Belum Pun Menang, Calon BN Sudah Mahu Lari Dari Tanggungjawab!!

Calon BN bagi pilihanraya kecil Teluk Intan, Mah Siew Keong dilaporkan berkata, beliau tidak bertanggungjawab terhadap janji-janji yang dibuat oleh menteri sepanjang kempen pilihanraya ini berikutan ia dibuat tanpa kehadirannya.

Katanya lagi, itu adalah janji-janji menteri berkenaan dan bukannya janji beliau.

Mah yang juga Presiden Gerakan menegaskan, beliau hanya membuat janji yang dirasakan mampu ditunaikannya sebagaimana yang terdapat dalam manifesto yang dilancarkannya saja. Antara janji yang terkandung dalam manifesonya ialah mewujudkan sebuah universiti, menyenaraikan Menara Condong Teluk Intan sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco, membina stadium, lebih banyak padang futsal dan menyelesaikan masalah setempat seperti perparitan dan lampu jalan.

Sebelum ini ramai menteri yang datang berkempen di Teluk Intan telah menabur janji-janji manis bagi memastikan BN memenangi pilihanraya pada 31 Mei ini. Antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek yang menjanjikan akses internet yang lebih laju akan dilakukan manakala Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pula menjanjikan lebih banyak pembangunan akan didatangkan ke bandar ini jika BN menang nanti.

Yang lebih gah janji BN ialah apabila Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin melancarkan projek lebuhraya antara Taiping dengan Banting yang turut melalui jajaran ke Teluk Intan sebagai usaha merancakkan lagi pembangunan ekonominya. Lebuhraya ini bernilai RM5 biliion sudah pun diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak sejak 2011 tetapi tiada perkembangan bila ia mahu dimulakan dan pilihanraya Teluk Intan telah dijadikan modal untuk melancarkan projek mega itu.

Selain Muhyiddin, Tengku Adnan dan Ahmad Shabery, ramai lagi menteri yang datang menabur janji-janji mereka berdasarkan bidang kuasa kementerian masing-masing. Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi misalnya, berjanji untuk menghadiahkan uniform baru kepada kakitangan RELA jika calon BN memenangi pilihanraya ini.

Tetapi dengan penegasan Mah Siew Keong bahawa beliau tidak bertanggungjawab terhadap janji menteri-menteri itu, jika ditakdirkan beliau menang nanti, bagaimanakah rakyat mahu menuntutnya?

Sepatutnya, jika ditakdirkan menang, beliau sebagai wakil rakyatlah yang perlu memainkan peranan memastikan semua janji itu dipenuhi. Ini kerana mustahil untuk rakyat dapat berjumpa atau bertanya dengan Muhyiddin, Tengku Adnan, Ahmad Shabery dan Zahid Hamidi mengenai janji-janji bulan madu yang pernah dilafazkan mereka itu.

Dalam masa yang sama, kesemua menteri terbabit juga tidak mungkin akan datang ke Teluk Intan lagi bagi memastikan janji-janji yang pernah mereka buat dulu telah ditunaikan atau sebaliknya. Pengundi Teluk Intan hanya dapat menatap wajah menteri-menteri tebabit di kaca tv atau akhbar saja.

Dengan penegasan Mah Siew Keong bahawa beliau hanya bertanggungjawab terhadap janji dalam manifestonya saja dan bukan janji-janji yang dibuat oleh menteri-menteri, sahlah bahawa semua janji itu palsu belaka. Kalau menang jelas bahawa Mah Siew Keong tidak akan berusaha memastikan lebuhraya Banting-Taiping, akses internet dan pembangunan yang lebih rancak dilaksakanan untuk pengundi Teluk Intan.

Malah, kata-kata Mah Siew Keong itu juga bermaksud, beliau turut tidak akan berusaha menuntut janji uniform baru kepada anggota RELA yang dibuat oleh Zahid itu.

Oleh kerana calon BN enggan bertanggungjawab dan janji-janji itu pula ibarat janji bulan madu saja, janganlah hairan jika ada janji sehingga mahu membina KLCC di Teluk Intan ini.

Sementara itu, janji-janji dalam manifesto Mah Siew Keong juga hanyalah janji biasa yang boleh dibuat oleh mana-mana wakil rakyat, kecualilah janji mahu mewujudkan sebuah kampus universiti di bandar ini. Tiada keistimewaan sama sekali.

Walapun janji mewujudkan universiti ini dipertikaikan oleh ramai pengundi Teluk Intan berikutan sebuah sekolah menengah yang pernah dijanjikan di Kampung Bahagia sejak 2012 dengan kos RM27 juta dulu pun masih belum dilaksanakan lagi sehingga ini, tetapi sebagai Presiden Gerakan, mendatangkan sebuah kampus universiti di Teluk Intan bukanlah sesuatu yang mustahil bagi beliau.

Ini kerana Gerakan mempunyai sebuah IPTS miliknya iaitu Universiti Wawasan yang sudah pun mempunyai beberapa kampusnya sebelum ini. Dengan keluarga beliau memiliki banyak tanah di sekitar bandar ini, tentulah tidak mustahil universiti itu mahu dibina dengan segera. Tetapi ia adalah IPTS dan bukannya IPTA serta melebarkan sayap IPTS juga bermakna meluaskan lagi sayap perniagaan bagi keluarga beliau dan juga Gerakan.

Untuk mewujudkan sebuah kampus IPTA di Teluk Intan, ia mungkin memerlukan pertimbangan yang lebih teliti atau hanya akan dilaksanakan dalam tempoh yang lama lagi kerana berhampiran bandar ini iaitu Seri Iskandar dan Tapah sudah pun ada kampus UiTM yang telah beroperasi.

