Lagi Cepat Khalid Dipecat, Lagi Baik Untuk PR

PKR kini dalam perjalanan untuk berkerat rotan dan berpatah arang dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang terus menujunjukkan kedegilannya serta tidak mahu berundur sebagaimana yang telah diarahkan berbuat demikian. Setelah mengharungi konflik yang agak panjang dan meretakkan hubungan dan hati banyak pihak, PKR akhirnya menghantar surat tunjuk sebab kepada Khalid yang perlu dijawab sebelum 8 Ogos depan.

Apa pun jawapan Khalid kepada surat tunjuk sebab itu bukan lagi perkara penting untuk dihalusi oleh PKR tetapi parti itu sudah mempunyai sandaran yang kuat untuk mengambil tindakan terhadapnya. Dengan memberi tempoh sehingga 8 Ogos untuk menjawab manakala Pas pula akan mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos untuk membuat pendirian sama ada menyokong pertukaran Khalid atau mengekalkannya, sangat jelas bahawa sekiranya Khalid terus berdegil, hukuman yang menantinya ialah sama ada dipecat atau digantung keahliannnya.

Jika tidak mahu diambil sebarang tindakan, pilihan Khalid ialah berundur daripada jawatannya.

Dengan senario ini, Pas tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa akur dengan kehendak PKR meletakkan Dr Wan Azizah Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ketika itu akan berakhirlah pertikaian dan kemelut berhubung isu Menteri Besar Selangor, kecuali jika Khalid bertindak balas membubarkan DUN Selangor ataupun kiranya Sultan Selangor menolak perlantikan Dr Wan Azizah.

Sebelum menghantar surat tunjuk sebab ini, PKR sudah pun membangkitkan soal intergriti dan disiplin berkaitan Khalid dengan menghantar nota setebal 50 mukasurat mengenai apa yang didakwa sebagai kemungkinan salah laku dan penyelewengan sepanjang pentadbirannya memimpin negeri itu. Ia bertujuan memberi gambaran, di sebalik kecemerlangannya yang digembar-gemburkan dengan kejayaan meningkatkan rizab negeri sehingga RM3 bilion, ada hal-hal lain yang perlu juga diketahui dan dinilai mengenai kepimpinannya.

Selain penyebaran nota itu bertujuan melemahkan moral dan wibawa Khalid, dalam masa yang sama beliau juga turut dibayangkan kemungkinan bakal dipecat daripada PKR atas alasan ingkar terhadap arahan parti yang mahukannya berundur.

Sebelum ini PKR mungkin beranggapan melalui pelbagai perkara yang dibangkitkan itu, Khalid akan segera mengalah. Namun oleh kerana tidak ternampak tanda-tanda ke arah itu, malah terlihat semakin ghairah untuk melawan, termasuk turut mengadakan solat hajat di kediamannya bagi terus mempertahankan jawatannya, PKR hari ini memutuskan untuk menghantar surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam tempoh masa tiga hari saja.

Meskipun tindakan PKR menghantar surat tunjuk sebab dan mungkin memecat Khalid adalah suatu tindakan yang agak kejam, tidak berperikemanusiaan dan melupakan jasa-jasanya selama ini, tetapi membiarkan Khalid berdegil dan beraja dengan jawatannya seolah-olah ia milik peribadinya, adalah juga tindakan yang kejam dan zalim kepada PKR sendiri.

Oleh kerana Khalid susah untuk difahamkan agar sedia berundur secara baik dan menerima hakikat bahawa turun naiknya dalam politik adalah hak parti, tindakan menghantar surat tunjuk sebab dan kemudian memecatnya adalah sesuatu yang paling wajar sekali.

Baik PR, mahupun PKR atau Pas, mereka tidak pernah bergolak seteruk ini sebelum ini. Tetapi kerana kedegilan Khalid tidak mahu akur dengan kehendak parti yang memintanya turun, konflik telah berlaku di mana-mana. Ia bukan saja berlaku dalam PKR, dalam Pas malah juga meretaknya hubungan antara tiga parti dalam PR.

Sesiapa pun yang berperangai seperti Khalid tidak wajar ada dalam mana-mana parti politik sekali pun. Karenah seperti ini lebih banyak menimbulkan masalah dan kerosakan berbanding membawa kebaikan. Khalid mungkin ada jasa sebelum ini tetapi kedegilannya telah merosakkan seluruh keperibadian dan kepimpinannya.

