyuarat atau sanggup bersabar sehingga 10 Ogos dengan menghormati konsep bermuafakat dalam membuat keputusan, kemelutnya tidaklah berlarutan seperti ini.

Lantaran itu, dalam usaha membendung ianya daripada terus menjadi polemik, dua pemimpin Pas iaitu Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat dan AJK Pas, Dr Zulkifli Ahmad telah menyarankan agar Pas mempercepatkah tarikh mesyuarat daripada 10 Ogos yang telah diputuskan sebelum itu.

Hasrat mereka ialah agar segala kurap, kudis dan nanah dapat dibendung lebih awal lagi. Niat kedua pemimpin Pas yang tidak berserban ini adalah baik dan suci.

Namun demikian, Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali tegas menolak saranan yang baik itu dengan alasan jika diubah ia akan mengganggu jadual lain yang telah ditetapkan.

Akhirnya semua orang menunggu-nunggu tarikh 10 Ogos itu, walaupun hari demi hari makin banyak kekalutan dan kekeliruan yang terus berlaku.

Bermula dengan sokongan Tuan Guru Nik Aziz terhadap pendirian Haji Hadi, tersebarnya tulisan di whatsapp oleh seorang AJK Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki yang bersifat rasis dan mahu bekerjasama dengan UMNO, keputusan Majlis Syura yang juga menyokong pengekalan Khalid, tindakan Pas Selangor dan Dewan Pemuda mengadakan majlis sembahyang hajat di kediaman Menteri Besar dan bermacam-macam rentetan lagi, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih huru-hara.

Pas jadi berpecah, PKR juga retak dan PR yang diharapkan mampu memberi cabaran kepada BN turut sudah hilang rentaknya di mata umum. UMNO dan BN hanya senyum memerhati wayang percuma ini.

Walaupun Khalid turut dipersalahkan dalam kemelut ini sehingga ramai tidak faham kenapa beliau bersungguh-sungguh mahu bertahan, tetapi nyata sekali Pas paling banyak dipersalahkan kerana dilihat tidak lagi menghormati persetujuan yang memberi hak kerusi Menteri Besar Selangor kepada PKR.

Lebih menghairankan apabila Majlis Syura membuat keputusan mempertahankan Khalid, ada yang bertanya sejak bila majlis itu mempunyai hak membuat keputusan yang melibatkan parti lain selain Pas. Majlis itu juga diingatkan bahawa penukaran pemimpin tidak memerlukan hukuman bersalah oleh SPRM atau mahkamah semata-mata kerana sejarah Islam sendiri memperlihatkan bahawa Khalid Al Walid juga pernah ditukar tanpa ada kesalahan apa-apa yang telah dibuktikan.

Ada juga bermulut jahat mengingatkan Pas bahawa parti itu juga pernah memecat Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya Pas Selangor dan Exco Agama, juga berdasarkan pertimbangan politik walaupun tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana perkhianatan kepada amanah rakyat atau didapati bersalah di mahkamah serta SPRM.

Ramai akhirnya yang mengharapkan tarikh 10 Ogos ini adalah penentu segala-galanya. Apabila Pas bermesyuarat dan diikuti dengan mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada sebelah malamnya, diharapkan isu ini tidak berlarutan lagi. Ia mungkin diakhiri dengan pemecatan Khalid, pendirian rasmi Pas dan PR mengenainya atau suatu pilihanraya negeri bakal diadakan.

Apa saja kemungkinan, semua pihak sudah sedia menghadapinya.

Malangnya, dalam situasi yang semakin kalut ini, Pas melalui Mustaffa Ali yang sebelum ini menolak untuk mengubah tarikh mesyuarat, tiba-tiba mengeluarkan kenyataan tarikh baru mesyuarat ditunda daripada 10 Ogos kepada 13 Ogos.

Kemudian, belum pun sehari tarikh itu disebarluaskan, hari ini beliau menangguh lagi kepada 17 Ogos pula.

Apa sudah jadi dengan Pas ini? Kenapa asyik tangguh-tangguh dan tidak berani membuat keputusan segera?

