Kalah Tapi Permulaan Yang Baik Bagi Dyana

Sebagaimana yang sudah diketahui umum, BN berjaya merampas kembali kerusi Teluk Intan yang kali terakhir pernah dimenanginya pada 2004 dahulu. Dalam keputusan yang diumumkan tadi, calon BN, Mah Siew Keong berjaya menewaskan calon DAP, Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi.

Dengan peratusan keluar mengundi begitu menurun iaitu hanya sebanyak 66.5 peratus, Mah memperolehi undi sebanyak 20,157 manakala Dyana Sofya meraih sebanyak 19,919 undi. Undi rosak pula sebanyak 550.

Walaupun tewas dan percubaan DAP meneroka aliran politik yang merentasi batas perkauman ditolak oleh pengundi Teluk Intan, tetapi haruslah juga diakui bahawa ini merupakan permulaan yang baik bagi Dyana untuk mengembangkan lagi potensinya sebagai ahli politik masa depan.

Kalah kali pertama tidak bererti akan kalah selamanya.

Beliau secara umumnya diterima sebagai ikon orang muda dan percubaan kali pertama dalam usia 27 tahun ini tentunya memberi banyak pengajaran dan pengalaman kepadanya. Namun sebagai orang luar Teluk Intan yang kali pertama bertanding dan lawannya pula merupakan presiden parti keempat terbesar dalam BN, kejayaan memberi cabaran sengit kepada BN masih boleh dikira membanggakan.

Selain berhadapan dengan Mah selaku Presiden Gerakan, Dyana turut berhadapan dengan kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri Perak di mana pemimpinnya silih berganti turun berkempen dan menawarkan habuan kepada pengundi. Dengan peratusan pengundi Cina 42 peratus, Melayu 38 peratus dan India 19 peratus, latar belakang dan komposisi pengundi sebegini memang diakui memberi cabaran yang hebat kepada mana-mana calon pembangkang.

Sekurang-kurangnya dua sebab utama menjadi punca kekalahan Dyana dan DAP dalam pilihanraya ini. Pertama, kekurangan sokongan pengundi Melayu yang mana kehadiran beliau sebagai calon telah berjaya dimanipulasi dan disensasikan oleh jentera BN melalui pelbagai isu berkaitan diri dan apa yang pernah diperkatakannya seperti mengenai hudud dan UiTM.

Walaupun Dyana merupakan seorang Melayu tetapi jentera BN gigih memainkan isu bahawa di belakangnya adalah Cina dan berbeza dengan Mah yang walaupun Cina tetapi di belakangnya adalah Melayu.

Dan sejak awal lagi BN memang memberi tumpuan yang lebih kepada pengundi Melayu kerana mereka merasakan tiada harapan untuk bergantung kepada pengundi Cina yang majoritinya memang menyokong DAP. Lagi pula pengundi Melayu yang banyak berlatarbelakangkan kampung agak mudah dipengaruhi.

Sebab kedua kekalahan Dyana ialah wujudnya kecenderungan sebahagian pengundi Cina yang tidak mengundinya kerana masalah dalaman DAP. Mereka ini lebih mahukan calon tempatan diketengahkan dan bila kemunculan Dyana yang turut dibimbangi akan menenggelamkan terus calon tempatan dalam pilihanraya akan datang, maka penolakan golongan ini jadi membesar.

Selain tidak mengundi DAP, pengundi Melayu dan Cina yang enggan menyokong Dyana ini juga sebahagiannya mengambil keputusan tidak turun mengundi atau merosakkan kertas undi. Hal ini sudah kedengaran di hari-hari terakhir sebelum pembuangan undi lagi.

Sebab itu, tidak memeranjatkan jika peratusan yang keluar mengundi hanya 66.5 peratus saja manakala undi rosak pula sebanyak 550 dan lebih tinggi daripada majoriti kemenangan sebanyak 238 undi.

Melalui kemenangan ini, sebagaimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sendiri, Mah akan dilantik menjadi menteri atas kapasitinya sebagai Presiden Gerakan. Melalui beberapa janji yang terkandung dalam manifestonya pula, pembinaan sebuah universiti tentulah antara yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Teluk Intan.

Melalui beberapa janji menteri yang lain lain pula seperti wifi yang lebih laju, pembangunan yang lebih banyak, pembinaan lebuhraya Banting-Taiping yang dijanji dipercepatkan, uniform untuk anggota RELA dan sebagainya, semuanya itu sedang dinanti oleh penduduk Teluk Intan walaupun Mah berkata, semua itu bukan janjinya dan beliau tidak terikat dengannya.

Namun jika semua janji itu tidak ternampak bayangnya atau sebatang tiang pun gagal dinaikkan menjelang pilihanraya 2018 nanti, tidak mustahil kerusi Teluk Intan ini kembali semula ke pangkuan DAP.

