Hadi Awang Bakal Buat Pusingan U?

Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 10 Ogos ini tentunya paling menjadi perhatian. Ini kerana ia akan menentukan sama ada Pas menyokong atau menentang hasrat PKR menukar Khalid Ibrahim dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Beberapa hari sebelum ini, Presiden Pas, Haji Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan peribadinya agar Khalid terus dikekalkan atas alasan tiada apa-apa pengkhianatan terhadap rakyat yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor itu sepanjang lebih enam tahun perkhidmatannya.

Bagaimanapun kenyataan itu telah menimbulkan kekecohan dan kekalutan, bukan saja dalam Pas tetapi juga dalam PR sendiri. Di dalam Pas, jelas terlihat pertembungan antara golongan ulama yang menyokong kenyataan Haji Hadi itu dengan golongan profesional yang juga kerap disebut sebagai kumpulan Anwarinas yang tetap mahu Khalid digantikan dan menyifatkan kenyataan Haji Hadi itu hanyalah pendapat peribadi saja.

Di dalam PR pula, PKR dan DAP yang sudah lama tidak senang dengan Khalid kerana kepimpinan ala korporat dan menidakkan muafakat yang diamalkan sejak kebelakangan ini serta mahu Dr Wan Azizah segera mengambil alih sebagai ketua kerajaan negeri Selangor, bagaikan tidak percaya dengan kenyataan Haji Hadi itu dan mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.

Ekoran itu, terbocor pula tulisan di whatsapp oleh seorang AJK Pas Pusat dan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki yang bukan saja menyokong kenyataan Haji Hadi, malah membayangkan akan wujudnya kerajaan negeri yang baru di Selangor melalui kerjasama antara Pas, UMNO dan Khalid.

Tulisan itu yang disertai dengan komen bersifat perkauman dan anti gereja telah menyemarakkan lagi perbalahan dalam Pas dan juga PR. Tuduh-menuduh dan saling berbalas kenyataan kian panas sehingga bukan saja Dr Zuhdi yang menjadi kecaman, malah Pas juga dianggap bukan lagi rakan yang betul-betul baik dalam PR.

Meskipun Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kemelut ini tidak akan memecah-belahkan PR, hakikatnya syak wasangka dan saling mencurigai sudah mula bercambah dalam rakan-rakan gabungan PR sekarang ini. Pas yang selama ini diketahui memperjuangkah Islam dan sering melaungkan “Islam For All” rupa-rupanya turut mempunyai benih perkauman dan anti agama lain di dalamnya.

Haji Hadi pula, selepas mengeluarkan kenyataan mempertahankan Khalid yang dibuatnya sebelum Hari Raya lalu sehingga menyebabkan kemeriahan Aidilfitri lebih disulami dengan perbualan politik, terus berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa lagi mengenainya. Tidak dipastikan sama ada beliau turut menyesal berbuat demikian atau sengaja menyokong Khalid untuk melihat reaksi dalam partinya sendiri terhadap perkara itu.

Melihat kepada pelbagai kecaman kepada Pas, Haji Hadi serta Dr Zuhdi mengenai kenyataan yang dikeluarkannya itu jelas bahawa mood untuk menukar Khalid lebih kuat berbanding mempertahankannya. Kenyataan AJK Pas Pusat, Dr Zulkifli Ahmad yang meminta dihentikan bercakaran sesama sendiri serta Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat yang menegaskan agar fokus menawan Putrajaya tidak terabai adalah gambaran jelas bahawa semakin ramai yang tidak senang dengan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Haji Hadi itu.

Walaupun tidak menyebut semua kekalutan ini berpunca daripada kenyataan Haji Hadi, tetapi itulah gambarannya yang difahami oleh kebanyakan orang.

Haji Hadi, menurut pendapat banyak pihak tidak wajar sama sekali mengeluarkan kenyataan berbentuk peribadi sebelum mesyuarat diadakan. Ia dianggap tidak menghormati mesyuarat dan permuafakatan. Dan jika pun beliau ada pendapat peribadi, beliau seharusnya bercakap secara peribadi saja dengan Anwar dan bukannya melalui media.

Dengan kemelut yang berterusan dan makin tidak memihak kepadanya kini, Haji Hadi bagaikan terperangkap dengan kenyataannya sendiri.

Jika Pas pada mesyuarat 10 Ogos nanti berpendirian mahu mengekalkan juga Khalid dan menolak Langkah Kajang yang mahu dilakukan oleh Anwar dan mendapat persetujan PKR dan DAP, pergolakan akan terus berlaku bukan saja dalam Pas tetapi juga dalam PR. Pergolakan yang berterusan itu juga akan menghilangkan sama-sekali fokus untuk menawan Putrajaya.