Jika sudah berani membuat kenyataan terbuka, menulis di whatsapp serta mengadu kepada Tuhan melalui sembahyang hajat, kenapa pula takut untuk membuat keputusan rasmi?

Tindakan Pas melewatkan tarikh mesyuarat, tidak lain akan menjadikan isu ini makin kalut dan caca-marba. Makin banyak mulut yang bersuara, makin banyak jari yang gatal menulis di whatsapp atau apa saja medium serta mungkin makin banyak majlis sembahyang hajat lagi selepas ini.

Tidak diketahui apa pendirian Pas, apakah penangguhan ini untuk memberi ruang mereka berfikir dan mengkaji semula sokongan kepada Khalid dan akur dengan muafakat bersama dalam PR atau untuk menambah lagi tekanan kepada PKR dan Anwar?

Banyak kekalutan dapat diselesaikan jika tarikh mesyuarat Pas diawalkan atau setidak-tidaknya dikekalkan pada 10 Ogos. Menangguhkan lagi hanya memberi ruang kekalutan makin berpanjangan.

Setelah Pas mensabotaj Anwar dengan menolaknya sebagai calon Perdana Menteri menjelang detik-detik akhir PRU 13 lalu, mungkinkah penangguhan ini suatu lagi sabotaj Pas terhadap PKR dan Anwar? (SH 08/08/2014)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm
Subscribe
Notify of
guest

41 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
9 August 2014 4:30 pm

sebenarnya kemelut ini dtg dari stopa spender…..pembalasan dendam…ala2 g-string stopa

GoldBullet
GoldBullet
9 August 2014 9:17 am

Tuan Shahbudin, Suatu perkara yang saya paling tertarik tentang Khalid Ibrahim ialah kebijaksanaan, kemampuan dan skil beliau yang berupaya melangsaikan hutang beliau puluhan juta RM dengan Bank Islam dalam masa yang cukup cepat. Saya percaya kaedah yang digunakan beliau dalam melangsaikan hutang beliau itu sah dan halal disisi agama. Jika tidak masa kan Majlis Syura Ulama PAS, Presiden, Tuan Guru Nik Aziz, barisan para ulamak parti mau pun sebahagian besar pengikut PAS berdiri teguh di belakang Khalid Ibrahim. Untuk itu saya kira skil melangsai hutang cara pantas yang ada pada Khalid Ibrahim ini perlu dikongsi dengan orang ramai khususnya dengan… Read more »

Anonymous
Anonymous
9 August 2014 8:37 am

Orang yang mencipta masaalah adalah Khalid Ibrahim

Parti yang mahu menyelesaikan masaalah adalah PKR

Sekutu Pakatan Rakyat yang mempertahankan dan menambahkan masaalah adalah PAS.

Janji nak selesaikan masaalah pada 10hb. Ogos ditukarkan pada 13hb. Ogos kemudian ditukarkan lagi pada 17hb. Ogos ?

Siapa yang bermasaalah..?

Anonymous
Anonymous
9 August 2014 10:52 am
Reply to  Anonymous

Orang yg mencipta mereka reka masalah adalah Anwar Ibrahim beserta konco kuncunya Rafizi & Saifuddin

parti yg melaksanakn masalah itu adalah PKR

ahli keluarga Pakatan Rakyat yg mmpertahankn & menambahkn masalah adalah org yg taksub dengan Anwar Ibrahim

dulu kenapa tiada tuduhan salah laku sebegini trhadap Khalid..? dulu kata mahu menggantikn MB yg pandai bermain selok belok politik serta tidak lurus bendul,,

janji sekejap tiada pertukaran MB sekejap pulak mahu tukar MB..

siapa mahu hilang Selangor sila reply.. keh keh keh..

