Month: August 2014

Peringatan Untuk Najib – Lebih Separuh Sentimen Ahli UMNO Sokong Mahathir

Meskipun tindakan Mahathir Mohamad menarik balik sokongannya merupakan pukulan paling berbisa kepada Najib Razak sepanjang lebih lima tahun pemerintahannya, Perdana Menteri masih lagi memikir-memikir apa langkah yang mahu diambil seterusnya. Sambil enggan mengulas panjang mengenai beberapa kritikan Mahathir terhadapnya, Najib hanya menyatakan pemimpin UMNO menyokong barisan kepimpinan sedia ada, di samping menghormati Mahathir sebagai seorang […]

Apa Kata Pas Calonkan Dr Wan Azizah, Balasannya PKR Pula Serah Pengkalan Kubor

Perbalahan Pas dengan PKR mengenai calon Menteri Besar Selangor masih lagi berlarutan. Sementara isu yang sama melibatkan PKR dengan DAP sudah pun selesai dengan kata putus kedua-dua parti hanya mencalonkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail saja, Pas masih lagi berpusing-pusing keputusannya. Setiap kali bermesyuarat, hasilnya hanya membuahkan keputusan yang berbeza-beza. Sehingga 3 September ini […]

Kalau Hantar 1 Nama Dianggap Biadap, Tidakkah Beri 3 Nama Seperti Perli Sultan Pula?

Kemelut Menteri Besar Selangor terus membuatkan Pas jadi kalut dan caca-marba. Bukan saja perbalahan antara golongan ulama dan profesional makin ketara, bahkan Pas juga terus berpusing-pusing pendiriannya mengenai calon yang harus dinamakan untuk menggantikan Khalid Ibrahim. PKR yang sepatutnya berpecah dengan isu ini tetapi berjaya membendungnya sehingga akhirnya Khalid Ibrahim tinggal keseorangan dan akur untuk […]

Yang Penting Khalid Akhirnya Letak Jawatan, Tiada Pilihanraya Dan MB Tetap Dari PR

Dalam episod yang semakin menuju jalan ke penghujungnya, Khalid Ibrahim akhirnya akur untuk meletakkan jawatan. Setelah sedar majoriti tidak lagi memihak kepadanya, beliau akhirnya menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, petang tadi. Bagaimanapun baginda menangguhkan untuk menerima perletakan jawatan Khalid itu sehingga penggantinya dilantik. Dalam memutuskan pengganti Khalid Ibrahim pula, Sultan […]

Kalau Pandu Kereta, Mesti Tahu Ke Mana Nak Dituju Dan Jangan Selalu U Turn

Keputusan mengenai kemelut kerusi Menteri Besar Selangor dijangka akan diketahui dalam sehari dua ini. Sultan Selangor ketika ini dipercayai sedang mendapatkan pelbagai nasihat tentang keputusan terbaik yang bakal dilakukan oleh baginda sebelum dijangka menemui Khalid Ibrahim dan juga Dr Wan Azizah pada hari esok. Khalid Ibrahim hari ini sudah pun mengesahkan beliau akan mengadap Sultan […]

Di Selangor Belum Selesai, Perbalahan Pas Dan PKR Merebak Ke Pengkalan Kubur Pula

Menjelang Sultan Selangor bakal membuat keputusan untuk menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar dalam waktu yang terdekat ini, rupa-rupanya masih ada yang belum selesai mengenainya. Keputusan Majlis Pimpinan PR pada 17 Ogos lalu yang akhirnya menetapkan hanya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim, seperti […]

Gantung Dua KP Pahang, Benarkah Kerana Dendam KJ?

Mesyuarat MT UMNO awal Julai lalu telah menggantung dua orang Ketua Pemuda Bahagian di Pahang secara merta-merta. Mereka iaitu Mohamad Faiz Hashim, Ketua Pemuda Indera Mahkota dan Ketua Pemuda Maran, Saiful Anuar Mokhtar telah menerima surat penggantungan bertarikh 22 Julai 2014 yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor. Tindakan penggantungan itu bukan […]

Bersangka Baiklah Dengan Sultan

Apabila PR akhirnya mencapai konsensus berhubung pengganti Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, sepatutnya semuanya sudah berakhir dan tidak perlu ada sosek-sosek lain lagi berhubung isu itu. Apatah lagi Sultan Selangor sendiri sudah memendekkan pemergiannya ke keluar negara dan akan pulang ke tanahair pada 23 Ogos, semua pihak sepatutnya menunggu saja keputusan dan kebijaksanaan […]

Mahathir Perlu Keluar UMNO Sekali Lagi…

Selain berpendapat polisi dan dasar Najib Razak banyak merosakkan hubungan kaum, ekonomi dan kewangan negara, teguran Mahathir Mohamad juga berkisar mengenai rasa rimasnya dengan terlalu banyak pengampu dan pembodek yang berada di sekeliling Perdana Menteri sekarang ini. Dalam dua kisah dongeng zaman silam yang disebutkan Mahathir dalam tulisannya, jelas memperingatkan mengenai budaya ampu dan bodek […]

Najib Lebih Berani Daripada Obama Dan Putin…Inilah Idea Paling Wow Yang Dicari-Cari Muhyiddin

Walaupun sudah ada beberapa pemimpin kanan UMNO tampil menyanggah teguran Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Najib Razak yang dimuatkan dalam blognya semalam, tetapi malangnya tiada satu pun di antara mereka berhujah memberi jawapan tentang persoalan yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Sebaliknya, rata-rata mempersoalkan kenapa Mahathir melakukan teguran itu sambil cuba membodek serta mengampu […]

Kalau Bukan Mahu Najib Letak Jawatan, Apakah Mahathir Nak BN Kalah Pilihanraya?

