UMNO Celaka, PAS Sesat, DAP Komunis – Apakah Bezanya?

Dua insiden bercirikan samseng berlaku semalam dan menjadi perhatian rakyat seluruh negara. Di Pulau Pinang, sekumpulan orang yang sebahagiannya melibatkan pemimpin Pemuda UMNO telah merempuh pagar dan pintu serta menceroboh Dewan Undangan Negeri Pinang sebagai tanda protes terhadap ucapan ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer yang mengatakan UMNO celaka.

Mereka ini cuba mencari Rayer yang kebetulan tidak hadir sidang DUN bagi menyataksn rasa protes dan mahunya menarik balik ungkapan yang dianggap menghina itu. Perlakuan ala samseng itu bukan saja terlihat melalui tindakan merempuh dan menceroboh tempat persidangan DUN yang seharusnya dihormati dan dimuliakan tetapi juga sehingga memanjat meja yang dikhaskan untuk Speaker.

Di Teluk Intan pula, kempen calon DAP, Dyana Sofya di sebuah kawasan perumahan cuba diganggu oleh perlakuan samseng yang menghalangnya memasuki kawasan itu sambil menjerit-jerit dan membunyikan enjin motorsikal dengan kuat. Ekzos yang dibunyikan dengan bingit juga cuba dihalakan kepada rombongan calon DAP itu sambil menjerit perkataan “keluar, keluar” dan “ini kawasan Melayu”.

Dalam kedua-dua kejadian bercirikan samseng ini, ia nyata melibatkan Pemuda UMNO. Walaupun Khairy Jamaluddin sudah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan menceroboh tempat sidang DUN itu adalah salah dan demo bantahan seharusnya dibuat di luar bangunan saja serta siasatan perlu dilakukan untuk memastikan ganggguan kempen di Teluk Intan itu betul-betul dilakukan oleh ahli Pemuda UMNO dan bukan mereka yang menyamar, imej Pemuda UMNO dan anak-anak muda yang bersama BN jelas telah tercemar.

Di ketika pihak DAP meletakkan seorang calon muda sebagai simbol mengangkat martabat golongan muda, perlakuan golongan muda yang dikaitkan Pemuda UMNO, sama ada di Pulau Pinang mahupun di Teluk Intan, adalah bertentangan sama-sekali serta memalukan.

Perlakuan itu hanya memungkinkan calon BN menerima kekalahan lebih buruk berikutan perlakuan samseng dan tidak beradab yang ditonjolkan tidak mungkin melekat positif di hati pengundi. Sebagaimana KJ selalu menyebut, pertarungan politik haruslah dibentangkan dengan kekuatan hujah dan akal fikiran, nampaknya masih ramai di peringkat bawah dalam Pemuda UMNO yang gagal memahami serta keliru bagaimana untuk menawan hati pengundi.

Perlakuan kasar, biadap dan samseng tidak akan diterima oleh tamadun mana sekali pun. Kalau pun ada gelaran UMNO celaka yang dilemparkan, serangan balas dalam bentuk yang sama harus dilakukan. Selain protes di luar bangunan, ADUN UMNO di DUN Pulau Pinang juga sepatutnya memainkan peranan lebih aktif dan berkesan berhujah atau mendesak Rayer menarik balik perkataan yang diucapkannya itu.

Soalnya kenapa pula ADUN UMNO di Pulau Pinang bagaikan membisu?

Merempuh pagar, menceroboh bangunan dan memanjat meja Speakar, walau betapa tinggi sekali pun tahap kemarahan,ia tetap perbuatan yang keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Seharusnya ada tindakan lain yang lebih praktikal, munasabah dan bertamadun dilakukan.