Anonymous
Anonymous
9 August 2014 10:58 am
Reply to  Anonymous

Otak x sekolah

Anonymous
Anonymous
9 August 2014 7:42 am

Hukum syarak mana yg membolehkan engkar kehendak partinya.
Mempermain hukum Allah ikut suka hati. Tunggu lah balasan Allah kepada pencinta dunia bertopeng agama…

Anonymous
Anonymous
9 August 2014 10:40 am
Reply to  Anonymous

Hukum syarak mana pula yang membolehkan seseorang itu hidup dalam pembohongan berterusan macam Anwar Ibrahim?

Anonymous
Anonymous
9 August 2014 10:55 am
Reply to  Anonymous

Kalau dua2 salah ape barang ular dlm semak tu guna

Anonymous
Anonymous
9 August 2014 7:19 am

Tindakan pas umpama mengalak anak jiran derhaka kepada ibubapa…
Ajaran seban tinggi..

Anonymous
Anonymous
9 August 2014 7:09 am

Pada pandangan saya, PKR adalah pencetus masaalah berkaitan dengan ahli partinya yang berjawatan menteri besar Selangor atas isu integeriti PKR tidak mahu ahlinya menyalah guna kuasa kerajaan negeri dalam menyelesaikan hutang peribadi yang bernilai berpuluh juta ringgit. Khalid Ibrahim pula yang tiada apa-apa jawatan dalam parti PKR telah menentang arahan partinya dari berundur. Malah dia keluarkan berbagai kenyataan yang bersifat memperlecehkan apa saja desakan parti terhadapnya. Beranggapan walaupun dia tiada jawatan dalam parti dan tiada sokongan dari parti PKR dia tetap jadi menteri besar Selangor. Pemimpin PAS, secara terbuka menyokong dan bersedia mempertahankan tindakan Khalid Ibrahim menderhaka pada arahan pemimpin… Read more »

Anonymous
Anonymous
9 August 2014 2:20 am

Kita ekor saja kehendak anuwar anugerah Tuhan dia pandai politik…buat apa kecoh kecoh.

Anonymous
Anonymous
9 August 2014 3:56 am
Reply to  Anonymous

Semua makhlok adalah anugerah tuhan bukan Anwar saja… Saudara beragama apa?

Saudara hidup dimuka bumi ini atas anugerah Ulamak Pas ke atau pemimpin UMNO Baru ?

Saudara tunjuk bodoh tak bertempat kesian….

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 3:05 pm

Beliau yang turut mengecam kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi gelaran tersebut setelah menganggap Faekah sebagai penyokong tegar Khalid yang terlalu beremosi apabila beberapa pihak mengkritik bosnya itu. "Bila cakap pasal tak kahwin semua tahu kan? Faekah tak kahwin lagi. "Inilah masalahnya. Orang yang bernama Faekah ini adalah penyokong tegar Khalid. "Kalau petang semalam tak bersetuju untuk bertemu dan berbincang, malam esok Faekah kata Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan. "Ini saya bagi satu analisis apabila 'orang itu' kurang seks," katanya dengan nada sinis. Hishamuddin berkata demikian dengan memberi contoh menyamakan Faekah dengan watak seorang jururawat dalam filem Milos Forman berjudul "One… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 2:49 pm

akibat kegelojohan dalam misi Kajang move orang lain dipersalahkan…alahai pkr…

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 1:36 pm

nik aziz yang pandai berpolitik pun…di sisa-sisa usia perjuangan nya…akhirnya turut tertipu dan menjadi penyumbang nafas baru buat umno…dalam meruntuhkan pr..kalau benar bagai di laporkan….apekah celaka yg melanda kini….wtf…..

Ustaz Khairul
Ustaz Khairul
8 August 2014 12:13 pm

Apabila ada yg mengejar dunia bertopengkan Islam, inilah jadinya.

