Adakah Najib Sudah Jadi Tertutup Dan Berjiwa Kecil Sekarang Ini?

Dilaporkan hari ini bahawa Najib dan UMNO sudah menghantar notis saman kepada portal berita Malaysiakini ekoran penyiaran dua artikel yang mengumpulkan pandangan pembaca dalam isu krisis pertukaran Menteri Besar Terengganu, baru-baru ini.

Dalam notis saman itu, Najib dan UMNO menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini dalam tempoh 48 jam, penarikan balik artikel berkenaan dan menyediakan akujanji tidak lagi menyiarkan bentuk artikel yang seumpamanya di masa akan datang.

Notis saman itu juga menyebut bahawa segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna portal Malaysiakini adalah tidak berasas, tanpa sebarang bukti yang kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat untuk memburuk dan menjejaskan imej Najib serta UMNO.

Ancaman saman ini dilakukan hanyalah kerana penyiaran artikel yang mengumpul pandangan pembaca berhubung kemelut politik Terengganu baru-baru ini di mana berikutan pengguguran Ahmad Said telah menyebabkan beliau dan dua ADUN yang lain bertindak keluar UMNO dah mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas. Bagaimanapun ketiga-tiga mereka kemudiannya kembali menyertai UMNO.

Diulang sekali lagi – ancaman saman ini hanyalah kerana penyiaran artikel yang mengumpul pandangan pembaca berhubung kemelut politik di Terengganu, baru-baru ini.

Ia bukanlah pandangan Malaysiakini secara langsung dan apakah rakyat sudah tidak boleh berkata sesuatu tentang pemimmpin sebuah kerajaan?

Apa sudah jadi dengan Najib sekarang ini? Adakah beliau sudah berjiwa kecil dan tidak lagi terbuka sedangkan sebelum ini menjanjikan macam-macam perkara tentang keterbukaan dan hak asasi?

Mana pula slogan kerajaan yang berbunyi “Kami Mendengar” dan “Era kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir”? Apakah slogan itu hanya dilaungkan sebelum pilihanraya saja dan sudah dibakulsampahkan sekarang ini?

Secara umumnya, tindakan Najib mengemukakan notis saman hanya kerana Malaysiakini bersikap terbuka menyiarkan pandangan rakyat tentang sesuatu isu adalah langkah terbalik dan bertentangan dengan apa yang dijanjikannya selama ini.

Beliau sepatutnya bersyukur kerana Malaysiakini menyediakan ruang untuk rakyat meluahkan pandangan dan perasaan secara terbuka, sekurang-kurangnya beliau tahu apa yang sedang berlaku di peringkat bawahan. Sudah tentulah pandangan yang jujur dan berani itu tidak terdat dalam media milik UMNO seperti Utusan, Berita Harian atau TV3.

Dengan adanya pandangan yang terbuka dan jujur ini, walaupun kadangkala pedih dan menyakitkan, Najib seharusnya tahu itulah sebenarnya perasaan sebahagian rakyat dan dan tentulah jauh lebih baik daripada pandangan yang semata-mata berbentuk pujian, sanjungan dan bodek sahaja.

Najib sepatutnya menerima dengan terbuka dan bijaksana segala kritikan atau pandangan kritis mengenai diri atau kepimpinannya dan menggunakan peluang di media yang sama untuk menjelaskan kedudukan perkara yang sebenarnya. Untuk lebih meyakinkan rakyat juga, Najib boleh menggunakan media kerajaan dan UMNO seperti Utusan, Berita Harian dan TV3 untuk menjawab segala luahan perasaan rakyat terhadapnya.

Kenapakah notis saman yang menjadi pilihan dan bukannya menjawab balik semua yang diperkatakan itu?

Sebagai Perdana Menteri, selain mempunyai media kerajaaan dan portal berita yang diwujudkan untuk memberi liputan lebih meluas mengenainya, Najib juga mempunyai bilangan pegawai dan penasihat media yang berbelas-belas orang jumlahnya. Di manakah mereka ini dalam memainkan peranan menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh rakyat?

Dalam masa yang sama, tidakkah dengan mengancam tindakan saman hanya memberi gambaran bahawa Najib tidak mempunyai keupayaan untuk menjawab lantaran apa yang dibangkitkan atau diluahkan pembaca Malaysiakini itu sesuatu yang benar dan betul?

Dalam era teknologi maklumat dan media sosial yang begitu berkembang dan menjadi kegilaan sekarang, sebagai Perdana Menteri, menghantar notis saman kepada sebuah portal berita bebas semata-mata kerana menyiarkan pendangan pembaca, bukanlah tindakan yang tepat dan bernas. Ia lebih mengecilkan kredebiliti dan wibawa Najib sebagai pemimpin kerajaan. Ini kerana beliau sebenarnya mempunyai ruang dah medan menjawab yang lebih luas dan terbuka.

Membuat ancaman saman dan cuba bersikap tertutup, dalam masa yang sama akan membesarkan lagi jumlah penolaknya di peti undi dalam pilihanraya akan datang. Dunia sekarang adalah dunia terbukadan rakyat lebih mengiktiraf pemimpin yang benar-benar terbuka dan berjiwa besar. (SH 16/05/2014)

Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:30 pm

3
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousbat8 Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

bodoh amat PM yang sekor ni. Bila la nak mampos. Menyusahkan orang. Lagi ada hati nak memerintah sampai 2020.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang heranya mengapa Najib Tak Saman Tuan Syed OutSyed The Box? Dia lebih mencaci Najib dengan berbagai tomahan! Takut Ke Nak Saman Syed? Kenapa tak saman Datuk Sak? Dia juga selalu memberi gambaran yang buruk tentang Najib? Sambil itu saman saja semua Portal Portal Antikerajaan!!

bat8
Guest
bat8

Tuan Bila Najib hantar notis saman kepada Malaysiakini kerana mengumpul pendapat tentang krisis Umno Terengganu – ini bermakna apa yang disiarkan yang mendedahkan keburukan UMNO adalah benar dan Najib cuba menyekatnya dari diketahui oleh rakyat terutama orang melayu yang sudah ditipu oleh UMNO dan Najib selama ini. Habis apa lagi sebabnya. Sebenarnya ini adalah tindakan yang tidak bijak. Dari menjadi komen biasa ianya akan menjadi sensasi dan orang akan ramai mencari artikel tersebut untuk membacanya. Fakta yang ada depan mata ialah tindakan menyekat berita seperti ini di alam siber adalah sia2 dan counter productive. Mengapa Najib masih mahu buat? Apakah… Read more »