Di Seri Iskandar, kampus UiTM sudah beberapa tahun beroperasi manakala di Tapah yang hanya sepelaungan daripada Teluk Intan, ianya baru saja siap dibina. (SH 27/05/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:30 pm

14
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousahmadyanikluangmanUnknown Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
ahmadyani
Guest
ahmadyani

MSK sebenarnya tidak percaya janji umno, sebab itu dia tidak mahu bertanggungjawab! Kalau kerajaan yang berjanji,mungkin dia akan sokong. Ada beza janji umno dengan janji kerajaan.

Unknown
Guest
Unknown

gas naik harga … bayar la kluangman

Anonymous
Guest
Anonymous

Kenaikan gas ni hanya kena kepada penyokong pembangkang je. Penyokong tegar UMNO seperti kluangman dapat free je.

Penyokong tegar UMNO semua kaya-kaya tak macam penyokong pembangkang…semua sengkek,papa kedana. Tengok rumah-rumah mereka. Semua bungalow mewah,paling koman 3 tingkat macam kat Damansara height. Tengok kereta-kereta mewah mereka. Walaupun kerja menoreh getah, depa pi menoreh naik posche,ferari, lamborghini dll.

Apa la mereka nak heran dengan kenaikan kos hidup …

kluangman
Guest
kluangman

Tau tak pe…

Dinasihatkan mereka mrngambil peluang yg kerajaan umno sediakan utk membaiki taraf hidup masing2 terutama dlm keadaan politik stabil .

Berhentilah kerja membazir jadi tukang pecacai. Tukang jilat. Tukang sorak pembangkang…itu tidak menjamin nasa dpn anda…pendapatan pun kadar kongsi kong…tak berbaloi. Sebab tu lah bila harga naik. Melayu pembangkang menjerit terlolong…cina2 DAP ada tak menjerit sawan?

Anonymous
Guest
Anonymous

Hahahahaha….habih nak kata apa lagi. Dah kehabisan hujah nak pertahan UMNO yang mendajalkan melayu. Yang paling terok didajal oleh UMNO adalah melayu-melayu UMNO kat kampong-kampong tu.

Selamat mendajal melayu UMNO!….kluangman…kalau melayu tak mamposkan melayu bukan melayu UMNO namanya…hahahaha

Anonymous
Guest
Anonymous

Memetik kata2 Kluangman "Dinasihatkan mereka mrngambil peluang yg kerajaan umno sediakan utk membaiki taraf hidup masing2 terutama dlm keadaan politik stabil". Ini semua kata-kata untuk memuaskan nafsu dunia semata-mata. Jauhkanlah diri kita daripada pemikiran sebegini. Ingat rezeki yang halal datangnya daripada Allah SWT dan bukan daripada UMNO. Ambillah peluang yg Allah SWT sediakan bukan yg UMNO sediakan. UMNO tiada kuasa apapun di sisi Allah SWT. Contoh terkini : UMNO memberi rakyat makan coklat Cadbury tapi ternyata ianya haram. Dan tidak mustahil UMNO memberi Kluangman membaiki taraf hidup tapi halal ke? Duit rakyat untuk perut UMNO sahaja maka kami rakyat yg… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Inikah taraf pemikiran yg ada pada puak ini, terlalu dangkal dalam hukum qada dan qadar.

Besut

kluangman
Guest
kluangman

Mah siew keong bercakap jujur – tolak calon iu
Pilihlah dyana – [email protected]

Anonymous
Guest
Anonymous

Kah….kah….kah….kah…. kesian tengok orang UMNO Baru dah jadi UMNO Celaka.

Anonymous
Guest
Anonymous

sokong……anon 1319

Anonymous
Guest
Anonymous

UMNO/BN lah yang paling jujur mengikut kluangman.

Menifesto PRU 13 BN janji macam-macam. Bila menang PRU 13, meteka tipu, semua janji-janji menifesto mungkir semua. Tipu rakyat hidup-hidup. Itulah makna dan maksud bila UMNO/BN kata mereka jujur dan perihatin dengan nasib rakyat.

kluangman
Guest
kluangman

Kenapa serangan hebat di buat ke atas umno? Kapir tahu hanya melayu dan Islam umno shj yg masih kuat…melayu dlm pas dan pkr sudah lama mereka lembukan.

Makian hanya sekadar utk melagakan melayu dng melayu dan taktik paria itu tidak memberi kesan. Yang bermasalah paria itu sendiri sudah panas bontot. Bersembunyi dlm kandang biawak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa yang kata orang LEMBU..maka dialah yang LEMBU. Hanya org membutakan mata sahaja tak nampak kegagalan UMNO BN memerintah Malaysia melebihi 50thn. Melayu??? terbela ke? agama Islam??? GST yang bakal dilaksanakan tahun dpn akan membawa bangsa Melayu berada dlm kadar kemiskinan yg tinggi. Brim bukan jalan penyelesaian atas kadar kemiskinan yang tinggi. Kluangman, anda bercakap penuh dgn maki-hamun dan tiada isi. Anda amat memalukan bangsa UMNO yg anda banggakan. UMNO patut diserang hebat kerana ia disokong oleh pencacai seperti anda Kluangman.

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju dng anon 20:42, siapa panggil lembu dialah lembu, siapa panggil umno celaka, dialah paling celaka, partinya memang celaka dan penyokongnya berkali ganda celaka – terima kasih