Mungkinkah PR Bakal Tumbang Di Selangor?

Kedudukan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mula dipertikaikan oleh rakan-rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat sendiri kini mula menjurus kepada persoalan kemungkinan ia bakal kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang jika masalah yang kian meruncing itu tidak segera diurus dengan baik.

Bermula dengan masalah dalaman PKR yang dihadapi oleh Khalid Ibrahim, terutama penentangan daripada kelompok Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR Selangor, masalah kini bertambah rumit apabila DAP dan Pas juga mula merasakan Menteri Besar itu perlu ditukar dan sudah tidak relevan lagi.

Walaupun sejak awal lagi, Khalid memang ada stail kepimpinan sendiri ala CEO sebuah syarikat perniagaan, tetapi imejnya yang bersih, bebas dari amalan rasuah, tidak mengaut kekayaan, tiada kes menyalahgunakan kuasa dan kemampuannya meningkatkan rizab negeri kepada hampir RM3 billion telah menyebabkan beliau lebih disanjung daripada dipertikaikan.

Namun sejak ura-ura mahu menukarkannya dengan Anwar Ibrahim melalui KajangMove yang tidak menjadi kenyataan, Khalid dilihat semakin menunjukkan belangnya. Beliau makin memperlihatkan gaya kepimpinan ala CEO dengan banyak isu-isu besar hanya diuruskannya secara sendiriannya saja.

Rakan-rakan gabungan dalam PR, EXCO Kerajaan Negeri dan beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan atas persetujuan PR tidak lagi dipedulikan suara dan kehadiran mereka. Khalid mungkin masih terbawa dah merasakan Kerajaan Selangor juga seperti PNB dan Guthrie yang pernah diketuainya dulu.

Bermula dengan tindakan menandatangani persetujuan secara tergesa-gesa dan tidak memaklumkan kepada EXCO mahupun rakan-rakan dalam PR mengenai isu air dengan Kerajaan Pusat, Khalid kemudiannya semakin berani dan terbuka menyokong pembinaan Lebuhraya Kinrara Damansara atau Kidex walaupun sebahagian penduduk yang terlibat dengannya membantah pembinaan lebuhraya itu.

Lebih dari itu, sokongan Khalid terhadap projek itu juga dianggap memalukan PR kerana diketahui umum pemegang konsesi lebuhraya itu ialah bekas peguam UMNO yang kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi bersama peguam UMNO sekarang, Hafarizam Harun.

Sokongan Khalid dianggap menyokong projek BN dan menyokong amalan kronisme UMNO walaupun Zaki Tun Azmi dan Hafarizam sentiasa bermusuh dengan PR.

Kelemahan Khalid juga agak ketara dalam isu rampasan Bible yang sudah diarahkan oleh Peguam Negara agar Jabatan Agama Islam Selangor segera memulangkan kitab itu berikutan tiada sebarang pendakwaan akan diambil terhadap Persatuan Bible Malaysia.

Dalam isu ini Khalid dilihat tidak cukup tegas dan “play safe” meskipun arahan daripada Peguam Negara sudah cukup jelas mengenainya. Beliau lebih banyak berdolak-dalik dan bermain dengan masa.

Deretan kelemahan Khalid yang semakin ketara dalam beberapa isu besar kebelangan ini telah meruntun jiwa parti-parti dalam PR mahu menukarkannya dengan segera. Mereka bukan saja pening dengan stail Khalid yang lebih mirip BN, bahkan tindakannya tidak mahu mendengar keluhan penduduk seperti dalam isu pembinaan lebuhraya Kidex, turut menyebabkan timbulnya kebimbangan tentang hayat kuasa PR di negeri paling itu sendiri.

Rekod pencapaian Khalid sejak 2008 mungkin boleh dibanggakan tetapi pujangga selalu menyebut, “yang penting bukan di mana kita bermula tetapi bagaimana kita berakhir”. Dalam hal ini Khalid nampak cemerlang di permulaannya tetapi di akhir-akhir ini semakin tidak menentu dan banyak dipertikaikan.

Khalid kini bukan saja mula dipertikaikan oleh partinya sendiri iaitu PKR, tetapi DAP dan Pas juga mulai lantang mahu menukarnya. Mereka seolah-olah sepakat bahawa selagi Khalid terus dikekalkan, PR di Selangor akan berdepan lebih banyak masalah dan merumitkan lagi usaha mengekalkan kuasa dalam pilihanraya akan datang.

PR tiada pilihan lain selain menukarkan Khalid jika ingin terus menang dan berkuasa di Selangor. PR kena belajar daripada kemelut di Kedah yang melibatkan Azizan Razak sebelum pilihanraya 2013 yang dibiarkan tanpa penyelesaikan telah menyebabkan akhirnya Pas kehilangan kuasa di negeri itu.

Pedulikanlah jika Presiden Pas , Haji Hadi Awang ada kepentingan dengan Khalid kerana anak menantunya bekerja dengan sebuah GLC negeri serta mungkin ada beberapa kenalannya yang lain sedang bergayut di pinggang kuasa kerajaan negeri Selangor. Keutamaan PR bukanlah mempertahankan kepentingan peribadi mana-mana pihak tetapi memastikan parti itu terus berkuasa lagi.