Dengan masuk campurnya UMNO yang turut menyokong Khalid, sokongan Pas juga sudah menjadikan mereka sehati sejiwa dengan UMNO dan ini tentunya menambahkan lagi kecelaruan dalam parti Islam itu.

Lebih buruk jika akhirnya ia berakhir dengan Pas meninggalkan PR. Apabila Pas keluar daripada PR, parti itu akan kembali menjadi parti yang hanya kuat di Kelantan atau seperti kata Sanusi Junid di mana ada sekolah pondok dan sawah padi saja. Pas akan hilang kekuatan Selangor, Johor, Perak dan negeri-negeri lain yang mempunyai pengundi campuran.

Sanggupkah Pas hilang semua itu sedangkan mereka sudah pernah merasa berkuasa di Perak, Kedah dan mempunyai kerusi majoriti di Selangor?

Keadaan dalam Pas dan juga dalam PR hanya akan kembali normal jika Pas turut akur dengan pertukaran Menteri Besar Selangor. Jika Pas akhirnya bersetuju, polemik sebelum ini mungkin boleh dilupakan dan masing-masing boleh mengorak langkah ke hadapan bagi matlamat menumbangkan UMNO dan menawan Putrajaya sebagaimana yang diusaha dan dicita-citakan oleh Pas, PKR dan DAP sebelum ini.

Lagi pula Langkah Kajang juga diatur untuk menawan Putrajaya dan ia mirip seperti Erdogan yang menjadikan kejayaan di Istanbul untuk menawan Turki serta Joko Widodo yang baru-baru ini menang sebagai Presiden Indosesia adalah juga atas kejayaannya sebagai Gabenor Jakarta sebelum itu.

Maka itu, menjadikan Selangor sebagai laluan lebih lurus menuju Putrajaya adalah sesuatu yang wajar. Najib dan UMNO sendiri menyedari hakikat itu, sebab itulah Anwar dihalang daripada bertanding di Kajang. Meskipun Dr Wan Azizah sebagai pengganti Anwar dalam idea Langkah Kajang, kesannya kepada ketakutan UMNO tidak banyak bezanya.

Atas kepentingan masa depan Pas dan juga cita-cita PR menawan Putrajaya, Haji Hadi hanya ada satu pilihan iaitu memastikan kesepakatan dan keharmonian dalam gabungan itu terus utuh dan mantap sehingga pilihanraya umum akan datang. Dengan berbekalkan sokongan 52 peratus undi popular dan hanya perbezaan 23 kerusi Parlimen, diikuti dengan pelbagai masalah dalam negara serta suasana politik yang turut celaru di Sabah dan Sarawak, perubahan bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk digapai. Ia hanya memerlukan sedikit lagi kecekalan, ketabahan dan kebijaksanaan.

Walaupun pendirian rasmi Pas hanya diketahui pada 10 Ogos nanti, demi kepentingan yang lebih besar daripada sekadar mempertahankan Khalid yang mungkin hanya membawa untung secupak, parti itu tentulah tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati untung bergantang-gantang di masa depan.

Jika Pas membuat pendirian menyokong pertukaran Menteri Besar Selangor, bukan lagi pendirian Haji Hadi yang membuat pusingan U yang diperkatakan tetapi nasib UMNO yang “berputih mata” dan “menjaring angin” lebih dikasihankan. (SH 01/08/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

13
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousbat8 Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Wahai siblogger sampah apa hal dengan kamu busuk hati benar dengan TGHH apa tak kena asyik jadi batu api saja?

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku da xrespect PAS lg.PR jgn hrp la nk perimtah Selangor PRU 14

Anonymous
Guest
Anonymous

Susah paya saya menyakinkan ahli sekeluarga 7 orang untuk mengundi PAS pada PRU 13, saya rasa tersangat tertipu oleh PAS sekarang. PAS for all semuanya penipuan. Zuhdi berjaya membongkarkan muka sebenar PAS. Thank you Zuhdi. PAS sama rasis dengan UMNO. I hope there is a PAS BARU coming out from this kemulut.