PR secara relatifnya tidaklah terlalu bermasalah, tetapi hanya Khalid yang bermasalah tidak mahu akur dengan kehendak parti. Sejak namanya dicanang untuk ditukar melalui Langkah Kajang, Khalid telah berbuat banyak perkara yang menimbulkan karenah – daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden, berbaik-baik dengan UMNO dan pemimpin pusat, menidakkan muafakat dan kemudian menunjukkan kedegilan yang berpanjangan.

Di satu peringkat juga dikhabarkan beliau tidak mahu lagi bertemu dengan Anwar dan Dr Wan Azizah serta menolak sebarang pertemuan bagi membincangkan kedudukannya. Jadi, bagaimana lagi yang boleh dilakukan untuk melembutkan hatinya?

Khalid sudah boleh dianggap penyakit merbahaya yang merosakkan organisasi dan harapan masa depan. Setelah BN berkuasa lebih 50 tahun, PR adalah harapan baru kepada rakyat. Meskipun PR bukan sempurna dan sering terbelit dengan pelbagai masalah, namun harapan rakyat terhadapnya tetap ada berbanding membiarkan BN terus berkuasa lagi untuk tempoh 50 tahun akan datang. Lagi pula, dengan adanya pembangkang yang kuat dan stabil juga, pelbagai rahmat turut melimpah kepada rakyat.

Atas sebab itu, PR harus memulihkan segera keyakinan rakyat terhadapnya. Mencantas Khalid yang sudah menjadi beban serta menimbulkan pelbagai masalah kepada PKR, Pas dan PR adalah suatu tindakan yang tidak boleh dilengahkan lagi. Lagi cepat, lagi baik. (SH 05/08/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

19
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousotaistillkick Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Lagi Cepat Khalid Dipecat, Lagi Baik Untuk PR

Itu hang kata. Tak sikit orang yg mengata lagi cepat anwar (dan bini) bersara lagi baik bukan saja untuk PR tapi untuk MALAYSIA.

H Ib

Anonymous
Guest
Anonymous

Adat berpolitik mesti ada yang suka dan ada yang benci. Khalid dipaksa letak jawatan pasal dia sudah jadi jahat dalam urusan kerajaan negeri.

Siapa yang benci pada Anwar… pasai apa ? Dia lantik bini dia jadi mb selangor pasal bini dia tak terlibat dengan rasuah. Rakyat Selangor sokong… Hang sapa nak tunjuk pandai ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah lupa ke? Tak ingat apa mendiang karpal pernah kata?
Siapa dia suruh bertaubat? Siapa yg dia kata has caused enough problems for this country?
Look back, ya…ada betul singh tu cakap. Jgn taksub.

Ko pun kat atas tulis Rakyat Selangor sokong. Atas apa survey boleh kata gitu? Klu Rakyat Selangor sokong, dan sokongan itu jitu, tak ada lah kecoh2 mcm ni kan?

Anonymous
Guest
Anonymous

Anwar kena dipertahankan sebab kita tidak sanggup kesunyian dengan tiadanya raja putar alam

Anonymous
Guest
Anonymous

Pandangan anon 18:38 lebih menepati berbanding dng anon 20:49, 21:41 dan 20:42…

Jawatan MB bukan hak mutlak parti, ia hanya jawatan yg disandang oleh wakil parti yg mempunyai kerusi terbanyak di DUN…oleh kerana sebelum ini di pemerintahan umno ia berjalan agak lancar maka jawatan MB dilihat milik parti.
Jika khalid dipecat bukan bererti secara otomatik Khalid kehilangan jawatan MB – itu isu pokok.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pergi belajar undang-undang dengan Noh Udang pasal menteri besar, kerana dia pun ada berangan-angan nak jadi seperti Khalid Ibrahim….

Anonymous
Guest
Anonymous

Dok kalut pasal TSKI, DSAI, TGHA…yang lega dan lena adalah UMNO.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 01:14,
Orang yang tidur lena adalah pengundi…… UMNO Baru ketika ini asyik nak mengarang tipu muslihat bagaimana nak tipu rakyat Selangor agar pilih mereka semula…..he….he…he..

