Khalid Ibrahim Akan Ditukar Sebelum Anwar Dipenjarakan?

Nampaknya pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ia hanya bergantung kepada masa saja. Mungkin cepat, mungkin juga lambat. Penegasan terbaru Anwar Ibrahim mengenainya amat jelas membawa maksud bahawa Khalid Ibrahim pasti akan ditukarkan.

Dalam reaksi terbarunya mengenai kedudukan Khalid Ibrahim, terutama selepas Menteri Besar Selangor itu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Najib Razak, Anwar berkata, PR tidak akan tergesa-gesa melakukan pertukaran itu dan sedang berunding untuk mencari penyelesaiannya.

“Perbincangan ini dibuat secara tertutup, lebih baik kita tanganinya dengan tertib dan teratur. Persefahaman sudah ada, tapi saya tak fikir kita perlu tergesa-gesa,” tegas Anwar lagi.

Dalam masa yang sama, Anwar juga memberitahu bahawa Khalid telah memaklumkan kepadanya dan juga Dr Wan Azizah selaku Presiden PKR mengenai kehadirannya di majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dua hari yang lalu dan beliau jelas tidak bimbang mengenainya.

Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Anwar ini ialah Khalid Ibrahim tetap akan ditukarkan apabila tiba waktunya yang sesuai dan Langkah Kajang yang digerakkan beberapa bulan lalu tetap akan dilaksanakan. Yang keduanya, pertukaran itu tetap akan dilakukan kerana sudah ada persefahaman mengenainya.

Apakah persefahaman itu? Adakah persefahaman itu bermaksud sudah ada persetujuan antara parti-parti dalam PR untuk menukar Khalid dengan calon lain atau ianya bermaksud Khalid juga sudah bersetuju untuk ditukarkan?

Jika parti-parti dalam PR sudah bersetuju untuk mengganti Khalid, mungkinkan tuan punya tubuh bersetuju dengannya? Dan bagaimana pula jika beliau tidak bersetuju?

Bagaimana pula jika Khalid sudah ada pengakuan bersetuju dengan pertukarannya sebelum ini, tetapi tiba-tiba berubah fikiran pula? Atau mungkin Khalid hanya bersetuju jika tempatnya digantikan oleh Anwar Ibrahim saja sebagaimana yang dihasratkan melalui Langkah Kajang dan bukannya dengan calon-calon lain seperti Dr Wan Azizah ataupun Azmin Ali?

Meskipun dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor ini, Khalid seakan bakal dimangsakan, bukan saja melalui jawatannya dalam kerajaan tetapi juga dalam PKR, namun beliau terlihat masih lagi mempunyai rasa hormat terhadap Anwar dan Dr Wan Azizah apabila masih sudi menjelaskan mengenai kehadirannya berbuka puasa bersama Najib yang menimbulkan banyak spekulasi sebelum itu.

Jika Khalid mahu menunjuk degil, beliau boleh saja tidak bercakap apa-apa mengenai kehadirannya bersama Najib itu. Tetapi Khalid tentulah juga mengenang persahabatannya yang lama dengan Anwar dan kerana Anwarlah, beliau dapat menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun kenyataan terbaru Anwar ini turut juga dilihat sebagai asakan terbaru Anwar dan PR untuk memastikan pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor tetap menjadi kenyataan. Ia dilihat seolah-olah ada tempoh masa tertentu untuk melakukan pertukaran itu dan Khalid sedang cuba diingatkan mengenainya.

Pertukaran Khalid dilihat penting untuk memastikan kebangkitan dan penolakan rakyat yang lebih berganda kiranya Anwar terpaksa dimasukkan ke penjara sekali lagi memandangkan pengurusan kes rayuannya terhadap hukuman lima tahun penjara atas dakwaan liwatnya di Mahkamah Persekutuan telah pun ditetapkan pada 8 Ogos depan.

Jika tidak banyak halangan, Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan sama ada Anwar akan bebas atau ke penjara sekali lagi, dijangka bakal bersidang sebelum berakhirnya tahun 2014 ini. Kebarangkalian Anwar akan menghuni penjara sekali lagi adalah amat tinggi berdasarkan perkembangan politik yang berlaku kebelakangan kni.

