Kalau Najib Boleh Jinakkan Ketua Pemberontak Ukraine, Malulah Anwar Tak Boleh Lembutkan Hati Hadi Awang

Dalam perkembangan terbaru untuk memuaskan hati semua pihak berhubung kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, PKR dikhabarkan sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah Wan Azizah yang sebelumnya sudah diputuskan untuk mengambil alih tempat Khalid Ibrahim itu.

Menurut berita yang disiarkan dalam Malaysian Insider, seorang ADUN PKR telah dikenalpasti sebagai calon alternatif itu, namun ia hanya akan didedahkan setelah konsensus antara Pas, PKR dan DAP dicapai.

Sebagaimana yang didedahkan oleh salah seorang pemimpin tertinggi PKR, calon tersebut bukanlah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kerana Pas memang sudah menolak pencalonan beliau sebagai pengganti Khalid sejak awal lagi.

Dalam usaha menggantikan Khalid Ibrahim sebagai meneruskan Langkah Kajang dan memburu cita-cita menawan Putrajaya menjadi kenyataan, Anwar Ibrahim pada minggu lalu telah memutuskan bahawa PKR bersetuju mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.

Bagaimanapun, belum pun persetujuan dicapai antara Pas, PKR dan DAP berhubung pertukaran itu, Presiden Pas, Haji Hadi Awang membuat kenyataan mahu Khalid Ibrahim terus dikekalkan atas alasan tiada pengkhianatan kepada rakyat yang telah dilakukannya sepanjang enam tahun memimpin negeri Selangor.

Tindakan Haji Hadi mengeluarkan kenyataan berbentuk peribadi itu lantas mencetuskan polemik dan kekalutan, bukan saja dalam Pas tetapi juga dalam PR kerana Pas sepatutnya memutuskan sama ada bersetuju atau tidak dengan penggantian Khalid Ibrahim dalam mesyuaratnya pada 10 Ogos depan.

Walaupun PKR dan DAP konsisten bersetuju dengan pertukaran Khalid, Pas nampaknya berbelah-bagi mengenainya.

Perkhabaran mengenai calon alternatif ini dipercayai untuk memuaskan hati pihak tertentu dalam Pas yang tidak bersetuju dengan perlantikan Dr Wan Azizah atas alasan beliau seorang wanita dan isteri kepada Anwar Ibrahim, sedangkan PKR tetap mahukan menukar Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, jika Anwar bersetuju dengan calon alternatif ini ia adalah sesuatu yang memalukan Anwar dan PKR sendiri. Memandangkan Anwar sudah membuat pengumuman bahawa Dr Wan Azizah adalah pengganti Khalid, hasrat itu seharusnya diteruskan tanpa tunduk kepada kehendak pihak lain.

Kiranya bukan Dr Wan Azizah yang akhirnya dipilih menggantikan Khalid, bukan saja saja Langkah Kajang sudah menjadi sumbang, malah lebih teruk lagi ialah ia menjejaskan wibawa Anwar selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PR serta bakal Perdana Menteri Malaysia.

Anwar akan dilihat tidak lagi berwibawa kerana terpaksa tunduk kepada kehendak serta kemahuan Pas sedangkan kerusi Menteri Besar Selangor sudah dipersetujui selepas pilihanraya lalu adalah menjadi milik PKR. Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali sendiri memberi pengakuan bahawa parti itu tidak akan menuntut kerusi yang sudah dipersetujui menjadi milik PKR.

Dalam apa keadaan sekali pun, Anwar bukan saja perlu meyakinkan Pas dan Haji Hadi mengenai pertukaran Khalid, bahkan mesti juga meyakinkan bahawa penggantinya adalah Dr Wan Azizah. Jika calon selain daripada itu, ia adalah kegagalan Anwar.

Sudahlah Pas sebelum ini menolak Azmin Ali, kini ia menolak pula Dr Wan Azizah. Jika dua kali Anwar dan PKR tunduk kepada Pas, kepimpinannya sudah tidak bernilai lagi.

Jika beliau gagal meyakinkan Pas dan Haji Hadi, keyakinan rakyat terhadap kemampuannya sebagai bakal Perdana Menteri juga akan terhakis dengan sendirinya.

Tambahan pula, dalam tragedi MH17 yang baru saja berlaku, Perdana Menteri, Najib Razak telah menunjukkan kejayaan berunding dengan ketua pemberontak Ukraine, Aleksander Borodai mengenai penyerahan kotak hitam, penyerahan mayat kepada kerajaan Belanda untuk pengasingan dan forensik serta akses yang selamat bagi pasukan penyiasat ke tapak kejadian.

Kejayaan Najib berunding telah menaikkan namanya di mata dunia, sedangkan Aleksander adalah ketua pemberontak yang diketahui bersikap ganas dan jarang tunduk kepada kemahuan pihak lain.

Kiranya di ketika Najib berjaya menghasilkan kejayaan berunding dengan seorang ketua pemberontak yang diketahui ganas dan keras tetapi Anwar pula masih terkial-kial untuk melembutkan hati Haji Hadi yang merupakan rakan gabungannya sendiri dalam PR, ia adalah kegagalan paling nyata sekali dari segi kepimpinannya.