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 11:56 am

Sokong UMNO syaitan yang paling nyata adalah lebih baik dari sokong syaitan yang berselindung di balik jubah dan serban

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 11:15 am

Sudahlah tuuuuu… asyik PAS, PKR.PAS, PKR ber xxxx..yang untung DAP dan UMNO. Cuba PKR duduk diam-diam bertafakur sambil muhasabah diri ..tanya diri sendiri "APAKAH SUMBANGAN PKR KEPADA KEMELUT MB SELANGOR, tanpa menyalahkan PAS". Begitu juga PAS tanya diri sendiri " APAKAH SUMBANGAN PAS KEPADA KEMELUT MB SELANGOR" tanpa menyalahkan PKR. Sebabnya kita ini manusia yang tak maksom boleh buat silap atau terlepas pandang atau terlepas cakap. Kalau kita menyalahkan orang lain secara membuta tuli, adakah diri kita ini tak pernah buat silap, tak pernah auta,…. Ingat tak sejarah Perjanjian Hudaibiyah, Nabi Muhammad S.A.W juga di kritik oleh para sahabatnya kerana… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 1:38 pm
Reply to  Anonymous

lu plak leh jamin ke..TSKI tak belot..

1Crony
1Crony
8 August 2014 3:20 pm
Reply to  Anonymous

Puki mak lu suruh orang tutup mulut tapi lu tulis panjang berjela…. Lu siapa mau tahan orang punya pendapat? Duduk diam-diam dan jangan baca blog sesiapa kalau tak mahu dengar kutuk-mengutuk…..Puki mak lu sekali lagi. Itu kluangman dah kena ketuk maka pandai pula menyamar jadi Anon…..Ini Kluangman pun mulut puki mak juga.

kluangman
kluangman
9 August 2014 5:14 am
Reply to  Anonymous

1Crony…nama cantik macam najib cipta 1Malaysia…

Kesian mak bapak yg lahir dan besarkan kau..mungkin silapnya tak hantar awal ke hospital…sebab tu otak kau dah senget..

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 11:15 am

PAS memang parti lemah,sebab punyai President yang lemah.Sekarang dari kemelut ini banyak yang lihat PAS hanyalah dipergunakn oleh umno untuk musnahkan PR.Rakyat dah tak percaya pada PAS lagi sebab tiada pendirian dan helah mereka hanya hendak hapuskan PKR.Baru dapat undi sikit dah besar kepala.Selepas ini PAS akan melukut ditepi gantang,Seperti yang mereka alami ketika waktu dahulu.Kerana PAS bodoh PR akan hancur.Disaat rakan mengalami kesulitan,PAS berbagai helah menyusahkan rakannya.PAS masih tak serik ditipu umno sesekian lamanya kerana PAS bukan berjuang atas dasar islam,bantu membantu,tetapi kerana hasad dengki.PAS tak sedar telah dipatuk ular yang sama dan akan dipatuk oleh ular yang sama… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 10:55 am

Segala-galanya PAS yang sabotaj. Kenapa tak bincang pasal DSAI sabotaj PAS, termasuk memasang juak-juak beliau dalam JK PAS Pusat. Itu namanya pengkhianat rakan pakatan

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 9:18 am

…runner dari mereka mereka yg berkepentingan dalam Pas menunggu isyarat dari DUMNO berapa orang PKR & DAP udah dapat di beli. berhati hati. Mereka mereka ini yg sekarang berada di sekeliling President.

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 8:54 am

Secara keseluruhannya, beliau melihat episod pertelingkahan PKR sehingga mengganggu pentadbiran negeri ini sebagai satu pengajaran buat rakyat Selangor.

"Umno melihat ini sebagai satu iktibar, satu pengajaran, kita kena pilih kerajaan yang betul-betul kuat," katanya.

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 8:08 am

Sedih sungguh melihatkan keadaan ini, PAS minta ahli WALA kpd pemimpinnya tetapi bila Khalid menetang partinya sendiri , pemimpin PAS dok pertahankannya pula. Kenapa PAS nak sibuk dg isu dalaman PKR, siapa pun yg dilantik itu urusan PKR kerana PKR diberikan mandat utk memilih MB selangor. Apa yg lagi malang adanya segelintir pemimpin PAS yg mahu bersekongkol dgn umno dan menfitnah pemimpin PKR & DAP. Kami ahli dibawah yg buat kerja dlm pilihanraya menyokong pemimpin tetapi pemimpin mendengar nasihat yg salah dari org sekeliling mereka dan geng UG. Kepada geng UG keluarlah dari PAS letak jawatan Adun/ AP dan masuklah… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 7:07 am

Apa kah Rakyat secara seluruh atau am nya ingin Pemimpin Lemah /Benggap menjadi Pemimpin Negara ? Kalau nak cari Pemimpin MELAYU , Pemimpin PAS semua nya Gagal dan tiada Kualiti yang ada hanya PKR dari Anwar hingga ke Rafizi.