Disinilah pentingnya orang yang benar-benar rapat dengan Anwar untuk mengisi kerusi Menteri Besar Selangor itu bagi menggerakkan kebangkitan rakyat menolak penganiyaan dan kezaliman terhadap Ketua Pembangkang itu. Berbanding jika Khalid yang kurang aura politik terus kekal sebagai Menteri Besar, gerakan politik yang boleh dilakukan ketika Anwar menuju ke penjara tentulah jauh lebih besar kiranya Dr Wan Azizah yang duduk di kerusi itu dan Azmin Ali sebagai Timbalan Menteri Besar atau Exco Kanannya.

Dr Wan Azizah akan berperanan menaikkan simpati, manakala Azmin sebagai penggerak mobilisasi. Dengan menggerakkan kebangkitan rakyat yang lebih menyeluruh, meskipun Anwar akan di penjara tetapi ia juga akan menjadikan laluan yang sukar untuk Najib dan BN menghadapi PRU 14 nanti.

Oleh itu, meskipun Anwar dilihat boleh bersabar dan tidak mahu tergesa-gesa menukar Khalid tetapi pertukaran itu tidak akan melangkaui tarikh bersidangnya Mahkamah Persekutuan nanti. (SH 13/07/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

21
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousujangbagongShakirin Al-IkramUstaz Khairulkluangman Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

UMNO ada kejayaan yang telah terbukti PR dengan kecelaruan yang sudah terbukti juga. Tepuk dada tanya selera.

ujangbagong
Guest
ujangbagong

bulan poso yg mulio ni tak usah lah ekau org semuo begaduh pasal politik ni!somak kepalo pak cik ni di buek eh…baik la kau org baco quran dan berselawat.tu..sedaro2 kito kek palestine tu,ado tak kau org doakan???

YA ALLAH!HANCURKAN ZIONIS YAHUDI YA ALLAH,TERMASUK MEREKA YANG BERSEKONGKOL DAN BERURUS NIAGA DGN MEREKA..!!

Shakirin Al-Ikram
Guest
Shakirin Al-Ikram

PKR. Mula-mula memang ramai `menaruh harapan' ade peluang perubahan yang sangat dinantikan. Tetapi setelah 15tahun kewujudannya akhir 2013 and membawa kepada Jun 2014, menampakkan bibit – bibit perkembangan yang nyata bukan untuk `UBAH' atau `ABU' tetapi untuk individu tertentu PKR!Kalau 2 x 5 UMNO tidak le begitu heran kerana kesemua Melayu yang ade melainkan Khalid Ibrahim adelah ex- bekas- UMNO macam PAS mula-mula juga.Oleh kerana beberap tindakan dan kekusutan dalam parti berkisar kepada Anwar dan pengikut setianya, Azmin Ali PAS dan DAP juga terheret dalam kemelut `tandak-tari' mereka berdua.Kerajaan UMNO melalui `Kehakiman' telah berjaya pintas game-plan Rafizi Ramli cuba mengelakkan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

PKR masih muda, jatuh bangun jatuh bangun perkara biasa.

Tapi yang UMNO tua bangka, kaki terhencot-hencot masih ada lagi nafsu serakah nak bolot kekayaan negara. Kroni CEO dah nak jadi pengerusi itu pengerusi ini tak habis-habis ….

Anonymous
Guest
Anonymous

Muda tapi awal2 lagi perangai dah macam pelesit. Kalau 50 tahun lagi memang jadi Raja Pelesit.

Ustaz Khairul
Guest
Ustaz Khairul

sempena bulan mulia ini, tinggalkanlah kata nista. banyakkan berzikir, berselawat, baca Al- Quran dan berdoa. ini lebih afdal dari kita mencaci maki dan menulis aib org

Shakirin Al-Ikram
Guest
Shakirin Al-Ikram

Sama-sama kita doakan TS Khalid Ibrahim kekal MB Selangor dan seorang ADUN PAS dilantik sebagai timbalan MB.
Dodalam dunia politik (Addin) pasang surut sesorang Muslim ditentukan oleh tangannya sendiri. Dari `Kajang Move' kita sudah kenal `jantan betina ikan' diair dikalangan PKR.
Saya amat bersetuju sekiranya PAS mengambil tempat sewajarnya sebelum Selangor meniru Perak.
Selangor adalah antara 3 Negeri diperintah Sultan-sultan yang rapat bersaudara (Perak dan Trengganu). Tidak mungkin mereka tidak membincang dan berpakat macam mana hendak menangani kemelut PKR dan DAP di Selangor.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang bagi komen ni macam orang tak puasa aje. Macam tau semua…

kluangman
Guest
kluangman

Umno yg dilemparkan pelbagai tuduhan dan sebahagian besarnya betul tidak mampu diselamatkan oleh mana2 pemimpin atau parti lolitik yg jauh lebih teruk dari itu.

