Month: June 2014

Apa Muslihat Muhyiddin Pecat Pengarah Umcedel?

Tindakan Kementerian Pendidikan memberi tekanan kepada Pengarah Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya atau Umcedel, Prof Dr Mohamad Redzuan Othman agar meletakkan jawatan hanya kerana kebanyakan kajian yang dijalankannya tidak memihak kepada UMNO dan kerajaan, mengejutkan banyak pihak dan memberi tamparan baru kepada kerajaan pimpinan Najib Razak. Dalam masa yang sama, khidmat beliau sebagai […]

Zahid Hamidi, Contoh Menteri Menghabiskan Beras!!!

Baru semalam Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin menyindir mengenai kabinet Najib Razak yang disifatkannya bersaiz XXL yang membuatkan rakyat berhak berharapan besar juga tetapi dibimbangi hanya menghabiskan beras saja. Dalam penutup tulisan di blognya, beliau menulis, “Oleh kerana Perdana Menteri suka besar, maka kita berhak berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita adalah kabinet […]

Wan Azizah Semakin Hampir Ganti Khalid Ibrahim

Kekalahan Khalid Ibrahim dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor dua hari lalu seperti turut menunjukkan tempoh hayatnya sebagai Menteri Besar Selangor juga bakal berakhir. Setelah dikritik oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor mengenai isu air, rampasan Bible dan lebuhraya Kidex kerana mengamalkan cara pentadbiran solo, Khalid kini menerima nasib yang lebih malang apabila ditolak oleh […]

Beranikah Najib Pecat Ceo Petronas?

Ramai benar yang marah dengan kenyataan Ceo Petronas, Shamsul Azhar Abbas yang disiarkan dalam sebuah akhbar perniagaan The Edge yang disifatkan menggambarkan dirinya seorang yang lberal, tidak berjiwa Melayu dan tidak suka dengan campurtangan orang politik dalam tugasnya. Tidak saja kecaman dan serangan bertubi-tubi ditujukan kepadanya, malah beliau turut diminta meletakkan jawatan jika isu Bumiputera […]

Susunan Kabinet Membuktikan Najib Pemimpin Hebat Lagi Luar Biasa!!

Barangkali disebabkan kecaman dan serangan awal terhadap rombakan kabinet terutama yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO, khususnya spekulasi juga tersebar mengatakan ia akan dijadikan landasan untuk menaikkan pangkat sepupunya, Hishammuddin Hussein, telah menyebabkan Perdana Menteri, Najib Razak tidak melakukan apa yang dinamakan rombakan dalam kabinetnya kali ini, sebaliknya hanya melakukan penambahan anggota saja. Anggota yang ditambah pula […]

Apa Lagi, Penggallah… Sebab Kerajaan Sendiri Benarkan Gereja Guna Kalimah Allah

Tidak lama selepas beberapa NGO dan banyak pejuang-pejuang Islam meraikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang secara jelasnya mengekalkan keputusan tidak membenarkan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam terbitannya, kerajaan mengeluarkan kenyataan ringkas bagi memperjelaskan lagi keputusan mahkamah itu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan itu menyebut bahawa keputusan itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja, tetapi […]

Apa Muhyiddin Buat Di Jakarta?

Setelah Perdana Menteri, Najib Razak memberikan kenyataan bahawa desas-desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hanyalah rekaan politik pihak-pihak tertentu saja dan diikuti pula dengan perasaan lega pengundi serta ahli-ahli UMNO Pagoh menerima perkhabaran itu, hakikat yang berlaku mungkin adalah sebaliknya. Sebagaimana yang selalu terjadi, penafian tidak lagi bermaksud sesuatu itu tidak akan berlaku, […]

Janganlah Berlebih-Lebih Meraikan Keputusan Mahkamah Mengenai Kalimah Allah

NGO Perkasa nampaknya paling gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Gereja Katolik Malaysia mengenai rayuan mereka terhadap larangan penggunaan kalimah Allah dalam majalah terbitannya, The Herald. Dengan keputussn 4-3 oleh tujuh hakim itu, bermakna berakhirlah sudah perjuangan mereka untuk mendapatkan kebenaran menggunakan nama Allah dalam majalah tersebut. Dengan ertikata lain juga, selepas ini majalah […]

Mungkinkah PR Bakal Tumbang Di Selangor?

Kedudukan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mula dipertikaikan oleh rakan-rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat sendiri kini mula menjurus kepada persoalan kemungkinan ia bakal kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang jika masalah yang kian meruncing itu tidak segera diurus dengan baik. Bermula dengan masalah dalaman PKR yang dihadapi oleh Khalid Ibrahim, terutama penentangan daripada […]

Siapa Yang Buat Rekaan Politik Muhyiddin Mahu Berhenti?

Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya bersuara berhubung kedudukan timbalannya, Muhyiddin Yassin di dalam kabinet dengan menyatakan laporan media sosial mengenai perkara itu hanyalah rekaan politik politik pihak-pihak tertentu saja. Najib berkata lagi, beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu, bahkan Muhyiddin juga sentiasa mendukung dan menjayakan segala dasar pembangunan nasional terutama […]

Walau Terus Kekal, Muhyiddin Mungkin Sedang Sengsara…

Rombakan kabinet yang mula kedengaran sebaik berakhir pilihanraya kecil Teluk Intan kini ditunggu oleh semua orang. Daripada rombakan yang hanya bertujuan memasukkan wakil MCA dan Gerakan dalam kabinet, ia kemudian berlegar menjadi spekulasi kemungkinan beberapa menteri turut bertukar portfolio. Semalam pula spekulasi jadi meliar dengan dakwaan Muhyiddin Yassin akan bercuti panjang sebagai Timbalan Perdana Menteri […]

Najib Juga Tidak Setuju Dengan MAIS

Setelah beberapa hari berlakunya polemik mengenai kitab Bible yang enggan dipulangkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau Jais meskipun diarahkan berbuat demikian oleh Peguam Negara, Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya mengeluarkan kenyataannya petang semalam dengan harapan kemelut itu dapat diakhiri dengan baik. Peguam Negara memutuskan tiada sebarang pendakwaan akan dilakukan terhadap Persatuan Bible Malaysia yang […]

KJ Anak Emas Najib?

Kejohanan Bolasepak Piala Dunia tahun ini bukan saja dijadikan kesempatan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai medan mendekati golongan muda melalui program Feista Samba Brazil 2014 yang diadakan di seluruh negara, tetapi juga sebagai medan menunjukkan hubungannya yang boleh bergurau senda dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Sempena Piala Dunia tahun ini, Khairy Jamaluddin […]

MCA Mahu 3 Wakil, Najib Dijangka Catat Rekod Lantik Menteri Paling Ramai

Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak mengatakan beliau tidak tahu mengenai ura-ura rombakan kabinet yang heboh diperkatakan ketika ini, hakikatnya perkara itu memang tidak dapat dielakkan lagi. Pertama, kerana memenuhi janji untuk melantik Presiden Gerakan, Mah Siew Keong yang menang dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, baru-baru ini dan keduanya pula, sebagai memenuhi kehendak perwakilan MCA yang […]

Untung Jadi Deepak, Di Parlimen Pun Ahmad Maslan Turut Membelanya…

Isu penyelesaian baki pinjaman tanpa faedah sebanyak RM32 juta yang melibatkan ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishan terus menjadi perbualan. Ketika banyak persoalan dibangkitkan mengenai kewajaran memberi keistimewaan kepada ahli perniagaan itu, dari ruang bicara kaki lima hinggalah ke sidang Parlimen, pihak kerajaan nampaknya lebih selesa terus membela Deepak. Walaupun sudah dijelaskan oleh bekas Pengerusi Bank […]

Jadikanlah Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri Sampai Mati…

Satu-satunya perkara yang membuatkan orangramai jadi menyampah dan meluat setiap kali BN menang dalam mana-mana pilihanraya kecil ialah apabila para pemimpinnya berebut-rebut mendabik dada membangga diri sambil mengaku gerak kerja yang mereka dilakukan atau oleh kumpulan merekalah yang menyumbang kepada kemenangan itu. Dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang sudah berlalu hampir dua minggu lalu di […]

LPHJ – Idea Khaled Atau Kehendak Sultan?

Isu campurtangan Sultan atau Raja kembali menjadi perbualan berikutan hasrat Menteri Besar Johor, Khaled Nordin mahu membentangkan rang undang-undang penubuhan Lmebaga Perumahan dan Hartanah Johor atau LPHJ. Ia dijangka dibentangkan hari ini di DUN Johor tetapi ramai pihak mahukan ia ditangguhkan dan diteliti semula kerana jelas memperlihatkan campurtangan Sultan didalamnya. Walaupun Menteri Besar masih diletakkan […]

Najib Perlu Tangkap Segera Pemimpin ISMA…

Walaupun pernah dikritik oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad agar berdiam diri dan menyimpan saja segala pandangannya, para pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia atau Isma terus juga mengeluarkan suaranya yang ekstrem, melampau dan kadangkala tidak masuk akal mengenai isu-isu politik negara ini. Tetapi tidak seperti Perkasa yang jelas hala tujunya untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan hak […]