Lagi pula, pemimpin muda UMNO tidak harus sensitif dengan ungkapan UMNO celaka atau seumpama dengannya. Terimalah dengan lapang dada atau balas balik dengan panggilan yang serupa juga. Kita juga jangan lupa, pemimpin UMNO sendiri pernah menggelar Pas sesat dan DAP komunis. Malah kadangkala lebih menghina seperti DAPig, PAS parti syaitan dan sebagainya. Pemimpin kedua-dua parti itu juga pernah digelar dengan berbagai-bagai gelaran yang lebih mengaibkan dan menghina.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam ucapan terbuka pernah menyebut Pas sebagai parti sesat. Jadi kalau sekadar UMNO dipanggil celaka, relaks bro…

Antara Pas sesat, DAP komunis dan UMNO celaka tidak jauh beza daripada segi maksud mahu mengaib, memberi malu dan memberi gangguan kepada mereka ditujukan ungkapan itu. Ia sama saja antara dua kali lima dengan lima kali dua.

Begitu juga gangguan kempen, menghalang calon berjumpa pengundi dan berbangga “ini kawasan Melayu” sama-sekali tidak menggambarkan keterbukaan dan amalan demokrasi yang diamalkan. Setelah UMNO berusia 68 tahun dan memerintah negara lebih 50 tahun, masih ada perlakuan seumpama ini tidak lebih menggambarkan kegagalan UMNO menterjemah kematangan dan ketinggian akal budi kepada ahli-ahlinya.

Pilihanraya adalah sebahagian proses demokrasi dan ia seharusnya diraikan dengan semangat keterbukaan dan persaingan yang sihat. Mencemarkan proses demokrasi dengan amalan bercirikan samseng dan seolah-olah masih dibelenggu dengan pemikiran zaman batu bahawa kekuatan tenaga dan tubuh yang besar boleh menakluki dunia, hanya menggambarkan kemunduran yang mengaibkan.

Dalam hal ini, oleh kerana yang paling terkesan adalah Pemuda UMNO kerana anak-anak muda yang melakukannya, tidak harus pergerakan itu sekadar mengeluarkan kenyataan tidak setuju, membantah atau akan menyiasat saja, sebaliknya haruslah memastikan insiden yang memalukan dan tidak bertamadun ini tidak berulang lagi.

Perlakuan ala samseng ini tidak mungkin menambah undi dan kalau pun calon dihalang memasuki sesuatu kawasan, bukankah langit sudah lama terbuka? (SH 22/05/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:30 pm

23
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
RAJA MUDA DIRAJAUnknownAlanckPanRita Kamikatebing tinggi Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
RAJA MUDA DIRAJA
Guest
RAJA MUDA DIRAJA

PAS memang sesat bila bertahaluf dengan DAP bangang tu…. Selagi PAS tak keluar dari pakatan selagi tu PAS seperti hamba abdi je… Join UMNO jelah PAS woii

Unknown
Guest
Unknown

Ada orang komen UMNO 100% melayu… Jawapan saya TIDAK BENAR…
Orang Umno Sabah BUKAN Orang melayu… banyak suku kaum sabah…

Jangan samakan melayu semenanjung dengan orang asal Sabah..
Umno memang celaka…

Alanck
Guest
Alanck

My first trip to Batam, Indonesia was in 1990. My second was in 2013. Batam have since progress much but what I noticed is the people there. So much different from then and now. If Malaysia is not careful, soon we will work as labourers and maids in Indonesia

Anonymous
Guest
Anonymous

Jika anda memahami tentang untung dan rugi dalam ekonomi negara, maka anda akan dapati kerajaan BN yang diterajui oleh orang melayu UMNO Baru sentiasa menambah hutang setiap tahun atas kepentingan peribadi dan kroni. Begitu juga jika anda renung secara teliti corak pentadbiran parti BN dalam kerajaan Malaysia yang diterajui oleh sebahagian besarnya adalah bangsa melayu UMNO Baru, sesungguhnya amat membimbangkan kita semua kerana mereka sedang mencipta semua anak bangsa jadi pengemis dibumi yang kaya. Apabila ada orang yang mengajak bangsa melayu bersatu agar tidak dicelakakan oleh bangsa lain, ia adalah satu perbuatan yang melucukan kerana orang itu tidak sedar bahawa… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Maae…
Nampaknya pemikiran kau telah berjaya diumnokan…dan juga diperbodohkan oleh UMNO…

maae
Guest
maae

Cina RBA bodoh biang sangat ni… saya bukan baru hidup. Saya memang penyokong tegar Umno- Melayu majoriti Umno. Kenapa mesti saya malu ?