Tulisan Mahathir diblognya yang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak dan mengumumkan penarikan balik sokongan yang diberikannya selama ini, pasti akan mencetuskan krisis baru dalam UMNO. Setelah PR berjaya menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor baru-baru ini, virus perpecahan nampaknya merebak kepada UMNO pula. Susulan pendirian terbarunya itu, Mahathir malam tadi menjelaskan, apa yang dilakukannya […]

Mahathir Janji Akan Terus ‘Menekan’ Najib

Sudah agak lama sebenarnya bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak menegur kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak. Mungkin disebabkan banyak isu-isu lain yang timbul seperti kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17 dan pertukaran Menteri Besar Selangor menyebabkan Mahathir tidak bersuara mengenai Najib. Lantaran itu, barangkali ramai yang beranggapan bahawa Mahathir kini sudah mulai akur dan menyokong sepenuhnya […]

Jika Benar Khalid Kasihkan Sultan Selangor, Inilah Masa Membuktikannya

Mesyuarat Pas hari ini telah membuat keputusan paling rasional dalam menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor. Meskipun pendiriannya sebelum ini dipertikaikan banyak pihak sehingga menimbulkan banyak kekalutan, Pas akhirnya sedar pentingnya untuk mengekalkan PR sebagai wadah alternatif kepada rakyat dalam membuat piilihan bagi mentadbir negara ini. Pengundi yang telah memberikan sokongan 52 peratus undi popular […]

Mari, Mari, Mari…UMNO Untuk Dijual?

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin melontarkan cabaran kepada UMNO bahagian seluruh negara agar mengemukakan idea luar biasa ke arah memastikan perjuangan parti itu terus relevan dan diterima rakyat. Bagi merangsang munculnya idea luar biasa dan mempunyai faktor wow itu, beliau juga mengumumkan ganjaran RM10 ribu kepada bahagian yang berjaya nanti. Di samping meminta setiap […]

Salahkah Perdana Menteri Bercuti Mewah?

Salahkah Perdana Menteri bercuti? Ini antara pertanyaan paling banyak dilontarkan di sebalik pendedahan laman berita Asia Sentinel mengenai percutian mewah Najib Razak ke beberapa bandar utama di Eropah sebaik saja beliau menamatkan lawatannya ke Amsterdam, Belanda pada Hari Raya ketiga lalu. Mungkin di samping mood Hari Raya, di tambah dengan kedukaan yang berterusan mengenai tragedi […]

Kalau Shaari Dan Hasnul Dianggap Khianat Pada Pas, Haji Hadilah Pembuka Jalannya

Marah benar kumpulan pro ulama dalam Pas kepada Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang telah secara terbuka tampil menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah bersama 15 Adun DAP serta 13 Adun PKR semalam. Kedua-dua mereka dituduh derhaka dan khianat kepada Pas kerana mendahului parti dalam bertindak sedangkan Pas akan bermesyuarat […]

Keberanian Dua Adun Pas Selangor Harus Dipuji

Langkah Kajang semakin hampir menjadi kenyataan. Ia hanya bergantung kepada faktor masa saja lagi. Dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah membuktikan beliau ketika ini mempunyai sokongan 30 daripada 56 Adun, majoriti nyata sudah berpihak kepada Presiden PKR itu untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Selangor. Kejayaan Dr Wan Azizah membuktikan beliau sudah mempunyai sokongan […]

Dalam Baik Khalid Cuba Pindahkan Beban Pecat Anwar Kepada Pas

Dalam usaha mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semalam telah memecat enam Exco daripada PKR dan DAP daripada menganggotai pentadbiran kerajaan negeri pimpinannya. Bagaimanapun sehingga ini seorang Exco iaitu Rodziah Ismail daripada PKR, ditangguhkan buat sementara pemecatannya kerana berada di luar negara. Tetapi dalam perkembangan terbaru tengah malam tadi, Rodziah yang baru kembali […]

Pas Mula Tunjuk Kuasa!!

Walaupun tindakan Pas dalam kemelut politik Selangor terus mengeliru dan membingungkan banyak pihak, hakikatnya parti itu sedang mengambil langkah berhati-hati dalam tindakan yang bakal diambilnya. Kadang-kadang ia juga dilihat seperti mahu menunjuk kuasa yang ada padanya. Dan sementara itu, semua pihak kena bersabar dan bertenang sehingga tarikh 17 Ogos depan di mana Pas akan bermesyuarat […]