Month: July 2014

Sudah Sampai Masanya Ada Pemimpin Pas Perlu Sertai Perkasa atau Isma

Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan menolak perjuangan berasaskan bangsa. Bagi Pas, perjuangan bangsa adalah assabiyah dan ditolak oleh Islam. Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah berkata, di akhirat nanti, Allah tidak bertanya sama ada kita Melayu, Cina atau India tetapi akan bertanyakan keislaman seseorang itu. Sebab itu, […]

Hadi Awang Tidak Relevan Lagi Pimpin Pas

Berikutan tindakan Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan peribadi menyokong Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, ia kini melarat kepada pergolakan yang lebih besar kepada Pas dan juga PR. Di dalam Pas, ia telah menyerlahkan keinginan sesetengah pihak dalam parti itu yang ingin bekerjasama dengan UMNO dan mengkhianati rakan-rakan sepejuangannya melalui maklumat whatsapp yang bocor […]

Khalid Seharusnya Malu Dengan Sokongan Pas, Haji Hadi Menambah Lagi Kecelaruan

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor menjadi bertambah kacau dan caca marba. Jika sebelum ini hanya UMNO yang dilihat cuba menanggguk di air keruh dengan tiba-tiba memberi sokongan kepada Khalid Ibrahim agar terus kekal di jawatan itu, senario terbaru menjadi bertambah parah apabila Presiden Pas, Haji Hadi Awang juga turut mempertahankan supaya Khakid juga dikekalkan. Walaupun […]

Negara Bersedih Dengan Tragedi MH17, Tapi Penasihat MAS Bersukaria Di Melbourne

Walaupun hampir semua rakyat Malaysia menyambut Hari Raya tahun ini dengan cara sederhana berikutan tumpang bersedih dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan kerajaan juga membatalkan banyak majlis-majlis rumah terbuka sebagai tanda turut bersimpati, tetapi Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan Penasihat MAS seolah-olah tidak terkesan apa-apa dengannya. Semalam, […]

Sejauh Manakah Khalid Ibrahim Boleh Bertahan?

Kedudukan Menteri Besar Selangor kini menjadi semakin panas dan menarik berikutan Khalid Ibrahim yang mahu ditukarkan daripada jawatan itu seperti tidak mahu mengalah dan berundur. Beliau dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkan sejak kebelakangan ini memperlihatkan kecenderungan mahu terus kekal sehingga ke hujung penggal. Sebagaimana yang dilaporkan oleh media, Khalid terlihat tidak tergugat dengan pengumuman Anwar […]

Ketika Semua Memuji Najib, Jangan Sampai Terlupa Hakikat Ini…

Ketika ini ramai yang memuji usaha Perdana Menteri, Najib Razak yang secara senyap menghubungi dan mengadakan rundingan dengan ketua militan pro Russia di Ukraine, Aleksander Borodai berkaitan tiga perkara iaitu penyerahan kotak hitam, jasad yang terkorban dipulangkan dan akses penuh ke kawasan nahas bagi memudahkan penyiasatan. Selain pujian dari dalam negara, media luar negara juga […]

Jika Wan Azizah Hanya Boneka, Bukankah UMNO Patutnya Gembira?

Sejak nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut sebagai bakal pengganti Khalid Ibrahim mengisi jawatan Menteri Besar Selangor, bermacam-macam ulasan yang cuba menafikan kelayakannya menyandang jawatan tersebut mula kedengaran daripada kumpulan pro UMNO dan BN. Antaranya, beliau dikatakan tidak layak sebab wanita, tiada pengalaman mentadbir, hanya boneka kepada Anwar Ibrahim, beza bagaikan bumi dan langit […]

Selangor Bakal Jadi Negeri Dikuasai Wanita…

Kemelut mengenai jawatan Menteri Besar Selangor sudah hampir ke penghujungnya apabila Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan bahawa Presiden PKR, Dr Wan Azizah akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Khalid Ibrahim. Pengumuman itu berikutan persetujuan pimpinan PKR sendiri bagi meneruskan Langkah Kajang yang telah dirangka sejak beberapa bulan lalu tetapi tergendala berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan […]

Tahniah Pas Kerana Akhirnya Tidak Masuk Perangkap UMNO

Pas akhirnya dilaporkan bersetuju dengan hasrat untuk menukar Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang telah direncanakan oleh PKR sejak beberapa bulan lalu. Walaupun parti itu belum memutuskan persetujuannya tentang calon pengganti itu, sama ada Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Azmin Ali tetapi dengan bersetuju mengenai pertukaran itu sudah dianggap perkembangan paling positif ketika ini. […]

KJ Ketua Pemuda London?