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 23:34…mana faktanya kalau mempertikai pendapat org lain..jangan bodohkan diri sendiri..jangan jadi anwar, saolan tak dijawab, jawapan asyik corner ke lain…

Anonymous
Guest
Anonymous

jika Tan Sri Khalid dipecat maka beliau menjadi Adun & MB Selangor tanpa [email protected] bebas..?? begitu..? kemusykilan aku ialah adakah dengan kehilangan keahlian PKR maka jawatan Adun & MB juga akan trlucut secara automatik..? jika ya.. itu bermakna PKR adalah parti paling diktator dlm planet ini kerana baginya jawatan Adun & MB adalah milik PKR juga,,, ambil contoh seberapa ramai Adun PKR yg melompat itu adakah jawatan Adun mereka hilang..? apa kau ingat Khalid mau tunduk saja..? dipaksa melepaskn jawatan Adun & MB..? akan ada PRK DUn Pelabuhan Kelang..? mahu merumitkn keadaan..? Khalid brsikap berani kerana benar.. beliau disokong oleh… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Banyak sangat soal soalan yang tidak terjawab… Boleh jadi gila kalau simpan lama soalan tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Usah diharap PR akan mengekalkan pemerintahan di Slngor jika berlaku pilihraya. Rakyat dah bosan jemu. Perangai buruk Nuar brahim nampak sgt membuak2 tamak. Kalau benar Nuar jujur, jawatn MB yg dicadangkan bukan dari bininya sendiri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tulisan saudara berbunyi seperti orang kalah judi saja. Khalid Ibrahim sudah kena chekmate. Sila cuba dilain isu …kah….kah…kah…

Anonymous
Guest
Anonymous

dulu Abang nuar kusayang dipecat drpd UMNO… atas alasan nk buat Pinjaman IMF kononnya.. kini Abang Khalid pula nk dipecat drpd PKR dek kerana MOu ntah apa benda ntah.. oh nasib kau berdua hampir serupa tapi lebih kurang sama.. cuma Abang Khalid x masuk ISA jew.. oh sadisnya.. uhuk uhuk.. tajuk post kali ni.. uwaaaa…

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 22:55
Tulis macam orang mabok saja…… Saudara cerita apa ?

otaistillkick
Guest
otaistillkick

exco exco yang di lantik TSKI wajar meletakan jawatan jika setuju pertukaran MB..

Anonymous
Guest
Anonymous

Akhirnya nampak sangat Anwar ini bangang dalam menyelesaikan kemelut. Tindakan Khalid 'melawan' sekadar menunjukkan Anwar dan PKR sudah tiada integriti dan tidak ada apa lagi yang boleh 'dihormati'. Khalid adalah hak parti tetapi jawatan MB bukan MB PKR tetapi MB Selangor..MB kepada semua rakyat Selangor, MB kepada perkenan Tuanku Sultan. Khalid boleh dipecat dari parti tetapi jawatan MB anugerah Tuanku Sultan masih kekal hak kepada Khalid. Untuk melucutkan MB ia mesti dengan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Kegilaan Anwar hanya untuk terus nampak relevan dan minta simpati.Surat tunjuk sebab PKR kepada Khalid sangat lemah dan jika boleh dirujuk… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 18:38
Saya amat kesian dengan saudara….
Jika kalau saudara nak mengajar Anwar Ibrahim cara memecat Khalid Ibrahim dari jawatan menteri besar, datanglah kepejabat PKR. Sebagai tanda saudara bukan pencacai dari longkang, tapi saudara memang prihatin dengan isu itu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nampak sangat bangangnya fahaman saudara tentang system politik dan pemerintahan yang diamalkan olih Malaysia dan Negeri2 bersekutu yang berdasarkan system 'Westminster;. Heloooo…party yang memenangi kerusi yang banyak akan melantik seorang Adunnya yang mempunyai 'confidence of the majority; untuk menjawat jawatan MB. Jawatan itu bukan anugerah Sultan lahhhh. Apabila partynya tidak lagi mempunyai confidence dan suruh dia berundur, dia terpaksa berundur. Bukan melawan dan mengangap jawatan itu emak bapak dia punya. Dalam Negara dan Negeri2 kita, kita mengamalkan system parliamentary democracy dan Raja berperlambagaan.. Mesti kau tak faham ni. Anda dinasihati faham sebelum memberi komen yang menampakkan ketidakfahaman. Mengatak orang bangang,… Read more »