Jika Hishammuddin Suka Beri Amaran, Zahid Pula Penuh Dengan Retorik

Isu berkaitan Esscom atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah kembali menjadi perhatian berikutan berlakunya serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna yang mengorbankan seorang anggota polis manakala seorang lagi anggota keselamatan diculik oleh kumpulan yang dipercayai berpusat di selatan Filipina.

Esscom ditubuhkan berikutan tragedi pencerobohan di Lahad Datu, namun selepas penubuhannya kejadian penculikan yang melibatkan pelancong sebagai kegiatan mendapatkan wang tebusan sudah beberapa kali berlaku. Ia seolah-olah kumpulan penculik itu tidak gentar langsung dengan Esscom yang diberikan peruntukan besar serta melibatkan polis, tentera laut serta marin.

Kawasan perairan itu seolah-olah menjadi lubuk duit bagi kumpulan penceroboh tersebut memperolehi wang kerana setiap kali penculikan berlaku, ia mesti diakhiri dengan pembayaran wang berjuta-juta ringgit. Perairan Semporna dan Lahat Datu seolah-olah sudah seperti perairan Somalia yang menjadi medan lanun-lanun menawan kapal dan kemudian menuntut wang tebusan.

Selain beberapa aspek kelemahan masih wujud dalam Esscom sehingga Perdana Menteri juga sudah meminta dikaji semula sistem kawalan agar tidak begitu mudah dicerobohi, kecacatan paling ketara dalam Esscom ialah berkaitan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab terhadapnya.

Setiap kali berlaku insiden, reaksi Zahid lebih berbaur retorik dan kenyataan politik semata-mata. Dengan janji beliau untuk mendedahkan petualang Lahad Datu masih tidak ditunaikan sehingga kini, sebaik saja insiden terbaru yang melibatkan dua anggota polis baru-baru ini, Zahid sekali mengeluarkan kenyataan politik dan retorik apabila menyatakan serangan hendap itu dilakukan kerana penceroboh ingin membalas dendam berikutan peningkatan keselamatan yang dilakukan oleh Esscom.

Jika benar kawalan keselamatan meningkat, bagaimana penculikan demi penculikan boleh berlaku dan boleh melibatkan kematian serta penculikan anggota polis sendiri?

Lebih menghairankan apabila kemudian Panglima Tentera Laut, Abdul Aziz Jaafar mendedahkan bahawa kapal-kapal yang berkawal di perairan itu tidak dibenarkan menembak penceroboh dan beliau meminta kerajaan segera mengubah peraturan itu demi memastikan tindakan pengawalan lebih berkesan.

Walaupun Zahid segera memberi reaksi bahawa kebenaran menembak itu diberikan lampu hijau asalkan dapat menghalang penceroboh, persoalan yang timbul ialah apakah sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau tidak mengetahui bahawa kapal tentera laut yang berkawal di perairan Sabah selama ini tidak dibenarkan melakukan tembakan?

Jika beliau tidak mengetahuinya, ia menunjukkan satu lagi kelemahannya sebagai menteri yang menjaga keselamatan negara ini.

Tetapi jika mengetahuinya pula, bagaimanakah beliau tergamak mengatakan kumpulan penculik itu melakukan serangan serangan hendak kerana ingin membalas dendam berikutan kawalan keselamatan yang kian meningkat di perairan Sabah. Bagaimana mahu dikata kawalan keselamatan meningkat sedangkan menembak pun tidak dibenarkan?

Kenyataan Zahid jelas berunsur retorik untuk menunjukkan kewibawaan Esscom sedangkan hakikatnya terdapat beberapa kelemahan yang masih nyata dan menimbulkan kehairanan kepada orangramai.

Permintaan tentera laut untuk menembak itu sebenarnya bukan hanya patut diberikan sekarang, tetapi sekurang-kurangnya serentak dengan penubuhan Esscom itu. Ia juga sesuai dengan peralatan persenjataan serba canggih dan moden yang dimiliki oleh tentera laut sekarang ini.

Zahid juga kemudian meminta media sosial agar tidak memperlekeh usaha pasukan keselamatan mengawal perairan Sabah, sebaliknya sama-sama berusaha demi maruah dan keselamatah negara.

Siapakah yang lebih memperlekeh, bukankah kenyataan demi kenyataan oleh Zahid sendiri yang menjurus ke arah itu? Atau kenyataan tidak mantap dan kurang berwibawa daripanyalah yang mengundang perlekehan itu, bukannya disebabkan usaha pasukan keselamatan?