Kalau nak yang makan Rasuah cepat kaya Melayu ada banyak… Apa kah Melayu bangsa yang kaya kaya ???

albert magic
albert magic
8 August 2014 7:42 am
Reply to  Anonymous

pemimpin pas dari kalangan professional boleh di harap dan ada kualiti tapi bukan dari kalangan ular dalam semak

kluangman
kluangman
8 August 2014 6:48 am

Sebelum menyalahkan kenyataan awal hadi sebelum mesyuarat tertinggi pas 10hb…elok periksa dulu mulut busuk anwar…anwar yang mengumumkan pas bersetuju penggantian khalid sedangkan hakikatnya pas hanya bersetuju membawa cadangan penggantian khalid oleh pkr itu pada mesyuarat tertinggi pas 10hb…. SIAPA YANG MENDAHULUI SIAPA? Admin tidak perlu cuba buat2 lupa fakta atau menyongsangkan fikiranmorg lain denganmcuba menyalahkan PAS….yang merekacipta penyakit ialah anwar…kenapa lupa menciptareka ubatnya sekali! !! PAS tidak perlu ikut rentak gelojoh dan tergesa-gesa anwar…bila datang berita dari orang fasik..elok PAS perhalusi sebelum membuat keputusan..mesyuarat tersebut elok ditangguhkan berdasarkan kesesuaian kerana PAS perlu lihat kekecohan apalagi yang mahu PKR dramakan… Samada… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 8:31 am
Reply to  kluangman

kluangman, tolong periksa dulu sape wakil pas yg hadir utk meeting PR dan apa kenyataan wakil2 PAS ini semua. sila periksa. Khalid takde pilihan dan tindakan die akhirnya mejatuhkan maruahnya sendiri. dia dilantik atas kapasiti wakil PKR. die dilantik CEO oleh board of director (dalam hal ini PKR). apanya susah sangat kecuali sifat fuedalnya tebal sesangat. tak perlu ade kes atau ape-ape pun, pertukaran boleh dibuat oleh PKR (atas pemuafakatan antara PR utk pilihan MB selangor dari kalangan wakil PKR). kalau tak setuju wan azizah, azmin sbg penganti, takpelah – hak PAS tapi gaduhla dlm meeting PR. Ini tak, terus… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 9:30 am
Reply to  kluangman

Keluangman…..Penyokong bodoh UMNO dah mula masuk jarum tu!

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 11:00 am
Reply to  kluangman

Keluangman ni sebenarnya mulut busuk macam taik lembut.Komennya pula macam taik kucing.hanya layak komen di blog penyokong umno sahaja.

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 12:24 pm
Reply to  kluangman

Boleh tak sesiapa kat sini tolong explain kan saya apa dia kajang move ni.
Masa PRK kajang (yg tk sepatut nya ada prk pun) kenapa makcik Azizah buat statement tidak ada plan nak ganti khalid sebab pkr tidak nampak "cacat dan cela" Khalid buat kerja. (Pi google, youtube pun ada).
Dah jadi kecoh, baru2 ni laki bini mengatakan Kajang move mmg nak ganti MB dan "Khalid knew all along".
Jadi apa ke benda ni?
Mmg Anwar dah silap langkah. Betul apa pas x sokong. Sat gini, sat gitu, camna nak sokong.
Jgn marah ya, jgn taksub ya. saya permerhati bebas, saya tak berparti. heheh

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 1:02 pm
Reply to  kluangman

Kluangman adalah setan yg dikenali manakala pas pulak adalah malaikat yg tak dikenali..surat ada surat..kah kah kah

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 1:36 pm
Reply to  kluangman

Anon 16:31, Pesuruhjaya PAS Selangor hadir dalam mesyuarat untuk mendengar cadangan PKR dan bersetuju untuk membawa cadangan itu ke mesyuarat tertinggi PAS yang dijadualkan 10hb pada masa itu.
Wakil PAS yang hadir tidak ada kuasa untuk bersetuju dengan apa-apa cadangan PKR.
Lepas meeting – Anwar Brahi buat pengumuman "PAS setuju Khalid digantikan"????????????????