Pemilihan di dalam PKR sendiri huru hara macam keling mabuk todi malah untuk menurunkan seorang MB yg tiada asas politik pun Anwar sudah tidak mampu.

Masakan boleh menguruskan negara dengan berbelas MB dan Ketua Menteri dannjutaan ahli.

Penyokong dan pecacai pembangkan hanya dibenarkan bermimpi. Cukuplah setakat itu sahaja.

Anonymous
Guest
Anonymous

Memanglah teruk tapi tak seperti umno,semuanya dia nak jual,kalau boleh dia nak jual malaysia dan rakyatnya pada orang luar, jangan nak tegakkan benang basah Mahathir sendiri mengaku yang umno ni memang kaki jual,yang penting rakyat gi mampos.

nordin omor
Guest
nordin omor

perlu ada dimensi baru membawa rakyat merobah suasana,bukan atas simpati kes anwar.politik mesti menyeluruh agar rakyat bangkit dengan kefahaman yang semakin melebar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Simpati politik perlu selagi ketidakadilan dan pembohongan terhadap rakyat dan rasuah berleluasa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pembohongan? Rasuah? Kau tanya Anwar berapa kali dia tak bohong dalam hidup dia. Tanya dia, masa dia dalam kerajaan berapa kerat kawan rakan dan saudara mara dia tak dikayakannya. Menipu sampai tua. Sebab tu hidupnya huru hara dan tak berkat. Muka pun nampak sangat tak ada serinya. Jauh nak banding dengan muka Mahadir, Haji Hadi, TGNA…jauh sangat! Muka penipu memanglah keruh macam tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bohong Anwar sorang tapi dalam umno semuanya kaki pembohong.

1Crony
Guest
1Crony

UMNO pula adalah parti yang ahlinya terdiri dari mereka yang buta hati dan buta perut. Semua ahli dan pengikutnya sukakan pemimpin mereka yang korupsi, penyangak, penipu, dayus dan munafik. Otak ahli dan pengikut UMNO ini adalah otak kaum Nabi Luth yang begitu sukar menerima kebenaran tetapi amat mudah menerima fitnah dan kebathilan. Itulah realitinya Melayu/Mamak UMNO.

Anonymous
Guest
Anonymous

PKR pula adalah parti yang ahli-ahlinya cuma lembu dan bangkai. Apa sahaja mangkuk tua bernama Anwar Ibrahim tu cakap, semuanya angguk. Pembohong besar tu suruh jilat tapak kaki pun sanggup. Sebab tu perjuangannya dari awal nampak tak berkat. Belum apa-apa dah tunggang-langgang. Tapi biarlah, lembu dan bangkai tak ada manfaatnya pun…

Anonymous
Guest
Anonymous

Lembu tu hanya sinonim dengan umno.Kalu umno tu lembu memanglah lembu termasuk penyokong2 nya seperti sharizat lembu dan seangkatan dengannya.Jangan jadi bodoh, lembu adalah jenama untuk umno.kalu nak burukkan lawan jangan guna istilah lembu,sebab lembu sudah diambil oleh umno.

Anonymous
Guest
Anonymous

PKR ni takat parti untuk raih simpati kepada Anwar je rupanya.

Anonymous
Guest
Anonymous

PKR di tubuhkan untuk menghapuskan umno yang banyak menipu rakyat dan menjual negara ini pada orang luar..

Anonymous
Guest
Anonymous

Tubuhkan penyamun untuk hapuskan pencuri? Hahahaha…kelakar la. Perangai sekor-sekor dalam PKR tu kalau tak lebih teruk pun tak banyak bezanya dengan UMNO. Bertumbuk, bergaduh, maki hamun kerana kerusi. Yang bukan Islam tu lantaklah. Tapi yang Islam tu tak ada langsung ciri Islamnya. Memalukan.

Anonymous
Guest
Anonymous

PKR baik sikit dari umno.umno dah sah penyamun tarbus!