Meskipun Zahid berjaya melonjakkan namanya sebagai Menteri Dalam Negeri yang lebih baik daripada penyandang sebelumnya, Hishammuddin Hussein sehingga sekali lagi dipilih sebagai Naib Presiden UMNO dengan undi terbanyak dalam pemilihan tahun lalu, hakikatnya semua itu hanyalah pementasan sementara saja.

Jika sebelum pemilihan UMNO, suaranya begitu lantang menentang penghapusan Ordinan Darurat dan penggantian Akta Hasutan dengan undang-undang baru Akta Keharmonian, di manakah suara Zahid sekarang ini? Bahkan ketika Mahathir terus-menerus menyatakan kebimbangan dengan penghapusan Akta Hasutan itu, suaranya makin menjauh ke laut berhubung isu itu. Tiada apa-apa lagi yang keluar dari mulutnya.

Barangkali jika pemilihan UMNO diadakan setahun sekali, mungkin pula media tidak cukup ruangan untuk memuatkan kenyataan dan kegarangannya mengenai pelbagai isu yang menyangkut hal-hal berkaitan Melayu terutamanya.

Jika diimbas, antara Zahid dan Hishammuddin yang sama-sama pernah menjadi Menteri Dalam Negeri, kedua-duanya lebih kurang sama saja. Hishammuddin terlalu lemah, apologetik dan asyik-asyik memberi amaran saja sedangkan tindakannya langsung tidak pernah menjelma.

Zahid pula cuba menunjuk garang, berani dan lebih menjadikan jawatan itu sebagai landasan meningkatkan popularitinya. Selain aksi sebelum dengan selepas pemilihan UMNO banyak berbeza, beliau seringkali mengeluarkan kenyataan bersifat politik dan retorik dalam isu-isu berkaitan keselamatan negara. Zahid seolah-olah melihat semua aspek keselamatan boleh diurus seperti mengendalikan UMNO cawangan saja.

Itulah sebabnya, bila pencerobohan berlaku sehingga anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik, Zahid dengan santai mengatakan ianya kerana mereka ingin membalas dendam kepada pasukan keselamatan. Jika begitu, bolehkah kita juga mengatakan rompakan dan samun yang berlaku setiap detik adalah juga kerana perompak ingin membalas dendam kepada polis yang selalu menangkap dan memberkas penjenayah?

Kalau dulu ada yang kecewa dengan Hishammuddin mengendalikan Kementerian Dalam Negeri kerana hanya tahu memberi amaran, Zahid dengan retorik dan kenyataan politiknya mula mendatangkan lebih kekecewaan lagi. Esscom atau apa saja berkaitan keselamatan lebih tidak selamat bila berada ditangannya. (SH 15/07/2014)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
16 July 2014 5:38 am

Apabila Tentera Laut Diraja Malaysia terpaksa memohon kepada kerajaan untuk membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menceroboh masuk kawasan perairan Sabah kerana peraturan sedia ada tidak membenarkan pasukan keselamatan menembak apabila ternampak (shoot on sight) yang menghalang pasukan keselamatan termasuk TLDM untuk membanteras kumpulan pengganas….. menunjukkan selama ini kerja tentera laut hanya berkelah ditengah laut disamping jadi pemerhati saja setiap aktiviti yang berlaku diperairan Sabah. Dari kenyataan TLDM itu maka Menteri Dalam Negeri Datuk Seri berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara. Dalam masa yang sama mengapa Ketua… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 July 2014 10:11 am
Reply to  Anonymous

Anggota Pasukan Polis Marin, Konstabel Zakia Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabtu lepas, dijangka dapat dibebaskan sebelum Aidilfitri…. betapa hebat nya KPN berkata pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk membawa anggota polis berusia 26 tahun itu pulang ke pangkuan keluarganya sebelum Aidilfitri, akhir bulan ini….. belum dilepaskan sudah tahu bila nak dilepaskan…. kah…kah…kah…. lawak Lahad Datu..

Aku sokong BN kerana lawak jenakanya memang melucukan….

Anonymous
Anonymous
15 July 2014 8:26 pm

Mntri bodoh..otak lembu

Anonymous
Anonymous
15 July 2014 11:02 am

Lanun somalia,lanun sulu dan lanun umnongok sama saja.semuanya lanun.bukan bekerja untuk jaga negara.Rakyat boleh gi mamposs..

Anonymous
Anonymous
15 July 2014 8:28 pm
Reply to  Anonymous

Betul..betul..betul.level mntri tp otak lembu.mkn n tido je..mntri lntikan najib smua bodoh nk mampussss

Deramae Lleh
Deramae Lleh
15 July 2014 10:27 am

Sejak dari mula dulu lagi hamba tak berkenan ini Mujahid Zahid jadi menteri..buat perabis duit rakyat je..