Anon 17:30 dan 19:00 Kluangman dan Keluangman adalah berbeza…jangan pakai kepala lutut kalau membaca dan menulis.

Ada akai, pakai !

kluangman
kluangman
9 August 2014 5:22 am
Reply to  kluangman

Cantikkkk 21:36..sebab tu aku tak berapa layan sangat budak bawahan dan pecacai pkr ni terutama yg guna nama anon…jenis mengaji tak habis.

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 5:58 am

17 Ogos pun mungkin ditunda. Sebabnya memberi masa pada SPRM untuk 'menyiasat' berasaskan permintaan Khalid dan mengumumkan tidak ada gejala rasuah?

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 6:59 am
Reply to  Anonymous

Pemimpin PAS nak tunggu Anwar Ibrahim masuk penjara dulu baru boleh buat mesyuarat…

PAS sanggup menjahanamkan Pakatan Rakyat yang memberikan dia banyak kemenangan dalam pilihanraya yang lalu hanya kerana seorang pemimpin yang diragui integeritinya yang bukan pula dari parti nya sendiri…

Dalam parti sendiri disuruhnya ahli wala' pada ketua tapi dalam parti PKR dia sokong Khalid menderhaka pada ketua….

Akhirnya jadilah ulamak politik dahi lebam yang tidak boleh dipercayai, dan tiada apa yang boleh diharapkan lagi kerana dia sudah tunjukkan wajah sebenarnya….hipokrit.

PAS = party "arrogant and stupid"

Monkey Shooter
Monkey Shooter
8 August 2014 9:25 am
Reply to  Anonymous

Betul pendapat anda. Sebenarnya sokongan kuat golongan muda terhadap PAS adalah kerana ada nama-nama aula seperti TGNA, Mat Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayob, Khalid Samad dan sepertinya. Pemimpin lain mereka masih berdengki dan busuk hati kerana "lost Identity" di sebabkan Anwar. Butakah mata mereka apabila di tahun 1998 golongan reform bangun menyokong Anwar dan tak semena-mena mereka yang lebih mendapat kredit dari Anwar? Berpecahlah….Dan kita lihat parti mana yang lebih berpengaruh. Sebenarnya golongan muda sudah cukup menyampah dengan karenah Hadi Awang dan Mustafa Ali di dalam PAS, tapi golongan berkepala busuk ini langsung tidak tahu malu dan tanpa segan silu… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 August 2014 5:52 pm
Reply to  Anonymous

Kemelut politik di Selangor sekarang pada asasnya berpunca daripada dua sebab iaitu pertama, kedegilan Anwar Ibrahim tidak mahu berundur apabila tetap mahu mencalonkan isteri sebagai MB dan kedua, disebabkan sokongan terbuka & tertutup penyokong PKR yang mahu beliau terus dengan program langkau sate kijang yg nampaknya ibarat hidup trsipu malu mampus x mahu. Jika hanya Anwar yang tetap dngan keputusannya tetapi tidak mendapat sokongan majoriti pengikut PKR, sudah lama ianya selesai. Begitu juga jika sekadar PKR yang menyokong tetapi Anwar mendapat hidayah lalu akur jawatan MB itu merupakan hasil perkongsian & permuafakatan bukannya milik ekslusif PKR sahaja, ia tidak akan… Read more »

Anonymous
Anonymous
9 August 2014 2:54 am
Reply to  Anonymous

Najib.. Najib.. bala apa lagi yang ko datangkan kat malaysia ni..???

http://goo.gl/PAhcw5