Datuk Saifudin, sorry i did not vote for you, but I will in PRU14.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya hairan kenapa pemimpin2 PR khususnya PAS suka sangat buat statement secara terbuka. Pernahkah mereka2 ini terfikir bahawa statement2 terbuka inlah yg akan digunakan oleh pihak musuh untuk menjahanamkan PR. Platform muzakarah dlm PR kan ada. Gunakanlah platform ni wahai pemimpin.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi berdiam sebab ramai sangat makhluk perosak di sini yg pandai bercakap tetapi masih ditahap penjilat anwar

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 00:16

Ni sekor lagi cai UMNO uang berpura-pura menyokong PAS hanya bertujuan untuk menjahanankan PAS. Seperti biasa hujah tak ada. Tabur fitnah sana sini. Yang ada hanya tuduhan hentam keromo yang menunjukkan kebodohan s3ndiri jer. SOP cai-cai UMNO dimana-mana alam maya.

Dei…..100km pun orang dah tau lu cai UMNO. Haji Hadi tak memerlukan cai- cai UMNO macam lu untuk mempertahankan diri dia. Kalau lu offer pun gerenti Haji Hadi tolak offer lu…dia pun tau sokongan puak lu hanya untuk menjahanankan PAS.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa salah jadi cai UMNO, bukankah UMNO adalah kerajaan sekarang..

pandai2 orang PKR cakap pun masih duduk bawah ketiak masam Lim Guan Eng..

bat8
Guest
bat8

Tak salah jadi cai UMNO. Kalau cai UMNO jangan dok menyebok pasai parti orang. Jaga, promo parti sendiri yang semakin hari semakin terpinggir. Yang salah adalah berpura-pura sokong PAS kerana nak menjahanankan PAS.

Apa ke barang cai UMNO dok sokong PAS parti lawan UMNO dari dulu sampaii sekarang kalau bukan nak menjahanan PAS yang mula mendapat tempat dihati rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari segi berpolitik, orang yang tak cebur politik pun tahu Hadi dan Zuhdi bangang berpolitik. Usaha PAS bertahun2(semenjak 1998) untuk jadi parti nasional yang diterima olih semua rakyat telah pun dicapai melalu slogan 'PAS for all'.. Tiba2 dua orang ni buat statement yang bodoh yang menghancurkan keyakinan non-malays terhadap parti Pas. Memang bodoh dan tolol.

bat8
Guest
bat8

Tuan, Dengan perkembangan sekarang tidak ada bezanya TGHH buat u-turn atau berdiam diri sahaja. Segala pencapaian PAS yang dinikmati sekarang sudah hancur lebur. PAS sudah kehilangan sebahagian besar sokongan bukan melayu, anak-anak muda dan penyokong baru dikalangan orang melayu yang telah melonjakkan PAS kearus perdana politik negara. U-turn akan dilihat sebagai beras hampa yang tidak membawa makna apa-apa lagi. Paling-paling pun ia hanya menu jukkan dengan lebih jelas sikap sebenar PAS dalam politik tanahair. Ia akan lebih merupakan cubaan menegak benang basah je. Semuanya sudah tidak bermakna. Lagipun U-Turn ni sudah jadi tabiat kedua TGHH bila tersepit. Satu ciri yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

selepas admin mencemuh hadi dan mengajak serta mangangkut kaki busuk sama2 mencerca dan memperlekehkan hadi tiba2 admin tersedar bahawa di mana nak letak mukanya kalau hadi buat pusingan u, sebab itu lah tiba2 admin sedar kentut hadi sebenarnya wangi.

khalid tak jadi mb atau terus jadi mb semuanya kerana perangai jakun pkr sekandang…apa kena mengena dengan umno, dah muflis idea agaknya puak ni..KALAU MUKA PECAH PINTU JANGAN SALAHKAN CERMIN

bat8
Guest
bat8

Anon 22:22 Tau ke perbezaan antara mencemuh dengan mengkritik. Kalau tak tahu elok dok dendiam je. Yang nampak semakin tak elok ialah batang tubuh TGHH itu sendiri akibat sdra tak tau perbezaan antara 2 perkataan itu. Yang dikritik ialah TGHH seorang ahli politik. Tak ada sesiapapun yang mengkritik TGHH zebagai Tuan Guru. Kalau perkara ini pun tak boleh nak bezakan tak layak sdra nak cuba membela TGHH kerana sdra akan mere dahkan kedudukannya sebagai Presiden PAS dan Tuan Guru. Mahathir dikritik hebat dalam dan luar negara adakah kerana dia seorang doktor atau sebagai seorang ahli politik. Begitu juga Paklah. Dia… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Satu lagi bahlol atau bangang..tau tak perbezaannya.