Meskipun ada kemungkinan sesetengah pemimpin UMNO bersikap agak sombong dan poyo dengan kejayaan merampas kerusi Teluk Intan ini daripada DAP, tetapi secara keseluruhannya pola pengundian masih menjanjikan persaingan yang sengit dalam pilihanraya umum akan datang. Najib, UMNO dan BN belum boleh bersenang-lenang lagi. (SH 31/05/2014).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:30 pm
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
2 June 2014 1:54 pm

Ya, saya percaya janji BN, tak perlu tunggu..dah terbukti bagus dulu, sekarang dan selamanya…org buta pun nampak.

Yang tak nampak tu buta hati, buta perut, kufur nikmat.

Anonymous
Anonymous
2 June 2014 5:34 am

Keputusan pilihanraya kecil Teluk Intan sudah diketahui, Mah Siew Keong yang dipuji hebat, berpengalaman, dan pernah berjasa pada masyarakat Teluk Intan hanya mampu mengalahkan budak mentah Dyana Sofya dengan perbezaan 238 undi saja. Berbaloikah sebuah kerajaan yang gagah dengan samsengnya hanya memenangi undi sebanyak itu ? Ramai pengundi dan rakyat diseluruh Malaysia merasa terkilan dan bersedih diatas kekalahan Dyana namun adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Dari peristiwa itu kita juga dapat melihat penilaian dari masyarakat pelbagai kategori mengenai pilihanraya tersebut. Hak masing-masing untuk mengeluarkan pendapat. Pada pandangan saya, jika perbezaan undi hanya 238 saja bermakna strategi… Read more »

akulah69
akulah69
1 June 2014 4:02 am

Kekalahan yang baik untuk mencalarkan ego PR. Kemenangan demi kemenangan akan meningkatkan kesombongan dan keegoan di kalangan PR. Tanpa perpaduan, tidak akan wujud kemenangan. Prk ini adalah seperti ukuran pru14. Klu pr gagal selesai beberapa isu termasuk hudud, jgn bermimpi untuk berjsya dalsm pru 14.

Anonymous
Anonymous
1 June 2014 5:18 pm
Reply to  akulah69

Siapa yang ego sebenarnya?PR hanya mempertahannya kerusinya, bukan yang cuba dirampas dari BN barulah di katakan ego. PR hanya ada satu tujuan nak menjatuhkan BN, sebab semua rakyat tahu yang kerajaan BN memang koruo sekorupnya macam PM 1M malaysianya yang ego dan bodoh tu,yang tunggu masa untuk disingkirkan oleh partinya sendiri.

kluangman
kluangman
2 June 2014 4:06 am
Reply to  akulah69

anon 01:18 adalah contoh sebenar ego seperti yang dimaksudkan akulah69 ..tidak mahu terima hakikat.

Rakyat jangan jadi bodoh memenangkan satu parti secara keterlaluan atau mengalahkan dan membenci satu parti lain secara keterlaluan–itu sangat merbahaya untuk rakyat.

Biarlah mana2 parti tidak merasa terlalu kuat, biarlah mereka berlumba untuk berkhidmat kepada rakyat,
Biarlah mereka menghargai keamanan dan perpaduan di kalngan rakyat adalah yang paling utama.

apa guna menang kalau negara huruhara?

Saadun Sulaiman
Saadun Sulaiman
1 June 2014 1:44 am

Menang atau kalah merupa kan adat pertandingan dan boleh di anggap adil sekiranya di laku kan di tasa padang yang sama rata. Dari banyak banyak insidence yang menjolok mata berlebihan kertas undi sebanyak 384 itu boleh di kira misteri juga sapertimana kehilangan MH 370. Akan di lakukan pembetulan kah keatas perbezaan tersebut? Sekira nya tidak di lakukan juga maka boleh kah keputusan yang SPR umum kan itu di kira sah?

Anonymous
Anonymous
31 May 2014 5:18 pm

tahniah kepada kedua2 calon bertanding. cabaran buat dap untuk menarik lebih ramai kaum selain cina menyokong mereka. dap you have make 1 step further from other parties. good job. im wondering why umno not not contest in bukit gelugor after mca unwilling to put their candidate. After this let gerakan replace mca candidate. They might have more chances to win. 🙂

Anonymous
Anonymous
31 May 2014 4:29 pm

Hahahaha, selepas beria-ia bermain bahasa -dengan harapan (dan kesimpulan) bahawa BN akhirnya akan tumbang lagi di tlk intan – malam ini mau tak mau En Shahbuddin terpaksa mengakui jangkaannya meleset. Dyana ikon org muda tidak lebih daripada sekadar gimmick politik pembangkang. Yg melihatnya sebagai ikon hanyalah anak-anak muda yg cenderung kpd pembangkang BUKANNYA semua anak muda. Dan ikon tak ikon, dia tertungging. Bagilah apa alasan pun, perpecahan DAP…bla…bla…hakikatnya, Dyana kalah! Diulangi: DYANA KALAH!

Anonymous
Anonymous
1 June 2014 12:55 am
Reply to  Anonymous

Mmang lah Umngok….klau tak menang…kalah.

Anonymous
Anonymous
1 June 2014 12:57 am
Reply to  Anonymous

Mmang lah Umngok kamu ni….klau tak menang…kalah