Peribadi yang terlibat membuncitkan perut termasuk cina/india di bawah Umno, jawab dengan Tuhan. Kadangkala di dunia dah di balas !

Yang Benar akan membunuh kebathilan. Hebat sangat ke PR ? Lagi teruk ada lah… Malaysia macam makbapak mereka punya. Undang -unadang ikut selera atasan…raba..rba ..otak kosong kontang.

bat8
Guest
bat8

Maae, Lama hidup bukan les3n besar untuk bersikap seperti budak mentah. Bukan sdra seorang je yang hidup lama malah kat Malaysia ni pun berjuta-juta orang juga bol3h ckaim hidup lama dan lagi lama hidup dari sdra. Mahathir pun lama juga hidup tetapi dia tidak menggunakan usia lanjutnya dengan angkuh. Usia lazimnya dikaitkan dengan kematangan, keluasan berfikir, kebijaksanaan dalam tindakan. Semakin bertambah usia sepatutnya makin teserlah ciri-ciri ini. Tetapi ianya tidak kita lihat dikalangan orang-orang berusia di dalam UMNO. Jika satu kajian dibuat, pasti k3jumudan, p3ndek akal, emosi membabi buta, terperangkap oleh masa lampau akan merupakan hasil kajian yang menjadi ciri… Read more »

1Crony
Guest
1Crony

bat8…..
Tak guna kamu memberi cerita dan beribu fakta kepada Otak Babi tu….. Kerana majoriti Berotak Babi mereka inilah maka di setiap PRU masih negara ini diperintah oleh manusia-manusia jahanam dan korupsi walaupun mereka ini berperibadi celaka dan berperangai penyangak. Otak Babi ini masih tak faham yang selama ini pemimpin UMNOlah yang menindas dan menipu mereka sehingga ke hujung nyawa.

bat8
Guest
bat8

1Crony, Kita adalah makhluk Allah yang paling mulia berbanding dengan ciptaanNya yang lain kerana diberikan akal. Mulia seseorang itu kerana m3nggunakan akal. Buruk dan hodohnya seseorang itu kerana meletakkan akal kat tapak kaki dan menggunakan kepala lutut untuk berfikir mengantikan akal. Akal adalah anugerah Allah yang paling menakjubkan. Lihat bagaimana besi yang berat yang akan tenggelam didalam air tetapi boleh terbang diudara kerana ada manusia yang menggunakan akal untuk merobah sifat besi yang berat itu. Tengok pelbagai kecanggihan yang dinikmati disekeliling kita hari ini – semua kerana ada manusia yang m3nggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah. Mana boleh kebodohan dilawan… Read more »

maae
Guest
maae

Dari segi pandangan umum, 1. Budaya samseng, bersikap kurang, mirip cauvinistik berfahaman komunis, sosialis, secara publik di mulakan parti- parti pembangkang setelah kekuatan mereka terserlah. 2.Kita tahu 'Dewan Yang Mulia' mesti mengandungi individu yang bertanggung jawab, beradab dari segi laku, bahasa dan budaya sebagai wakil rakyat / parlimen / exco. Sikap samseng menjadi amalan. Jadi Rayer sudah melanggar BATAS hak- hak orang lain. Begitu juga Dap, Pkr dan Pas. Mereka memperjuan hak asasi dalam masa yang sama menafikan jika tidak selari dengan kepentingan / keuntungan mereka. Ada kah sama 2×5 Umno ? Penulis artikel bergelumang dengan keadaan ini, jawab lah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Komen dari seorang umno tok tok yang takut melayu menjadi seperti melayu singapura
Untuk pengetahuan tuan maae, melayu singapura adalah jauh lebih maju dan berjaya dari kebanyakan melayu di malaysia ini

Anonymous
Guest
Anonymous

Jika diteliti dan disemak, BANYAK benda dah yang terlepas dan tergadai. . . Dendangan guna perkataan Melayu memang mengasyikkan. . .Terbelakah Melayu. . .?