Untuk meyakinkan rakyat terhadap kemampuannya sebagai bakal Perdana Menteri dan pembawa agenda perubahan untuk negara, Anwar mesti melembutkan hati Pas dan Haji Hadi serta akhirnya dapat menerima sebulat suara pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Bertolak ansur bukan lagi pilihan. Jika tidak, lupakanlah Putrajaya. (SH 02/08/2014)

Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

10
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousELBI RISALAHkluangman Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Sementara Najib kononnya berunding dengan pemberontak Ukraine, kerajaan Ukraine dengan gesaan dari Australia dan Netherlands bersidang untuk memberi kebenaran kepada Australia dan Netherlands untuk masuk menguasai kawasan jatuhnay MH17. Parlimen Ukraine sudah pun memberi kebenaran kepada Australia dan Netherlands untuk masuk kawasan tersebut menerusi Kawasan dibawah kuasa Kerajaan Ukraine. Teams dari Australia dan Netherlands sudah pun masuk kawasan tersebut tanpa Malaysia untk mula kerja kerja selidik. Mana dia Najib dan Team dari Malaysia?? Nampaknya Najib tidak memberi gambaran sebenarnya di Parlimen baru baru ini….. Apakah Najib tidak tahu bahawa Australia dan Netherlands akan mengambil tindakan tindakan tersebut tanpa pengelibatan Malaysia?… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Hekelehhh..pi cakap kt puak pkr tu sapa yang pong pang pong pang bising pasal kronisme dan nepotisme? Sekarang nak lantik bini jadi mb pulak. Kredibiliti takde..aura jauh sekali. Last yang jadi kambinng hitam pas dan presiden. Hangpa ingat balik cerita perak, cerita tropicana, cerita air, cerita arumugam sapa yang buat onar sebenarnya. Salah tang mana pulak Haji Hadi keluar kenyataan? Dia presiden parti hak dia nak sebut apa yang dia rasa betul. Mesyuarat lain cerita..lain la dia keluar kenyataan berbeza dengan keputusan mesyuarat. Nak balun pun balun la. Pas bijak stick mesyuarat 10hb jugak tengok apa jadi dulu 8hb ni.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa pun bole berunding dgn ketua pembrontak Ukraine kerana seluruh dunia sdg mengutuk peristiwa MH 17 & rasa simpati kemanusiaan sejagat. Najib dan umno tak bole dabik dada. Jika najib ikhlas & komit pada negara, beliau sepatutnya pantas dan cepat balik ke negara menjalankan tugas yg makin berat. Bukan amek peluang bersantai di Itali???
Anwar jugak patut berundur kerana segala mcm isu dlm PR berpunca darinya. Jgn tiru Najib berjanji seribu janji. Tunaikan janji letak jwatan lepas PR kalah. Abis cerita. Anwar lebih membawa liabiliti dari mengukuh PR. Sbb itu najib jadi sikit 'kuat'..

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan Shahbudin,

Tuan buat lawak pasal si Najib ni.Najib memang pandai berunding tetapi dia mesti bawa ole-ole untuk orang yang nak dirundingkan.Siapa tak nak ole-ole tu,orang bodoh pun boleh jadi pandai kalau disogokkan dengan benda tu.Yang ganas pun boleh jadi lembut.Tapi masih ada kelemahan Najib yang dia tak boleh runding.Dengan bini sendiri.Dia perlu selesaikan perkara itu dulu sebelum rakyat percaya yang dia seorang perunding berwibawa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bagi pandangan saya, pertukaran Khalid Ibrahim dengan penama baru sama ada orang itu lelaki atau wanita bukan isu. Tapi yang cuba dilindungi oleh PAS dan penyokongnya adalah penggantian itu tidak lagi memberi kesempatan pada orang yang mempunyai kepentingan melobi mendapatkan sesuatu dari segi kuasa mahupun ekonomi. Bagi saya, saudara Shahbudin tidak boleh menyamakan kejayaan Najib berunding dengan ketua pemberontak Ukraine dengan Anwar menyelesaikan kemulut menteri besar Selangor. Walaupun kedua-duanya adalah pemimpin tertinggi parti namun suasana dan permasaalahan adalah berbeza. Kita boleh saja mengatakan Najib sebagai berjaya tapi beliau mengguna pelbagai aset negara seperti yang mereka praktikkan dalam menyelesaikan masaalah penculikan… Read more »

ELBI RISALAH
Guest
ELBI RISALAH

Kalau TS Khalid membelakangkan arahan parti , dah ke buat pertemuan dengannya secara empat mata ?. Kalau belum, kena buat dulu…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Anwar mau pilih bini jadi MB..ko tak nak tanya ke majoriti rakyat Selangor dan Sultan Selangor nak pilih siapa lak..?

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa PAS… Anwar Ibrahim Anugerah Tuhan Jerkah sikit ajer Kecut Perut…Hadi Awang dgn Nik Ajis.. Ketor Lutut, Bergoyang ..

kluangman
Guest
kluangman

Wan azizah mesti dipertahankan untuk kekal dicalonkan sebagai MB baru Selangor menggantikan Khalid dan usaha perkenan Tuanku Sultan Selangor yg harus diutamakan dan bukannya atas kehendak Hadi atau PAS.

PAS hanya memerlukan penjelasan kenapa Khalid perlu ditukarkan dan penjelasan yg sangat nyata ialah Khalid membelakangkan arahan dan kepentingan parti adalah suatu yg tidak boleh diterima oleh mana2 parti.

Masalah sebenar kpd Khalid yg enggan lepaskan.

Perbandingan dng keterbolehan Najib mendapat persetujuan beberapa peringkat kerjasama di ukraine, armsterdam adalah lebih kpd kosmetik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ya Allah… engkau lembutkanlah hati Anwar Ibrahim beserta pengikut penyokong pentaksubnya.. trmasuk juga admin blogger ni.. semua jenis degil x mau dengar nasihat & pndapat org lain.. mereka saja yg betul.. yg lain semua salah.. malulah aku sebagai penyebok di blog ni kalo x dpt brdoa untuk melembutkn hati mereka ni semua ya Allah.. eh eh.. bole kot berdoa di blog.. tujuannya nk kalian semua baca & tau apa doa aku untuk kamu.. Amin..