Selain isu melibatkan Khalid, berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah dalam pemilihan PKR di bebarap cabang di Selangor yang entah bila akan berakhirnya, sebenarnya turut menambah derita PR untuk mengekalkan kuasanya. Apa yang berlaku dan dipaparkan secara meluas di media boleh menyebabkan rakyat Selangor menjadi bosan dengan kemelut pemilihan yang tidak berkesudahan.

Masalah dalam pemilihan parti, ditambah dengan kebosanan yang mula berakar mengenai kepimpinan Khalid, sebenarnya boleh menggugat pegangan kuasa PR dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN, meskipun pimpinan parti lawan itu masih belum menunjukkan prestasi yang menggembirakan rakyat.

Tempoh pilihanraya akan datang secara relatifnya masih panjang lagi dan PR punya banyak masa untuk segera memangkas segala masalah yang sedang berlaku. Selain imej parti perlu segera dipulihkan daripada persepsi buruk rakyat dan pengundi, pertikaian yang paling perlu diselesaikan ialah mengenai kedudukan Khalid sendiri.

Kalau pun kedudukan Khalid tidak dapat diubah dalam waktu yang terdekat ini kerana wujudnya halangan-halangan tertentu seperti Istana Selangor yang mempunyai hubungan rapat dengannya serta faktor Haji Hadi yang mungkin mahukan Khalid terus dikekalkan, PR sekurang-kurangnya mestilah menunjukkan tanda positif bahawa beliau bukan lagi Menteri Besar Selangor selepas pilihanraya nanti.

Khalid yang dengan wataknya berubah 180 darjah kebelakangan ini adalah liabiti kepada PR dan sesuatu mesti dilakukan untuk mengelakkan kebosanan pengundi bertambah parah.

Jika tidak, pengundi Selangor mungkin lebih rela berketuakan Noh Omar untuk memberi pengajaran kepada PR. (SH 22/06/2014)

Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:31 pm

12
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymoustimormaaekluangman Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Pr tidak tumbang. pkr akan tumbang jika terus ikut rentak bn menukar mb. Nak tukar mb biarlah after pilihanraya. pkr bermasalah. sokong mb khalid tukar ke parti pas. selesai isu rebut jawatan pkr.

Anonymous
Guest
Anonymous

15:37 terima kasih kerana mengaku puak kamu memang binatang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Brok 17:32,

Anda memang hebat….. kerana otak anda dipenuhi dengan idea kelucahan….tak mampu berhujah maka buat cerita tentang zakar, faraj, dan dubur…..he..he..he..

Anonymous
Guest
Anonymous

Masaalah yang berlaku di Selangor bukan masaalah besar sehingga perlu membuat pertukaran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional. Ia cuma berkait dengan corak pengurusan seorang ketua pentadbir. Kalau sudah dipastikah sahih bahawa ketua pentadbir negeri memang bermasaalah maka orang itu yang perlu ditukar bukannya kerajaan negeri tempat dia bekerja yang perlu diberikan semula pada Barisan Nasional. Itu kerja orang gila…. Kedudukan dalam sesuatu jawatan tidak boleh berasaskan pada perwatakan diri seseorang kecuali untuk bekerja sebagai GRO, atau pelacur saja. Tapi untuk menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri mesti berasaskan ketrampilan, kewibawaan, kelayakan dan kemampuan mereka bekerja dalam melaksanakan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sendiri pasang perangkap, sendiri masuk perangkap..salahkan umno.
Inilah puak peliwat yang tidak tahu mana satu depan mana satu belakang, asal lubang, depa jolok.

Masa sedap jolok

Anonymous
Guest
Anonymous

Bro1320…

lu jolok bontot sendiri la….hohoho

Anonymous
Guest
Anonymous

Cai ubn..gi main jauh2..tulisan2 kt sini x sesuai dgn otak bodoh ko tu..lucah je tau..xde modal lain..

maae
Guest
maae

Kemelut pemilihan cabang parti huru hara, stail setengah masak, macam mana hendak mengajar Khalid ?

Lebih baik saja habis tempoh. Politik bukan untuk tekak sendiri. Terlalu banyak yang mesti di layan ! Mana dulu ? Biasa nya kroni dan kaum keluarga, ipar duai juga lah…

kluangman
Guest
kluangman

Khalid Samad bersama beberapa exco boleh memilih untuk menjadi bebas pro BN atau masuk UMNO – apapun Khalid berpotensi kekal sebagai MB…yes lebih baik dari ber MB UMNO di Selangaor.

timor
Guest
timor

aa, apa kluangman? menjadi bebas pro BN atau masuk UMNO? Orang Melayu gila dan Baghal saja yang masuk UMNO!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul tu yang baghal saja yang masuk umno, yang tak dapat masuk hanya peliwat dan yang mahu diliwat otak mereka.

Anonymous
Guest
Anonymous

Daripada berketuakan Noh Omar,baik maintain Khalid….