Anonymous
Guest
Anonymous

Islam pekebenda umno..kat sabah berlambak orang bukan islam dalam umno..ni maknanya umno bukan 100% ahlinya islam..

maae
Guest
maae

Ink bukan soal tergadai. Soal Melayu Bernegara. Anda suka tidak bernegara ? Jika suka cuba tinggal di negara kafirun cuba dulu. Tonjolkan sedikit anda kuat beragama. Jika melayu2 seperti anda semua longgar peribadi dan pendirian, percaya lah kiblat anda akan di ubah. Melayu Singapura berjaya ! Kerana survival nilai akidah mereka hancur. Hidup bergelumang dengan kekafiran. Sebahagian yang berjaya, periuk nasi nya di Malaysia. Kebanyakkan pembangunan di Johor. Cari rujukan dan baca termasuk dari pandangan jelik cina di sana. Cina Malaysia sebahagian nya tidak di terima juga di sana. Singapura umpama GLC Malaysia jika ingin di banding. Malaysia masih beridentiti… Read more »

1Crony
Guest
1Crony

Ini pun sekor lagi Otak Babi…… Nak fakta? Belah sendiri kepala yang meminjam Otak Babi tu dan pastinya ada tertulis Otak Babi dalam kepala kamu tu…

ayor tawor.
Guest
ayor tawor.

Umno makin tertekan dan hilang pertimbangan ..elok umno di sekolah kan balik erti demokrasi sebenar jika benar2 mahu kan sokongan rakyat . kini rakyat sedar dan menolak umno seperti sampah ..yang tingal hanya sekadar untuk mencari peluang dan kepentingan , maruah dan,nilai kehidupan telah hilang dari umno.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan,
Umno memang celaka.Lagi haramjadah. Tuan silap, umno baru baru berusia 27 tahun.Yang ceroboh tu bukan melayu tapi mamak pedukang.satu baka dengan Mahadet.

tebing tinggi
Guest
tebing tinggi

Saudara Anon 07:30, Kalau ada orang mengatakan PKR celaka , kita bolih menandaikan parti itu yang celaka , kerana PKR tidak menwakili mana-mana kaum(parti yang diterajuai dan diangotai olih pelbagai kaum di malaysia ini. Kalau kita mengatakan "celaka DAP " , bolih juga ditakrifkan sebagai mengatakan ' kaum cina itu celaka' kerana walaupon DAP mendakwa parti berbilang kaum ,tetapi diterajuai dan didomanasi olih satu kaum ,yaitu Cina. Mengatakan "celaka" MIC dan MCA bolih diertikan ,mencelaka kan kaum India dan Cina kerana parti politik yang bersandarkan kaum,Cina dan India. UMNO ( United Malay National organization ) parti yang diangotai dan mewakili… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

tebing tinggi ini gila ke? apakah ribuan kaum2 di sabah yg menyertai UMNO tu melayu? bodoh tahap lembu

1Crony
Guest
1Crony

Tebing Tinggi ni bukan tahap otak lembu tapi lebih kepada Otak Babi lagi. Cakap guna Otak Babi memang gitulah hasilnya…..Nak bukti Tebing Tinggi Otak Babi? Sila belah kepala dia…..

timor
Guest
timor

Memang trebling tinggi ini paling bangang dan paling bodoh. Dia cuma ada sebelah mata dan separuh otak.

tebing tinggi
Guest
tebing tinggi

Anon 14:41 , 1 Crony , timor,

Contoh Melayu-Melayu yang tidak mengerti perbedezan politik dan bangsa .

Memang celakalah Melayu akhirnya.

PanRita Kamika
Guest
PanRita Kamika

As salam ya saudaraku tebing tinggi..
Apakah kaum Cina Dan India itu bukan manusia maka kita boleh sesuka hati meletak label mengaibkan mereka tapi dalam masa yang sama kita melatah bila dilabel celaka?
Apakah kerana UMNO yg kononnya mewakili Melayu itu bila disebut partinya maka merujuk bangsanya? Jika benar, bagaimana pulak PAS yg mewakili Islam digelar sesat maka sesatlah agama Islam..??
Apakah benar UMNO dianggotai dan mewakili 100% org Melayu?? Sedarlah saudaraku.. UMNO yg memperjuangkan Melayu dan Islam itu telah lama berkubur. Yang tinggal cuma UMNO (BARU)…