Malam tadi Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah memuat naik gambarnya bersama ribuan orangramai di Kota London menyertai perhimpunan menyokong Gaza dan mengecam Israel. Beliau dilaporkan dalam perjalanan ke Glasgow, Scotland untuk menghadiri Sukan Komanwel dah sementara singgah di kota London, kebetulan ada perhimpunan tersebut yang diadakan menuju ke keduataan Israel, lalu beliau dikhabarkan mengambil […]

Berikutan Tragedi MH17, Majlis Rumah Terbuka Wajar Dibatalkan Tahun Ini

Semalam dunia dikejutkan dengan tragedi pesawat MAS, MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine. Tiada penumpang yang terselamat daripada kemalangan tersebut dan ini menjadikan dunia lebih bersedih dengannya. Rakyat Malaysia pula yang dihantui dengan kehilangan misteri MH370 sejak 8 Mac lalu yang masih belum ditemui sehingga ini, tentulah lebih berganda kesedihannya. Sehingga ini belum dapat […]

“Kalau Hebat Sangat, Bubar DUN Selangor Dan Tandinglah Atas Tiket BN”

Kemelut politik di Selangor dan isu pertukaran Menteri Besarnya sudah mula memasuki episod yang memual dan merimaskan. Rakyat dan pemerhati politik sudah mulai bosan dengan situasi yang berlarutan itu. Semua keadaan ini berpunca daripada dua sebab iaitu kedegilan Khalid Ibrahim yang merasakan jawatan itu miliknya selagi mahu serta kegagalan pimpinan PR bertindak tegas serta pantas […]

Dulu Takut Anwar Jadi MB, Rupanya Dengan Isterinya Pun UMNO Takut Juga

UMNO nampaknya bukan saja takut Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, tetapi turut takut jika isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail menduduki jawatan nombor satu kerajaan negeri itu. Jika Anwar sebelum ini dihalang melalui proses mempercepatkan kesnya di Mahkamah Rayuan, bahkan bersidang juga sehingga jam 7 malam, Dr Wan Azizah juga cuba dihalang dengan mereka-reka […]

Jika Hishammuddin Suka Beri Amaran, Zahid Pula Penuh Dengan Retorik

Isu berkaitan Esscom atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah kembali menjadi perhatian berikutan berlakunya serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna yang mengorbankan seorang anggota polis manakala seorang lagi anggota keselamatan diculik oleh kumpulan yang dipercayai berpusat di selatan Filipina. Esscom ditubuhkan berikutan tragedi pencerobohan di Lahad Datu, namun selepas penubuhannya kejadian […]

Bolasepak, Brazil Dan UMNO

Piala Dunia 2014 telah pun melabuhkan tirainya. Sebagaimana yang diketahui, Jerman telah pun muncul juara dengan menewaskan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir yang mendebar dan menghiburkan semua peminat bolasepak di seluruh dunia. Atas semangat berpasukan yang tinggi dan bagaimana gigihnya Jerman mencipta pelbagai produk yang diterima di seluruh dunia seperti Mercedes, BMW dan Audi, begitulah […]

Khalid Ibrahim Akan Ditukar Sebelum Anwar Dipenjarakan?

Nampaknya pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ia hanya bergantung kepada masa saja. Mungkin cepat, mungkin juga lambat. Penegasan terbaru Anwar Ibrahim mengenainya amat jelas membawa maksud bahawa Khalid Ibrahim pasti akan ditukarkan. Dalam reaksi terbarunya mengenai kedudukan Khalid Ibrahim, terutama selepas Menteri Besar Selangor itu menghadiri majlis berbuka puasa bersama […]

Najib Atau Khalid Yang Terdesak?

Kehadiran Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bersama Perdana Menteri, Najib Razak di majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO Selangor semalam menimbulkan banyak persepsi dan tafsiran. Sejak menjadi Menteri Besar Selangor, inilah kali pertama Khalid Ibrahim hadir di majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh parti dan pihak yang bermusuh dengannya. Walaupun ada yang […]

Najib Dan Bung Mokhtar Lebih Kurang Sama Saja

Kekalahan Brazil 1-7 kepada Jerman mengundang kejutan dan reaksi yang pelbagai daripada seluruh dunia. Di Negara kita, Najib Razak mengaitkan kekalahan Brazil itu kerana tiada kepimpinan dalam pasukan tersebut dan cuba membuat analogi dengan sebuah negara yang juga boleh kecundang jika tidak mempunyai kepimpinan yang meyakinkan. Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin pula memberi reaksi […]

Lebih Terpuji Jika Khalid Ibrahim Undur Secara Sukarela

Isu mengenai jawatan Menteri Besar Selangor sudah begitu lama berlarutan. Bermula dengan pelan KajangMove yang bertujuan menggantikan Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim bagi memberi lonjakan politik ke arah cita-cita PR menawan Putrajaya dalam PRU 14 yang kemudian dihalang oleh ketakutan UMNO melalui kuasa terhadap undang-undang dengan mempercepatkan kes rayuan liwat melihatkah bekas TPM itu, sehinggalah […]

Bernama TV Kini Tenat?

Menjadi pengacara televisyen dan sering pula muncul menemubual tokoh politik dan pemimpin negara dengan pakaian segak bergaya adalah kelebihan yang tidak dimiliki oleh semua orang. Hanya insan terpilih dan berbakat besar saja berpeluang menceburi bidang seperti itu. Sekali imbas juga tentulah ramai yang menyangka kehidupan mereka pastilah agak selesa, seiring dengan wajah ceria dan kepetahan […]